Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Susu Kucing Ini Dapat Beri Nutrisi Buat Si Bulu

Si comel berbulu gebu dapat membesar dengan kuat dan sihat

Expert In This Title
Expert avatar
Doktor Haiwan/Veterinarian

Dr. Naim Kasim

Dr Naim Kasim, pengasas Kitty's Care, merupakan doktor veterinar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini. Sebelum memegang title Dr, beliau menghabiskan masa lapang dengan mempraktikkan kepakarannya ini membantu kucing terbiar untuk hidup lebih baik.
“Susu terbaik untuk kucing adalah susu ibu kucing sendiri. Tapi, jika dalam situasi ibu kucing tidak mahu memberi susu kepada anak mereka atas sebab beberapa faktor misalnya tidak mampu menyusu atau ibu kucing tiada susu yang cukup. Maka, susu formula kucing boleh diberikan kepada anak kucing.” - Dr. Naim

Ramai yang menganggap menjaga haiwan peliharaan seperti kucing adalah satu tugasan yang mudah tapi sebenarnya tidak.

Sebagai tuan kepada kucing anda mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kesihatan dan makan minum mereka terjaga.

Terutama anak kucing baru lahir yang kehilangan ibu perlu beri susu yang betul supaya mereka mendapat nutrisi yang secukupnya

Tapi terdapat banyak jenis susu kucing mengikut keperluan, jadi jom tengok jenama susu yang sesuai untuk kucing anda.


Senarai 8 Susu Kucing Untuk Nutrisi Dan Penjagaan Sempurna

*PERHATIAN: Jenama susu kucing yang disenaraikan di atas bukan dari cadangan Dr Naim.*

Susu untuk kucing baru lahir
KMR Kitten Milk Replacer Powder
Semak KMR Kitten Milk Replacer Powder harga dibawah:
add_circle Mudah dihadam dan baik untuk usus
add_circle Juga sesuai untuk kucing lepas operation
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

“Susu yang tinggi dan kaya dengan nutrien dan vitamin. Sangat sesuai untuk anak kucing yang tiada ibu penyusuan”

Susu ini menggunakan bahan yang paling hampir sama dengan susu ibu kucing. Nutrien dan kalori di dalam susu ini berfungsi untuk memberi nutrisi secukupnya untuk anak kucing.

Ia juga kaya dengan vitamin dan mengandungi probiotik bagi memudahkan penghadaman dan baik untuk usus.

Umur terbaik untuk menggunakan susu ini adalah untuk kucing yang baru lahir sehingga enam minggu. 

Ia mudah larut di dalam air dan juga sesuai untuk kucing anda yang baru lepas menjalani operation.

Berikan 2 sudu besar (30mL) cecair susu untuk setiap 155g berat badan anak kucing tersebut. Untuk anak kucing yang lemah perlu diberi makan setiap 3 atau 4 jam sekali.

Review;

“Anak kucing di rumah memang suka dengan susu ni. Tak pernah ada masalah penghadaman dan bagus untuk pembesaran mereka”

Susu kucing untuk gemuk
Ocean Kiss
Ocean Kiss Weight And Muscles Milk
Semak Ocean Kiss Weight And Muscles Milk harga dibawah:
add_circle Menambahkan berat badan kucing
add_circle Menjaga sistem imunisasi kucing
remove_circle Cair dan perlu dicampur dengan susu biasa lain

Brand Ocean Kiss adalah suplemen susu berkualiti tinggi untuk membantu menambahkan berat badan dan membina otot dan bulu si comel anda.

Ia juga memastikan tulang kucing anda kuat dan sihat dan membantu pembentukan sel darah merah serta sistem imuniti badan mereka.

Susu ini mengandungi asid amino penting dan rangkaian asid lemak tepu dan tak tepu yang berkualiti tinggi.

Ia sangat sesuai untuk anak kucing dan kucing yang ingin menambahkan berat badan mereka. Anda hanya perlu campur ke dalam air atau makanan setiap hari.

Susu untuk kucing sakit
Beaphar Lactol Kitten Milk
Semak Beaphar Lactol Kitten Milk harga dibawah:
add_circle Penuh dengan nutrisi
add_circle Sesuai untuk kucing hamil dan sakit juga
remove_circle Harga yang mahal

Susu ini memang dibuat untuk anak kucing yang baru lahir. Dengan DHA, taurin, vitamin, dan mineral yang penting, ia juga sesuai untuk kucing yang bunting atau sakit.

Ia mempunyai kandungan asid amino yang tinggi memberikan pemakanan yang seimbang dan sempurna untuk kucing anda.

