Makan

13 Mesin Waffle Terbaik di Malaysia 2026 - Harga & Jenama

Buat penggemar wafel tentu mahukan mesin waffle terbaik untuk buat wafel di rumah. Ini senarai harga mesin waffle atau waffle maker untuk anda.


Editor · Updated 17 Jul 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Mesin Waffle Terbaik di Malaysia 2026 - Harga & Jenama

Buat si penggemar wafel, tiada apa yang boleh menandingi bau waffle wangi yang dimasak dan dihidang dengan topping pilihan seperti jem strawberi, madu dan sirap mapple. 

Kini anda boleh realisasikan wafel kegemaran anda di rumah sahaja dengan hanya sebuah pembakar waffle di rumah!

Kandungan

Cara buat waffle mudah sahaja, anda hanya perlukan adunan tepung yang baik, mesin waffle dan topping pilihan.  

Jom lihat senarai mesin waffle terbaik dan harga mesin waffle mengikut pilihan bajet anda!


Senarai 13 Mesin Waffle Terbaik

PerySmith 3in1 Waffle Maker EasyCooking Series WM360
Waffle maker terbaik secara keseluruhan 1 daripada 13
PerySmith 3in1 Waffle Maker EasyCooking Series WM360
Dari RM294
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperakui SIRIM
Lapisan non-stick
Bahagian klip mudah pecah
2 lagi
Mempunyai pemegang
Sistem pemanasan yang cekap

Sebab menjadi pilihan utama:

Mesin buat wafel PerrySmith ini multifungsi di mana bukan sahaja boleh buat waffle, malah anda juga boleh buat sandwich, telur dadar serta wrap sihat dengan 1 mesin sahaja. 

Ciri-ciri:

Ini kerana mesin wafel ini ada 3 jenis bakeware atau plate yang boleh ditukar mengikut jenis makanan yang ingin kita masak. 

Bahagian bawah alat ini pula mempunyai kaki getah yang membuatkannya tidak mudah tergelincir, jadi tetap selamat digunakan oleh seisi keluarga. 

Hanya 3 minit sahaja yang diperlukan untuk masak sandwich atau wafel dengan alat portable ini. 

Paling menarik, mesin ini sangat mudah dibersihkan kerana anda tidak perlu basuh dengan tekanan yang kuat.

Review:

"Warna lampu automatik bertukar hijau apabila siap masak. Boleh buat waffle dan takoyaki juga. Setakat ini acuan waffle tak melekat."

Mesin waffle bulat 2 daripada 13
Russell Taylors Belgian Waffle Maker WM-20
Russell Taylors
Dari RM69.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Waffle cepat masak
Harga mampu milik
Tidak sesuai digunakan untuk jualan
1 lagi
Saiz kecil yang menjimatkan ruang

Teringin nak makan Belgium waffle yang lembut di dalam, rangup di luar? Dengan alat Russel Taylors ini, anda boleh buat sendiri waffle enak di rumah.

Dilengkapi lampu LED yang akan memberi petunjuk yang memudahkan anda mengetahui sama ada wafel sudah masak atau belum. 

Ciri ini akan memastikan waffle anda tidak akan hangit atau kurang masak. 

Selain itu, dengan pan non-stick pada alat ini, waffle akan lebih mudah untuk diangkat dari acuan tanpa meninggalkan sisa bancuhan tepung.

Kalau anda nak bersihkan pun mudah sebab tidak perlu mencucinya dengan tekanan yang kuat. 

Wafel yang siap dimasak akan ada 4 bahagian yang akan memudahkan anda untuk potong waffle kepada kepingan yang lebih kecil.

Mesin waffle tebal 3 daripada 13
BREVILLE Waffle Maker Classic
Dari RM799
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Adunan tak tumpah luar mesin bila ditutup
Haba tersebar sekata & konsisten
Harga mahal
2 lagi
Lapisan non-stick
Tahan lasak

Apa yang membezakan waffle maker Breville dengan mesin lain ialah mesin ini mempunyai 7 pilihan browning controls.

