Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
hair spray

7 Hairspray Murah & Terbaik di Malaysia 2024 (Bawah RM50)

Ingin rambut kekal terurus sepanjang hari? Ini rahsianya!

Nak mendandan rambut untuk menghasilkan stail rambut yang sempurna bukan mudah. 

Tak hairanlah jika sesetengah individu mengambil masa yang lama untuk mendandan rambut.

Bagi memastikan rambut kekal terurus dan wangi, gunakan semburan rambut atau hair spray.

Ini kerana, spray rambut berfungsi untuk memastikan rambut kekal pada posisi asal berjam lamanya.

Jadi bagi anda bekerja yang memerlukan kekemasan pada bahaggian rambut, boleh lihat senarai di bawah jenama spray pengeras rambut yang bagus.

Jangan risau, semua senarai di bawah hair spray untuk rambut tahan lama bawah RM50.


7 Spray Rambut (Hair Spray) Bawah RM50

Hairspray terbaik secara keseluruhan
Safi Shayla Hijab Hair Care Expert Hair Mist
Safi Shayla Hijab Hair Care Expert Hair Mist
mulai
RM8.88
Semak Safi Shayla Hijab Hair Care Expert Hair Mist harga dibawah:
add_circle Rambut kekal wangi 24 jam
add_circle Sesuai untuk wanita berhijab
add_circle Mengandungi Prov-Vit B5 dan organik habbatus sauda
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kepala berkelemumur

Sebab menjadi pilihan utama:

Saiz yang mudah di bawa kemana saja dan harga berpatutan.

Ciri-ciri:

Masalah utama bila berhijab atau pakai topi adalah kulit kepala mudah berbau apabila berpeluh.

Tapi anda tidak perlu risau kerana hair spray dari jenama Safi ini dapat beri bau wangi pada kulit kepala sehingga 24 jam lamanya.

Dengan hair spray ini, anda tak perlu syampu hari-hari dah, bukan itu sahaja rambut juga kekal lembap hasil dari semburan hair spray.

Lagipun dengan mempunyai bahan berkualiti seperti pro-vit B5, pelembap rambut semulajadi, menjadikan rambut sihat bersinar dan lembut!

Review:

“Kulit kepala dan rambut kekal berbau wangi, bau hapak akibat seharian terperap sebab pakai tudung pun makin berkurang, rambut juga makin lembut”

Spray untuk rambut kerinting
SCHWARZKOPF Osis+ Finish Freeze - Strong Hold Hair Spray - Medium Control
Terbaik untuk rambut keriting dengan kawalan anti-frizz
mulai
RM23.70
Semak SCHWARZKOPF Osis+ Finish Freeze - Strong Hold Hair Spray - Medium Control harga dibawah:
add_circle Mempunyai perlindungan UV
add_circle Sesuai untuk rambut kerinting
add_circle Mudah menyerap
add_circle Anti frizz
remove_circle Bila basuh rambut, melekit sedikit

Jenama Schwarzkopf terkenal di kalangan pendandan profesional di Malaysia.

Ini kerana jenama ini mempunyai rangkaian penjagaan rambut yang sempurna. 

Lagipun kandungannya mempunyai bahan anti-frizz yang dapat mengawal lembapan.

Produk ini juga direka khas untuk yang mempunyai masalah rambut keriting dan cepat kusut. 

Bukan itu sahaja, produk ini mempunyai formula perlindungan terhadap sinaran UV jadi rambut anda tidak akan kering atau rosak.

Hairspray yang tidak berbau
Sunsilk Hijab Refresh Recharge Vitamin Hair Mist
Sunsilk
Sunsilk Hijab Refresh Recharge Vitamin Hair Mist
mulai
RM9.90
Semak Sunsilk Hijab Refresh Recharge Vitamin Hair Mist harga dibawah:
add_circle Memberi alunan pada rambut
add_circle Bau wangi sehingga 48 jam
add_circle Menjadikan rambut lembut
add_circle Tidak berminyak
remove_circle Hanya dijual atas talian

Wanita berhijab kebanyakannya akan menghadapi masalah bau pada kulit kepala.

Tapi masalah ini boleh selesai dengan semburan dari Sunsilk yang memberikan bauan harum sehingga 48 jam!

Wangi strawberry + pudina dan buah tin ekstrak limau sememangnya bauan yang wangi dan menyegarkan.

Bukan itu saja, rambut yang nipis akan kelihatan beralun membuatkan anda tampil dengan lebih yakin. 

Masalah bau berkurang, rambut juga makin sihat.

