X
X

Product in this article

Musim cuti sekolah telah pun tiba. Ini bermakna akan berlangsungnya majlis-majlis perkahwinan di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai. Pastinya anda telah menerima beberapa kad undangan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka, bukan?

Namun, sudahkah anda membeli sesuatu untuk dihadiahkan kepada pengantin baru? Atau adakah anda masih bingung memikirkan hadiah yang sesuai untuk mereka? Jangan bimbang, artikel ini ada solusinya. Jom pilih hadiah yang sesuai untuk pengantin baru daripada senarai di bawah;  

1. Fluffy Wool Rug for Home Deco

Hadiah yang rare untuk pengantin baru hiasi kediaman

Harga mulai RM27.77

shopping_cart Lazada Malaysia RM27.77 shopping_cart Shopee Malaysia RM27.90

Jika bakal pengantin baru sukakan kelainan, inilah hadiah kahwin rare yang sesuai untuknya. Karpet ini bukan sahaja dapat menambah seri dalam dekorasi kediaman, malah selesa dijadikan ambal untuk bersantai bersama pasangannya nanti. Dengan bersaiz 100 X 50 cm dan ketebalan 3 cm ini diperbuat daripada bulu haiwan tiruan yang gebu dan lembut.

Warnanya yang gelap seakan-akan bulu beruang menjadikan karpet ini tidak mudah kotor. Bahagian belakang karpet ini pula diperbuat daripada fabrik suede yang lembut, tahan lasak dan tidak licin. Pengantin baru tentu sukakan hadiah ini!

2. JAKEMY JM-8139 45-in-1 Maintenance ToolSet Kit

Sesuai untuk kegunaan pengantin lelaki, kerja bertukang tiada masalah

Harga mulai RM45.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM45.80 shopping_cart Lazada Malaysia RM45.80

Anda buntu memikirkan hadiah yang sesuai untuk pengantin lelaki? Apa kata hadiahkan saja toolkit ini kepadanya. Dilengkapi dengan 45 jenis peralatan dalam 1 kotak yang mudah untuk dibawa kemana saja. Ianya sesuai digunakan untuk membaiki serta menyelenggara alatan kecil seperti jam dan kacamata.

Di samping itu, peralatan di dalam toolkit ini juga boleh digunakan untuk membaiki telefon bimbit, laptop, MP3 player dan pelbagai alat eletronik lain. Hadiah ini memang berbaloi untuk seorang bakal suami!

3. TEFAL Super Cook Plus (4pcs Set)

Hadiah perkahwinan terbaik untuk kakak yang suka memasak

Harga mulai RM169.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM189.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM169.00

Kakak kesayangan anda jenis seorang yang suka memasak dan akan berkahwin tidak lama lagi? Inilah hadiah yang sesuai untuknya. Set memasak non-stick dari jenama terkenal ini dilengkapi dengan kuali yang digunakan untuk menggoreng (24 cm), periuk kuah (18 cm) serta penutupnya dan disertakan  sebatang sudip.

Jaminan waranti selama 2 tahun daripada Tefal Malaysia, anda tidak perlu risau jika ada sebarang kerosakan. Percayalah, kakak anda tentu sangat menghargai hadiah ini!

4. MIDEA Rice Cooker MG-GP18B (1.8L)

Terbaik buat sepupu yang baru berkahwin

Harga mulai RM54.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM55.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM54.90

Sepupu adalah insan yang paling rapat dengan kita selepas adik-beradik. Agak buntu juga memilih hadiah yang sesuai untuk sepupu sempena majlis perkahwinannya. Marilah pilih sesuatu yang dapat dimanfaatkannya selalu. Periuk nasi non-stick ini berkapasiti 1.8L dan disertakan dengan waranti selama 1 tahun.

Walaupun mampu memasak nasi untuk 10 orang, ia berbentuk kompak dan mudah dikendalikan dengan fungsi memasak yang automatik. Sepupu anda tentu gembira menerima hadiah ini.

5. DYSON Supersonic Hair Dryer Iron

Sesuai untuk pengantin wanita

Harga mulai RM789.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM798.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM789.90

Rambut adalah mahkota wanita. Jadi, wanita amat menitikberatkan penjagaan rambut supaya kekal cantik. Adaa juga wanita inginkan stail yang berbeza untuk rambut mereka, maka pilihlah set stail rambut 9 dalam 1 ini untuk dihadiahkan kepada bakal pengantin wanita agar tampil menawan di hadapan suaminya nanti.