Ciri menarik ini akan membolehkan anda customize warna dan kerangupan waffle kegemaran mengikut cita rasa anda.

Nak waffle yang perang keemasan dan crispy atau nak yang lembut, semuanya boleh dengan waffle maker Breville. 

Bukan itu sahaja, mesin ini juga mempunyai pan masakan yang lebih dalam agar waffle yang dimasak lebih tebal dan bulat berbanding biasa. 

Walaupun harga mesin waffle ini mahal, namun mesin ini menjanjikan kualiti rasa wafel yang premium untuk anda. 

Commercial Double Head Electric Commercial Waffle Maker
Commercial waffle maker 4 daripada 13
Commercial Double Head Electric Commercial Waffle Maker
Dari RM329.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Suhu & masa mudah dikawal dengan knob
Senang dibersihkan
Harga mahal
2 lagi
Tidak melekat
Kabel wayar agak pendek

Bagi yang nak cuba jual waffle di kafe atau kantin sekolah, anda boleh beli mesin waffle maker elektrik khas untuk komersial ini. 

Pelanggan tidak perlu tunggu lama untuk waffle siap masak sebab alat ini mempunyai 2 plat, jadi boleh buat 2 keping waffle serentak. 

Turut dilengkapi dengan pemegang spiral jenis non-slip yang selesa dipegang untuk memudah anda keluarkan wafel daripada plat.

Yang penting, mesin ini diperbuat daripada stainless steel yang selamat digunakan untuk memasak makanan. 

Waffle yang telah masak boleh diangkat dengan mudah jadi sangat sesuai untuk mereka yang mahu buka kedai kecil.

Trio Flick Egg Waffle Maker TEW230
Mesin waffle bubble 5 daripada 13
Trio Flick Egg Waffle Maker TEW230
Dari RM78.46
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah digunakan
Diperakui SIRIM
Tempoh jaminan hanya 1 tahun
2 lagi
Dilengkapi pemegang
Mempunyai lapisan non-stick

Gunalah waffle maker jenama Trio ini jika anda mengidam nak menikmati egg bubble waffle yang gebu dan ringan. 

Mesin wafel ini mempunyai lampu pada bahagian atas sebagai penanda untuk pengguna peka sama ada waffle sudah siap masak atau belum. 

Berbeza daripada waffle maker lain setelah adunan tepung dituangkan dan ditutup, alat ini boleh diterbalikkan 180 darjah.

Ciri ini untuk memastikan adunan waffle dapat diratakan ke seluruh pan agar adunan tepung masak sekata. 

Bahagian bawah mesin pula mempunyai kaki kukuh yang tidak mudah tergelincir ketika diletakkan di atas permukaan meja atau kabinet dapur.

Electric Waffles Maker
Waffle maker murah 6 daripada 13
Electric Waffles Maker
Dari RM20.57
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Murah
Saiz kecil
Tiada waranti
3 lagi
Makanan masak sekata
Mudah dibawa ke mana-mana
Menggunakan elektrik

Teringin nak ada waffle maker sendiri di rumah tapi bajet tidak banyak? Usah risau, mesin yang menggunakan elektrik ini sesuai untuk anda. 

Bersaiz kecil, waffle maker ini mudah disimpan dan tidak akan mengambil ruang banyak apabila diletakkan di atas kabinet dapur. 

Selain wafel, anda juga boleh buat pancake atau lempeng atau sandwich panini dengan alat ini sepantas 5 minit sahaja. 

Walaupun kecil, namun rasa dan tekstur waffle yang dimasak tetap sedap dan rangup di luar. 

Sangat sesuai digunakan oleh pelajar kolej yang teringin nak makan waffle pada waktu malam.

Khind Waffle Maker WFM1019
Mesin waffle bulat moden 7 daripada 13
Khind Waffle Maker WFM1019
Dari RM75.05
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Plat non-stick
Kawalan suhu automatik
Tidak sesuai digunakan untuk jualan
1 lagi
Ringan, hanya 1.3kg

Anda boleh menikmati wafel yang enak dalam masa beberapa minit sahaja dengan mesin waffle Khind ini. 

