Sesetengah bakal ibu yang sedang mengandung pasti akan mengalami perubahan hormon, menghadapi masalah kulit berjerawat, kusam dan lesu.
Sehinggakan terfikir untuk mengubah rutin penjagaan kulit harian tapi sebenarnya tidak perlu pun kerana ini berpunca daripada faktor hormon.
Apa yang para ibu mengandung perlu buat pada fasa ini adalah pemilihan skincare yang selamat untuk ibu mengandung supaya dapat mengurangkan masalah kulit wajah.
Jadi, perkara penting yang harus diutamakan adalah memastikan kandungan produk skincare untuk ibu mengandung bebas daripada bahan kimia seperti paraben dan alkohol.
Banyak je sebenarnya skincare selamat untuk ibu mengandung di pasaran dan kini mudah beli secara online walaupun masih ada skincare drugstore untuk ibu hamil.
Dari produk moisturizer untuk ibu mengandung bagi menjaga kelembapan kulit, hingga produk sunscreen untuk ibu mengandung bagi menjaga kulit dari sinaran UV, semuanya kami cari untuk anda.
Jom lihat jenama skincare untuk ibu mengandung dan tidak membahayakan bayi dalam kandungan ini.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
19 Produk Skincare Untuk Ibu Mengandung
Sebab menjadi pilihan utama:
Mampu untuk mengurangkan masalah kulit kering dan memberikan kulit yang lembap sepanjang hari.
Ciri-ciri:
Kebiasaannya, kulit ibu mengandung ini lebih sensitif, berminyak dan kusam.
Jadi wajib untuk guna produk ini bagi melegakan masalah kulit kering dengan kandungan glycerin.
Lagipun, produk ini sudah lulus ujian dari dermatologi untuk digunakan pada kulit wajah ibu hamil.
Malah disebabkan kandungannya terdapat bahan seperti water, jadi tahap penyerapannya begitu pantas serta dapat memberikan kesan sejuk pada kulit.
Nak guna setiap hari pun tak jadi masalah kerana ianya ringan pada kulit dan sekaligus membuatkan wajah anda sihat dan lebih berseri.
Review:
"Penyerapan yang pantas dan tidak membuatkan kulit melekit. Hasilnya kulit lembap dan sihat."
Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Walnut Scrub mampu membersihkan sel-sel kulit mati dengan halus dan menyeluruh.
Ini kerana mengandungi bahan-bahan organik seperti epal, cengkerang walnut dan minyak germa gandum yang serasi.
Malah mampu berfungsi membuang sel-sel mati dan benda asing seperti kotoran dan debu.
Formula tambahan dalam produk ini iaitu Vitamin E juga membantu menyegarkan kulit ibu.
Si ibu tidak akan merasa lagi kulit tidak bersih dan ianya juga mampu mengecilkan liang pori yang terbuka.
Penyegar muka atau lebih dikenali sebagai toner yang berfungsi untuk melembutkan kulit dan mengecilkan liang pori pada wajah.
Dengan mengandungi rampaian ekstrak kelopak bunga mawar serta formulanya berkesan membersih dan mencuci kotoran pada wajah.
Selain itu, meninggalkan rasa segar sekaligus kulit wajah anda akan terasa lebih lembut sepanjang masa.
Malah, tidak lagi kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Diperkaya dengan intipati Beauty Green Tea, essence ini memberi kelembapan secara mendalam pada kulit.
Selain itu dapat mengekalkan kehidratan dengan double moisture locking effect.
Dalam masa yang sama dapat menjadikan lapisan kulit agar sentiasa kelihatan lebih segar sepanjang hari.
Tekstur yang ringan menjadikan mudah menyerap ke dalam lapisan kulit serta memudahkan dicampur dengan bedak asas dan digunakan untuk bersolek.
Diperbuat dari 100% mineral, Ronastura Mineral Eye Colour memberikan warna yang mampu menyerlahkan kecantikan semula jadi mata anda.
Jangan risau, bebas dari binder, talkum, bahan sintetik, pewangi tiruan serta pengawet tambahan dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Diformulasikan dari bahan yang tidak menyumbat liang pori pada kulit wajah dan tidak menyebabkan iritasi di kawasan mata yang sensitif.
