Kewujudan cerek sememangnya sangat memudahkan kita dan para suri rumah. Cerek salah satu kelengkapan dapur yang wajib ada di rumah dan juga sering diperlukan di pejabat. Ia dapat menjimatkan masa anda dan juga membolehkan anda menikmati minuman panas dengan cepat.
Jika ingin memilih cerek pastikan ianya tahan karat dan mudah untuk dibersihkan. Berikut beberapa jenis cerek dari yang klasik hingga ke moden yang boleh anda pilih.
Reka bentuk cerek yang ringkas dan menarik ini sangat sempurna untuk melengkapi kelengkapan dapur anda. Cerek ini mempunyai 3 sensor yang boleh diselaraskan iaitu untuk didih, wap dan didih yang tidak terlalu panas. Ianya memiliki teknologi PTC iaitu pemanasan yang lebih lama tanpa perlu memanaskan berulang kali.
Bukan sahaja mudah untuk dikendalikan ia juga mudah untuk dibersihkan. Philips semestinya jenama yang sangat dipercayai.
Para penggemar gaya yang retro dan nampak klasik pasti menyukai cerek ini. Sentuhan kemas rekaan morphy ricards memberikan sentuhan yang licin dan bersinar. Cerek ini bersaiz sederhana kecil dan mampu mendidih air dengan lebih cepat kerana menggunakan elemen 3kW.
Tambah pula dengan penapis di dalamnya memastikan agar anda mendapat air yang bebas daripada serdak yang terhasil. Para suri rumah yang mementingkan gaya pasti menyukainya.
Electrolux jenama yang sering dipercayai dengan kehebatan setiap kelengkapan yang dikeluarkan. Kali ini cerek yang dikeluarkan bersaiz 1.7 liter. Manakala, elemen pemanasnya diperbuat daripada keluli tahan karat untuk memastikan pendidihan yang cepat dan agar ia mudah dibersihkan.
Ianya turut hadir dengan sistem anti titisan dan penapis yang boleh ditanggalkan untuk membuang serdak yang terhasil. Cerek tanpa wayar ini sangat menjimatkan ruang dapur anda dan menampakkan lebih kemas.
Sama ada anda tinggal bersama keluarga ataupun seorang, cerek ini cukup ideal untuk menikmati minuman panas di rumah. Ia mendidih dalam hanya beberapa minit dan mempunyai penunjuk sekiranya air telah di didihkan.
Elemen yang digunakan mampu memanaskan air secara menyeluruh dan mempunyai penunjuk untuk kuantiti air yang berada di dalam cerek tersebut. Cerek ini juga mengutamakan keselamatan anda kerana ia akan mati secara automatik apabila air habis di dalam cerek tersebut.
Kini anda bukan sahaja dapat menikmati minuman panas kesukaan anda tetapi anda juga dapat menjimatkan masa dan tanpa perlu menunggu terlalu lama. Ianya cerek yang bersaiz 1.7 liter dan diperbuat daripada keluli tahan karat. Bukan hanya itu, malah ia juga direka menggunakan termostat yang berkualiti tinggi untuk memanaskan air. Gaya dan reka bentuk cerek ini juga agak menarik.
Anda tidak perlu risau lagi untuk membuka penutup cerek bagi memastikan kuantiti air mencukupi untuk dipanaskan, kerana dengan cerek ini anda hanya perlu melihat penunjuk paras air dari arah luar sahaja.
Jika anda inginkan cerek yang ringkas dan untuk mendidihkan air yang lebih banyak, Cornell memiliki ciri tersebut. Ia mempunyai kapasiti sebesar 4.7 liter. Cerek yang sangat mudah untuk dikendalikan dan mempunyai ciri termostat potongan automatik, di mana anda tidak perlu bimbang tentang air terlalu mendidih atau air kering.
Cornell menyediakan cara yang lebih mudah untuk anda mendapatkan air panas.
Jika memiliki cerek yang canggih menyusahkan anda, cerek yang perlu dipanaskan di atas dapur juga masih ada. Cerek yang diperbuat daripada keluli tahan karat ini cukup untuk memanaskan air dalam kuantiti yang agak banyak.
Cerek tahan lama ini datang dalam saiz 4, 5 dan 6 liter. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu letak di atas dapur dan tunggu sehingga air dididihkan.
Mungkin anda sudah jatuh cinta dengan cerek yang bewarna merah ini, ia mempunyai reka bentuk yang agak unik dan menarik. Pemegang yang mencengkam membuatkan ianya lebih selesa dan stabil ketika anda sedang menuang air panas ke dalam cawan minuman anda.
Berciri menarik dan memiliki muncung jenis tekan untuk memudahkan anda menuang air ke dalam cawan tanpa menitis. Jenama Kitchenaid sering digilai ramai untuk setiap rekaan yang dikeluarkan.
Cerek jenama Faber ini direka oleh Itali dan menggunakan kaca borosilikit yang berkualiti tinggi agar tahan lama dan tidak mudah retak. Anda juga tidak perlu risau untuk cara pembersihannya kerana ia mudah dibersihkan dan menggunakan elemen pemanas yang diperbuat daripada keluli tahan karat.
Hanya perlu menekan satu butang untuk membuka penutupnya dan suisnya akan mati secara automatik apabila air selesai dididihkan. Memiliki cerek jenis kaca juga akan memberikan dapur anda kelihatan lebih moden.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!