Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Syampu Kucing Yang Tidak Memedihkan Mata

Hanya yang terbaik untuk si berbulu comel

Tahukah anda bahawa bermain dengan kucing menjadi terapi terbaik untuk menghilangkan bebanan atau stres di tempat kerja? Sudah pasti para pencinta kucing gemar untuk memeluk dan mencium kucing mereka setiap hari sebaik sahaja pulang dari kerja. Justeru, dari aspek kebersihan menjadi keutamaan untuk memelihara kucing dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka juga perlu dijaga sebaiknya. Terdapat pelbagai produk syampu kucing yang berada dipasaran.

Syampu yang terbaik dapat menjaga bulu kucing daripada gugur, kutu dan jangkitan bakteria. Anda haruslah memilih syampu yang bersesuaian dengan jenis bulu kucing. Berikut beberapa jenis syampu kucing yang boleh menjadi panduan anda ketika membeli;

Syampu kucing sesuai untuk yang berbulu putih atau cerah
Semak FRISKIES® Cat Shampoo (300ml) harga dibawah:

Syampu dari jenama Friskies ini dirumus dari bahan seperti lidah buaya dan sesuai untuk yang meinginkan bulu kucing lembut dan cantik. Malahan syampu ini juga sesuai digunakan pada kucing yang berkulit sensitif untuk memberikan ketenangan pada si comel. Friskies dapat memastikan pH kulit kucing terkawal dan sesuai untuk semua jenis kucing dari setiap peringkat umur.

Semak Dr Pets Inspired By Lady Gaga Natural Germs Buster Perfumed Pet Shampoo harga dibawah:

Anda pasti suka membelai kucing apatah lagi menciumnya. Syampu yang dirumus daripada teknologi Jepun ini diperbuat daripada wangian diimport dari Perancis. Haruman yang terdapat dalam produk syampu ini dapat membersihkan bulu kucing anda dengan lebih teliti dan baunya kekal lama. 

Disamping itu juga, syampu ini turut menjaga bulu kucing agar lembut dan terurus. Tidak lagi menjadi masalah untuk menyikat bulu si comel.

Syampu terbaik untuk kucing anda yang berbulu lebat
Semak OSTER Oatmeal Naturals Hairball Control Cat Shampoo (532ml) harga dibawah:

Syampu ini boleh membuatkan bulu kucing anda menjadi lembut, terurus dan lebih kuat. Ini kerana ianya dirumus daripada ekstrak gandum, lidah buaya dan Vitamin B5 untuk membantu melembut serta menguatkan bulu kucing. 

Selain itu, ianya mampu memberikan ketenangan pada kulit kucing dan menghalang daripada kegugurun. Bahkan, ia juga syampu yang selamat untuk kucing anda kerana bebas daripada bahan merbahaya seperti pewarna, paraben dan alkohol.

Syampu anti-kutu untuk si comel kesayangan
Semak MCLEE’S Aromatherapy Shampoo (300ml) harga dibawah:

Penjagaan bulu kucing tidak sempurna jika anda tidak menggunakan syampu ini kerana mampu untuk merawat  dan terbaik untuk membantu melembut dan melembap bulu kucing agar mudah diurus. Syampu ini diformulasi bagi mencegah kucing daripada dijangkiti kuman, serangga dan dicipta khas untuk kucing yang mempunyai masalah kutu. 

Tiada yang lebih mengembirakan selain melihat kucing tersayang dapat bermain riang dan bebas daripada jangkitan bakteria. Elakkan kucing anda daripada bergaul dengan kucing jalanan (stray cat) selepas mengamalkan penggunaan syampu ini. 

Syampu terbaik untuk jenis kucing parsi
Semak PETSTWO Cat Shampoo harga dibawah:

Jika anda memiliki kucing jenis bulu bewarna atapun Parsi, syampu ini sempurna untuk penjagaan bulu kucing anda, jenis lebat dan panjang. Ianya dapat menjaga rapi bulu terutamanya bagi yang memiliki bulu tebal agar kelihatan lembut dan mudah disikat. 

Bahan syampu ini diformulasi daripada ekstrak kelapa dan membantu memberikan kelembapan, disamping memastikan bulu lebih kuat dan warnanya lebih menyerlah. 

Syampu kucing berbulu rontok
Semak CANAAN Aniclean Cat Shampoo (500ml) harga dibawah:

Aniclean syampu yang dirumus khas untuk memastikan bulu kucing terurus dan kelihatan berkilau sepanjang masa. Syampu ini juga membantu untuk memberikan wangian pada bulu kucing agar kekal berbau segar dan wangi berpanjangan. 

Sesuai untuk digunakan pada kucing betina yang sedang hamil dan menyusu, Aniclean memastikan bulu kucing kesayangan anda lebih sihat serta menjadikan bulunya lebat. Bulu si comel tidak akan bermasalah lagi seperti bersimpul atau kasar.

Syampu kucing anti-fungal (fungus)
Semak FIDO Anti-Bacteria Cat Shampoo (350ml) harga dibawah:

Syampu ini sesuai untuk semua jenis bulu kucing samada panjang atau pendek. Diformulasikan dengan teknologi nanomed, syampu ini dapat menghalang daripada jangkitan bakteria seperti virus ataupun kulat pada bulu dan juga kulit kucing. 

Berkesan untuk menyembuhkan luka, kulit si comel tidak lagi menjadi iritasi atau kemerahan. Dengan sensasi wangian yang menenangkan, syampu ini cukup sempurna buat kucing anda dan sesuai digunakan untuk semua jenis usia.

Syampu kucing yang multifungsi (all-in-one)
Semak Antiseptic & Antifungal Medicated Shampoo / Spray (Dog And Cat) harga dibawah:

Syampu ini dirumus secara saintifik dengan Benzethonium Klorida, agen anti-bakteria, Ketoconazole, anti-kulat dan lidah buaya bagi melegakan dan membantu menenangkan kulit sensitif. Sesuai untuk kucing yang memiliki sistem imunisasi lemah atapun mempunyai masalah hormon. 

Ianya dapat mengatasi masalah kulat dan bakteria untuk memberikan bulu yang lebih sihat dan bebas dari masalah. Syampu semua dalam satu ini sangat berkesan dan salah satu teknik rawatan yang disyorkan oleh para veterina.

Syampu kucing terbaik untuk melawan kurap
Semak FATTY CAT Shampoo Tick & Fleas (250ml) harga dibawah:

Kucing yang berbulu lebat sudah semestinya menjadi kegilaan pencinta kucing. Syampu dari jenama Fatty Cat ini membantu untuk menjaga kulit kucing daripada terkena jangkitan bakteria, kulat ataupun parasit. Penggunaan yang berterusan boleh membantu menghalang serangan penyakit pada haiwan kesayangan anda. 

Anda juga tidak perlu risau tentang bahan yang terkandung di dalam syampu ini, kerana ia selamat untuk digunakan. Diperbuat daripada bahan semulajadi seperti minyak Pine, tidak akan membahayakan kesihatan si comel. 

Artikel Berkaitan

End of Article