Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Alam Semulajadi Akan "Approve" Cawan Bubble Tea Yang Eco-Friendly Ini

Jadilah seorang penggemar bubble tea yang bertanggungjawab

 

Kempen ‘Say No To Straws’ kini telah diimplentasi oleh kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menjaga alam sekitar daripada tercemar. Sudah tentu perkara ini menjadi kerisauan para peniaga yang menjual bubble tea. Pasti menjadi rumit untuk menghirup pearls yang ada di dalam bubble tea tanpa straw tebal itu.

Boba tea mulai menjadi kegemaran orang ramai sebagai penghilang dahaga walaupun harganya lebih mahal sedikit daripada secawan teh tarik. Tidak dinafikan oleh sebab bubble tea mendapat sambutan hangat, satu lorong deretan kedai di SS15 Subang Jaya, penuh dengan para peniaga yang menjual bubble tea dari bermacam nama.

Mickey Wu dan Fang Shih, dua pereka barangan industri daripada Taiwan berjaya mencipta cawan yang boleh digunakan untuk minuman bubble tea. Float direka tanpa straw dan merupakan cawan yang mengandungi bekas khas untuk diletakkan pearls ke dalamnya, memudahkan anda menikmati bubble tea tanpa perlu menggunakan straw. Diperbuat daripada material bebas BPA, selamat dan tidak membahayakan kesihatan.

Bekas ini sangat ringan dan boleh dibawa ke mana sahaja, selain itu, ianya juga boleh ditanggalkan untuk dicuci. Float akan mula berada di pasaran pada musim salji (Winter) 2019 ini. Tiada lagi tarikh tetap bila ia akan berada di pasaran Malaysia. Jadi, stay tuned!   

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article