Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Jenama Aircond Terbaik Malaysia 2024 (Paling Sejuk, Bagus)

Penggunaan aircond akan buatkan anda rasa lebih selesa dan nyaman.

Faktor cuaca di negara kita membuatkan penggunaan aircond rumah terbaik sangat penting dan pastinya kita mahukan aircond paling sejuk!

Tapi nak pilih aircond paling bagus atau brand aircond terbaik di Malaysia sedikit mencabar kerana kini terdapat banyak model aircond yang bagus dari jenama penghawa dingin terbaik.

Jika anda tertanya aircond apa yang bagus atau apakah jenama aircond yang bagus, anda boleh baca senarai aircond terbaik dari harga mampu milik sehingga ke harga yang mahal.

Pilihan di tangan anda, ada banyak pilihan model aircond buatan Malaysia dan luar negara, jadi jom semak jenama aircond terbaik di Malaysia.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Jenama Aircond Terbaik

Aircond terbaik secara keseluruhan
Haier R32 Smart DC Inverter Clean Air Conditioner (1.0hp) HSU-09VNR18
Haier
From
RM926.00
Check Haier R32 Smart DC Inverter Clean Air Conditioner (1.0hp) HSU-09VNR18 price below:
add_circle Jaminan kompressor maksimum 10 tahun
add_circle Mudah untuk dipasang
add_circle Aliran udara yang kuat
add_circle Menapis habuk dengan baik
add_circle Melawan dan menghapus sehingga 99% bakteria
remove_circle Tidak sesuai untuk ruang sempit

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Sistem penyejukkan yang pantas secara (9000 Btu/hr) dan menjimatkan elektrik. Jaminan motor aircond selama 10 tahun dan 3 tahun untuk jaminan am. Jenama aircond Haier adalah yang paling bagus.

Ciri-ciri:

Aircond dari Haier model HSU-09VNR18 dilengkapi dengan ciri asas seperti Energy Saving dan Turbo Mode. 

Istimewa tentang aircond ini, mempunyai teknologi Smart Cleaning yang memberi udara bersih secara automatik. 

Malah sistem PID Inverter Control pula dapat memantau suhu bilik supaya aircond tidak menggunakan tenaga elektrik yang berlebihan. 

Senang kata merupakan jenis aircond rumah yang terbaik untuk dipasang lama. 

Fungsi Turbo Airflow akan memberi aliran udara lebih kuat daripada aircond konvensional lain. 

Sangat sesuai diletakkan di ruang yang agak luas seperti ruang tamu atau master bedroom

Walaupun hanya 1.0HP, tapi tetap dapat menyejukkan bilik dalam masa beberapa minit sahaja. 

Review:

“Aircond senyap seperti aircond di hotel dan sememangnya dijual pada harga yang cukup berpatutan. Tawaran jaminan juga sangat lama berbanding jenama aircond yang lain.”

Aircond portable terbaik
Midea MPH-09CRN1 1HP Portable Air Conditioner
Midea
From
RM899.00
Check Midea MPH-09CRN1 1HP Portable Air Conditioner price below:
add_circle Mempunyai sleep mode
add_circle Ada alat kawalan jauh
add_circle Mudah alih
add_circle Cepat sejuk
remove_circle Agak bising (53-55dBa)
remove_circle Berat (23kg)

Alat penghawa dingin mudah-alih daripada Midea ini sesuai untuk dipasang di ruang yang kecil atau di bilik.

Aircong ini lengkap dengan sistem automatik seperti Self Evaporative System, self-diagnosis dan auto-protection.

Selain itu, jimat ruang dan kadar penggunaan elektrik juga rendah (220-240 voltan). Jadi tiada masalah untuk anda menggunakan  aircond ini sepanjang hari. 

Walaupun saiz yang kompak dan  bercirikan kekuatan motor 1.0HP, kapasiti penyejukkan adalah sederhana iaitu 9000 (Btu/h). 

