Topik berkaitan bilik tidur sebenarnya tidak baik untuk dikongsi dengan orang luar termaksuk anak sendiri.
Cuma, pendidikan seksual perlu diketengahkan supaya boleh membuka mata orang ramai kesan seks bebas dan cara merancang keluarga.
Anda disarankan untuk memakai kondom yang selamat dan kini anda boleh dapatkan kondom paling best dengan mudah.
Jadi, kali ini kami mahu kongsikan senarai jenama kondom terbaik untuk tahan lama dan jenis kondom yang boleh beli di 7 Eleven.
Tapi kalau malu atau segan nak beli di kedai, anda boleh juga beli secara online. Mudah!
Penyunting
Table of Contents
Senarai 10 Kondom 7 Eleven Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Anda dan pasangan tidak akan di ganggu dengan bau getah yang tidak menyenangkan sekaligus membuatkan anda menikmati setiap pergerakan.
Ciri-ciri:
Ciri utama kondom Durex Love Condom ini adalah Easy-On untuk memastikan anda dapat merasakan keseronokan dan selesa ketika melakukan hubungan intim.
Malah, terdapat gel yang dijadikan sebagai pelincir untuk menambahkan lagi rasa selesa kepada pasangan anda dan tidak akan rasa sakit.
Saiz kondom ini memuatkan zakar yang berukuran 52.5mm, jadi anda boleh agak sama ada saiz ini bersesuaian dengan anda atau tidak.
Jangan risau, walaupun bahan utama pembuatan kondom ini adalah getah tapi jenama Durex telah menyahkan bau getah supaya tidak menganggu kehangatan atas katil.
Review:
"Sangat disarankan untuk membeli, nampak je nipis tapi tak mudah koyak,"
Kondom daripada Okamoto ini sangat bagus untuk pengguna yang mempunyai masalah iritasi kulit ketika melakukan hubungan intim.
Ini kerana kondom Okamoto mempunyai pelincir yang akan mengurangkan friction pada kulit semasa anda bersama pasangan.
Malah asid hyaluronik juga dapat memberikan sensasi kesejukan yang luar biasa untuk pasangan berasmara.
Bagaimanapun, kondom ini mungkin akan menyebabkan alergi bagi sesetengah pengguna dan amat sensitif terhadap matahari.
Kami sarankan anda menyimpan kondom ini di tempat tertutup supaya tidak rosak dan boleh digunakan dengan selamat.
Kondom bertekstur lembut dan tidak kasar ini sangat bagus lebih lagi untuk pasangan yang baru mendirikan bahtera perkahwinan.
Jangan risau, kondom yang nipis ini tidak akan menyakitkan dan mengganggu rasa sensasi pasangan anda semasa bersama.
Malah akan menambah rasa stimulasi semasa melakukan aksi diranjang.
Selain itu, lengkap dengan pelincir sendiri untuk memastikan aksi yang lebih berahi dan seronok.
Kondom ini berkesan untuk mengawal kehamilan serta mengelakkan daripada terkena penyakit HIV dan AIDS.
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga mungkin akan rasa agak janggal menghadapi malam pertama.
Mungkin juga pasangan yang baru berkahwin ingin merancang untuk tidak memiliki cahaya mata pada awal perkahwinan.
Jadi anda boleh mula gunakan Carex Condom kerana mempunyai tekstur nipis dan mudah digunakan.
Bagaimanapun, jika aksi terlalu ganas, getah kondom mungkin akan terkoyak.
Tekstur kondom nipis ini dapat memberi kegembiraan pada pasangan tanpa gagal.
Kondom silikon ‘berduri’ ini diperbuat daripada silikon yang boleh digunakan semula.
Dengan tekstur material yang lebih lembut dan anjal dapat memberi ‘keseronokan’ maksima kepada pasangan.
Walaupun kondom ini lebih tebal dan tidak menyeronokkan bagi pihak lelaki, tetapi mampu meningkatkan lilitan yang padat dan memberi rangsangan yang hebat.
Menariknya, kondom ini lengkap dengan pelincir sendiri bagi melancarkan aksi push and pull.
Rakyat malaysia mungkin ada yang gemar dengan kondom unik ini kerana identiti masyarakat Malaysia diterapkan di dalamnya.
Bunyinya agak lucu tapi kondom berperisa rendang ini juga memberikan daya tarikan tersendiri bagi setiap pasangan yang menggunakannya.
Jika anda arif menggunakan kondom dengan betul, pasti anda tahu bahawa kondom berperisa rendang ini berfungsi sebagai perangsang ekstra untuk pasangan anda.
Kondom ini mempunyai lapisan kulit 35% lebih nipis berbanding dengan kondom lain yang akan mengeratkan lagi sentuhan kulit ke kulit antara pasangan.
Jadi, kondom ini mampu memberikan daya rangsangan yang lebih sensitif dan menjadikan hubungan yang lebih intim.
Kondom yang bersifat panas dan berhaba ini amat sesuai digunakan jika mahukan hubungan intim berjalan dengan lebih lama.
Ini kerana alat keintiman wanita lebih mudah terangsang jika dikenakan haba yang panas.
Selain itu, tekstur kondom ini diperbuat daripada natural latex yang dapat menghasilkan haba dengan sempurna.
Kondom ini juga lengkap dengan pelincir suam yang pasti memberi kepuasan sepanjang malam untuk anda dan pasangan.
Jangan risau, kondom ini telah diuji secara elektronik dan pengilang menepati piawaian kualiti ISO 4074:2002.
Jenama kondom Durex mempunyai ciri mudah dipakai kerana sudah sedia licin dan berbentuk puting di bahagian hujung.
