Sistem penggera atau alarm mungkin boleh dikatakan alatan yang wajib dipasang di unit kediaman anda. Dengan kadar jenayah yang makin meningkat saban hari, pasti anda turut merasa keselamatan anda dan keluarga tercinta terancam sekiranya langkah-langkah keselamatan tidak diperketat. Pelbagai waspada dan langkah boleh dilaksanakan bagi mempertingkat keselamatan dan seterusnya kesejahteraan seisi keluarga.
Bagi menambah ciri keselamatan rumah anda, pilih seleksi alarm terbaik dengan produk alarm rumah yang telah kami senaraikan berikut.
Sebuah set lengkap menggabungkan alat penggera dan sistem kamera litar tertutup (CCTV), produk keluaran Sharp ini boleh dipasang sendiri dan memiliki ciri mudah digunakan. Set ini dilengkapi satu unit kamera litar tertutup (CCTV), satu unit OverCloud Processing Unit (OPU), satu unit penggera pintu atau tingkap serta sebuah pendrive 16 GB untuk penyimpanan data. Miliki set gabungan ini dan awasi keselamatan kediaman anda pada setiap masa.
Alat penggera ini boleh dihubungkan dengan peranti Android anda dan dilengkapi kamera pengawasan. Sistem penggera ini boleh dikawal selia menggunakan peranti Android seperti telefon pintar, membolehkan anda mengawasi kediaman anda walau dimana anda berada. Menariknya, alat ini menggunakan sistem Amazon Cloud PnP server cluster yang stabil dan dipercayai.
Geeklink membawakan sebuah produk alat penggera yang boleh memberi isyarat dan mengeluarkan bunyi sendiri. Dengan kelantangan bunyi sehingga 85dB, alat ini memberi amaran sekiranya berlaku pencerobohan, kebocoran gas atau pintu dibuka. Kelantangan dan tempoh bunyi penggera juga boleh ditetapkan dan diubah. Dapatkan amaran awal sekiranya sesuatu berlaku agar tindakan yang efektif boleh diambil dan seterusnya mengurangkan kerosakkan.
Produk alarm rumah yang mampu milik, kunci manga ini dilengkapi sistem penggera. Memiliki dwi fungsi, alat ini bukan sahaja mengunci rumah anda tetapi berfungsi mengluarkan bunyi penggera amaran pada kelantangan bunyi 110 dB apabila dipecahkan atau dibuka tanpa kunci. Dengan ini, segala cubaan menceroboh boleh dikesan dengan jelas dan dilaporkan kepada pihak berkuasa pada kadar segera.
Alarm ini memiliki ciri perlindungan keselamatan yang tinggi, dimana ia memberi amaran sekiranya terdapat pergerakan yang tidak diingini berlaku. Isyarat juga akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda jika dikesan terdapat pencerobohan. Berfungsi dengan sensor yang sensitif terhadap pergerakan (motion sensor), alat sesuai diaktifkan ketika waktu malam atau ketika anda tiada dirumah.
Set alarm lengkap dengan mutu GSM yang berkualiti, alat ini dilengkapi paparan skrin sentuh untuk tujuan konfigurasi dan tetapan serta dikuasai CPU utama yang canggih. Alat boleh digunakan untuk seluruh unit kediaman, meliputi lapan bahagian dan mampu memberi amaran kepada seisi rumah.
Tambah menarik, alat memiliki bateri tambahan bagi menampung keperluan sekiranya terdapat gangguan atau terputus bekalan elektrik utama.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!