Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Lebih Tenang Semasa Beribadah Dengan 10 Sejadah Terbaik Untuk Kegunaan Harian

Solatlah dengan khusyuk dan taat…

Product in this article

Tikar sejadah merupakan alat yang sangat sinonim dalam kalangan masyarakat muslim seluruh dunia. Terdapat pelbagai rekaan menarik sejadah yang ada di pasaran dengan corak unik. Kini, sejadah telah direka dengan pelbagai ciri khusus untuk pelbagai keperlun penggunanya. Sejadah juga merupakan barangan asas yang perlu ada semasa umat Islam ingin menunaikan ibadah terutamanya bersolat.

Apakah hukum solat dengan sejadah terbalik?

Para ilmuan Islam bersepakat yang bagaimana keadaan sejadah tidak menentukan sah atau tidak solat, selagi mana ianya tidak terkena najis. Yang akan memberi effect kepada solat anda hanyalah rukun dan syarat sah solat seperti menghadap kiblat dengan betul dan suci dari sebarang najis. Kalau betul rukun dan syarat, maka eloklah solat anda. 

Pendek kata, niat untuk bersolat haruslah betul dan yakin. Ayuh lihat senarai sejadah yang sesuai untuk kegunaan harian anda;

10 Sejadah Solat Unik Untuk Anda

Pocket Prayer Mat with Compass

RM 14.5
1. Pocket Prayer Mat with Compass
Sejadah dengan kompas untuk kesan arah kiblat
Updated on 11th August 2020

Untuk anda yang selalu travel, pastinya leceh kan kalau setiap kali hendak solat anda perlu periksa arah kiblat dahulu? Jangan risau, dengan sejadah travel ini, anda akan dapat satu kantung atau beg kecil yang mempunyai kompas nipis yang tersimpan di dalamnya. 

Dilengkapi dengan pemberat besi pada setiap bucunya bagi mengelakkan ianya bergerak semasa anda sedang bersolat. Ini sememangnya sejadah yang sangat kompak, mudah digunakan dan serba lengkap.

Sejadah Mini Speigel Muslim Praying Mat – Made in Turkey (3pcs)

RM 14.5
2. Sejadah Mini Speigel Muslim Praying Mat – Made in Turkey (3pcs)
Sejadah mini sesuai untuk kanak-kanak
Updated on 11th August 2020

Untuk anda yang mempunyai anak ataupun sanak-saudara yang masih kecil, mesti seronok kan kalau sekali-sekala tengok mereka berlatih solat? Apa kata untuk menanamkan lagi minat mereka, anda hadiahkan kepada mereka sejadah mini ini. 

Tak cukup dengan itu, sejadah ini diperbuat menggunakan material spiegel yang selesa dan ia mempunyai corak yang cantik tetapi tak sampai mengganggu fokus kanak-kanak. Apa tunggu lagi? Dapatkan satu untuk si kecil anda.

Sejadah Solat Superking Untuk Sakit Lutut

RM 15
3. Sejadah Solat Superking Untuk Sakit Lutut
Sejadah khas untuk orang tua yang alami masalah sakit lutut
Updated on 12th August 2020

Untuk yang mempunyai sakit lutut dan lain-lain penyakit sendi, bersolat pasti merupakan dugaan yang besar. Sejadah Superking ini menggunakan fabrik berkualiti tinggi bagi menjamin keselesaan anda dan ianya mempunyai ketebalan sebanyak 10mm supaya tekanan boleh diserap dengan baik sekaligus mengurangkan pressure pada lutut anda. 

Sejadah ini juga mempunyai tapak kalis gelinciran bagi menjamin keselamatan dan keselasaan anda ketika beribadah.

Premium Thick Prayer Rug + Gift Bag Set

RM 19
4. Premium Thick Prayer Rug + Gift Bag Set
Sejadah yang sesuai dijadikan hadiah
Updated on 11th August 2020

Sejadah korporat gebu ini sangat sesuai dijadikan hadiah kerana tekstur yang lembut dan ianya juga mempunyai design cantik dimana bentuknya disulam supaya kelihatan menimbul. Selain dari itu, warna yang elegan tetapi minimalis menjadikannya sebuah hadiah dengan nilai aesthetic tersendiri. 