Alat ini akan menghasilkan wafel berbentuk bulat yang bersaiz standard seperti dibeli di kedai. 

Secara keseluruhannya, mesin ini mudah dibersihkan dan dikendalikan kerana dilengkapi dengan plat jenis non-stick.

Turut direka dengan Cool-touch handle di mana pemegang mesin tidak panas apabila sedang digunakan.

Ciri menarik lain, mesin ini dilengkapi dengan lampu indikasi bagi mengelakkan waffle anda hangit akibat terlebih masak atau kurang masak.

Double Head Waffle Pan:Waffle Iron Maker
Mesin waffle gas 8 daripada 13
Double Head Waffle Pan/Waffle Iron Maker
Dari RM68
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh masak 2 waffle sekali gus
Tidak menggunakan elektrik
Tidak sesuai guna dengan dapur induksi
3 lagi
Lapisan non-stick
Senang dicuci
Harga murah

Buat yang lebih gemar menggunakan dapur gas berbanding elektrik, waffle maker yang diperbuat daripada besi ini sesuai untuk anda. 

Mesin wafel ini mudah disimpan dan dikendalikan kerana tiada sambungan wayar yang berselirat diperlukan lagi.

Selamat digunakan di atas dapur gas, jadi anda boleh buat waffle di rumah atau untuk jualan di kiosk kecil-kecilan. 

Pemegang waffle maker ini pula panjang serta mudah dipegang dan bersifat penebat haba untuk melindungi tangan pengguna dari melecur. 

Yang penting, waffle akan masak sekata sehingga bewarna perang keemasan kerana alat ini boleh diterbalikkan ketika makanan sedang dimasak. 

Russell Taylors x Sanrio Hello Kitty Waffle Maker MW-25
Waffle maker Hello Kitty 9 daripada 13
Russell Taylors x Sanrio Hello Kitty Waffle Maker MW-25
Dari RM105.59
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sistem pemanasan dual-sided cekap
Rekaan kompak & ringan
Plat tidak boleh ditanggalkan
3 lagi
Mempunyai pemegang
Jaminan 2 tahun
Tidak boleh dicuci dengan air

Anak sukar makan sarapan gara-gara menu pagi yang tidak menarik? Usah pening kepala, anda cuba masak wafel guna waffle maker bentuk Hello Kitty yang comel. 

Selepas ini anak anda lebih berselera untuk habiskan breakfast sebelum ke sekolah atau boleh juga bawa ke sekolah sebagai bekal makan ketika waktu rehat.

Paling penting, pengguna hanya perlu tunggu sekitar 1-3 minit untuk panaskan mesin ini untuk dapatkan wafel yang rangup dan comel.

Apabila lampu indikator hijau mati, anda boleh mula masak waffle dan tunggu sehingga lampu merah menyala semula untuk keluarkan wafel anda.

Walaupun tidak boleh dicuci dengan air, anda boleh bersihkannya dengan tisu atau tuala basah sahaja. 

Jangan risau kerana tiada sisa yang akan melekat selepas waffle masak kerana plat yang digunakan adalah jenis non-stick.

Kenwood Sandwich Maker SMP84.C0WH With 3 Snacking Plates
Waffle maker 3 in 1 10 daripada 13
Kenwood Sandwich Maker SMP84.C0WH With 3 Snacking Plates
Dari RM187.38
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak melekat
Mudah disimpan
Kurang sesuai digunakan untuk berniaga
3 lagi
Pemegang ergonomik
Mendapat perakuan SIRIM
Lampu indikator 'Cook' dan 'Keep Warm'

Waffle maker Kenwood ada tiga plate masakan yang boleh ditukar, bergantung pada hidangan yang anda nak buat. 