Sangat selesa dan mudah digunakan, tahan hingga ke 16 jam.
Skrub ini mengandungi bahan minyak kelapa yang akan melembap kulit yang kusam dan kering.
Manakalah dengan campuran bijan gula yang halus dapat memastikan wajah sentiasa licin, lembut dan bebas daripada kekusaman dan parut.
Sesuai untuk kulit senstif kerana produk ini tidak mempunyai paraben, phthalates, minyak mineral, sulfat, gluten dan pewarna.
Jadi, memang sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami masalah kulit kusam dan kulit sensitif.
Sunscreen dari 3W ini sememangnya terkenal dan harganya yang sangat murah, satu tube mampu bertahan sehingga 2-3 bulan dengan harga bawah RM15.
Bahan yang menarik perhatian adalah arbutin yang mampu untuk mencerahkan kulit anda.
Titanium oxide pula bahan yang wajib jika anda mahukan perlindungan kulit dari sinar UV.
Bagaimanapun, teksturnya sedikit berat tapi tidak menjadikan wajah anda kering walaupun sudah lama apply, cuma membuatkan wajah anda kelihatan sedikit berminyak.
Tapi dengan adanya ekstrak aloe vera, ginseng merah dan mulberry menjadikan kulit anda lembap dan segar sepanjang hari.
Bila mengandung ni, banyak masalah kulit terutama kulit berjerawat, jadi bahan yang selamat dan terbaik untuk merawat jerawat adalah dengan tea tree oil.
Bahan ini berfungsi memberikan kotoran yang disebabkan oleh bakteri yang buat wajah anda ada jerawat tu.
Tapi kalau kulit anda jenis sensitif, gunakan produk yang mempunyai bahan polifenol untuk meredakan iritasi pada kulit anda.
Malah bagus untuk membersih dan mengelakkan liang pori tersumbat.
Jadi pencuci muka jenama ini memang selamat digunakan pada anda yang mengandung.
Cetaphil Bright Healthy Radiance Toner ialah toner yang dapat mencerahkan kulit dengan serta-merta dan ia juga memberikan kesan kulit yang lebih lembut dan licin.
Produk ini juga sesuai untuk ibu mengandung oleh kerana ia mempunyai formula hipoalergenik dan bebas dari pewangi tambahan.
Selepas 4 minggu penggunaan, kulit anda akan menjadi lebih sekata dan tiada lagi masalah kekusaman!
Teksturnya juga tidak melekit dan terbukti secara klinikal bahawa toner ini sesuai dengan kulit yang sensitif.
Jika mahukan hasil yang terbaik, cuba gunakan set lengkap skincare ini.
Kulit kusam ketika pregnant membuatkan diri kurang yakin bila nak berjumpa orang ramai.
Jangan risau, selain menggunakan produk penjagaan kulit lengkap, Water Essence dari Safi merupakan salah satu cara untuk menjadikan kulit anda berseri.
Dengan 8x ganda Hyaluronic acid yang mengunci tahap kelembapan dan menjadikan wajah anda sihat dan tidak lagi kusam.
Tekstur yang mudah menyerap pada kulit wajah dan tidak berminyak ini membuatkan anda lebih selesa bila nak apply solekan selepas itu.
Ekstrak fermented rice ini mampu memberikan kesan glowing pada wajah anda.
Jadi tak perlu risau lagi dengan masalah kulit kering dan kusam.
Macam mana nak guna produk terbaik melawan jerawat atau jeragat tapi bebas retinoid dan salicylic acid?
Tak perlu risau, Azelaic acid terbukti keberkesanannya melawan dan membunuh bakteria yang terdapat dalam liang pori pada wajah anda.
Kalau nak tahu, Azelaic acid adalah pengganti yang sama dengan retinol.
Masalah parut, kemerahan dan jerawat semua dapat dikurangkan dan kulit juga kelihatan lebih cerah dari sebelumnya.
Nak tahu berkesan ke tak, kenalah cuba dan rasai sendiri okay!
Scratch mark merupakan musuh utama bagi ibu mengandung dan kesan regangan kulit ini boleh meninggalkan kesan yang terang pada kulit.
