Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pencuci muka lelaki

17 Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki di Malaysia 2024

Lelaki pun wajib jaga kebersihan dan kesihatan kulit wajah!

Kebanyakan kaum lelaki, kurang peka atau ambil tahu perihal penjagaan kulit wajah.

Kalau ada pun mungkin yang sekadar untuk membersihkan saja, tidak meneliti apakah pencuci muka tersebut sesuai dengan jenis kulit mereka.

Tapi mungkin ada setengah lelaki yang mempunyai masalah kulit berjerawat, pening kepala nak pilih mana satu pencuci muka terbaik untuk mereka.

Terdapat pelbagai jenama pencuci muka lelaki atau set penjagaan muka lelaki yang sebahagiannya boleh membantu mencerahkan kulit.

Sekarang jom lihat senarai pencuci muka terbaik untuk lelaki supaya masalah kulit boleh diselesaikan.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 17 Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki 

Pencuci muka lelaki terbaik secara keseluruhan
Kahf Oil and Acne Care Face Wash (100ml)
KAHF
Kahf Oil and Acne Care Face Wash (100ml)
mulai
RM18.30
Semak Kahf Oil and Acne Care Face Wash (100ml) harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jerawat
add_circle Mengawal lebihan minyak
add_circle Melembapkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

Kahf Oil and Acne Care Face Wash ialah sabun pencuci muka dengan kandungan HydroBalance dan Pure Cleanse untuk menjadikan wajah bersih dan lembap secara menyeluruh.

Ciri-ciri:

Selain membantu mengurangkan jerawat, pencuci muka ini sangat sesuai untuk anda yang miliki jenis kulit muka yang berminyak dan berjerawat.

Ekstrak Mediterranean Sage akan mengurangkan pertumbuhan jerawat baru dan mengurangkan kemerahan serta kerengsaan pada jerawat.

Manakala French Cypress pula akan mengurangkan lebihan minyak untuk menjadikan wajah bebas berkilat dan HydroBalance akan mengekalkan kelembapan semula jadi kulit dan tidak menjadikan kulit kering. 

Dengan penggunaan yang konsisten, pencuci muka ini menjadikan kulit terasa lembap dan licin sambil membersihkan kulit dari kotoran hingga ke liang pori.

Review:

"Dah botol kedua, best pakai. Harga pun ok dan jerawat makin kurang, parut pun hilang. Recommended guys!"

Pencuci muka lelaki untuk kulit berminyak
Cetaphil Oily Skin Cleanser 125ml
Cetaphil
Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak
mulai
RM37.99
Semak Cetaphil Oily Skin Cleanser 125ml harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan kulit kering
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
add_circle Boleh digunakan dengan ubat jerawat
remove_circle Harga agak mahal

Pembersih muka ini mampu membersihkan kulit secara mendalam untuk menyingkirkan minyak dan kotoran yang berkumpul pada liang pori.

Walaupun sesuai untuk kulit berminyak tapi sesuai juga untuk kulit jenis kombinasi.

Malah dengan buih Cetaphil dapat hilangkan kesan mekap tanpa mengeringkan kulit atau merosakkan lapisan kulit.

Produk ini juga mampu mengurangkan tahap penghasilan sebum dalam masa 2 minggu sahaja.  

Pencuci muka organik
Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml)
Himalaya Herbals
mulai
RM9.35
Semak Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml) harga dibawah:
add_circle Matikan bakteria pada wajah
add_circle Menggunakan bahan semulajadi
add_circle Tidak akan meninggalkan kesan sampingan
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu

Pencuci muka ini juga dapat membersihkan kotoran daripada kulit wajah & membersihkan liang pori yang tersumbat.

Teksturnya amat lembut pada kulit kerana diformulasi 100% herba aktifnya dan bebas daripada bahan kimia seperti paraben, SLS/SLES dan phthalates.

Ia turut diuji secara dermatologi serta tidak diuji ke atas haiwan, jadi ia sangat selamat dan mesra alam juga.