Walaupun harganya agak mahal tetapi kualiti pengering rambut ini tahan lama dan didatangi dengan waranti jika berlaku sebarang kerosakan. Usah risau. Penggunaan pengering rambut ini pasti berbaloi dengan wang yang dilaburkan.

6. LUXURIES Spices Jar

Jadikan hadiah ini sebagai simbol persahabatan

Harga mulai RM38.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM38.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM39.90

Bekas menyimpan rempah ratus ini, anda boleh memilih untuk dihadiahkan kepada sahabat sebagai simbolik pahit manis persahabatan yang dijalin bersama dengannya. Dilengkapi dengan 6 biji botol kaca berbentuk menarik dengan penutup yang diperbuat daripada besi logam tahan karat (stainless steel).

Disertakan dengan tray yang boleh dipusing 360 darjah agar mudah untuk sahabat anda menggunakannya. Hadiah yang menarik, pasti akan membuatkan sahabat anda tersenyum lebar.

7. Buku “Why Men Can Do One Thing At A Time And Women Never Stop Talking”

Hadiah perkahwinan terbaik untuk bekas kekasih, murah dan penuh nasihat

Harga mulai RM13.41

shopping_cart Shopee Malaysia RM13.41

Bekas kekasih menjemput anda ke majlis perkahwinannya? Pasti anda tidak mahu berbelanja besar membeli hadiah tetapi masih mahu memberikan sesuatu yang bermakna agar dapat dimanfaatkan untuk mahligai cinta yang baru dibinanya. Buku ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah perkahwinan untuk bekas kekasih anda dan pasangannya.

Buku ini menerangkan tentang perbezaan antara lelaki dan wanita yang perlu difahami oleh pasangan masing-masing agar rumah tangga kekal harmoni selamanya. Salah satu topik yang menarik dalam buku ini ialah “Spesis sama… Dunia berbeza.” Dengan perspektif dan pandangan yang berbeza di dalam buku ini, menarik untuk dibuat bacaan santai.

8. Hanging Peacock Clock European Style

Sesuai untuk pengantin baru berbangsa India

Harga mulai RM79.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM79.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM110.00

Burung merak sangat sinonim dengan masyarakat India di serata dunia malah burung merak jantan telah dinobatkan sebagai Burung Kebangsaan negara India. Burung ini adalah simbol keanggunan, kemegahan dan kebahagiaan. Pilihlah jam dinding berbentuk burung merak ini untuk dihadiahkan kepada pengantin berbangsa India. 

Jam dinding ini diserikan dengan permata berwarna silver, sangat sesuai sebagai dekorasi dinding kediaman. Dilengkapi dengan fungsi jarum yang berdetik secara senyap, ianya direka dengan 3 warna berbeza iaitu emas (gold), hitam dan putih. Anda boleh memilih warna pilihan yang sesuai untuk kegunaan bakal pengantin.

9. FENG SHUI Water Fountain Decoration

Hadiah terbaik untuk pengantin berbangsa Cina menghiasi kediaman baru

Harga mulai RM129.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM129.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM129.90

Bagi pengantin baru berbangsa Cina, pasti anda juga harus memilih hadiah yang bersesuaian buat mereka. Apa kata hadiahkan water fountain ini? Ianya sesuai untuk melegakan tekanan akibat kerja dan juga dapat menenangkan perasaan yang bercelaru. Bunyi air yang mengalir dapat memberi ketenangan pada fikiran dan hati mereka. Air juga dikatakan sebagai simbol pembawa rezeki.

Ianya dapat memberi udara segar buat ruangan yang luas dan mengekalkan lembapan semasa musim panas. Jadi, tidak mudah terasa bahang semasa berada di dalam rumah.

10. Frame Canvas Kufi / Khat

Terbaik untuk pengantin Melayu buat hiasan dinding kediaman

Harga mulai RM65.67

shopping_cart Shopee Malaysia RM65.67 search Cari produk di Lazada Malaysia

Frame tulisan khat dengan ayat Kursi ini sesuai dihadiahkan untuk pengantin baru berbangsa Melayu. Kanvasnya diperbuat daripada bahan PVC premium yang kalis air, tidak luntur dan cantik serta ‘glossy’. Frame pula diperbuat daripada kayu jelutong yang tahan lasak dan tidak mudah patah. Sangat sesuai untuk dijadikan dekorasi di dinding ruang tamu, pasti akan menarik perhatian tetamu yang mengunjungi ke rumah baru pengantin.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Gaya Hidup

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!