Halang dari terjadi dengan menggunakan Body Treatment Oil dari Clarins sekaligus memiliki kulit yang lembut dan bebas kesan regangan kulit.
Diperkaya dengan vitamin C & E dari Hazelnut yang bagus untuk memberikan nutrisi terbaik kepada kulit anda.
Bukan itu sahaja, kulit lebih anjal dan bauan dari nya mampu menjadikan anda lebih tenang.
Kulit makin cantik dan terjaga walaupun harga yang mahal berbaloi sangat!
Niacinamide merupakan satu bahan yang menjadi tumpuan bagi anda yang inginkan kulit yang sekata dan mulus.
Cuma, kebanyakkan produk diluar sana harga agak mahal tapi keluaran Ruruberry ini dijual dengan harga yang mampu milik dengan kuantiti yang berpatutan.
Kandungannya bebas paraben dan bagus untuk anda yang mempunyai kulit sensitif terutama ketika mengandung.
Bahan berkualiti seperti vitamin C & E ini yang akan menyumbang kepada kulti yang cantik dari serapan nutrisinya ke kulit anda.
Masalah tona kulit yang kusam dan tidak sekata juga bukan lagi menjadi punca selepas anda menggunakan produk ini.
Tidak dinafikan kesan parut dari masalah jerawat merupakan masalah utama pada kulit wajah anda.
Bahan yang digunakan seperti Niacinamide, glycerin dan hyaluronic ini menjadikan tona kulit lebih sekata, kulit yang lebih anjal dan glowing!
Tambah dengan kandungan HEPES pula membantu menyingkirkan sel-sel kulit pada yang terdapat pada wajah.
Sesuai untuk kulit sensitif dan teksturnya tidak melekit mudah menyerap kedalam kulit.
Pembersih Gel Air Hydro Boost® yang Baharu ini merupakan gel ringan yang diaktifkan dengan air untuk menghilangkan kotoran, minyak dan solekan dengan berkesan!
Malah, ia juga memberikan kelembapan yang maksima pada kulit dan diuji secara klinikal, pelembap ini dapat memberi lembapan dan mengekalkan hidrasi selama 48 jam.
Bukan itu sahaja, pencuci muka ini sesuai dengan kulit yang sensitif, jadi si ibu tidak perlu risau akan kesan kemerahan atau keradangan pada kulit.
Selain itu, pencuci muka ini mengandungi agen pembersihan berpaten yang menggabungkan Asid Hyaluronik membantu mengunci penghidratan pada kulit.
Khas dari Thailand, serum AR Vitamin E + kolagen emas ini mengandungi Vitamin E dan kolagen serta hyaluron.
Vitamin E dan kolagen bahan yang sangat bagus untuk menyuburkan kulit muka dan membantu mengekalkan kelembapan di bawah lapisan kulit wajah.
Jadi, kulit anda kekal seimbang, putih, sihat dan kelihatan lebih muda.
Tambah lagi, boleh memudarkan parut, menghilangkan jerawat dan parut jerawat, meningkatkan keanjalan kulit, menegangkan kulit wajah, anti penuaan dan mengurangkan kedutan.
Cepat meresap, selesa dipakai dan tidak mendatangkan kesan alahan kepada kulit terutamanya untuk wanita mengandung.
Selepas sebulan penggunaan, kulit akan kelihatan lebih cerah, licin dan plump.
Masih lagi mencari skincare untuk isteri hamil dan sesuai dengan kulit kering serta dehydrate? Beli je Hada Labo Premium Hydrating Cream.
Mengandungi 5 jenis asid hyaluronik (HA) berbeza saiz molekul, 3 jenis peptida dan kolagen untuk menghidrat kulit dengan lebih mendalam dan menegangkan kontur wajah.
Kolagen membantu meningkatkan keanjalan kulit agar kulit kelihatan lebih ketat, kencang dan lebih terangkat.
Peptida 3x pula memperbaiki kontur wajah dan mengurangkan penampilan garis-garis halus.
Menjadikan pH kulit seimbang, kurang iritasi pada kulit, kulit lebih licin, tegang dan kenyal.