Diperbuat daripada whey yang mudah dihadam, proses penapisan dan pengeringan mereka membuatkan molekul protein kekal sekaligus menjadikan ia lebih berkhasiat.

Susu ini mempunyai pelbagai jenis vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12, C, D3, dan E. Kesemua ini dapat membantu anak kucing membesar dengan sihat.

Susu untuk kucing bunting
Midalac
Midalac Goat Milk
Semak Midalac Goat Milk harga dibawah:
add_circle Penuh khasiat dan nutrisi
add_circle Sesuai untuk pelbagai jenis keadaan
remove_circle Sesetengah anak kucing tak suka susu kambing

Mempunyai kandungan Casien yang lebih rendah dari susu lembu, susu kambing ini adalah hidangan yang sempurna untuk kucing anda.

Ia lebih mudah untuk dihadam dan tak akan menyebabkan cirit-birit bagi mereka yang tak tahan laktosa. 

Susu ini mempunyai jumlah karbohidrat, protein, dan lemak yang seimbang bagi menggalak pertumbuhan dan kesihatan optimum untuk kucing anda.

Midalac mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti Vitamin A, B, C , dan kalsium untuk meningkat kan imuniti dan kepadatan tulang kucing anda.

Ia sangat sesuai untuk anak kucing yang baru lahir, kucing yang hamil dan menyusu, kucing yang sakit, dan kucing tua.

Susu untuk kucing keracunan
Nekolac Goat Milk
Semak Nekolac Goat Milk harga dibawah:
add_circle Bebas laktosa
add_circle Senang dihadam
remove_circle Sesetengah kucing tak suka susu kambing

Susu kambing Nekolac diperbuat dari Netherlands dan ianya bebas laktosa bagi memudahkan penghadaman untuk kucing keracunan. 

Ia juga menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan mencantikkan bulu kucing anda. Tinggi dengan kalsium, ia juga menguatkan tulang si comel.

Susu ini mengandungi pelbagai vitamin bagi membantu proses pembesaran serta menguatkan otot dan sendi agar kucing anda sihat dan cergas.

Susu ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur kucing termasuklah kucing yang sedang hamil dan sakit.

Untuk kucing keracunan, sila hantar ke klinik veterinar untuk rawatan dan dapatkan nasihat doktor sebelum beri kucing anda minum susu ini.

Susu kucing untuk ibu menyusui
Semak TURA Kitty’s Milk Powder harga dibawah:
add_circle Mudah dibancuh
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Susah dibasuh

Susu ini sangat baik untuk anak kucing kerana mengandungi nutrien penting yang membantu pembesaran mereka.

Tiada bahan pengawet dan bahan tambahan yang digunakan. Formula serbuk susu ini sangat mudah untuk dibancuh dengan air.

Ia juga mempunyai rasa yang enak dan mudah dihadam untuk kucing dari pelbagai umur dari kecil hingga tua.

Bancuhannya juga agak mudah, hanya tambah 1 paket susu tepung kedalam 200ml air suam dan kacau sehingga sebati.

Pets Own Natural Active Adult Cats Milk
Semak Pets Own Natural Active Adult Cats Milk harga dibawah:
add_circle Harga yang murah
add_circle Penuh dengan khasiat
remove_circle Perlu beli online

Susu memang diperbuat dari bahan semula jadi dan tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, atau perasa tiruan. 

Ia 100% bebas laktosa dan mempunyai pelbagai vitamin dan mineral, asid lemak penting, asid amino, dan antioksidan.

Susu ini dirumuskan untuk memberi keseimbangan tenaga dan pemakanan untuk kucing aktif.

Kandungan asid linoleik yang tinggi menggalakkan kulit dan bulu yang sihat dan berkilat.

Ia juga penuh dengan kalsium bagi membina dan mengekalkan ketumpatan tulang yang mencukupi.

Selain itu, susu ini juga ada taurin untuk mata kucing anda dan ia sangat mudah dihadam, memang kucing tak meragam.

Susu kambing untuk kucing
Fuzzy Pet Premium Goat’s Milk
Semak Fuzzy Pet Premium Goat’s Milk harga dibawah:
add_circle Nutrien dan khasiat tinggi
add_circle Bebas laktosa
remove_circle Stok cepat habis

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang lagi tinggi dari susu biasa jadi ia dapat membantu tumbesaran kucing dan kesihatan tulangnya.

Ia juga dapat membantu dalam menggalakkan kulit yang sihat dan mengurangkan jangkitan kepada kulit tersebut.

