Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Cara untuk Upgrade-kan Diri Anda Dalam Tahun 2019

Sudah listkan resolusi tahun ini?

Pejam celik pejam celik, ada berbaki 20 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2019. Umur anda pun pasti meningkat satu tahun. Ada yang dari penghujung 20-an, melangkah ke ‘three series’. Ada yang juga masuk ke ‘four series’. Eh, jangan salah faham. Bukan kereta BMW tau. Tapi fasa lanjutan umur. Penulis pun sama! Bila bercakap pasal tahun baru, apakah resolusi tahun ini sudah anda laksanakan? Tercapaikah?

Bagi penulis, sudah bertahun-tahun azam yang sama. Nak kurus! Pasti ada di antara anda yang simpan azam sama sampai tertangguh ke tahun hadapan pula. Bermula tahun baru 2019, jadilah orang yang baru. Tinggalkan diri anda yang lama di tahun 2018. Yang penting, fikirkan tentang diri sendiri dahulu. Penulis ingin beri 10 tips untuk anda. Tidak kiralah samada yang sudah berkahwin atau single. Tanamkan dalam diri anda ‘New Year, New Me!’ .  

Penyunting

Aishamza chevron_right

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Penjagaan Kesihatan Bermula Dari Dalam

Penjagaan dari dalaman adalah sesuatu yang perlu untuk kekal awet muda walaupun umur semakin meningkat. Penulis cadangkan ambil suplemen yang tidak akan memudaratkan kesihatan di belakang hari. Usahlah ambil jamu-jamu kecantikan yang berlambak di pasaran sekarang. Tidak semuanya bagus untuk anda terutama untuk memutihkan/mencerahkan kulit. Ada produk yang terbukti keberkesanannya.

Menurut doktor pakar yang telah membuat kajian mengenai produk kesihatan di seluruh dunia, mereka tidak menggalakkan anda untuk mengambil pil kecantikan. Pada awalnya, memang produk kecantikan ini akan memberi hasil yang menakjubkan. Lama-kelamaan akan timbul kesan sampingan seperti penyakit buah pinggang, batu karang dan lain-lain lagi. Termasuklah pil kurus yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya seperti kanser.

Ambillah produk kesihatan yang mengandungi Vitamin C atau bahan semulajadi. Terbaik untuk anda yang mengalami kekurangan nutrien. Tips : jangan ambil lebih dari 1g / 100mg. Nanti lain pula kesannya. Dibawah ini, penulis listkan info produk suplemen untuk kesihatan dalaman.

CHEWIES Colostrum Tab 300mg (Vanilla Milk)
CHEWIES
From
RM26.00
Check CHEWIES Colostrum Tab 300mg (Vanilla Milk) price below:

Produk terbaik untuk memberikan tenaga buat kanak-kanak sebelum ke sekolah atau playschool. Mereka akan kekal cergas sepanjang hari.

AVIA Organic VCO Softgel (500mg)
From
RM25.00
Check AVIA Organic VCO Softgel (500mg) price below:

Bagi yang hendak mengurangkan berat badan, suplemen ini sesuai untuk anda. Mengandungi bahan semulajadi iaitu minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil), tidak akan memberikan kesan sampingan yang merbahaya.

ENERBEST – Soy Powder Mix with Barley
From
RM199.28
Check ENERBEST – Soy Powder Mix with Barley price below:

Produk suplemen bukan sahaja datang dalam bentuk pil atau kapsul, malahan dalam bentuk serbuk juga. Ianya baik untuk membakar lemak serta menyerap kalori makanan yang diambil dan mengimbangi tahap gula dalam badan.

“Dah makan suplemen, tak perlulah exercise lagi.”

Itu selalunya yang kita fikirkan selepas menelan sebiji kapsul vitamin sambil mengharapkan kesan dengan serta-merta. Salah! Anda perlu menukar cara mentaliti yang betul. Dahulu yang malas sangat hendak bergerak ke gym, rajinkan diri mendaftar. Ada bermacam jenis senaman yang boleh anda lakukan tidak semestinya ke gym sahaja. Ini bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan kecergasan mental dan fizikal. Bersenamlah supaya minda anda dapat bergerak dengan lancar.