Kelebihan fungsi Shower Cooling System pada penghawa dingin ini memberi putaran angin sejuk seperti kipas.

Sekaligus dapat memberi keselesaan pada setiap udara baru yang keluar kerana bakteria dan kotoran ditapis dengan penapis jenis Silver Ion. 

Aircond ini mempunyai warranty kompresor selama 5 tahun dan 1 tahun jaminan am.

Aircond 5 bintang
Sharp J-Tech Inverter Air Conditioner – AHX9VED (1.0hp)
Sharp
From
RM1,249.00
Check Sharp J-Tech Inverter Air Conditioner – AHX9VED (1.0hp) price below:
add_circle Eco mode - jimat penggunaan tenaga
add_circle Fungsi mod sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi
add_circle Suhu diubah mengikut ruangan
remove_circle Harga sedikit 'pricey'

Aircond inverter dari jenama Sharp ini merupakan produk elektrik dengan kawalan Energy Star 5!

Mempunyai sistem refrigerant (penyejuk) yang mempunyai impak rendah ke atas pemanasan global. 

Malah R32 juga direka dengan fungsi mesra alam, dimana tidak menipiskan lapisan ozon dan mampu meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga elektrik lebih jimat.

Apa yang bertambah hebat tentang aircond Sharp J-Tech ini dikuasakan dengan motor jenis DC yang beroperasi secara senyap dan berupaya untuk menggunakan tenaga elektrik secara efisien (low starting current). 

Ciri lain yang membuatkan aircond ini antara aircond cepat sejuk ialah airflow mencecah 14 meter dari sistem Coanda Technology.

Tetapan suhu serendah 14°C dan memiliki pelbagai mode yang boleh ditukar menerusi alat kawalan jauh.

Aircond non-inverter terbaik
Gree 1.0hp Non-Inverter Aircond (GWC09QC-K6NNB4B/I)
Gree
From
RM852.33
Check Gree 1.0hp Non-Inverter Aircond (GWC09QC-K6NNB4B/I) price below:
add_circle Jimat elektrik
add_circle Jaminan compressor 6 tahun
add_circle Auto clean, restart
remove_circle Alat ganti sukar dicari

Penghawa dingin eco-friendly ini beroperasi dengan senyap tanpa menganggu tidur malam anda. Ianya dapat menyejukkan ruangan kediaman anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja.

Berfungsi untuk menghalang kemasukan bakteria, virus dan habuk sebanyak 90%, kesihatan anda akan terjamin dengan penghawa dingin ini. 

Anda boleh melaraskan tetapan mod Sleep yang diingini dan paparan LEDnya dapat menunjukkan tahap suhu dari penghawa dingin ini.

Tidur malam lebih selesa dengan air cond dari Gree ini! 

Aircond 2hp
Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
Daikin
Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
From
RM2,049.00
Check Daikin SMARTO Premium R32 Inverter price below:
add_circle Mempunyai penapis
add_circle Gas R32
add_circle 5 Star Energy Saving
add_circle Mempunyai sambungan Wifi
add_circle Jenis inverter
remove_circle Harga mahal

Penghawa dingin Daikin ini antara yang terbaik untuk sebuah aircond bersaiz 2 horse power(HP).

Aircond jenis inverter yang canggih dengan sistem sambungan Wifi yang menggunakan sistem Smart Control dimana anda tidak perlu lagi menggunakan alat kawalan jauh. 

Anda boleh mengawal suhu, kelajuan dan mode kipas dari telefon pintar sahaja. 

Selain itu, model aircond SMARTOR Premium Inverter memperkenalkan fungsi aircond yang boleh berfungsi sebagai air purifier. 

Malah  memberi udara yang nyaman dan bersih dengan tiga penapisan terbaik iaitu Gin-Ion Blue Filter, PM2.5 Filter dan Streamer Discharge Unit. 

Kelebihan kuasa 2.0 HP aircond ini memberi aliran udara sejuk yang sekata.

Sangat sesuai untuk ruang yang luas seperti bilik mesyuarat, surau, master bedroom dan kedai atau butik pakaian. 

Walaupun aircond ini memiliki saiz yang besar tapi kadar penggunaan tenaga masih lagi rendah dengan kadar 420 watt hingga 2,200 watt untuk penyejukan 19,000 (Btu/h).

Aircond terbaik untuk ruang tamu
Electrolux 1.0 HP Conditioner ESM09CRR-B3
Electrolux 1.0 HP Conditioner ESM09CRR-B3
From
RM959.00
Check Electrolux 1.0 HP Conditioner ESM09CRR-B3 price below:
add_circle Sistem senyap (31-42 dBa)
add_circle Alat kawalan jauh dengan sensor suhu
add_circle 4 pilihan mode
remove_circle Energy Star 3

Aircond rumah terbaik dari Electrolux model ESMR09CRR-B3 dilengkapi dengan kuasa motor hebat 1.0HP. 

Aircond ini dapat menjamin kebersihan udara dan pembebasan dari pembiakkan kulat pada bahagian dalam aircond. 

Sistem The X-Fan secara automatik dapat menyingkir lebihan lembapan apabila aircond ditutup. 

Sekaligus dapat mengelakkan bakteria dan bau hapak naik pada permukaan aircond. 

Manakala, alat kawalan jauh dengan fungsi I-Feel pula dapat mengawal suhu aircond dengan menilai suhu badan anda. 

Jadi anda perlu kekal bersama remote control untuk mendapat rasa sejuk yang nyaman.  

Spesifikasi lain bagi aircond Electrolux ialah menggunakan gas R32, motor aircond yang senyap (31-42 dBa) dan material gelung Blue Fin tahan lasak.

Paling penting penggunaan tenaga elektrik rendah.

Aircond terbaik untuk bilik
Hitachi (1.5HP) Air Sleep Timer Powerful Mode R32 AirCond RAS-EH13CKM
Hitachi
Hitachi (1.5HP) Air Sleep Timer Powerful Mode R32 AirCond RAS-EH13CKM
From
RM1,547.00
Check Hitachi (1.5HP) Air Sleep Timer Powerful Mode R32 AirCond RAS-EH13CKM price below:
add_circle Gas R32
add_circle Bunyi senyap (29-41dba)
add_circle Waranti kompressor 7 tahun
remove_circle Penggunaan elektrik tinggi

Rasanya memang dah wajib sekarang bilik tidur di setiap kediaman mempunyai sebuah penghawa dingin. 

Aircond jenama Hitachi ini cukup mempunyai sistem ‘Air Sleep Timer’.

Sistem ini akan menukar pengaliran udara aircond menjadi lebih senyap dan menaikkan suhu +2°C dalam dua jam setelah anda switch on sleep mode

Jangan risau dengan penggunaan elektrik kerana aircond akan tutup automatik mengikut tetapan masa yang anda tetapkan. 

Kelebihan kuasa 1.5HP, mampu memberi aliran udara nyaman secara menyeluruh dan kipas aircond yang boleh bergerak dari atas - bawah dan kiri - kanan. 

Manakala penggunaan motor jenis DC dapat menjimatkan elektrik dan memiliki jaminan 3 Star Energy iaitu kadar voltan yang sederhana 220 - 230 voltan. 

Ketahanan kipas aircond luar juga tahan lasak dan mampu terdedah dengan cuaca panas mahupun hujan. 

Diperbuat dari gegelung Green Fin dan kotak penutup tahan karat.

Aircond 2.5hp terbaik
Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF
Mitsubishi
Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF
From
RM3,354.70
Check Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF price below:
add_circle Ruangan cepat sejuk
add_circle Beroperasi secara senyap
remove_circle Harga mahal

Aircond inverter jenama Mitsubishi ini sesuai untuk digunakan pada ruangan ruang tamu yang besar kerana memiliki 2.5 HP.

Dengan 2.5 HP ini, penggunaan elektrik sebanyak 2.0 kW dan boleh dikatakan jimat elektrik.

Seperti jenama aircond inverter terbaik yang lain, aircond Mitsubishi model ini beroperasi secara senyap dengan jumlah bunyi 18dB.

Ciri lain yang terdapat pada aircond ini adalah teknologi sleep mode dan fast cooling.

Jadi, anda tidak perlu menunggu lama untuk ruangan yang menjadi sejuk.

Paling penting, memiliki rawatan anti karat tau!

Maksudnya, komponen yang terdedah dengan hakisan bahan kimia dan mudah karat dapat dilindungi.

Disebabkan mempunyai rawatan anti karat, jenama Mitsubishi model ini jangka hayatnya tahan lebih lama.

Jangan risau, aircond ini mempunyai waranti selama 7 tahun untuk bahagian compressor dan 2 tahun untuk General Part.

Aircond inverter
Panasonic CS-XU13XKH-1 (1.5HP)
Panasonic
Panasonic CS-XU13XKH-1
From
RM2,390.00
Check Panasonic CS-XU13XKH-1 (1.5HP) price below:
add_circle Ruangan cepat sejuk
add_circle Mempunyai nanoe™ X yang efektif
add_circle Dapat mengurangkan habuk
remove_circle Harga mahal

Aircond inverter jenama Panasonic mempunyai teknologi nanoe™ X dimana dapat memberi perlindungan daripada udara yang tercemar serta dapat menghilangkan bau. 

Dengan adanya teknologi ini, peralihan udara di dalam rumah menjadi lebih bersih dan berkesan untuk menghalang penyebaran korona virus.

Selain itu, aircond ini bercirikan kawalan pusat yang mudah dan anda hanya memerlukan peranti mudah alih yang mempunyai aplikasi Comfort Cloud.

Maksudnya, anda boleh mengawal semua ciri penyaman udara dari jauh, memantau penggunaan tenaga secara komprehensif serta mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.

Menariknya lagi, teknologi Eco mode dengan kawalan A.I memberikan penjimatan tenaga sehingga 20%.

Manakala, teknologi iAUTO-X pula memberikan 25% penyejukan pantas dengan penggunaan Panasonic Thermal Enhancement Technology (P-TECh).

Teknologi ini membolehkan compressor mencapai frekuensi dengan pantas daripada permulaan sekaligus memberikan penyejukan serta merta walaupun hari yang panas terik.

Aircond split unit
Beko Air Conditioner (1.0HP) R32 Non-Inverter BLFOM 090
Beko
Beko Air Conditioner (1.0HP) R32 Non-Inverter BLFOM 090
From
RM1,099.00
Check Beko Air Conditioner (1.0HP) R32 Non-Inverter BLFOM 090 price below:
add_circle Mempunyai mod senyap
add_circle Penjimatan tenaga 3 bintang
add_circle Penapis berketumpatan tinggi
remove_circle Compressor sedikit besar

Beko Air Conditioner (1.0HP) R32 Non-Inverter BLFOM 090 mempunyai ciri-ciri canggih menghasilkan persekitaran dalaman yang nyaman dan segar.

Dengan penarafan penjimatan tenaga sebanyak 3 bintang, penyejuk udara Beko ini memberikan penyejukan yang cekap tanpa mengurangkan prestasinya, membantu anda menjimatkan kos tenaga sambil mengurangkan jejak karbon.

Dilengkapi dengan teknologi Zone Follow, penyejuk udara ini memastikan kawalan suhu yang tepat di ruangan rumah anda.

Selain itu, Filter Actifour memastikan pembersihan udara yang lebih baik dengan memerangkap habuk, alergen, dan zarah terbang lain untuk kualiti udara dalaman yang lebih bersih dan lebih sihat.

Dikuasakan oleh refrigeran R32 yang mesra alam, penyejuk udara ini lebih mesra alam dan bersih untuk digunakan secara harian.

Paparan tersembunyi pula menambah sentuhan moden ke ruangan rumah anda dan mengekalkan dekorasi estetika serta minimalis.

Aircond non inverter terbaik
Topaire Air Conditioner R32 (Non-Inverter Aircond)
Topaire
Topaire Air Conditioner R32 (Non-Inverter Aircond)
From
RM1,025.00
Check Topaire Air Conditioner R32 (Non-Inverter Aircond) price below:
add_circle Mempunyai kawalan sensor
add_circle Warranty 12 bulan
add_circle Penapis negatif ion yang berkesan
remove_circle Jenama kurang terkenal

Aircond jenama Topaire Air ini mempunyai penapis ion negatif yang cekap, mampu melepaskan lebih 2,000 ion negatif setiap sentimeter padu setiap saat untuk menarik dan meneutralkan ion positif.

Ini secara berkesan memerangkap habuk, menjadikan mikroorganisma seperti bakteria tidak aktif, menghilangkan asap berbau, dan mencegah pertumbuhan kulat.

Secara tidak langsung, ia akan menghasilkan persekitaran yang lebih bersih dan nyaman.

Sementara itu, fin alumunium emas hidrofilik yang tahan lama meningkatkan jangka hayat dan kebolehpercayaan aircond ini, menawarkan rintangan yang lebih baik terhadap pengoksidaan dan penghakisan berbanding fin standard.

Tambahan pula, kotak kawalan elektronik yang tahan api dengan bahan ABS dan penarafan tahan api 5 VA memastikan komponen elektrik terhindar daripada bahaya kebakaran.

Aircond 1.5hp terbaik
Daikin 1.0HP-2.5HP R32 Air Conditioner Non Inverter FTV-PB Series Gin ion
Daikin
Daikin 1.0HP-2.5HP R32 Air Conditioner Non Inverter FTV-PB Series Gin ion
From
RM1,135.00
Check Daikin 1.0HP-2.5HP R32 Air Conditioner Non Inverter FTV-PB Series Gin ion price below:
add_circle Boleh sambung ke WiFi
add_circle Mempunyai turbo mode
add_circle Pengoperasian yang senyap
remove_circle Jenis non-inverter

Penyejuk udara Daikin jenis non-inverter ini dikuasakan dengan refrigeran R32, menghasilkan udara sejuk yang kuat sambil meminimumkan kesan terhadap alam sekitar.

Anda boleh nikmati pengoperasian yang lebih senyap dengan teknologi penurunan bunyi yang terbaik, membolehkan anda tidur dalam keadaan yang lebih aman.

Aktifkan mod kuasa untuk penyejukan yang lebih cepat pada hari yang panas, atau gunakan mod turbo untuk prestasi penyejukan maksimum. 

Reka bentuk motor kipas yang dinaiktaraf memastikan aliran udara yang berkesan, menggalakkan penyejukan yang konsisten dan berkesan di seluruh ruangan rumah anda.

Selain itu, fungsi mod tidur boleh menyesuaikan tetapan suhu secara automatik untuk memastikan keselesaan optimum pada waktu malam. 

Tambahan pula, nikmati ketenangan fikiran dengan jaminan 1 tahun untuk general warranty dan 5 tahun untuk kompresor.

Ac yang murah dan bagus
Hisense R32 Inverter Auto Clean Standard Air Conditioner AN09 AN12
Hisense
Hisense R32 Inverter Auto Clean Standard Air Conditioner AN09 AN12
From
RM1,299.00
Check Hisense R32 Inverter Auto Clean Standard Air Conditioner AN09 AN12 price below:
add_circle Pembersihan automatik
add_circle Mempunyai mod senyap
add_circle Jimat tenaga
remove_circle Berbeza harga untuk installation

Aircond jenama Hisense berkebolehan untuk operasi yang sangat senyap dengan tahap bunyi serendah 19 dB, memastikan gangguan minima kepada persekitaran anda. 