Hairspray yang tahan lama
Tresemme Compressed Micro Mist Level 3 Hair Spray
Tresemme Compressed Micro Mist Level 3 Hair Spray
mulai
RM23.90
Semak Tresemme Compressed Micro Mist Level 3 Hair Spray harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Mengekalkan gaya rambut
add_circle Beri perlindungan pada lapisan rambut
remove_circle Kuantiti sedikit

Jika anda gemar menggayakan rambut, pasti gaya tersebut nak dikekalkan sehingga malam. Betul tak?

Jadi dengan TRESemmé spray ini akan mengekalkan gaya rambut anda sehingga 24jam dan tekstur pada rambut tidak melekit seperti produk lain.

Malah, rambut tampak lebih asli seperti tidak menggunakan apa-apa produk dan menyerap dengan pantas pada rambut.

Tambah pula kandungan micro mist formula dapat memberikan perlindungan pada rambut sehingga lapisan dalam rambut tersebut.

Hairspray untuk rambut lurus
Elizabeth Hair Spray
Elizabeth Hair Spray
mulai
RM7.90
Semak Elizabeth Hair Spray harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Tidak melekit
add_circle Melembabkan rambut
add_circle Memberikan gaya rambut tahan lama
remove_circle Bau yang kuat

Gayakan rambut anda dengan menggunakan Elizabeth hair spray untuk memberikan ketahanan dalam jangka masa yang lama.

Lagipun dengan harga yang murah, hair spray ini dapat beri hasil yang baik.

Biasanya hair spray yang mengekalkan gaya rambut ini membuatkan rambut menjadi kering.

Tapi untuk Elizabeth hair spray, rambut akan menjadi lembut dan lembab.

Hairspray yang tidak kaku
LUCIDO L Designing Air Hair Spray
LUCIDO L Designing Air Hair Spray
mulai
RM18.91
Semak LUCIDO L Designing Air Hair Spray harga dibawah:
add_circle Melembapkan rambut
add_circle Melindungi kulit dari iritasi
add_circle Menyegarkan kulit kepala
remove_circle Tidak mempunyai bauan haruman seperti perfume

Lucido L mengandungi Panthenol yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan.

Dalam masa yang sama, dapat beri efek rambut anda tidak kelihatan kering. 

Bukan itu sahaja, hair spray ini juga memberikan alunan sehingga 10% dari rambut asal.

Hasilnya rambut anda akan kelihatan sihat, lembut serta menghalang kerosakan rambut.

Spray rambut lelaki
Gatsby Moving Lock Spray
GATSBY Moving Lock Spray
mulai
RM18.50
Semak Gatsby Moving Lock Spray harga dibawah:
add_circle Mengekalkan gaya
add_circle Berbau wangi
remove_circle Perlu sembur dengan teliti pada rambut

Kaum lelaki juga ramai yang gemarkan mengayakan rambut, yelah nak bagi nampak kemas. 

Partikel halus yang terdapat pada hair spray ini memberikan alunan yang lebih pada bahagian rambut yang nipis.

Barulah yakin nak bergayakan, selain itu gaya rambut anda akan tetap kekal dalam keadaan hujan, berpeluh.

Bauan harum dari buah apple yang manis ini sememangnya sesuai dipadankan pada rambut anda. 

Tunggu apa lagi, beli sekarang dan bergaya dengan lebih yakin.

Boleh Ke Guna Hair Spray Setiap Hari?

Sebenarnya, hair spray terdapat beberapa kategori. Hair spray dengan serum, vitamin atau setting hair spray untuk menggayakan rambut.

Bagi setting hair spray, kebanyakkan bahan yang terdapat padanya adalah bahan kimia yang dapat membuatkan rambut anda keras.

Jadi bila nak basuh atau cuci rambut kena cuci dengan betul-betul agar rambut tidak rosak. 

Lain pula dengan hair spray yang ada serum dan vitamin, kedua bahan ini sangat bagus untuk membaik pulih rambut anda.

Jadi, nak pakai hari-hari kerap pun tidak menjadi masalah, sebab bahan yang diguna pakai tidak membahayakan. 

Cuma ingin diingatkan penggunaan hairspray setiap hari boleh membuat rambut kasar dan kering.

Malah boleh menutup pori-pori dan membuat rambut lebih susah untuk dicuci. 

Sebaiknya mengurangkan penggunaan hair spray dan mencari alternatif styling yang lebih lembut untuk rambut.

Tapi anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui tip menggunakan hair spray supaya tahan lama dan tidak kasar.


Artikel Berkaitan

End of Article