Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Bagaimana Nak Dapat Mesin Kopi Khas Dari Itali Ini Dengan RM1 Sebulan Saja!

Viva l'Italia!

Jika kita lihat di luar sana, terlalu banyak café yang dibuka menawarkan minuman kopi dari pelbagai jenis seperti Robusta, Arabica dan Liberian. Sana-sini penuh dengan kedai kopi dari rangkaian harga segelas hanya RM1 – RM2 sehingga mencecah belasan ringgit. Sesetengah daripada kita harus mendapatkan secawan kopi sebelum tidur ataupun sebagai pemberi tenaga buat anda yang ingin bekerja di waktu malam. Permintaan untuk membancuh kopi di rumah juga semakin meningkat.

Tidak! Maksud di sini bukan secawan kopi bancuhan dengan menggunakan paket 3-in-1 tetapi kopi yang dibru segar dengan menggunakan biji kopi kisar untuk dinikmati mengikut keselesaan anda. Kini, terdapat cara yang lebih mudah untuk anda meminum kopi yang dibru sendiri dengan ‘menyewa’nya. Syarikat pembuat mesin kopi terkenal, Arissto telah memulakan skim ‘sewaan’ mesin kopi ini dengan mengenakan bayaran sebanyak RM1 sahaja sebulan.

Ini cara mudah untuk ‘menyewa’ mesin kopi Arissto ini;

  • Plan RM1: Daftar sahaja butiran anda dengan kad kredit untuk bayaran RM1 sebulan. Ini termasuk kos servis dan penyelenggaraan mesin tersebut.
  • Komitmen bulanan: Anda harus membeli sekurang-kurangnya 1 kotak (10 kapsul) setiap bulan.
  • Harga sekotak: Di bawah plan RM1 sebulan, anda dikategorikan sebagai ahli dan layak untuk menerima diskaun sebanyak 28% untuk setiap kotak. Jika sekotak pada harga normal adalah RM 30.00, anda hanya perlu membayar RM 21.60 sahaja sekotak selepas diskaun. 
  • Diskaun ekstra: Untuk ahli VIP, jika anda membayar penuh deposit sebanyak RM 280.00 untuk mesin kopi ini secara automatiknya anda akan menerima diskaun sehingga 46% untuk setiap kotak kapsul. Ini bermakna anda hanya perlu membayar RM 17.90 sekotak dan diskaun tambahan untuk kapsul krimer sehingga 56%.
  • Tamat kontrak: Disebabkan tiada ikatan perjanjian, maka anda boleh tamatkan kontrak ‘sewaan’ mesin kopi ini pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu notis. Anda hanya perlu pulangkan mesin kopi ini tanpa caj tambahan.

Usah risau, tiada caj tersembunyi yang akan dikenakan.

Kopi Arissto ini dihasilkan 100% oleh Italian Coffee Masters dari Itali. Tidak perlu ragu akan keenakan kopi yang dibru khas ini. Untuk setiap pendaftaran, plan ‘sewaan’ ini juga didatangi dengan 30 hari tempoh percubaan. Anda akan menerima complimentary box yang mengandungi kapsul kopi Arissto, krimer dan coklat. Cuba dahulu, baru tahu! 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article