Selain boleh buat 2 sandwich dalam satu masa, mesin ini juga  boleh juga masak cheese toast, kebab, burritos atau sayuran serta buat waffle klasik berbentuk segi empat. 

Selain itu, pembelian mesin ini berbaloi kerana cara buat wafel senang, mudah disimpan dan ada lampu indikator Cook and Keep Warm.

Plat mesin ini juga mudah dicuci tanpa perlu menyental dengan kuat kerana bahagian dalam mesin mempunyai lapisan non-stick

Ciri tambahan lain pada sandwich maker ini ialah boleh dibuka sehingga 180 darjah untuk memudahkan pengguna memanggang pelbagai jenis makanan.

Trio Waffle Maker TWM-85
Mesin waffle single 11 daripada 13
Trio Waffle Maker TWM-85
Dari RM251
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Waffle tebal 1 inci
Tidak mudah melekat
Harga mahal
2 lagi
Boleh dipusing 180 darjah
Boleh disimpan dalam keadaan berdiri

Mesin waffle Trio adalah pilihan terbaik untuk membuat waffle berbentuk bulat yang tebal dan lembut.

Lengkap dengan ciri browning control yang membolehkan anda pilih sama ada nak waffle berwarna perang keemasan atau coklat. 

Sangat mudah dibersihkan kerana mempunyai dulang khas yang boleh ditanggalkan. 

Jadi, anda tidak perlu risau jika adunan tumpah ke luar mesin apabila ditutup. 

Jangan lupa untuk pusing mesin 180 darjah selepas adunan dituang agar waffle akan masak sekata. 

Waffle juga tidak akan terlebih masak dengan adanya lampu Dual Pilot yang akan menyala apabila makanan siap.

Commercial Electric Tree Shape Waffle Maker
Mesin waffle stick 12 daripada 13
Commercial Electric Tree Shape Waffle Maker
Dari RM488.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menggunakan non-stick coating
Mudah dibersihkan
Boleh buat bentuk stick je
1 lagi
Boleh buat bentuk stick

Mesin wafel ini adalah jenis komersial dan khas untuk menghasilkan wafel berbentuk stick yang panjang.

Diperbuat daripada badan keluli tahan karat komersial yang tahan lasak, mesin wafel ini bukan sahaja bersih dan mudah dibersihkan, tetapi juga memastikan penggunaan yang tahan lama. 

Selain itu, ia dilengkapi lapisan non-stick gred makanan Teflon yang memastikan wafel anda mudah dikeluarkan setiap kali anda membuat wafel.

Dengan kawalan masa mekanikal dan tetapan suhu boleh laras dari 50 hingga 250 darjah celsius, anda boleh menghasilkan wafel yang dimasak dengan sempurna mengikut keinginan anda. 

Tambahan lagi, mesin wafel ini mempunyai kuasa 1750W dan beroperasi pada 220V, membuatkan wafel anda dapat dimasak dengan cepat dan merata.

Barulah setiap batch wafel yang anda masak tu konsisten hasilnya.

Electrova 4 in 1 Classic Series Waffle Maker
Mesin waffle mini 13 daripada 13
Electrova 4 in 1 Classic Series Waffle Maker
Electrova
Dari RM99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jaminan sehingga 24 bulan
Mesin wafel 4 dalam 1
Harga sedikit mahal
1 lagi
Ringan dan saiz kecil

Electrova 4 in 1 Classic Series Waffle Maker dilengkapi dengan empat jenis plat yang berbeza, jadi ia membolehkan anda menyediakan pelbagai jenis makanan dengan mudah termasuk sandwich, wafel, wafel telur, bebola daging, donat, dan banyak lagi. 

Dibina dengan plat aloi aluminium berkualiti tinggi yang mempunyai salutan tidak melekat gred makanan, peralatan ini memastikan ketahanan dan pembersihan yang mudah. 

Selain itu, permukaannya yang tidak melekat membolehkan makanan dikeluarkan dengan mudah dan mengurangkan keperluan untuk menggunakan minyak atau mentega berlebihan.