Gunakan Hada Labo Premium Hydrating Lotion dua kali sehari selepas mandi dan elakkan terkena mata.
Sebagai peringatan, anda perlu berhenti menggunakan pelembap ini jika ada kesan sampingan.
Adakah anda mempunyai masalah muka cepat naik jerawat dan banyak parut? Jika ya, pakai sunscreen jenis gel ni untuk mengurangkan masalah tersebut.
Diformula dengan advanced filters dan Bioshield System untuk memberikan perlindungan spektrum luas terhadap UVA, UVB, serta sinaran inframerah-A.
Mengandungi Fernblock gram FC untuk aktiviti antioksidan yang kuat dan memperbaiki kerosakan akibat sinar matahari, seperti kerosakan DNA dan penuaan kulit pramatang.
Diperkaya dengan teknologi kawalan antibakteria, antimikrob dan sebum, sunscreen klinik ini disyorkan untuk kulit sensitif dan mudah jerawat.
Dengan formulasi dry touch, suncreen ini sangat sesuai untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak serta mengurangkan kilauan yang disebabkan oleh iklim lembap.
Walaupun harganya sedikit mahal, tapi satu tiub suncreen dianggarkan boleh bertahan sehingga 6 bulan lebih penggunaan.
Jangan risau, suncreen Heliocare tidak menyebabkan whitecast, bagaimanapun memberikan kesan glowing dan disyorkan kebanyakan dermatologist.
Anda mungkin biasa nampak produk kecantikan jenama Mama's Choice ini, tapi kali ini anda boleh buat pembelian berbaloi Mama's Choice Advanced Skin Therapy Bundle.
Anda akan dapat 1x pelembap muka, 1x face wash, dan 1x serum pencerah dalam satu harga, jadi memang betul-betul pembelian yang berbaloi.
Bahan yang digunakan ternyata selamat, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan hanya menggunakan bahan selamat yang dipilih dengan berhati-hati.
Apa yang menarik, salah satu bahan yang digunakan adalah ekstrak beras dalam pencuci muka dan juga sunscreen, memberikan kesan cerah dan natural pada wajah.
Untuk ibu menyusu, produk kecantikan Mama's Choice ini juga selamat digunakan dan selamat untuk bayi anda.
Jadi tidak perlu ragu-ragu lagi jika anda benar-benar sedang mencari produk skincare selamat untuk ibu mengandung, pilih je Mama's Choice Advanced Skin Therapy Bundle ini.
Bahan Skincare Untuk Ibu Hamil Yang Perlu Dielakkan
Kulit ibu mengandung ini selalunya lebih sensitif kerana berlaku perubahan hormon.
Kebanyakkan bahan yang terdapat dalam skincare di luar sana mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.
Jom kita lihat bahan apa yang perlu dielakkan bagi ibu hamil.
-
Krim retinoid atau retinol
Bahan yang berasal dari Vitamin A ini yang diserap dalam kulit akan membahayakan perkembangan bayi dalam kandungan. Jadi anda perlu peka dan elak dari memakai produk mengandungi bahan ini.
-
Asid salisilik yang tinggi dosnya
Kajian pada 2013 menunjukkan perlunya ibu mengandung mengelakkan penggunaan asid salisilik yang tinggi dosnya. Bagaimanapun, untuk dos yang rendah ianya selamat digunakan.
-
Elakkan Hydroquinone
Cuba untuk elakkan dari produk yang ada hydroquinone sebab ia akan mengganggu pembesaran bayi dalam kandungan.
-
Jangan guna Formaldehyde
bahan ini boleh memberi kesan yang menyebabkan keguguran dan kemandulan. Jadi memang sangat bahaya untuk gunakan produk yang mengandungi formaldehyde.
-
Perlindungan matahari jenis kimia
Walaupun bagus, tetapi kandungan bahan oxybenzone boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan anda dan juga kesihatan kandungan anda.
Itulah sedikit sebanyak bahan yang perlu anda elak. Jadi anda perlu peka dengan produk kecantikan yang anda beli, dan pastikan hanya beli produk yang selamat untuk wanita hamil.
Selamat membeli-belah!