Seringkali yang kia ketahui bahawa masalah rambut selalunya dialami oleh perempuan. Kaum lelaki juga tidak ketinggalan. Tidak semua syampu dibuat sesuai untuk jenis rambut tertentu. Kenalpasti terlebih dahulu jenis rambut anda. Adakah rambut anda jenis kerinting, kering atau menipis? Syampu yang digunapakai hendaklah mengikut kesesuaian rambut anda. Ini akan menyasarkan bahagian rambut yang bermasalah.

Rambut juga memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan harian, sama seperti penjagaan kulit muka dan badan. Mahkota yang terpenting buat anda memerlukan produk yang tepat untuk memastikan ia kelihatan segar dan bermaya. Ingin mencari syampu yang sesuai untuk rambut anda tetapi tidak tahu yang mana satu? List berikut pasti dapat memberikan info lebih lanjut;

1. BAWANG Anti Hair Fall Shampoo Pro Pack (200ml)

Syampu rambut anti-gugur terbaik untuk lelaki
Harga mulai RM52.90
Shopee Malaysia RM52.90

Banyak faktor yang memainkan peranan sebagai punca keguguran rambut seperti tekanan emosi, terlebih mendandan rambut, folikel rambut tersekat, ataupun cara pemakanan yang tidak seimbang. Namun, masalah ini ada jalan penyelesaiannya. 

Produk yang diperkaya dengan daun Abroviate Cina, ginseng dan halia yang dapat membantu perbaiki keadaan kulit kepala. Ianya juga mengurangkan keguguran dan menyubur akar rambut serta seimbangkan penghasilan minyak di kulit kepala. Tiada lagi masalah rambut gugur!

2. CLEAR MEN Deep Cleanse Anti Dandruff Shampoo (170ml)

Syampu terbaik untuk melawan kelemumur
Harga mulai RM11.30
Watsons Malaysia RM11.30

Produk ini diformulakan khas untuk rambut lelaki yang mengalami masalah kelemumur atau ‘flakey’ pada kulit kepala. Terbukti secara klinikal dapat menghilangkan kelemumur dengan sumber Pyrithone Zinc melalui penggunaan syampu yang kerap. 

Dengan rumusan Bio-Nutrium 10, ekstrak Tea Tree, ginseng dan daun pudina, produk ini dapat membersihkan kulit kepala secara mendalam untuk mengelak pembentukan kelemumur dan memberikan efek yang dingin dan sensasi penyegaran. 

3. ALPECIN Caffeine Shampoo Double Effect (200ml)

Terbaik untuk melebatkan rambut yang menipis
Harga mulai RM39.50
Shopee Malaysia RM39.50

Kafein membantu mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertubuhan rambut. Ia juga telah terbukti melambatkan keguguran rambut, jika menggunakan syampu ini setiap hari. Bahan aktif dalam syampu Alpecin Kafein ini berfungsi dengan meresap ke dalam folikel agar ia dapat mengukuhkan dan menguatkan akar rambut. 

Silikon didalam produk ini juga dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan boleh digayakan dengan pelbagai cara.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. MANE & TAIL Original Shampoo (946ml)

Sesuai untuk rambut lurus dan menguatkan akar rambut
Harga mulai RM99.00
Shopee Malaysia RM99.00

Bahan yang diformulasikan untuk syampu ini dapat melurus dan melembutkan rambut supaya lebih senang untuk didandan dan dihias. Syampu ini telah terbukti sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai rambut jenis lebat dan mengerbang. 

Formula yang diperkaya dengan mikro protein yang menjadikan rambut lembut dan berkilat. Bukan itu sahaja, syampu ini dilengkapi dengan pelembap dan emolien yang bertindak sebagai pembersih kulit kepala tanpa membuang minyak semulajadi sehingga mengeringkan helaian rambut. 

5. HIMALAYA Protein Shampoo Repair & Regeneration (200ml)

Terbaik untuk melembutkan rambut kasar dan rosak
Harga mulai RM27.50
Shopee Malaysia RM27.50

Produk ini diperkaya dengan tiga manfaat penting yang diperlukan untuk rambut kekal sihat, lembut dan bersinar. Produk ini dapat mengurangkan keguguran rambut dan melindungi daripada kerosakan setiap hari. Diperkaya dengan protein kacang kuda, Amla dan ekstrak herba yang diformulasi untuk menjadikan rambut anda lembut, licin dan sihat. 

Rumusan yang ringan ini sesuai untuk mereka yang menjalani kehidupan aktif dan mencuci rambut dengan kerap supaya memudahkan rambut untuk diurus. Kulit kepala anda kekal bersih dan segar.

6. VERB Hydrating Shampoo (355ml)

Terbaik untuk rambut kering dan bercabang
Harga mulai RM71.00
Sephora Malaysia RM71.00

Rambut yang kering dan rosak seringkali disebabkan oleh factor pengeringan kulit kepala, menggunakan produk yang salah sehingga menyebabkan minyak semula jadi pada rambut terhakis, kerap menggunakan alat pengerinting haba atau kerap menukar warna rambut. 

Produk yang diformulasikan bebas paraben dan sulfat ini, menjanjikan pembersihan setiap helaian rambut secara lembut, menggembalikan lembapan, memelihara rambut berwarna dan melindungi kerosakan daripada alat penggaya haba dan serta bebas kusut.

7. MARO Deo Scalp Medicated Shampoo (480ml)

Sesuai untuk menghapus kulit kepala bermasalah
Harga mulai RM23.58
Guardian Malaysia RM23.58

Kaum lelaki seringkali mengalami masalah kulit kepala, sama ada terlalu kering sehingga menyebabkan kelemumur atau terlalu berminyak dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Produk ini memberikan pembersihan secara mendalam dan menghilangkan bau serta kotoran yang melekap pada kulit kepala. 

Dirumus dengan esen herba tradisional, minyak natural Jojoba, Alpukat, Primrose, Safflower dan minyak zaitun memberikan kelembapan pada rambut dan pengalaman mencuci yang menyegarkan. Penjimatan wang berganda, tidak perlu lagi ke salon untuk melakukan rawatan. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang fei feisal

a co-parent of a cat, a chef and a freelance writer who got stuck trying to figure out how to “adult”.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!