Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Emas 916 Murah Bajet RM500 Terkini 2024 (Gelang, Cincin dll)

Jom tambah koleksi emas!

Pejam celik pejam celik, bulan Ramadan dan Syawal hampir tiba.

Tidak hairan jika ada yang sudah membuat persiapan raya seperti langsir, baju, tudung, handbag dan kasut.

Malah, mungkin juga ada yang rancang menambah aksesori raya seperti emas.

Tidak kira sama ada rantai, gelang tangan, gelang kaki mahupun cincin.

Tapi sebelum nak beli emas, anda perlu tahu emas terbahagi kepada beberapa kualiti.

Antara yang popular adalah emas 999 dan emas 916. 

Jadi, kami tolong anda senaraikan emas 916 murah bawah RM500 supaya you guys boleh melaram masa hari raya nanti!


Penyunting

8 Emas 916 Murah Bawah RM500 

Cincin emas 916 zig zag
LA NOBLESSE Emas Cincin Budget 916 Zig Zag
LA NOBLESSE
Emas Cincin Budget 916 Zig Zag
mulai
RM246.00
Semak LA NOBLESSE Emas Cincin Budget 916 Zig Zag harga dibawah:

Berat 0.45gm - 0.72gm

Bagi mereka yang gemarkan koleksi cincin, cincin emas zig zag ini sangat berbaloi untuk dibeli.

Sesuai untuk mereka yang mempunyai jari runcing, pasti akan kelihatan elok terletak.

Bagi lelaki boleh juga bagi untuk kekasih tanda tunang atau untuk ibu. Bagi wanita, anda boleh hadiahkan untuk diri sendiri.

Terdapat pelbagai jenis berat cincin emas, bergantung pada pilihan yang anda inginkan.

Jangan risau, pembelian emas cincin atas talian ini disertakan dengan bekas cincin dan juga resit.

Charm MJ Jewellery
MJ Jewellery 375 Gold Charm (P12)
MJ Jewellery
MJ Jewellery 375 Gold Charm (P12)
mulai
RM75.00
Semak MJ Jewellery 375 Gold Charm (P12) harga dibawah:

Berat 0.21gm

Jika anda sukakan mengumpul koleksi charm, apa kata tambah beads dengan pilihan di kedai emas MJ Jewellery.

Mempunyai pelbagai bentuk dan berat tapi kami sarankan 375 Gold Charm (P12) ini kerana anda pasti tampak lebih meriah dengan tambahan beads baru ini.

Malah, bukan saja boleh diletakkan pada gelang tapi sesuai juga untuk diletakkan pada rantai.

Walaupun agak ringan tapi kalau ada banyak charm, pasti akan rasa berat juga.

Rantai emas Habib
HABIB Lucreatia Gold Pendant, 916 Gold
HABIB
HABIB Lucreatia Gold Pendant, 916 Gold
mulai
RM200.00
Semak HABIB Lucreatia Gold Pendant, 916 Gold harga dibawah:

Berat 0.40gm - 0.60gm

Rantai emas dari HABIB ni sangat simple dan nipis.

Sesuai dipakai bagi mereka yang sudah pun berpunya kerana buahnya berbentuk love yang digabung dua.

Boleh beli untuk diri sendiri atau hadiahkan pada pasangan tanda ikatan cinta dan kasih.

Percayalah, mata orang akan tertancap pada buah emas rantai HABIB ini kerana kelihatan elegan.

Subang emas 916
LAELA SUBANG SKRU BUNGA BERBINTANG EMAS TULEN 916
mulai
RM198.72
Semak LAELA SUBANG SKRU BUNGA BERBINTANG EMAS TULEN 916 harga dibawah:

Berat 0.58gm - 0.70gm

Tidak salah beli subang emas untuk diri sendiri atau untuk anak perempuan.

Walaupun agak ringan tapi bila dipakai pada cuping telinga, subang emas kelihatan besar.

Reka bentuk subang ini sangat simple dan klasik, sesuai untuk kegunaan harian atau untuk keluar berjalan.

Siapa yang pakai, pasti kelihatan gadis melayu yang comel.

Gelang tangan emas 916
Gelang Padu Dewasa Emas 916 Tulen
mulai
RM335.00
Semak Gelang Padu Dewasa Emas 916 Tulen harga dibawah:

Berat 1gm ke atas

Bagi mereka yang mempunyai pergelangan tangan yang halus atau kurus, kami sarankan gelang emas jenis ini.