Dengan lilitan yang padat berdiameter 52.2mm ini sangat berkesan untuk pasangan yang merancang.
Malah mempunyai pelincir silikon ekstra dan tebal mampu memberikan rangsangan yang hebat untuk pasangan.
Cara penggunaan yang sangat mudah dengan hanya perlu letak kondom secara menegak, keluarkan angin dan masukkan secara berputar ke zakar.
Kondom daripada Jepun ini tidak menggunakan bahan getah menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit sensitif terhadap getah.
Bahan yang digunakan adalah Polyurethane yang tidak mengeluarkan bau seperti kondom yang diperbuat daripada getah.
Walaupun ketebalannya senipi 20 mikron, tapi kondom ini 3 kali lebih kuat berbanding kondom getah biasa.
Jangan risau, kondom ini mampu memberi kehangatan asmara dengan lebih mudah kerana kondom ini mempunyai permukaan yang licin dan lebih semula jadi.
Jenis kondom berperisa seperti ini adalah pilihan tepat bagi mengurangkan ‘gag reflex’, jadi anda tidak perlu risau daripada tercekik bahan tidak selamat.
Selain itu, kondom ini juga dapat menghilangkan bauan yang tidak menyenangkan semasa berhubungan intim disebabkan perisa sedia ada.
Kondom ini sesuai bagi pasangan yang gemar dengan aksi blow job.
Apakah Kebaikan Menggunakan Kondom?
Pasti anda semua sudah mengetahui kegunaan sebenar kondom terutama bagi pasangan yang ingin membuat perancangan keluarga.
Malah kondom bukan sahaja bertindak sebagai pencegah kehamilan tapi untuk memenuhi keinginan ketika melakukan hubungan intim.
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis perasa dan design kondom untuk memenuhi kepuasan nafsu.
Tapi, kebaikan utama menggunakan kondom adalah mengelakkan penularan penyakit berbahaya iaitu HIV, klamidia dan gonore jika individu tersebut melakukan seks bebas.
Bukan itu saja, penggunaan kondom dapat mengelakkan daripada terkena jangkitan virus zika.
Jangan ingat virus zika hanya dijangkiti dengan gigitan nyamuk saja tapi menurut kajian di Pusat Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat atau CDC, virus Zika dapat dijangkiti melalui hubungan seks oral, anal dan vaginal.
Seterusnya dapat menjadikan tempoh seks lebih lama jika terdapat pasangan yang cepat ejakulasi.
Tapi, jika anda hanya setia bersama pasangan atau erti kata lain hanya melakukan seks dengan seorang pasangan seumur hidup, anda tidak perlu risau penyakit kelamin atau virus Zika.
Apa pun jom kita tonton video bagaimana menggunakan kondom dengan betul.
Tips Memilih Kondom
Kondom merupakan salah satu alat penting untuk menjamin perhubungan seks yang selamat.
Berikut tips yang baik dalam memilih kondom yang selamat untuk kegunaan anda;
-
Saiz Kondom
Pilih kondom yang sesuai dengan saiz alat kelamin.
Kondom yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan dan merosakkan kondom tersebut, manakala kondom yang terlalu longgar boleh meningkatkan risiko geseran atau tertanggal.
Baca maklumat tentang saiz yang sesuai pada pembungkusan kondom atau mencari jenama yang menawarkan pelbagai pilihan saiz.
-
Jenis Bahan Kondom
Kebanyakan kondom diperbuat daripada lateks, polyurethane, silikon dan lain-lain.
Jika anda atau pasangan mempunyai alergi terhadap lateks, pilihlah kondom yang diperbuat daripada bahan yang tahan terhadap alergi.
Selain itu, terdapat juga kondom yang diperbuat daripada bahan nilon, yang boleh menjadi alternatif bagi mereka yang sensitif terhadap lateks.
-
Ketebalan Kondom
Ciri ini boleh mempengaruhi tahap sensitiviti semasa anda melakukan hubungan seksual.
Kondom yang lebih nipis boleh memberikan sensasi yang lebih dekat dengan kulit, manakala kondom yang lebih tebal mungkin memberikan perlindungan tambahan.
Pilih ketebalan yang sesuai dengan keutamaan anda, tapi pastikan kondom tersebut tetap memenuhi standard kualiti dan keselamatan yang dicadangkan.
-
Ciri Tambahan
Beberapa kondom dilengkapi dengan ciri tambahan untuk meningkatkan kenikmatan atau mengurangkan risiko kebocoran.
Sebagai contoh, terdapat kondom dengan tekstur atau permukaan yang bergelombang atau bergerigi untuk memberikan sensasi tambahan.
Terdapat juga kondom yang dilengkapi dengan pelincir tambahan untuk mengurangkan geseran atau kekeringan yang mungkin berlaku semasa berhubungan seksual.
-
Kualiti dan Keselamatan
Pastikan anda memilih kondom yang mempunyai standard kualiti dan keselamatan yang terjamin.
Tambah lagi, periksa sama ada kondom tersebut mempunyai label atau sijil dari pihak berkuasa kesihatan atau badan pengawalselia yang berkaitan.
-
Penyimpanan dan Tarikh Luput
Jangan lupa untuk memeriksa tarikh luput kondom sebelum digunakan.
Jangan menggunakan kondom yang sudah tamat tempoh kerana boleh mengurangkan keberkesanan dan keselamatan.
Selain itu, simpan kondom dengan baik di tempat yang sejuk dan kering, terlindung dari panas atau cahaya matahari untuk menjaga kualitinya.