Apa yang bagus adalah penggunaan cleanser ini secara berterusan dan mengelakkan daripada jerawat tumbuh di wajah.

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash adalah sesuai bagi semua jenis kulit terutama kulit sensitif.

Ini kerana bahan utama yang digunakan adalah Neem yang dapat memperbaiki sel kulit dari akar umbinya supaya jerawat tidak tumbuh semula.

Selain itu, bersifat anti-keradangan dan anti-bakteria yang dapat menghalang serta membantutkan pertumbuhan jerawat degil. 

Pencuci muka lelaki berjerawat
Garnier Men Acno Fight Acne Foam (100ml)
Garnier
Pencuci muka 6 dalam 1 - untuk kulit wajah berjerawat
mulai
RM9.90
Semak Garnier Men Acno Fight Acne Foam (100ml) harga dibawah:
add_circle Merawat kulit masalah jerawat
add_circle Membuang sel kulit mati
add_circle Diperkaya dengan Herba Repair
add_circle Tekstur creamy
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak

Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali mengalami perubahan hormon ataupun darah tidak bersih/kotor.

Jadi produk Garnier mengeluarkan pencuci muka khas untuk lelaki yang dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat.

Malah dengan kandungan yang diperkaya Herba Repair dan penulenan Asid Salisiklik dapat mengurangkan;

  • Minyak
  • Jerawat
  • Blackheads
  • Bintik kemerahan
  • Mengecilkan lubang pori

Cara penggunaan mudah saja, anda hanya sapu pada muka yang sudah dilembapkan dan bilas dengan air sehingga bersih.

Sebaiknya guna selepas anda melakukan aktiviti dari luar dan sebelum tidur bagi kesan yang lebih baik dan cepat.

Pencuci muka lelaki untuk menghilangkan bekas jerawat
Nivea Men Extra White Mud Foam (150g)
Nivea Men
nivea men anti dark spots
mulai
RM14.17
Semak Nivea Men Extra White Mud Foam (150g) harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kesan parut
add_circle Membersihkan liang pori
add_circle Diformulasi dari bahan asli
remove_circle Tidak sesuai untuk semua kulit

Risau dengan masalah parut dan tompokan bekas jerawat yang kekal di wajah? Anda boleh gunakan pencuci muka Nivea Men Extra White Mud Foam ini.

Diformulasi dengan 3 bahan semulajadi iaitu Charcoal Mud, Licorice dan Whitening Powder yang dapat mengurangkan tompokan hitam sekaligus mencerahkan kulit.

Juga bertindak membersihkan kotoran liang pori dan mendetoks kulit, hasilnya kulit terasa segar dan bersih. 

Cuma, jika anda pakai dan mengalami iritasi, sebaiknya berhenti memakai dan menukar kepada produk lain.

Pencuci muka scrub untuk lelaki
Men’s Biore Double Scrub Facial Foam Deep Clean Extra Cool (100g)
Biore
mulai
RM15.40
Semak Men’s Biore Double Scrub Facial Foam Deep Clean Extra Cool (100g) harga dibawah:
add_circle Lakukan pembersihan secara mendalam
add_circle Sensasi penyejukkan kulit
add_circle Kurangkan kulit kusam
add_circle Sesuai untuk mereka yang aktif bersukan
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif & kering

Pencuci muka Biore’s Men Double Scrub ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit menjadi kusam dan rosak.

Pencuci muka ini bagus juga bagi mereka yang seharian bersukan kerana dapat menyingkirkan minyak dan kotoran dalam liang pori dengan bersih.

Ini kerana diformulasi dari teknologi Advanced Japan Million-scrub yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk proses pembersihan.

Sensasi ‘cooling’ dapat memberi kesegaran pada kulit wajah sehingga wajah anda tidak kelihatan kusam.

Penggunaan skrub ini sesuai digunakan 2 hingga 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik. 

Pencuci muka lelaki mengecilkan pori
Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash
Hada Labo
mulai
RM26.50
Semak Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash harga dibawah:
add_circle Mengawal penghasilan sebum & minyak
add_circle Pembersih tanpa buih
add_circle Kekalkan lembapan pada kulit
remove_circle Kulit sensitif akan cepat merengsa

Jika sebut sahaja Hada Labo, pasti anda tahu bukan akan mengenai produk yang diterbangkan khas dari Jepun ini.

Ianya mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang berkesan untuk menghapuskan kotoran sambil menjaga kulit wajah tanpa menjadikannya bermasalah. 

Produk muka untuk lelaki ini mengandungi Alpaflor ALP-sebum, sebuah bahan dengan keberkesanan yang terbukti untuk mengawal penghasilan sebum.

Ia berfungsi sebagai pembersih tanpa buih yang sesuai untuk mengawal minyak pada kulit wajah.

Seperti produk Hada Labo yang lain, asid Hyaluronic memainkan peranan utama sebagai pembekal hidrasi yang sangat baik dan mampu menambah kelembapan sambil mengekalkan keseimbangan optimum semasa membersih.

Gunakan pencuci muka ini untuk kulit kekal terhidrat dan juga mengawal pengeluaran minyak agar kulit tampil berseri dan menawan. 

Pencuci muka blackhead
Mary Kay Facial Wash for Men (133ml)
Mary Kay
mulai
RM60.00
Semak Mary Kay Facial Wash for Men (133ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Non-Comedogenic dan bebas Paraben
add_circle Membersih liang pori secara mendalam
remove_circle Harga mahal

Kulit lelaki mempunyai sifat lebih cepat berpeluh berbanding wanita jadi, oleh itu Mary Kay telah mengeluarkan produk pencuci muka khas untuk lelaki.

Kelebihan pencuci muka Mary Kay ini dapat membersihkan kotoran secara mendalam dan dapat mengurangkan minyak berlebihan.

Hasilnya dapat menjadikan pori-pori rasa lebih bersih dan bebas dari bintik hitam. 

Dalam masa yang sama juga dapat memberi kulit lembut dan boleh mencukur misai.

Jangan risau, produk ini boleh digunakan setiap hari tanpa mengeringkan kulit.

Pencuci muka lelaki untuk kulit kusam
Badlab Depth-Charged Deep Cleansing Facial Cleanser
Badlab
mulai
RM13.14
Semak Badlab Depth-Charged Deep Cleansing Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Beri lembapan pada kulit kering
add_circle Mengandungi Glycerin & serbuk arang
add_circle Khas untuk lelaki kulit kusam
remove_circle Memedihkan mata
remove_circle Hanya untuk lelaki

Jenama BadLab makin terkenal kerana sangat berkesan untuk melembapkan kulit yang kelihatan kering dan kusam.

Malah akan menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam untuk mencuci kotoran yang melekat dalam liang pori.

Ini kerana kandungannya diperkaya Bentonite Clay dan Charcoal yang dapat mengembalikan wajah bersih dan sihat.

Untuk kesan yang lebih berkesan, anda disarankan menggunakan juga BADLAB Dirty Deeds Facial Scrub dan BADLAB Battle Repair Facial Moisturiser.

Pencuci muka remaja lelaki
Nano White Men Oil Control Perfect Clay Cleanser (100ml)
Nano White
mulai
RM15.12
Semak Nano White Men Oil Control Perfect Clay Cleanser (100ml) harga dibawah:
add_circle Menghalang penghasilan minyak berlebihan
add_circle Mengekalkan kelembapan kulit
add_circle Membersih secara mendalam
remove_circle Mengandungi pewangi

Pencuci muka Nanowhite Oil Control Perfect Clay Cleanser sangat sesuai untuk lelaki remaja yang mengalami masalah kulit berminyak. 

Ini kerana diperkaya dengan bahan ekstrak tomato dan bahan aktif yang dapat melindungi kulit dari radikal serta dapat mencerahkan kulit.

Selain itu dapat memberikan tona warna kulit sekata, melembutkan permukaan kulit dan membaikpulih kulit wajah yang rosak akibat penghasilan minyak berlebihan.

Hasilnya kulit tiada lagi berminyak, kekal segar dan bebas dari jerawat! 

Pencuci muka lelaki kulit kering
L'OREAL Men Expert Hydra.P Duo Water Detox Face Wash
L'OREAL Men Expert
mulai
RM17.34
Semak L'OREAL Men Expert Hydra.P Duo Water Detox Face Wash harga dibawah:
add_circle Melembutkan tekstur kulit wajah
add_circle Menghilangkan kotoran dengan berkesan
add_circle Ada teknologi detoksifikasi dan anti-kekasaran
remove_circle Pedih jika terkena mata

Pencuci muka ini terbaik untuk mengekalkan hidrasi dan lembapan sehingga ke dalam lapisan kulit.

Malah, anda tidak terasa iritasi semasa melakukan aktiviti luar walaupun terdedah dibawah sinaran UV sepanjang hari.  

Ditambah pula dengan 2 inovasi terkini pada produk pencuci muka ini iaitu detoksifikasi dan anti-kekasaran sekaligus dapat melembutkan dan menghidrasi kulit.

Diperkaya pula dengan French Mountain Water dan G-Cylic Resurfacing Complex untuk memberi kesegaran pada kulit wajah.

Anda perlu lakukan teknik cucian dengan betul untuk menghilang dan menghapuskan kotoran pada liang pori dengan berkesan. 

Pencuci muka lelaki untuk kulit normal
Himalaya Men Power Glow Licorice Face Wash (100ml)
Himalaya
himalaya men face wash
mulai
RM15.50
Semak Himalaya Men Power Glow Licorice Face Wash (100ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Bagus untuk lelaki bermisai & berjanggut
add_circle Dapat mencuci hingga ke dalam liang pori
remove_circle Stok di kedai terhad

Himalaya Men Power Glow Licorice Face Wash sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk kegunaan harian. 

Diperkaya dengan ekstra tumbuhan seperti Licorice, Alfalfa dan Wood Apple yang akan membantu anda mencerahkan kulit tanpa mengeringkannya.

Malah berupaya mengekalkan kesihatan kulit dengan khasiat Alfalfais sumber utama bagi antioksida dan perapi kulit. 

Bagi yang ada jambang atau misai, pencuci muka Himalaya ini juga mampu membersihkan kawasan tersebut dengan baik dan menyeluruh kerana mengandungi kandungan Aloa Vera dan air kelapa.

Pencuci muka ini akan melembapkan kulit anda sambil mencerahkan kulit muka dengan harga yang sangat berpatutan.

Pencuci muka lelaki untuk kulit sensitif
La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti Discomfort Facial Cleanser
La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti Discomfort Facial Cleanser
mulai
RM79.71
Semak La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti Discomfort Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Tanpa bahan pewangi
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Mempunyai Vitamin B3
remove_circle Harga mahal

Pencuci muka pilihan dari La Roche Posay ini sangat sesuai untuk lelaki yang miliki kulit muka jenis normal, kering dan sensitif.

Turut mempunyai tekstur gel bagi memastikan setiap basuhan pada kulit memberi keselesaan dan kelembapan yang berpanjangan. 

Hasil penggunaan yang konsisten bukan sahaja kulit berseri tapi anda akan terasa kulit muka lebih lembut apabila disentuh. 

Menarik lagi, pencuci muka ini juga mampu bertindak menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit sekaligus mengelakkan berlaku iritasi dan pembentukan jerawat.

Mengandungi bahan Niacinamide yang akan memelihara imuniti kulit, mengurangkan kesan kemerahan dan kegatalan pada kulit sambil meminimumkan liang pori.

Pencuci muka ini juga bagus untuk mengawal minyak dan bebas pewangi menjadikannya sesuai kulit sensitif.

Pencuci muka lelaki viral TikTok
WATER360 BY WATSONS Mineral Spring Facial Wash 100ml
WATSONS
WATER360 BY WATSONS Mineral Spring Facial Wash 100ml
mulai
RM27.93
Semak WATER360 BY WATSONS Mineral Spring Facial Wash 100ml harga dibawah:
add_circle Mengandungi Mineral Spring Water
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Tidak mengandungi bahan pewangi
add_circle Tekstur ringan
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering

WATER360 BY WATSONS Mineral Spring Facial Wash 100ml mengandungi sumber mata air semula jadi, Mineral Spring Water yang kaya dengan mineral.

Mineral-mineral ini dapat membantu menjaga keseimbangan kelembapan kulit serta memberikan nutrisi penting kepada kulit anda.

Pencuci muka ini dirumus khas untuk membersihkan kulit secara mendalam dari kotoran dan minyak berlebih untuk membantu mencegah sumbatan pori-pori dan jerawat serta menjaga kulit tetap bersih dan segar.

Kandungan mineral dan bahan-bahan lain dalam produk ini membantu menjaga kelembapan kulit supaya kulit terhidrasi, dapat mengurangkan kulit kering dan kulit jadi lebih berseri.

Pencuci muka ini dapat membantu mengembalikan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dengan baik.

Menarik lagi, pencuci muka ini tidak mengandung pewangi yang berlebihan jadi sesuai untuk anda yang ada kulit sensitif atau mudah alergi atau iritasi.

Formula pencuci muka Water360 sangat ringan dan lembut jadi anda boleh gunakannya untuk membersihkan wajah setiap hari.

Pencuci muka lelaki untuk jerawat dan berminyak
Dermaction Plus By Watsons Pro Acne Purifying Facial Gel (100ml)
Dermaction Plus By Watsons
Dermaction Plus By Watsons Pro Acne Purifying Facial Gel (100ml)
mulai
RM27.12
Semak Dermaction Plus By Watsons Pro Acne Purifying Facial Gel (100ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
add_circle Tekstur gel
add_circle Memudarkan parut jerawat
remove_circle Harga mahal

Pencuci muka Dermaction Plus By Watsons Pro Acne Purifying Facial Gel (100ml) bagus untuk membersih dan menghidratkan kulit secara lembut.

Tekstur gel dari pencuci muka ini menjadikannya sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat tanpa menyumbat pori muka.

Dengan pelbagai fungsi untuk kulit berjerawat AcnoDERM, pencuci muka ini membantu mengurangkan pengumpulan bakteria P.acne, rembesan sebum dan parut jerawat.

Selain itu, pencuci muka ini juga membantu mengimbangi tahap kelembapan kulit, memudarkan kesan liang pori dan mengurangkan kulit kemerahan akibat jerawat.

Cara gunanya sangat mudah, anda hanya picitkan sedikit gel pencuci muka ini pada tangan, terus urut pada muka yang basah dan bilas sebersih-bersihnya dengan air bersih.

Pencuci muka lelaki kurangkan jerawat
Safi Men Facial Cleanser (100g)
Safi
Safi Men Facial Cleanser (100g)
mulai
RM11.99
Semak Safi Men Facial Cleanser (100g) harga dibawah:
add_circle Mengawal minyak
add_circle Mengurangkan jerawat
add_circle Melembapkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Safi Men Facial Cleanser direka khas untuk kulit lelaki yang cenderung mempunyai tekstur kulit dan keperluan penjagaan yang berbeza daripada wanita. 

Produk ini dirumus khas untuk membersihkan kulit dengan mendalam dengan membantu menghilangkan kotoran, minyak berlebihan, dan sisa-sisa produk kulit yang mungkin terkumpul pada kulit wajah.

Kulit lelaki sering menghasilkan lebih banyak minyak berbanding kulit wanita jadi Safi Men Facial Cleanser mengandungi bahan-bahan yang membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan, membantu kulit terasa lebih segar dan kurang berminyak.

Pencuci muka ini juga mengandungi bahan-bahan seperti Asid Salisilik yang membantu merawat jerawat dan menjaga kulit daripada tanda-tanda penuaan awal seperti kedutan.

Produk Safi Men Facial Cleanser ini juga diformulasi daripada bahan-bahan yang memberikan kesan dingin dan pelembap pada kulit bagi membantu menjaga keseimbangan kelembapan kulit.

Peling penting, formulasi khas lelaki ini mungkin dirancang untuk tidak mengeringkan kulit wajah, menjaga kulit tetap selesa dan lembap selepas pembersihan.

Turut mempunyai bau dan tekstur yang sesuai dengan citarasa lelaki, menjadikannya pengalaman penjagaan kulit yang lebih memuaskan.

Pencuci muka lelaki untuk mencerahkan kulit
GATSBY Cooling Face Wash Bright White 100ml
GATSBY Cooling Face Wash Bright White 100ml
mulai
RM13.90
Semak GATSBY Cooling Face Wash Bright White 100ml harga dibawah:
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Membersihkan kulit daripada sel kulit mati
remove_circle Hanya sesuai untuk kulit normal

Dengan kandungan yam bean, lemon dan partikel skrub, pencuci muka Gatsby ini dapat mencerahkan kulit wajah.

Malah, dapat menyingkirkan kulit mati, membuang baki minyak serta membuang kotoran yang terperangkap dalam lubang pori dengan lebih bersih.

Cara penggunaan hanya keluarkan bahan cucian 2-3cm pada tapak tangan, terus sapu ke wajah yang sudah dibilas dengan air dan cuci sehingga bersih.

Pasti kulit anda terasa dingin dan segar selepas memakai pencuci wajah ini kerana mempunyai sensasi penyejukkan.

Bagaimanapun, sabun cuci muka ini hanya sesuai untuk anda yang miliki kulit normal sahaja.


Bagaimanakah Cara Pilih Pencuci Muka Untuk Lelaki?

Semua orang ingin memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat.

Bukan sahaja wanita, lelaki juga perlu berhati-hati dalam memilih skincare untuk memastikan kulit mereka sentiasa sihat.

Salah satu produk penting dalam rutin skincare adalah pencuci muka.

Berikut beberapa tips berguna untuk membantu lelaki memilih pencuci muka untuk kulit mereka.

  • Jenis kulit

Langkah pertama ialah anda perlu mengetahui jenis kulit muka.

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza, seperti kulit berminyak, kulit sensitif, kulit kering, atau kulit kombinasi.

Ini akan membantu anda memilih pencuci muka yang disesuaikan secara khusus untuk memenuhi keperluan kulit seperti mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan atau folikel tersumbat.

  • Pertimbangkan masalah kulit

Kulit lelaki sedikit berbeza daripada kulit wanita, terutamanya disebabkan oleh faktor hormon.

Jika anda mempunyai masalah kulit tertentu, seperti jerawat, kulit kusam, atau hiperpigmentasi, pastikan anda memilih pencuci muka yang boleh menangani masalah tersebut.

Sebagai contoh, untuk masalah jerawat, pilih pencuci muka yang mengandungi asid salisilik atau asid glikolik.

Ini kerana bahan-bahan ini boleh membantu membersihkan pori-pori dan mengurangkan penampilan jerawat.

Tapi, jika anda mempunyai kulit sensitif, anda mungkin ingin memilih produk yang lembut dan bebas pewangi.

  • Bahan-bahan dalam pencuci muka

Pastikan anda membaca senarai bahan-bahan sebelum membeli pencuci muka.

Elakkan produk yang mengandungi alkohol yang berlebihan atau pewangi kerana ia boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan kerengsaan.

Cari pencuci muka yang mengandungi bahan seperti aloe vera atau hyaluronic acid untuk membantu memberikan kelembapan kepada kulit.


Apa Kebaikan Pencuci Muka Untuk Lelaki? 

Pencuci muka merupakan penjagaan yang menjadikan penampilan seorang lelaki lebih sempurna kerana kulit kelihatan segar, berseri dan sihat.

Untuk pengetahuan anda, hormon lelaki dan perempuan berbeza dan menyebabkan penghasilan jerawat pada kulit wajah lelaki adalah sedikit.

Tapi, itu bukan satu tiket untuk tidak perlu memakai pecuci kerana jerawat, blackhead akan timbul dan kotoran akan terkumpul sehingga kulit kelihatan kusam dan kotor.

Sebaiknya cuci wajah pada sebelah waktu pagi untuk keberkesanan menyingkirkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit wajah.

Lagipun dapat memberi kesegaran sebelum memulakan aktiviti harian. 

Manakala cuci pada waktu malam pula untuk menghilangkan sisa kotoran yang melekat pada kulit wajah akibat terdedah kepada sinaran UV atau debu dan habuk setelah berada di luar.

Jangan ambil mudah tentang penjagaan kulit muka. Jom dengarkan kenapa perlu menjaga kulit wajah menerusi video di bawah.


Apa Beza Kulit Lelaki & Perempuan?

Mungkin ada yang kata tiada beza antara muka kaum lelaki dan wanita tapi sebenarnya kajian mendapati kulit lelaki mengandungi lebih banyak elastin dan kolagen berbanding wanita.

Malah, ketebalan kulit lelaki 25% lebih tebal berbanding kulit wanita kerana lelaki mempunyai androgen (testosteron) dimana hormon ini menyebabkan tekstur kulit wajah lelaki lebih kuat.

Disebabkan tekstur kulit yang lebih kuat ini juga, pakar mendapati wajah lelaki lebih lambat menerima penuaan dan kelihatan 15 tahun lebih muda dari usia mereka.

Jadi, tidak hairanlah jika kaum lelaki sukar mengalami masalah kulit wajah dan cara penjagaan kulit juga berbeza.

Sebaiknya kaum lelaki pilih jenama atau produk yang khas untuk anda dan paling penting kena rajin cuci muka. 

Jom dengarkan penerangan lebih terperinci menerusi video berikut.


Tips Penjagaan Muka Lelaki

Tidak kira jantina, penjagaan muka penting untuk mencegah masalah kulit dan mengekalkan penampilan diri yang kemas.

Bagi lelaki, ikuti je tips penjagaan muka atau cara glow up lelaki di bawah:

  • Cuci muka dengan betul

Memang nampak remeh, tetapi mencuci muka dengan betul adalah asas penting untuk kulit yang sihat.

Basuh muka dua kali sehari dengan pembersih yang lembut dan sesuai untuk jenis kulit anda.

  • Guna skincare untuk lelaki yang asas

Beberapa rutin skincare yang paling asas adalah pencuci muka, pelembap dan sunscreen.

Ramai lelaki sering terlepas pandang kepentingan pelembap dan sunscreen.

Kedua-dua produk ini sememangnya penting untuk mengunci kelembapan dan mencegah penuaan kulit.

  • Exfoliate

Eksfoliasi membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membersihkan liang pori.

Lakukan eksfoliasi sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan menggunakan skrub, peeling gel atau toner yang mengandungi bahan Salicylic Acid, BHA atau AHA.

  • Beri masa untuk kulit berehat

Kadang-kadang, kulit kita memerlukan masa rehat dari produk penjagaan.

Sekali sekala, biarkan kulit anda bernafas tanpa sebarang produk, terutamanya sebelum tidur. Ini membantu kulit anda pulih dengan semula jadi.

Jangan lupa untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti minum banyak air, elakkan merokok, bersenam, dan tidur yang mencukupi.

Kesihatan dalaman juga mempengaruhi penampilan luaran anda.


Artikel Berkaitan

End of Article