Susu ini dapat melindungi usus dan perut kucing anda kerana ianya sangat mudah untuk dihadam berbanding susu lembu.

Ia juga bebas laktosa dan mempunyai pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, B, dan C sekaligus menguatkan sistem imunisasi si comel.

Susu ini sangat sesuai untuk kucing baru lahir, kucing mengandung, kucing yang sakit, dan juga kucing tua (sebagai suplemen).


Apa Manfaat Susu Formula Kucing?

Menurut Dr Naim, susu formula kucing diformulasi supaya sesuai untuk keperluan kucing. Ini bermaksud, bergantung kepada keperluan kucing atau anak kucing kerana susu formula mempunyai perlbagai manfaat.

Antaranya, anak kucing tidak mengalami cirit yang teruk disebabkan kandungan yang tidak sesuai untuk usus anak kucing seperti lactose.

Bukan apa, anak kucing sering mempunyai masalah intolerasi laktosa dimana gula semulajadi yang terdapat dalam kebanyakan produk ternusu tidak dapat dicerna dengan baik.

Jadi, jika najis cecair atau separa cair kerap berlaku lebih daripada dua hari, dinasihatkan untuk berjumpa doktor haiwan.

Terutamanya kalau mempunyai lebih daripada satu kucing, maka adalah penting untuk mencuba untuk mendapatkan rawatan wajar dari pakar secepatnya.

Apa pun, bagi mengenalpasti susu formula kucing bagus atau tidak mudah saja, susu itu mampu memberi nutrisi yang secukupnya kepada anak kucing untuk membesar secara normal.


Boleh Tak Gantikan Susu Khas Kucing Dengan Susu Kotak Atau Susu Pekat Yang Dicampur Air?

Walaupun campuran dua bahan ini tidak kedengaran terlalu buruk dan ramai orang lakukannya tapi campuran ini tidak digalakkan sama sekali.

Ini kerana susu pekat manis dan susu sejat kedua-duanya tinggi kandungan gula dan sebenarnya kucing tidak berminat dengan perisa manis.

Mungkin sesetengah kucing menyukainya tapi tidak disyorkan untuk memberi kucing minuman ini kerana susu yang tidak diformulasi dengan betul mengandungi kadar laktosa yang tinggi.

Kemudian boleh menyebabkan sakit perut atau cirit yang teruk kepada kucing.

Selain itu, campuran yang dilakukan tidak mempunyai nilai nutrisi yang baik boleh menyebabkan kurang nutrisi terutamanya kepada anak kucing.

Akibatnya, boleh menyebabkan ganguan tumbesaran anak kucing serta menjejaskan kesihatan mereka seperti kurus, tidak aktif atau tulang yang rapuh.


Sebenarnya Apa Perbezaan Susu Badan Ibu Kucing Dengan Susu Formula Kucing?

Perbezaan susu badan ibu kucing dengan susu formula terbahagi kepada empat ciri;

Imuniti
Anak kucing biasanya menerima imuniti sementara melalui plasenta semasa dalam rahim dan melalui susu ibu mereka pada hari pertama dilahirkan.

Susu yang diminum mengandungi imuniti pasif yang amat diperlukan untuk tumbesaran anak kucing.

Malangnya, walaupun susu formula memberi manfaat kepada kucing tapi tidak mengandungi imuniti pasif yang diperlukan kucing.

⦁ Nutrisi
Susu ibu kucing mencukupi dari segala aspek keperluan anak kucing. Namun begitu, susu formula tidak boleh menandingi susu ibu kucing.

Sebaiknya dapatkan bantuan dari vet kucing anda untuk mengenalpasti susu terbaik untuk mereka.

⦁ Ketersediaan
Bergantung kepada tahap kesihatan ibu kucing dan kebolehan ibu kucing untuk menyusukan anak mereka.

Namun, terdapat beberapa senario yang menyebabkan ibu kucing enggan menyusukan anaknya.

Dalam sesetengah kes, ibu kucing akan mula menyusu dan kemudian berhenti atau, ibu kucing mungkin menolak untuk menyusukan anak mereka.

Apabila perkara ini terjadi, anda boleh bergantung kepada susu formula, setelah mendapatkan rekomendasi serta nasihat daripada vet untuk keperluan tertentu kucing anda.

⦁ Kandungan laktosa
Susu ibu kucing mengandungi kandungan laktosa yang sangat rendah. Malah, lebih rendah dari 0.1%.

Apa pun, Dr Naim menekankan bahawa tiada yang boleh mengalahkan susu ibu kucing.


Artikel Berkaitan

End of Article