Ia juga mempunyai kawalan suhu yang tepat dengan ketepatan 0.5°C, menyediakan keselesaan optimum sepanjang hari.

Paparan LED pada panel hadapan pula membolehkan pemantauan dan penyesuaian tetapan dengan mudah.

Aircond ini turut boleh disambungkan ke WiFi rumah anda, membolehkan ia dikawal dari jauh dan mudah.

Panel yang boleh dikeluarkan dan dicuci, bersama dengan penapis PP yang boleh dicuci, memastikan penyelenggaraan yang mudah dan prestasi yang tahan lama.

Sementara itu, timer 24 jam, kawalan kipas dalaman dengan tiga kelajuan, dan alur auto swing secara vertikal membolehkan anda menyesuaikan penyejukan mengikut kehendak anda. 

Mod operasi tidur pula memastikan keadaan tidur yang selesa sepanjang malam, manakala fungsi pintar dan super menyediakan kemudahan dan kecekapan tambahan.

Aircond jimat elektrik
Midea R32 Air conditioner Ionizer Xtreme Dura
Midea
Midea R32 Air conditioner Ionizer Xtreme Dura
From
RM967.00
Check Midea R32 Air conditioner Ionizer Xtreme Dura price below:
add_circle Sistem pembersihan sendiri
add_circle Boleh disambung pada WiFi
add_circle Mempunyai perlindungan hakisan
remove_circle Tidak sesuai untuk ruangan besar

Midea R32 Air conditioner Ionizer Xtreme Dura dikuasakan oleh refrigeran R32, serta mempunyai Super Ionizer dan Dual Purification System bagi memastikan udara bersih dan segar.

Selain itu, ia mempunyai fungsi Super Cool dan Turbo Mode, memberikan pengudaraan sejuk yang pantas semasa cuaca panas.

Penarafan penjimatan tenaga 3 bintang dan Teknologi ThermoStatic memastikan operasi yang cekap, membantu anda menjimatkan kos tenaga.

Dilengkapi dengan penapis kepadatan tinggi, penapis katalis sejuk, dan ciri pembersihan sendiri, penyejuk udara ini menggalakkan persekitaran udara yang lebih bersih dan penyelenggaraan bebas masalah. 

Tambahan lagi, turut mempunyai pengesanan kebocoran refrigeran dan gold fin yang meningkatkan ketahanan aircond ini.

Paling bagus, aircond ini mempunyai warranty selama 2 tahun, dan jaminan 5 tahun pada kompresor.


Ada Berapa Jenis Aircond?

Kenali beberapa jenis aircond secara ringkas:

Ductless Mini-Split Aircond - Model yang biasa terdapat di Malaysia tidak kira untuk kegunaan kediaman, pejabat atau pusat perniagaan. 

Lengkap dengan dua unit bahagian luar iaitu compressor dan condesor yang dipasang melalui tiub blower pada aircond di dalam rumah. 

Window Aircond - Banyak dilihat di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. 

Aircond yang kompak terus dipasang pada tingkap rumah. Sesuai untuk ruang bilik yang kecil dan mudah dicuci. 

Portable Aircond - Aircond yang boleh dialihkan pada mana-mana sahaja. Rekaan aircond ni biasanya lengkap dengan kaki beroda, ringan dan mempunyai pilihan samada single hose atau dual hose


Tips Beli Aircond

Terdapat enam perkara yang perlu anda ambil kira samada sebelum melakukan pembelian atau selepas memasangnya. Anda perlu tahu tentang:

  • Fungsi aircond yang terkini seperti mempunyai sleep mode, quite mode atau turbo mode.
  • Pilih aircond yang tersedia dengan sistem jimat elektrik dan gas. 
  • Pastikan aircond yang dibeli mempunyai jaminan untuk motor (luar) dan unit (dalam) sekurang-kurang 2 tahun hingga 5 tahun.
  • Tukar penapis udara dengan kerap, sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan untuk kebersihan udara.
  • Pastikan anda melakukan penyelenggaraan penghawa dingin setiap tahun bagi mengelakkan masalah besar yang akan melebihi bajet anda.
  • Lakukan ukuran dan pengubahsuaian bilik jika perlu untuk pemasangan aircond.  
  • Beli penghawa dingin mengikut kemampuan bajet.