Anda boleh hadiahkannya kepada rakan anda, boss atau mertua, semuanya tiada masalah dengan sejadah ini. Pembelian anda juga akan disertakan dengan beg hadiah, tak payah susah-susah mencari!

Sejadah Bilal Black Spigel

RM 30
5. Sejadah Bilal Black Spigel
Sejadah sesuai untuk kegunaan kaum lelaki
Updated on 11th August 2020

Untuk para lelaki di luar sana, kalau anda tidak minat dengan corak floral ataupun sebarang corak yang terlalu menyerlah, dapatkan sejadah Spiegel Bilal. Corak yang sangat minimalis dan warnanya gelap kurang mengganggu tumpuan ketika bersolat. Ianya juga ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Sememangnya produk yang sangat simple dan efektif.

Daz Travel Sajada (Sejadah Poket)

RM 35
6. Daz Travel Sajada (Sejadah Poket)
Sejadah untuk travel – mudah dibawa kemana sahaja
Updated on 11th August 2020

Untuk anda yang selalu kesana dan kemari, kadang-kadang tu mesti tak selesa kan nak solat sebab tak ada sejadah? Dengan DAZ Safira Travel Sajada, kerunsingan anda pasti akan selesai. Sejadah ini dibuat dari material polyester yang mudah dilipat senang digunakan. 

Didatangi dengan beg berukuran 8cm x 12cm, sejadah Safira ini membolehkan anda bersolat dimana sahaja tak kira masa.

E Sejadah Elektronik Belajar Solat Kit

RM 32.99
7. E Sejadah Elektronik Belajar Solat Kit
Sejadah pintar dengan sistem elektronik untuk mudah bersolat
Updated on 11th August 2020

Bagi yang mahu mengajar anak untuk bersolat, anda boleh dapatkan eSejadah Elektronik Pintar dimana model sejadah terbaru ini direka khas untuk kanak-kanak dengan panduan solat. Ia juga dilengkapi dengan alat mengajar untuk bersolat dimana alat tersebut dapat mengesan pergerakan anak anda dan ia akan berbunyi “beep” kalau ada kesilapan. 

Ianya juga berfungsi untuk memaklumkan berapa rakaat bagi setiap waktu solat, maknanya, kalau anak anda terlupa rakaatnya, alat ini boleh memberitahu. Menarik bukan?

Amru Basic Sajada II

RM 119
8. Amru Basic Sajada II
Sejadah gebu untuk kemudahan bersolat lebih selesa
Updated on 11th August 2020

Kalau anda inginkan solat yang lebih selesa di atas sejadah gebu, anda boleh cuba sejadah Amru Basic Sajada II, antara pembekal sejadah terbaik di Malaysia. Ia diperbuat dengan dua lapisan kapas asli yang empuk dan selesa. Sejadah ini mampu menyerap tekanan yang agak tinggi, jadi ia amat sesuai untuk penggunaan dalam jangkamasa lama. 

Selain itu, ia juga mempunyai cengkaman pada tapak bawah supaya sejadah tetap pada posisinya ketika anda bersolat. Sejadah Amru ini sangat sesuai untuk anda yang mahukan keselesaan ketika beribadah.

Sejadah Original Turki (Tenun)

RM 137
9. Sejadah Original Turki (Tenun)
Sejadah yang sesuai dibuat hantaran perkahwinan
Updated on 11th August 2020

Untuk anda yang sedang mencari sejadah sesuai dibuat hantaran perkahwinan, sejadah original turki yang ditenun ini mempunyai design anggun berinspirasi corak dari seni seramik Turki. Seni tenunan yang digunakan juga membuatkan sejadah ini lebih special dari yang lain. Jadikan keunggulan corak sejadah ini sebagai penanda keunggulan kasih anda kepada yang tersayang.

Sejadah SK Arabes in Dusty Blue

RM 179
Siti Khadijah
10. Sejadah SK Arabes in Dusty Blue
Sejadah yang tebal untuk keselesaan anda semasa ibadah
Updated on 11th August 2020

Untuk yang inginkan keselesaan yang lebih sedikit anda boleh dapatkan sejadah Siti Khadijah SK Arabes dimana sejadah ini diperbuat dari memory foam yang boleh mengikut  tapak kaki anda. Bayangkan sahaja saat anda memijak sejadah ini ianya akan terasa bagai di awang-awangan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article