Product in this article

Pernahkah anda mengalami kulit kemerahan dan gatal-gatal? Semakin anda garu ianya kelihatan kemerahan, kulit menaik dan bengkak. Ini merupakan simptom-simptom gegata.

Kebiasaannya gegata akan reda dengan sendiri. Namun terdapat dua jenis gegata iaitu akut dan kronik dimana gegata akut akan pulih dalam masa kurang daripada 6 minggu manakala gegata kronik lebih lama. 

Apakah punca-punca terjadinya gegata?

Kebiasaan terjadinya gegata adalah disebabkan masalah yang biasa seperti alahan atau jangkitan. Anda harus mengenal pasti alahan tersebut berpunca daripada mana.

Contohnya pemakanan, ubat-ubatan, alergik, bisa binatang dan lain-lain. Keadaan sejuk, panas dan tekanan pada bahagian badan juga boleh mengakibatkan gegata. 

Kini, kami akan kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan gegata yang anda boleh cuba di rumah.

1. Mandian garam

Anda boleh memilih apa jua jenis garam dan kemudian larutaknnya di dalam baldi bersama air. Gunakan air campuran garam ini sebagai air bilasan setiap kali selepas mandi.

Garam yang terbaik adalah garam bukit. Kandungan Sodium Klorida dan Iodin di dalam garam ini lebih baik untuk kesihatan daripada garam biasa.

1. Garam Bukit Asli

Berkesan untuk hilangkan gegata pada kulit badan

Harga mulai RM8.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM8.90

Garam bukit ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Selain dapat menghilangkan kegatalan kulit, bilasan garam bukit boleh mencerah serta mengembalikan keanjalan pada kulit. Ianya dijamin selamat tanpa apa-apa bahan kimia terlarang.

2. Cuka Epal

Tahukah anda masyarakat Greek dan Mesir meminum cuka epal sebagai tonik kesihatan? Ianya mengandungi gula tertinggi yang membantu dalam proses penapaian. Asidnya di antara pH 4.25 – 5, bermanfaat untuk kebaikan kesihatan.

Cuka epal atau apple cider vinegar juga boleh guna untuk sapuan pada kulit yang gatal. Setelah disapu biarkan ianya kering sendiri.

2. BRAGG Apple Cider Vinegar (946ml)

Sesuai digunakan sebagai toner untuk gegata di muka, kaki atau tangan

Harga mulai RM21.50

Pilihlah cuka epal yang tulen untuk kesan lebih cepat. Cuka epal ini diperkaya dengan enzim dan potasium yang baik untuk melegakan kulit iritasi. Tidak menyebabkan kemerahan atau kulit merengsa setelah memakainya.

3. Bedak sejuk

Bedak sejuk sudah digunakan sejak zaman nenek moyang kita untuk mendapatkan kukit yang sihat. Bahan aktif yang terdapat di dalam bedak sejuk ini seperti ceramide berfungsi untuk meningkatkan kolagen pada kulit agar bebas daripada masalah kegatalan dan merengsa.

3. Flower Bedak Sejuk

Sapukannya sebelum tidur untuk hilangkan gegata

Harga mulai RM3.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM3.50 shopping_cart Shopee Malaysia RM3.00

Campur bedak sejuk dengan air sehingga menjadi krim konsentrasi untuk disapukan pada gegata. Ianya akan kering dan terkupas dengan sendirinya. Bedak sejuk ini terbukti memberi sensasi penyejukkan pada kulit. Anda akan terasa aman sepanjang malam tanpa perlu menggaru.

4. Losyen Calamine 

Kebiasaannya losen ini digunakan oleh pesakit chicken pox. Tergolong dalam ubatan anti-histamine ianya mampu merawat segala jenis ruam termasuk gegata.

Tidak boleh ditelan atau dimasukkan ke dalam tubuh badan tetapi berkesan untuk penggunaan pada kulit luar sahaja. Sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur termasuk bayi.

