Kebanyakan kaum lelaki, kurang peka atau ambil tahu akan perihal dalam penjagaan rapi terutama sekali buat kulit wajah. Ada yang membeli pencuci muka pun sekadar untuk pembersihan sahaja. Tidak diteliti bahan kandungan dan cara kegunaannya samada baik atau tidak untuk kulit masing-masing. Sesetengahnya pula, gunakan saja sabun mandi. Senang. Tak perlu ke kedai untuk membeli produk-produk yang berlambak dipasaran.

Tahukah anda, jika mencuci wajah menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi bermasalah? Terutamanya untuk kulit sensitif. Sabun mandi akan mengeringkan kulit wajah dan menghilangkan minyak semulajadi yang diperlukan supaya kulit anda sentiasa kelihatan lembap dan tidak kering.

List berikut akan memberikan info lebih lanjut tentang produk pencuci muka bersesuaian dengan anda dan jenis-jenis kulit. Pastikan beli yang betul, ya!

1. 1. GARNIER Men Acno Fight Acne Foam (100ml)

Pencuci muka 6 dalam 1 - untuk kulit wajah berjerawat
Harga mulai RM9.54
Beli di Hermo Malaysia

Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali jika anda mengalami perubahan hormon ataupun peredaran darah tidak bersih/kotor. Produk dari Garnier khas untuk lelaki ini, ada jawapan terbaik untuk anda. Pencuci muka ini dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat yang baru dan ruam-ruam kecil.

Fungsi pencuci muka 6 dalam 1 ini dapat melawan jerawat, mengecilkan liang pori, mengurangkan kemerahan pada kulit serta mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan. Diperkaya dengan Herba Repair dan asid Salicylic, kulit anda kembali bermaya seperti biasa.  

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

RM 11.13

2. 2. NIVEA Men Extra Whitening Pore Minimiser Volcanic Mud Foam

Terbaik untuk hilangkan parut-parut kecil, bekas jerawat
Harga mulai RM16.12
Beli di Shopee Malaysia

Selalunya jerawat setelah mengering, pasti akan meninggalkan parut-parut kecil pada wajah dan membuatkan kulit anda tampak kusam. Diformulasikan dengan 10 nutrien penting untuk kulit dari teknologi Volcanic Mud Foam serta Whitinat Vita Complex Plus, ianya dapat melicin, menyegar dan mencerahkan kulit dengan serta-merta.

Pencuci muka ini juga dapat mencegah dan mengurangkan jerawat serta menutup liang pori yang terbuka. Bintik gelap dan parut jerawat juga akan berkurangan, jika anda kerap menggunakannya. Cubalah sekarang!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. 3. HADA LABO Mild & Sensitive Skin Face Wash

Pencuci muka terbaik untuk kulit lelaki cepat sensitif
Harga mulai RM26.50
Beli di Hermo Malaysia

Pencuci muka khas dari Jepun ini untuk anda yang berkulit cepat sensitif jika tersalah pakai produk tidak sesuai dengan kulit wajah. Bahan kandungan dalam produk ini adalah semulajadi serta asid Hyaluronik yang bertindak sebagai agen pelembap untuk kulit anda supaya mengelakkan dari menjadi iritasi lebih teruk.

Ekstrak Licorice, Calendula dan daun Ginkgo Biloba adalah bahan botanikal penuh dengan anti-oksidan yang menghalang penuaan serta mengelakkan kulit wajah anda dari menjadi lebih kering dan kemerahan. Yang paling penting, tahap pHnya 5.5 serta bebas pewangi, alkohol dan minyak mineral.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. 4. NANO WHITE Men Oil Control Clay Cleanser (150ml)

Pencuci muka dari drugstore untuk remaja kulit masalah berminyak 
Harga mulai RM15.05
Beli di Watsons Malaysia

Kurang selesa dengan kulit muka yang ada lebihan minyak dan kekusaman? Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak akibat pencemaran udara dan keadaan sekeliling, gunakanlah produk dari Nano White ini. Kulit yang berminyak selalu cenderung untuk tumbuh jerawat. Nah, inilah produk yang dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah.

Kandungannya daripada ekstrak sayur-sayuran, sesuai untuk remaja yang gemar mencuci wajah setiap hari. Pencuci muka ini tidak akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi iritasi atau kekeringan. Anda akan tampil dengan kulit wajah lebih cerah dan bermaya. Tiada lagi masalah kulit kusam!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. 5. KIEHL’S Facial Fuel Energizing Face Wash (250ml)

Sesuai untuk facial hair yang ‘degil’
Harga mulai RM92.10
Beli di Kiehl's Malaysia

Pencuci muka ini mampu membersihkan kotoran yang melekat pada kulit, menghapus lapisan minyak tanpa mengeringkan kulit wajah anda. Pasti sesetengah dari anda yang hendak mencukur janggut atau misai mengalami masalah facial hair yang degil. Gunakan pencuci muka ini sebelum shave janggut dan misai untuk melembutkan akar umbi facial hair.  

Diformulasikan dari kafein, vitamin dan ekstrak citrus yang dapat mengembalikan kesegaran kulit wajah dalam masa beberapa hari. Kulit yang kusam dan keletihan, tidak lagi menjadi masalah. Wajah anda tampil segar dan berseri selepas menggunakannya.

6. 6. THE BODY SHOP Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser (150ml)

Pencuci muka universal untuk blackheads
Harga mulai RM56.00
Beli di Hermo Malaysia

Produk dari The Body Shop ini bukan sahaja boleh digunakan oleh kaum wanita malahan bersesuaian juga untuk lelaki. Dalam masa hanya 1 minggu, wajah anda bebas dari blackheads yang membuatkan kulit menjadi kusam. Diuji secara klinikal produk yang diperkaya daripada ekstrak minyak Tea Tree ini diambil dari kaki bukit Gunung Kenya, ianya dapat mengembalikan kesegaran kulit menjadi lebih berseri.

Dengan sentuhan matte, pencuci muka universal dari The Body Shop ini terbaik jika anda inginkan kulit yang lembut, halus dan mulus. Yang penting, tidak akan mengering dan menyebabkan iritasi pada kulit wajah.   

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. 7. BIORE’S Men Double Scrub Deep Clean Extra Cool

Scrub terbaik untuk lelaki semua jenis kulit
Harga mulai RM13.90
Beli di Shopee Malaysia

Anda aktif bersukan? Kulit menjadi kusam dan rosak? Biore’s Men Double Scrub ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah tersebut. Seharian bersukan, pasti kulit wajah anda akan keletihan dan berminyak. Formulasi dari teknologi Advanced Japan Million-scrub, pencuci muka jenis ini membersih liang pori secara optimal dengan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit.

Sensasi ‘cooling’nya menyejukkan kulit wajah sehingga tiada lagi kulit kusam dan tidak bermaya. Kulit anda akan lebih tenang selepas seharian melakukan aktiviti luar. Berbaloi dengan harga, hasilnya juga ‘lumayan’.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!