Bukan apa, reka bentuk gelang emas ini tidak tebal atau terlalu berat.

Lebar emas 0.2cm, memang sesuai untuk gadis yang memiliki tangan kurus. Nampak ayu je bila pakai.

Walaupun emas ini agak nipis tapi jangan risau pembuatannya kukuh dan tidak mudah putus.

Gelang emas ini juga esuai untuk digunakan pada bila-bila masa.

Gelang emas baby
Bangle Baby Emas 916 Tulen
mulai
RM349.00
Semak Bangle Baby Emas 916 Tulen harga dibawah:

Berat 1gm ke atas

Bago mereka yang baru mendapat cucu atau anak perempuan, apa kata hiasi si manja dengan bangle emas 916 tulen ini. 

Jangan risau, tidak berat kerana mempunyai lebar 0.30cm. Memang sesuai untuk si kecil.

Malah, bangle ini boleh dilaraskan mengikut saiz pergelangan tangan bayi anda.

Boleh dipakai di kaki, jika si kecil tidak selesa dipakaikan pada pergelangan tangan.

Si kecil pasti nampak meriah dengan bangle emas 916 ni.

Rantai leher emas 916
Rantai Leher Mesin Padu Bajet Emas 916 Tulen
mulai
RM390.00
Semak Rantai Leher Mesin Padu Bajet Emas 916 Tulen harga dibawah:

Berat mulai 1.64gm

Rantai leher mesin ini mempunyai kelebaran 0.1cm.

Kepanjangan yang berbeza. Semakin panjang, semakin murah tapi dengan 45cm anda boleh dapat harga bawah RM500.

Jangan risau, rantai leher emas ini walaupun agak nipis tapi merupakan rantai emas yang bagus dan tidak senang putus.

Hanya tambah loket atau charm untuk melengkapkan menjadi nampak menarik.

Tapi anda boleh dipakai begitu sahaja, penambahan  charm hanya mengikut citarasa individu.

Gelang kaki emas 916
Gelang Kaki Padu Dewasa Emas 916 Tulen
mulai
RM469.00
Semak Gelang Kaki Padu Dewasa Emas 916 Tulen harga dibawah:

Berat 1gm ke atas

Dapatkan gelang kaki emas 916 ini dengan harga bawah RM500.

Berat gelang kaki ini atas 1gm. Reka bentuknya pintalnya membuatkan gelang ini tampak lebih esklusif .

Menariknya lagi, gelang kaki ini dihiasi buah berbentuk hati dan loceng kecil.

Gelang kaki ini akan kelihatan manis jika dipakai dalam rumah. 


Berapa Karat Yang Terkandung Dalam Satu Emas 916?

Bagi menghasilkan emas 916 atau atau 22K, emas perlu dicampur dengan logam lain.

Ini bermaksud 91.6% bahan utama adalah emas manakala selebihnya terdiri dari logam lain seperti perak, zink dan lain-lain.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa emas 916 tidak sesuai untuk ditatahkan dengan berlian.

Untuk menjawab persoalan berapa karat yang terkandung dalam emas 916, ketahui terlebih dahulu maksud karat.

K (karat) merupakan mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas.

Jadi karat yang ada dalam emas 916 adalah 22K.


Apa Beza Emas 916 & 917?

Selalunya individu yang bertanya soalan ini mereka yang mengumpul Dinar Emas.

Untuk pengetahun anda, sebelum zaman GST, pasaran dinar emas sangat popular dengan dinar emas 916 dan 917. 

Misalnya, Dinar Emas Kelantan (KGT) melabelkan ketulenan 917 pada dinar mereka.

Manakala, Dinar Emas Public Gold, dilabelkan sebagai dinar 916.

Jadi, perbezaan kedua-dua jenis emas ini adalah tiada perbezaan.

Kualiti kedua-dua jenis emas ini sama kerana kedua-dua dinar ini ditempa daripada emas 22 karat.

916 dan 917 ini hasil dari pembundaran nombor saja kerana kalau kita tukar sistem peratus, formulanya akan menjadi;

22/24 x 100 = 91.66666666666666.7%

Hasil matematik ini anda boleh pilih untuk membundarkannya kepada 91.6 atau 91.7.

Kesimpulannya, bergantung kepada cara syarikat membundarkan menjadi 916 atau 917. 

Untuk fahamkan lebih terperinci, jom tonton video berikut.


Artikel Berkaitan

End of Article