Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Badan Dah Ketak, Kulit Muka Bila Lagi Nak Segak? Ini 10 Produk Penjagaan Muka untuk Para Jejaka

Nak muka hansem bukan senang tau, kena jaga baik-baik juga!

Product in this article

Bagaimanakah langkah penjagaan muka terbaik bagi lelaki?

Kulit muka adalah satu bahagian yang penting untuk dijaga kerana ia menjadikan kita lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai.

Bagi kaum lelaki, memadailah untuk mencuci muka sekali atau dua kali sehari dengan air suam untuk membuka pori diikuti dengan cucian cleanser yang sesuai dengan kulit. 

Setiap sekali atau dua kali seminggu gunakan skrub untuk menanggalkan sel kulit mati serta blackheads. Tetapi tahukah anda jenis kulit muka anda dan produk mana yang sesuai dengan kulit muka anda?

10 Produk Penjagaan Muka Terbaik untuk Lelaki

Nivea Men Face Cleanser Deep White Oil Clear (150g)

RM 13.23
Nivea Men
1. Nivea Men Face Cleanser Deep White Oil Clear (150g)
Pencuci muka untuk kulit berminyak - bersihkan sebum yang berlebihan

Produk ini merupakan pencuci muka dengan formula inovatif yang mengabungkan Tomadic Cleansing Powder dan Arang, membantu untuk membersih sehingga ke liang pori paling dalam dan mengawal penghasilan minyak berlebihan

Pencuci muka ini berkesan untuk menghapuskan sel-sel kulit mati yang mengakibatkan kulit kusam. Diperkaya dengan Black Vitamins dan Black Seaweed mineral yang mampu untuk memberi kesuburan pada kulit tanpa mengeringkannya.

L'OREAL Men Expert White Activ Oil Control Brightening Charcoal Scrub (100ml)

RM 16
L'OREAL Men Expert
2. L'OREAL Men Expert White Activ Oil Control Brightening Charcoal Scrub (100ml)
Skrub/exfoliator untuk kulit kusam - mencerahkan kulit dengan sekata

Produk dari L’Oreal yang menggabungkan kekuatan magnetik arang dengan 2000 manik terdapat dalam skrub muka ini. Ia berfungsi untuk membersih kulit dan menghapus sel mati serta kotoran secara mendalam. Ianya dapat menanggalkan kulit kusam menjadi bertona cerah dan sekata

Skrub ini juga dapat melindungi ketidaksempurnaan dan bintik hitam serta menampilkan kulit kelihatan licin dan sihat. Bahan aktif dalam skrub ini pula dapat mengukuhkan daya tahan semula jadi kulit terhadap kotoran dan radikal bebas.

L'OREAL Men Expert Men Hydra Power Lotion (120ml)

RM 22.08
L'OREAL Men Expert
3. L'OREAL Men Expert Men Hydra Power Lotion (120ml)
Toner untuk kulit kering dari drugstore – kulit kekal hidrasi

Produk ini merupakan toner untuk skincare lelaki, ia digunakan untuk memberi penghidratan kepada kulit wajah yang kering. Terbaik dalam mengekalkan kesegaran dan menenangkan agar kulit kelihatan lebih lembap. 

Dengan mengandungi air segar dari gunung French yang berfungi untuk menghalang kulit dari kekeringan dan memberi lembapan yang lama. Sesuai untuk kulit kering cenderung sensitif kerana ianya bertekstur lembut dan sejuk.

Neutrogena Deep Hydrating Mask (5s)

RM 41
Neutrogena
4. Neutrogena Deep Hydrating Mask (5s)
Face mask untuk kulit kering – melembap dan kekal anjal

Face mask ini mampu memberi rawatan muka yang intensif untuk menambah dan mengembalikan lembapan berpanjangan. Mask ini juga dapat memberi keanjalan pada kulit wajah agar kekal awet muda. 

Diformulasi dengan Vitamin C, setiap face mask ini dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit 12 kali ganda dari face mask biasa. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering untuk mengembalikan kelembapan kulit.