Untuk butiran terperinci, jom lihat video berikut.


Aircond Inverter atau Non-Inverter 

Kenali dahulu perbezaan antara inverter dan non-inverter:

  • Aircond inverter 

Berupaya mengatur kelajuan motor agar dapat mengedarkan udara dengan sekata.

Setelah ruangan yang diletakkan aircond ini menjadi sejuk, secara automatiknya penghawa dingin inverter ini akan memperlahankan kelajuan motor bagi menjimatkan tenaga.

  • Aircond non-inverter

Berfungsi kepada kelajuan penuh atau berhenti serta-merta. 

Motor aircond ini akan berjalan pada tahap kelajuan paling tinggi dan kemudian berhenti setelah ruangan menjadi sejuk. 

Sistem operasinya lebih bising dan ini akan menyebabkan penggunaan elektrik yang ekstra.

Jadi, kesimpulannya aircond inverter dijual dengan harga yang agak mahal kerana mempunyai sistem penjimatan elektrik berbanding aircond non-inverter

Untuk dapatkan butiran lebih terperinci, jom dengarkan penjelasan dari video berikut.

Bagaimanapun, anda boleh mendapatkan aircond inverter yang murah dengan memilih saiz horse power yang rendah antara 1.0hp atau 1.5hp. 

Ataupun, pilih aircond non-inverter yang bercirikan Energy Saving dan dilengkapi operasi senyap.

Senang kata, anda perlu rajin lihat spesifikasi sesebuah aircond dan pastikan setiap pembelian kena dengan bajet anda. Barulah jadi pengguna yang bijak! 


Apa Beza Aircond 1hp & 1.5hp?

Apa itu HP yang tertera pada spesifkasi aircond anda? HP bermaksud horsepower atau dalam Bahasa Malayu, kuasa kuda. 

Jadi nak pilih 1hp atau 1.5hp bergantung kepada saiz atau ruang yang ingin anda pasang aircond tersebut. 

Aircond saiz 1hp sudah cukup untuk ruang seperti bilik tidur atau ruang tamu dan sebagainya. 

Manakala aircond 1.5hp sesuai untuk saiz keluasan seperti dewan kecil, bilik darjah atau surau. 

1.0 HP - 18 to 22 sq. m
1.5 HP - 23 to 27 sq. m


Tip Jimat Aircond Yang Mudah

Aircond merupakan antara perkakas rumah yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.

Ada cara nak jimatkan elektrik walaupun menggunakan aircond. Jom cuba cara berikut:

  1. Pilih aircond yang mempunyai label Energy Saving. 
  2. Sentiasa pantau keadaan aircond untuk servis, supaya dapat melihat jika ada sebarang risiko kerosakan.
  3. Selidik dahulu saiz horsepower yang sesuai dengan ruang, kapasiti orang dan jenis aircond.
  4. Bijak menggunakan suhu aircond dengan memastikan set tetapan sleep mode pada aircond. Sebaiknya tetapkan suhu 25°C - 26°C untuk waktu tidur dengan layangan kipas separuh. 
  5. Sentiasa pilih mode cool atau dry untuk jimat elektrik kerana lebih efisien. Kipas akan berpusing lebih perlahan sekaligus kompresor juga akan kurang bekerja. Ada yang berpendapat anda boleh jimat 30% bil elektrik. 

Selain cara di atas, anda juga boleh gunakan tip dari video berikut.


Artikel Berkaitan

End of Article