Dengan elemen pemanasan 650W yang kuat, Electrova Waffle Maker ini dapat memanas dengan cepat dan rata.

Ini memastikan makanan anda dimasak dengan rata di kedua-dua belah, jadi boleh menjimatkan masa anda di dapur. 

Reka bentuknya yang ringan dan padat menjadikannya sesuai untuk kegunaan di rumah atau semasa anda pergi travel sebab saiznya mini dan muat disimpan dalam bag bagasi.


Cara Pilih Waffle Maker 

Dengan pelbagai jenama dan jenis waffle maker yang ada di pasaran, sudah tentu anda keliru macam mana nak pilih mesin wafel yang terbaik. 

Tidak mengapa, ikuti tips yang kami kongsikan ini. 

  • Pilih waffle maker yang mempunyai lapisan non-stick 

Lapisan non-stick pada alat ini akan memudahkan anda untuk keluarkan waffle dari mesin dengan mudah tanpa merosakkan permukaan waffle

Mesin ini juga akan jadi lebih crispy di bahagian luar. 

Cara nak bersihkan waffle maker pun senang sebab tidak perlu gunakan tekanan yang kuat untuk hilangkan sisa adunan waffle. 

  • Pilih mesin yang boleh dipusingkan (mempunyai ciri rotary function)

Ciri ini akan memastikan wafel jadi warna coklat keemasan pada kedua-dua permukaan atas dan bawah, jadi makanan jadi lebih enak. 

  • Pilih sama ada anda mahukan waffle maker yang menggunakan elektrik atau dapur gas 

Waffle maker jenis elektrik memang mudah tapi untuk peniaga yang menjual waffle di gerai tepi jalan atau pasar malam, lebih baik guna waffle maker yang guna gas untuk capai suhu mesin waffle yang lebih sekata.

  • Pilih saiz dan bentuk waffle maker 

Ada sesetengah waffle maker boleh digunakan untuk buat dua wafel serentak, jadi untuk pemilik restoran atau kafe, lebih baik guna alat ini agar pelanggan tidak perlu tunggu lama.

Wafel dengan pelbagai bentuk yang comel seperti Mickey Mouse atau hati pula akan membuatkan kita lebih berselera untuk makan.

Kalau anda mencari resepi wafel yang sedap dan rangup, jom lihat video di bawah! Selamat mencuba!


Cara Cuci Mesin Waffle

Selepas beli mesin wafel, tentulah anda mahu menjaganya sebaik mungkin sebab harga mesin wafel tidaklah semuanya murah.

Anda boleh ikut cara di bawah untuk membersihkan mesin wafel dengan mudah di rumah:

1. Matikan dan Cabutkan Plug

  • Pastikan mesin waffle dalam keadaan mati dan cabutkannya dari sumber kuasa. 
  • Biarkan mesin sejuk sepenuhnya sebelum memulakan proses pembersihan.

2. Lap Bahagian Luar

  • Gunakan kain lembap yang bersih untuk mengelap bahagian luar mesin. 
  • Elakkan penggunaan pembersih kimia yang keras yang boleh merosakkan permukaan.

3. Keluarkan Plat Tidak Melekat (jika boleh ditanggalkan)

  • Jika mesin waffle anda mempunyai plat yang boleh ditanggalkan, keluarkan plat tersebut untuk pembersihan yang lebih mudah.

4. Bersihkan Plat Tidak Melekat

  • Gunakan kain lembap atau span lembut yang dicelup dalam air sabun suam untuk mengelap plat. 
  • Jangan gunakan alat pembersih yang kasar yang boleh merosakkan lapisan tidak melekat.
  • Untuk kotoran yang degil, rendam kain dalam air sabun suam dan letakkan pada kotoran selama beberapa minit sebelum mengelapnya.

5. Bilas dan Keringkan

  • Bilas plat dengan kain bersih yang dicelup dalam air bersih untuk mengeluarkan sisa sabun.
  • Pastikan plat kering sepenuhnya sebelum memasangnya kembali ke dalam mesin.