4. DERMOPLEX Calamine Lotion

Sesuai dan dijamin selamat untuk merawat gegata pada bayi

Harga mulai RM5.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM5.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM6.29

Losyen Calamine akan memberi cooling effect pada gegata sekaligus mengurangkan kegatalan. Ianya sesuai digunakan oleh bayi agar mengelakkan gatal pada gegata yang boleh mengakibatkan si kecil anda menggaru. Hanya sapu serta usap perlahan pada kawasan gegata dan biarkan ianya mengering pada kulit.

5. Meminum air kelapa

Air kelapa terkenal dengan sifatnya yang boleh menyejukkan badan dari dalam. Dengan mengandungi nutrisi-nutrisi penting, ianya mampu memberi kebaikan buat tubuh badan anda.

Air kepala boleh dijadikan sebagai air tenaga atau penghidrat alternatif kerana ianya rendah kalori, bebas kolestrol dan lemak serta dapat membantu mencegah penyakit. Jika gegata anda berpunca dari cuaca panas, apa kata cuba kaedah ini.

5. Karta Coconut Water

Kaedah terbaik kurangkan gegata sambil sejukkan badan

Harga mulai RM10.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM11.25 shopping_cart Shopee Malaysia RM10.90

Air kelapa ini diperkaya dengan potasium dan elektrolit untuk membantu mengurangkan suhu dalaman badan serta memberi penghidratan semula. Kulit anda akan bebas dari gegata atau segala jenis ruam jika anda meminum air kelapa ini secara konsisten.

6. Kunyit

Terdapat pelbagai kandungan zat dan vitamin di dalam kunyit ini menyebabkan penggunaannya diamalkan sejak zaman dahulu lagi untuk rutin kecantikan kulit. Diperkaya dengan Vitamin C dan antiseptik, kunyit dapat mencegah radang kulit seperti gegata, jerawat atau luka. 

Kunyit juga boleh membantu susutkan bengkak akibat kegatalan dan iritasi pada kulit. Secara tradisional, kunyit hidup ditumbuk lumat dan disapu pada tempat yang bengkak.

6. Tumeric Treatment Cream

Kaedah asli untuk menghilangkan gegata

Harga mulai RM22.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM29.99 shopping_cart Shopee Malaysia RM22.00

Tidak perlu lagi mengusung lesung batu untuk melumatkan kunyit. Hanya sapu krim kunyit ini pada kulit gegata. Ianya boleh mengecutkan iritasi pada kulit. Tiada lagi masalah kegatalan pada kulit sehingga tampil kemerahan dan menyebabkan keyakinan diri anda merudum.

7. Ekstrak Witch Hazel

Witch hazel adalah astringen yang dikhaskan untuk merawat masalah kulit gatal, cela dan merah-merah. Ekstrak dari tanaman ini memiliki khasiat untuk meredakan sunburn serta memberi sensasi penyejukkan.

Ianya juga dapat menghalang kulit menghasilkan minyak dan sebum berlebihan. Terbaik untuk merawat keradangan pada kulit seperti gegata dan iritasi.

7. Dickinson Witch Hazel (473ml)

Untuk memberi kelegaan yang lebih lama dan hapus gegata

Harga mulai RM32.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM32.50

Cara penggunaannya sama seperti menggunakan toner pada kulit. Ekstrak ini 100% original dan bebas dari bahan kimia merbahaya. Ianya juga diiktiraf oleh pakar dermatologi/kulit untuk membantu mengurangkan iritasi dan ruam seperti gegata. Gunakannya secara konsisten untuk mengurangkan masalah keradangan pada kulit. 

8. Ubat antihistamine

Gegata yang kronik harus dirawat menggunakan ubatan daripada doktor yang datang dalam bentuk suntikan ataupun tablet. Doktor akan mengenalpasti dos antihistamine yang sesuai untuk keadaan anda.

Keberkesanan antihistamine ini dilihat pada kondisi gegata yang mengecil dan kempis. Anda harus mendapatkan nasihat doktor atau jurufarmasi sebelum mengambil sebarang ubatan antihistamine.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Gaya Hidup

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!