Tahukah anda, stres berpunca daripada kurang senaman dan pergerakan yang tidak dapat membebaskan otot-otot tegang? Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan serta dimarahi bos lagi, adalah punca utama stres. Eh, jangan tak tahu ya. Suri rumah juga ada yang mengalami stres dan kemurungan walaupun mereka banyak duduk di rumah. Jadi para suami, tunggu apa lagi? Tahun baru 2019, ayuh tolong sang isteri langsaikan kerja-kerja rumah.

Mulakan bersenam. Tak lama. 30 minit sahaja sudah memadai. Malas ke gym? Lakukan sahaja di rumah.

Jom Exercise!

GINTELL i-So 3D Ezy 3D Fitness Machine
From
RM1,988.00
Check GINTELL i-So 3D Ezy 3D Fitness Machine price below:

Bagi sesetengah anda yang bekerjaya, pasti tidak punya masa untuk ke gym. Beli sahaja mesin senaman ini dan letakkan di ruang pejabat atau study room, senang untuk anda gunakannya sambil menyelesaikan kerja.

GINTELL Magnetic Fitness Bike FT8601
From
RM2,188.00
Check GINTELL Magnetic Fitness Bike FT8601 price below:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Mempunyai skrin LCD
add_circle Sesuai untuk senaman kardio
add_circle Tempoh jaminan 1 tahun
remove_circle Harga mahal

Salah satu sesi workout yang bagus untuk perjalanan kardio anda menjadi lebih lancar. Letakkan di ruang tamu, kayuhlah selama 30 minit. Selesai!

Kalau anda penggemar drama Korea, pasti rata-rata selebriti dari sana terutamanya kaum wanita masih kelihatan cantik walaupun ada di antara mereka yang sudah menjangkau umur melebihi 40an – 50an. Apa rahsianya? Rutin yang mereka amalkan sebenarnya tak susah pun. Cuma perlu lebih disiplin dalam penjagaan kulit serta pengambilan makanan yang akan menyebabkan kesan sampingan.

Antara langkah-langkah penjagaan kulit wajah dengan lebih sempurna seperti wanita Korea;

  • Gunakan makeup remover
  • Mencuci muka
  • Skrub muka (untuk hapuskan sel-sel kulit mati)
  • Toner
  • Essence
  • Serum/Ampoule
  • Face Mask
  • Moisturizer / Day Cream (krim siang)
  • Eye Cream
  • Night Cream (krim malam)

Remeh nak pakai mengikut langkah penjagaan wanita Korea? Nah, list dibawah ini penulis cadangkan 3 produk penjagaan kulit wajah yang UTAMA. Selebihnya, boleh minta “pertolongan dari Google”. Hehehe….

Kekal Awet Muda Walaupun Sudah Masuk Kategori “Series”

HOOPOE Rejuvenate Toner (100ml)
From
RM80.00
Check HOOPOE Rejuvenate Toner (100ml) price below:

Diformulasikan dari bahan semulajadi, ianya mampu untuk mengecilkan liang pori, melembap, membaikpulih kulit wajah serta anti-penuaan. Bebas minyak mineral dan paraben, sesuai untuk semua jenis kulit.

NORI Soothing Plus Moisturizers and Cream (Aloe Vera and Chamomile)
From
RM40.00
Check NORI Soothing Plus Moisturizers and Cream (Aloe Vera and Chamomile) price below:

Pelembap wajah ini diformulasikan dengan 95% lidah buaya dan ekstrak bunga ros untuk mengekalkan kesegaran kulit agar kekal terhidrat. Ianya mampu untuk sekatakan kembali tona kulit yang kusam dan tidak bermaya.