6. Bersihkan Celah-Celah dan Sudut

  • Gunakan berus kecil atau berus gigi lama untuk membersihkan sisa makanan yang terperangkap di celah-celah dan sudut mesin.

7. Periksa dan Lap Bahagian Pemanas

  • Jika terdapat sisa makanan yang melekat pada elemen pemanas, gunakan kain lembap dengan berhati-hati untuk mengelapnya. 
  • Pastikan elemen pemanas benar-benar kering sebelum menggunakan mesin semula.

8. Pasang Semula dan Simpan

  • Pasang semula plat tidak melekat (jika ditanggalkan) dan pastikan semuanya terpasang dengan betul. 
  • Simpan mesin waffle di tempat yang kering dan bersih.

Sebenarnya untuk memastikan mesin wafel anda sentiasa dalam keadaan bersih, anda boleh bersihkan mesin wafel sejurus selepas anda selesai menggunakannya untuk mengelakkan sisa wafel menjadi keras dan sukar dibersihkan.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh memastikan mesin waffle anda sentiasa dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan bila-bila masa.


Cara Guna Mesin Waffle

Menggunakan mesin waffle dengan betul adalah penting untuk menghasilkan wafel yang enak dan gebu, serta ia dapat memastikan keselamatan dan ketahanan mesin. 

Anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk menggunakan mesin waffle dengan betul:

Persiapan Awal

Baca manual pengguna yang disertakan dengan mesin waffle untuk memahami spesifikasi dan ciri-cirinya.

Pastikan mesin waffle diletakkan di atas permukaan rata dan stabil.

Sambungkan mesin waffle ke sumber kuasa dan hidupkan mesin. 

Biarkan ia memanas selama beberapa minit hingga mencapai suhu yang sesuai. 

Kebanyakan mesin waffle akan mempunyai lampu penunjuk yang menunjukkan apabila ia siap digunakan.

Sediakan Adunan Waffle

Sediakan adunan waffle mengikut resipi pilihan anda. 

Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair untuk memastikan wafel dimasak dengan sekata.

Anda boleh menambah perisa atau bahan tambahan seperti buah-buahan, coklat cip, atau kacang mengikut cita rasa.

Sediakan Plat Mesin

Sebelum menuang adunan, sapukan sedikit minyak atau gunakan spray anti-lekat pada plat mesin waffle untuk mengelakkan wafel melekat. 

Ini juga memudahkan pembersihan selepas setiap penggunaan.

Menuang Adunan

Buka mesin waffle dan tuangkan adunan ke atas plat bawah. 

Jangan terlalu penuh kerana adunan akan mengembang semasa dimasak.

Sebarkan adunan dengan sekata menggunakan sudu atau spatula jika perlu.

Memasak Waffle

Tutup penutup mesin waffle dengan perlahan dan biarkan ia memasak selama beberapa minit. 

Kebanyakan mesin waffle mempunyai lampu penunjuk yang akan mati apabila wafel sudah masak.

Jangan buka penutup terlalu awal kerana ini boleh menyebabkan wafel pecah atau tidak masak secara sekata.

Mengeluarkan Waffle

Gunakan garpu plastik atau spatula kayu untuk mengeluarkan wafel dari plat. 

Elakkan menggunakan alat logam yang boleh merosakkan lapisan tidak melekat pada plat.

Jika wafel masih melekat, biarkan ia masak sedikit lagi sebelum cuba mengeluarkannya semula.

Sediakan Wafel

Hidangkan wafel dengan segera bersama topping pilihan anda seperti sirap maple, mentega, buah-buahan, atau krim putar.

Membersihkan Mesin

Setelah mesin waffle sejuk, bersihkan plat dan bahagian luar mesin mengikut langkah-langkah pembersihan yang telah dinyatakan sebelum ini.

Anda boleh ikut langkah-langkah membuat wafel menggunakan mesin wafel ini dengan mudah dan pasti anda dapat menghasilkan wafel yang sempurna pada setiap batch.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation