Memiliki kulit yang sensitif membuatkan kita berasa takut untuk memakai produk yang sembarangan. Lebih-lebih lagi apabila memakai krim pelindung yang menyebabkan muka berminyak dan rasa pedih pada wajah.
Oleh sebab itu, anda perlulah kenalpasti dahulu jenis kulit sebelum membeli segala jenis bahan asas atau krim khas untuk wajah seperti sunblock. Penting untuk anda memakai krim pelindung setiap hari bagi memastikan kulit wajah terlindung dari sinaran yang merbahaya. List krim pelindung untuk jenis kulit sensitif berikut dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat;
Klairs merupakan krim pelindung yang berasaskan air dan khas untuk kulit sensitif dan tekstur gelnya yang sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. Dengan tahap SPF dan PA yang tinggi krim ini dapat memastikan kulit anda mendapat perlindungan sepenuhnya daripada sinaran UVA dan UVB.
Bukan itu sahaja, Klairs juga mengandungi ramuan yang dapat membantu mencerah, kekal terhidrat serta melindungi kulit. Bahan yang terkandung dalam krim ini adalah minyak vitamin pokok yang membekalkan kelembapan untuk kulit anda. Untuk mendapatkan perlindungaan sepenuhnya, pastikan anda sapu secara merata ke seluruh wajah.
Yadah merupakan krim pelindung yang 100% menghalang sinaran UV dari terus menembusi kulit wajah anda. Penggunaannya yang multifungsi sesuai untuk kulit wajah serta badan dan tidak akan menyebabkan iritasi. Krim ini tidak tampak bercapuk dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit dengan sekata.
Tekstur yang tidak melekit membuatkan anda selesa untuk memakainya sepanjang hari serta kulit anda terasa lembap dan ringan. Krim pelindung ini selamat digunakan dan yang paling penting sesuai untuk kulit sensitif dan juga kulit bayi.
Krim pelindung dari Face shop ini dirumus dengan penapis mineral iaitu yang dapat menghalang sinaran UV dan tidak menyebabkan kepedihan pada kulit wajah. Krim ini juga membantu untuk mengurangkan kegatalan atau melegakan kulit yang bermasalah terutamanya bagi kulit yang sensitif.
Diuji secara klinikal dan pengesahan dari ahli dermatologi, ianya dapat merawat kerengsaan kulit jika anda kerap memakainya dan penggunaan krim ini haruslah dengan betul.
Innisfree pelindung matahari bukan organik yang dirumus dengan bahan-bahan ringan dan penapis mineral untuk menghalang sinaran UV dari terus meresap ke permukaan kulit. Rumusannya mempunyai hypoalergik, telah diuji dan terbukti selamat untuk anda yang mempunyai masalah kulit sensitif serta selamat digunakan pada kanak-kanak. Krim ini tidak melekat pada kulit dan mudah untuk dibersihkan.
Krim SPF 49 ini memberi pelindungan dari sinaran dengan memastikan anda tidak merasakan kulit menjadi iritasi dan merengsa serta membantu melindungi dari pencemaran udara. Dirumus khas untuk kulit sensitif dan rosak, mengandungi tekstur yang ringan dan tidak melekit.
Krim ini memiliki sensasi penyejukan bertujuan untuk melegakan kulit muka yang terasa pedih. Produk dari Etude House ini mendapat sambutan yang hangat dari negaranya.
Aloe Soothing Sun Cream bukan sekadar krim pelindung biasa tetapi ianya dapat menghalang sinaran UVA dan UVB sepenuhnya dan melembapkan kulit yang kering. Diformulasikan dari bahan semulajadi iaitu ekstrak daun lidah buaya, krim ini memberikan kelembapan berpanjangan serta kulit anda akan terasa tenang dan aman.
Walaupun anda sering terdedah ke pada matahari, anda tidak perlu risau kerana krim ini melindungi kulit anda dan menghalang dari dehidrasi.
Krim pelindung ini diformulasi untuk memastikan kulit anda dilindungi dari sinaran UV yang merbahaya. Bahkan, ia juga memiliki pelindungan SPF50 untuk perlindungan yang sepenuhnya kepada kulit muka dan juga badan anda.
Cetaphil memberikan kulit anda merasa kelegaan sambil mengekalkan kelembapan pada kulit. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang memiliki kulit jenis sensitif cenderung berjerawat dan bebas pewangi, sesuai untuk anda yang tidak suka bau haruman yang terlalu kuat.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!