Sudah lakukan rutin penjagaan kulit wajah, tak sah kalau tidak bersolek sedikit. Selalunya, wanita akan bersolek kalau ke tempat kerja atau keluar berdating. Sejak kahwin ni, ada pula anak kecil. Lagi leceh nak bersolek semata-mata hendak ke Giant sahaja. Salah cara pemikiran anda begitu! Dahulu, mungkin anda bersolek sebab hendak keluar dating bersama boyfriend a.k.a future husband. Bila dah berkahwin, penampilan langsung tak dijaga.

Single atau married, anda harus rajinkan diri untuk bersolek. Yang suri rumah juga digalakkan untuk bersolek. Tak perlulah tepek bedak 14 inci atau eyeliner bentuk ‘cat-eye’. Cukuplah sekadar memakai pelembap dan foundation/bedak kompak sedikit untuk mengelakkan kulit wajah anda tampak kusam. Tapi, janganlah buat kerana orang lain. Buat kerana….diri sendiri.

Ini list produk yang boleh anda gunakan sebagai solekan asas;

Rajinkan Diri Untuk Bersolek

MERVE Full Coverage Foundation
From
RM80.00
Check MERVE Full Coverage Foundation price below:

Krim asas ini mendapat pengiktirafan Halal dan berasaskan air (water-based). Foundation ini multifungsi dengan kegunaan sebagai bahan asas solekan, primer, concealer dan shading.  

FCC Secret Eyeliner Pen (Black)
From
RM47.70
Check FCC Secret Eyeliner Pen (Black) price below:

Penulis sangat sukakan eyeliner dari FCC ini terutama yang jenis crayon/pen. Kalis air, tak senang comot dan mudah untuk dibersihkan.

SOLONE Creamy Matte Lipstick – Rose Icing (04)
From
RM59.25
Check SOLONE Creamy Matte Lipstick – Rose Icing (04) price below:

Nak lipstick tahan lebih lama ronanya dan tidak perlu dicalit selalu? Gunakanlah lipstick sentuhan akhir matte dari SOLONE ini. Bibir anda akan kelihatan glossy dan bermaya.

Pernah tak sahabat handai berkata yang anda ini jenis tidak reti ‘have fun’? Sesetengah dari kita ada yang pemalu, ada yang mahu berseronok tetapi tak tahu bagaimana caranya. Ada pula yang lebih suka jadi ‘lone ranger’. Anda dalam kategori yang mana? Penulis lebih suka menyendiri sambil layan Youtube atau Netflix dalam bilik.

Apa kata, campakkan jauh-jauh perkara itu semua. Belajar untuk mula enjoy dengan hidup sendiri. Belajar untuk hargai apa yang kita ada seperti keluarga, sahabat-handai. Tahun baru, kan? Gaya hidup pun, kenalah baru. Jom kita….ENJOY!

Masa Untuk ENJOY!

Misi Kembara Mencari Diri

Wow…tajuk dah macam ala-ala jejak Rasul. Misi kembara mencari diri atau kalau nak lagi sedap bunyinya, solo trip adventure. Banyak artikel diluar sana mencadangkan untuk anda pergi bercuti secara solo sebelum mencapai umur 30 terutamanya bagi kaum wanita yang masih single. Inilah masa yang tepat untuk anda berfikir tentang langkah seterusnya. Mungkin sesetengah dari anda yang sudah punya calon, terfikir untuk mendirikan rumahtangga. Manakala yang stay single macam penulis ni, fikir apa nak makan untuk breakfast esok.

Solo trip adalah satu kembara yang sebenarnya dapat membuka minda kita untuk melihat dunia luar. Selalunya terperuk sahaja kat Malaysia ni, perkara yang sudah menjadi kebiasaan kita lihat. Bila melihat keadaan negara lain yang tidak sama seperti Malaysia, barulah kita akan lebih menghargai apa yang ada selama ini. Cepat tempah flight ticket!