Clinique For Men Anti-Age Eye Cream (15ml)

RM 65
Clinique
5. Clinique For Men Anti-Age Eye Cream (15ml)
Eye cream untuk kulit sensitif, meremajakan kulit

Eye cream dari Clinique ini memberi rawatan pelbagai fungsi serta-merta dengan menghidratkan kawasan mata terdedah. Produk ini berfungsi untuk memperbaiki garis-garis yang wujud di kawasan mata atau kedutan. 

Lingkaran gelap berkurangan, menyegarkan dan mencerahkan kulit yang kusam untuk kelihatan lebih muda. Krim mata ini juga dapat beri kelembapan untuk kulit agar ianya tampil lembut dan sihat. Sesuai digunakan di kawasan mata yang sensitif untuk kelihatan lebih muda.

Dermalogica Ultracalming Serum Concentrate (40ml)

RM 245
Dermalogica
6. Dermalogica Ultracalming Serum Concentrate (40ml)
Kurangkan iritasi dengan serum untuk kulit kombinasi

Produk ini merupakan serum sutera yang sangat pekat untuk merawat, memulihkan dan mempertahankan kulit daripada keradangan serta kemerahan. Ianya juga membantu menghalang pencetus keradangan untuk mengelakkan iritasi kulit. 

Gunakan setiap hari pada kulit normal sehingga kombinasi. Tidak perlu lagi beli produk berbeza untuk anda yang miliki kulit kombinasi.

COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml)

RM 55.29
COSRX
7. COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml)
Essence untuk melembapkan kulit remaja lelaki

Essence yang diperbuat dengan penapisan cecair siput 96% domestik asli. Advanced Snail 96 Mucin Power Essence adalah Essence Essential Power yang mengubah kulit sambil mengekalkan kelembapan dan menggalakkan kekuatan kulit sebenar. 

Ia menambah nutrien kepada kulit untuk mencegah dan memperbaiki kerosakan serta beri keanjalan pada kulit yang lebih muda dan remaja.

Nivea Men Whitening Acne Oil Control Moisturiser (40ml)

RM 22.9
Nivea Men
8. Nivea Men Whitening Acne Oil Control Moisturiser (40ml)
Moisturizer untuk kulit berjerawat – elak kulit wajah breakout

Moisturizer dengan tekstur ultra ringan ini dapat mengawal penghasilan minyak sehingga 12 jam dan menghilangkan jerawat yang menyebabkan bakteria sebanyak 99%. Formula yang berkesan mengandungi Whitanat Vita Complex Plus dan kompleks pemutihan vitamin dengan 10 nutrien yang terbukti dapat memutihkan kulit kusam dan rosak. 

Ianya juga dapat mengurangkan penampilan bintik gelap 10 kali lebih baik daripada Vitamin C.

Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream

RM 22.5
Himalaya Herbals
9. Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream
Night cream untuk kulit jeragat – halang penghasilan melanin

Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream adalah krim yang menembusi dengan mendalam, terbaik dalam berfungsi semalaman dengan kitaran pembaharuan semula jadi kulit. Krim ini menyediakan tiga manfaat penting yang menjadikan kulit lembut, lembap dan remaja. 

Bebas daripada paraben, minyak mineral dan bersifat hypoallergenic sesuai digunkan untuk semua jenis kulit, lelaki dan juga wanita.

Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 (25ml)

RM 12.6
Biore
10. Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 (25ml)
Sunscreen/sunblock murah untuk lindungi kulit dari sinar UV
add_circle Tiada paraben
add_circle Tiada kesan putih
add_circle Senang diratakan

Biore UV Perfect Block Milk melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB yang berbahaya. UVA menembusi jauh ke dalam kulit dan mempercepat proses penuaan sementara UVB menyebabkan kulit sunburn. 

Penggunaan sunblock harian adalah amalan yang baik kerana ia mengandungi ekstrak Rice Germ yang menjadikan kulit lebih lembut. Manakala Vitamin E untuk melindungi dan memperbaiki kulit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article