Apakah fungsi kebau toner baik untuk kulit kering?
Toner merupakan langkah kedua selepas mencuci wajah. Ia dapat mengembalikan kelembapan kulit dengan mengimbangkan pH kulit wajah untuk memudahkan kulit anda menyerap serum dan krim yang akan dipakai selepas itu.
Kenalpasti jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum menggunakan toner kerana ianya penting untuk mengelakkan kulit anda sama ada tambah berminyak atau kering. Ingin tahu info lebih lanjut tentang produk toner bersesuaian untuk anda yang berkulit kering? Ikuti list dibawah;
Jenama terkenal di pasaran Korea, produk ini dapat menjadikan kulit lebih sihat dan bersih setelah beberapa hari memakainya. Jika kulit anda jenis kering dan cepat mengelupas, produk ini tidak akan membahayakan kulit wajah kerana ia bertindak dengan lembut pada kulit.
Exfoliating toner biasanya akan menyebabkan kulit menjadi sensitif terhadap sinar matahari dan menyebabkan kulit menjadi kering. Jadi ia seeloknya dipakai pada waktu malam, diikuti dengan hydrating toner dan sunblock pada waktu siang.
Bagi pemilik kulit kering, toner ini seeloknya dipakai seminggu sekali sahaja bagi membuang sel kulit mati dan menyerikan semula wajah kusam.
Daripada kulit berminyak sehinggalah kulit kering dan berjerawat, produk ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi. Dermato Clean Balancing Toner ini membersihkan sisa kotoran yang masih melekat di kulit wajah serta menutup liang pori yang terbuka.
Untuk wanita berkulit kering, usah risau. Produk ini akan menghalang kulit anda dari bertambah kering serta mengekalkan kelembapan. Yang penting, bebas alkohol.
Diterbangkan khas dari Korea, toner Mamonde yang mengandungi 90.97% air bunga mawar yang dapat membuatkan kulit wajah kekal terhidrat setiap kali anda memakainya.
Ianya membuang sisa kotoran dan sel-sel kulit mati serta meninggalkan lapisan kulit baru yang lebih sihat. Diekstrak daripada bunga mawar Damask, anda akan dapat melihat kesan kulit wajah anda menjadi lebih ‘glowing’ selepas beberapa jam.
Toner ini mengembalikan kelembapan dan mengimbangkan pH kulit anda serta menghalang kulit menjadi iritasi. Toner yang mengandungi bahan semulajadi ini dapat menyerap ke dalam kulit dan kekal terhidrat sepanjang masa.
Peringatan : untuk anda yang berkulit kering, gunakan 2-3 kali seminggu sahaja untuk melegakan ketegangan kulit serta mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di kulit wajah. Sapukan toner ini di zon-T wajah anda dan tepukkan kulit dengan lembut.
Kebaikan toner ini adalah menghalang anti-penuaan serta mengembalikan keremajaan kulit wajah anda dengan kesan yang serta-merta.
Bahan terkandung dalam toner ini, Sesaflash dapat mengekalkan kelembapan dan menaikkan seri kulit wajah anda. Tiada lagi kedutan kecil di kulit wajah dan anda akan tampil setanding dengan kulit remaja. Toner ini baik untuk membaiki sel-sel kulit wajah sebelum mendapatkan rawatan lebih lanjut.
Alcohol-free toner yang boleh didapati di Watsons dan Guardian ini membersihkan kulit wajah tanpa menyebabkan kulit menjadi lebih kekeringan.
Ianya sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali kulit kering.Toner ini juga bebas minyak dan non-comedogenic serta hypoallergenic.
Exfoliating toner atau acid toner ini mengandungi 5% glyconic acid, lidah buaya dan pH4 yang dapat mengimbangkan pH kulit anda serta bebas alkohol. Selain mencerahkan kulit anda dengan proses pengelupasan (exfoliating), ianya juga akan membuatkan anda tampil lebih segar dan bermaya dengan lapisan kulit yang baru.
Diperkaya dengan minyak semulajadi, aloe vera, ginseng dan ekstrak buah-buahan, toner ini dapat melindungi kulit anda daripada sisa kotoran solekan.