Timbulkan Minat Berhobi

Bila bercakap pasal hobi, pernah tak anda mengalami situasi dimana timbulnya keinginan untuk melakukan perkara di luar norma yang selalunya anda buat? Ya, penulis ada juga mengalami situasi seperti itu. Hobi penulis adalah menulis sesuatu yang fiksyen seperti novel tapi satu hari teringin pula nak cuba melukis. Hmm…memang tinggal jadi anganan sajalah. Separuh jalan!

2019 semakin menghampiri. Sudah terfikirkah hobi yang bersesuaian untuk anda lakukan di waktu senggang? Bagi yang punya skill untuk melukis atau bertukang, mulakan. Satu ayat yang sesuai untuk situasi ini…belum cuba belum tahu. Apa kata anda cuba dahulu, mana tahu timbulnya minat untuk dijadikan sebagai hobi. Kadangkala hobi juga boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Bak kata pepatah; Untung sabut timbul, untung batu tenggelam!

Senaraikan Baik dan Buruk Diri Pada Tahun 2018

Untuk berubah ke arah yang lebih baik pada tahun 2019, senaraikan perkara baik dan buruk dalam diri anda pada tahun 2018. Barulah anda tahu apa yang TIDAK dan PERLU diubah. Jika kita mampu untuk berubah, bukan sahaja orang di sekeliling akan menghargainya malahan lebih disayangi. Contoh terbaik, buanglah sifat yang gemar bershopping tiap kali sale. Terutamanya online shopping. Ya, Shopee dan Lazada selalu ada buat sale. Sogo Sale lagi. Stop!

Mulakan aktiviti menabung pada tahun hadapan. Simpanlah walaupun hanya RM1. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sudah cukup tabungan, bolehlah pergi solo trip. Buang sifat pemboros. Selalunya barangan yang kita beli itu, tidak pun habis digunapakai. Sebaliknya tersimpan elok sahaja. Itu sifat utama yang harus dibuang untuk menuju ke arah lebih baik.

Kurang Stres, Tingkatkan Prestasi

Kerja yang berlambak di pejabat dan pulang ke rumah hadapi keluarga buatkan anda stres? Menurut artikel yang dipetik dari akhbar utusan online berkata, depression atau kemurungan menjadi kategori penyakit mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang tahun 2020 akibat stres berpunca dari tekanan kerja dan orang sekeliling. Tahukah anda bahayanya jika mengalami masalah kemurungan ini? Mulai tahun 2019, kurangkan tekanan semasa di tempat kerja supaya tidak membawa kemarahan itu pulang ke rumah.

Senyum, paling utama. Kena marah dengan bos? Senyum. Klien tidak puas hati dengan kerja anda sambil hentak meja? Senyum. Orang lain melanggar kereta anda sampai kemek? Senyum. Anak-anak bising dengan hentakan kaki berlari sekeliling rumah? Senyum. Itu sahaja yang boleh elakkan anda dari kemurungan.

Ringan Mulut Untuk Ucap Terima Kasih

“Terima kasih…Thank You…Xie Xie…Danke…Merci…Arigato…Kamsahamnida…”

Terlalu banyak perkataan penghargaan yang boleh anda sebut dalam bermacam-macam bahasa. Cuba untuk meringankan mulut anda mengucap terima kasih pada tahun baru 2019 ini. Selepas mengambil makan dari kaunter restoran makanan segera, ucapkan terima kasih. Jika ada pekerja yang tolong membersihkan meja yang kita duduk, ucap terima kasih. Setiap kali pelayan datang menghantar makanan atau minuman, ucap terima kasih.   

Mungkin kita lihat perkataan terima kasih itu bukanlah sesuatu yang besar tetapi amat bermakna buat orang lain terutamanya bagi pekerja restoran yang penat bekerja seharian menerima pesanan makanan. Penting juga untuk anda mula rajin membuang sampah makanan sendiri semasa berada di restoran makanan segera.

Bukan itu sahaja, ringankan juga mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai. Mereka orang yang paling rapat dan paling dekat dengan kita. Show your gratitude!   

New Year, New Me. Berubahlah untuk diri anda sendiri. Bukannya untuk orang lain. Utamakan diri anda terlebih dahulu.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article