Teknologi

Simpan Data Penting dengan 7 External Hard Disk di bawah RM200

External HDD penting untuk yang memiliki laptop. Ini senarai jenama external hard disk drive terbaik seperti Toshiba & WD yang murah, semua di bawah RM200.


Editor · Updated 3 Mar 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Simpan Data Penting dengan 7 External Hard Disk di bawah RM200

Anda mesti risau sekiranya data penting hilang begitu sahaja, disebabkan itulah wujudnya external hard disk ini untuk menyelamatkan anda. Tidak kira apa jua data sama ada dari segi video, gambar ataupun dokumen kerja boleh di simpan di dalamnya. Ia juga digunakan untuk mengurangkan beban pada komputer riba anda agar tidak menjadi terlalu berat dan lambat.

Sekiranya anda ingin membeli hard disk pastikan ianya berkapasiti yang besar dan cukup untuk data yang ingin disimpan. Jom lihat beberapa hard disk yang mungkin sesuai untuk kegunaan anda.

Kandungan
External hard disk dengan lampu LED
External hard disk dengan lampu LED 1 daripada 7
Adata HV620S 2.5" 1TB USB 3.1 External HDD
Partnership with
Dari RM169.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

HV620 memiliki penampilan licin dan bersinar iaitu rupa yang lebih elegan bagi penggayaan yang lebih professional. Bukan hanya itu ia juga sangat ringan dan juga nipis untuk dimuatkan ke dalam poket seluar anda.

Hard disk ini boleh didapati dalam kapasiti sehingga 4TB untuk memastikan anda mendapat ruang yang secukupnya untuk penyimpanan data. Yang paling penting ia turut direka dengan led petunjuk bagi membolehkan anda mengetahui apabila data sedang dibaca atau dipindahkan.

External hard disk tahan lama terbaik
External hard disk tahan lama terbaik 2 daripada 7
Transcend StoreJet 25H3 Portable External Hard Drive
Partnership with Transcend
Dari RM639
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Sistem perlindungan kejutan 3 peringkat
Dilengkapi butang Auto-Backup
Rekaan luar kurang menarik
2 lagi
2 pilihan warna, biru & ungu
Tempoh waranti 3 tahun

Transcend Storejet adalah hard disk yang bergaya dan yang paling penting dapat menyimpan data dan melakukan pemindahan. Ianya hadir dalam kapasiti besar 1TB, yang sesuai untuk hampir semua keperluan penyimpanan lagu, video ataupun gambar.

Hard disk external ini juga direka dengan pelindungan yang cukup hebat iaitu sistem pelindungan 3 peringkat, dimana lapisan paling luar diperbuat dari getah untuk anti kejutan dan lapisan dalaman daripada aluminium. Ianya terbaik dari segi sistem pengurusan kerana dapat membantu anda menjaga data dengan teratur dan mencari fail dengan cepat.

Hard disk terbaik untuk PS4
Hard disk terbaik untuk PS4 3 daripada 7
Seagate 1TB Expansion USB3.0 Portable External HDD
Partnership with
Dari RM195
Lihat harga di Shopee Malaysia

Hard drive Seagate 1TB mempunyai USB 3.0 yang berkelajuan tinggi.  Malah ia juga hard disk yang sangat sesuai bagi penggemar permainan PS4 kerana ia mampu menyimpan sehingga 30 permainan. Saiznya yang kecil memudahkan anda membawanya kemana sahaja dan ia juga memudahkan anda untuk bertukar data permainan bersama rakan anda kerana ia memiliki ruangan penyimpan yang sangat besar.  

Ia juga hard disk yang menjadi kegemaran para pemain PS4 dan direka khusus untuk PS4, PS4 Slim dan PS4 Pro.

Hard disk external 1TB terbaik
Hard disk external 1TB terbaik 4 daripada 7
Toshiba Canvio Ready 1TB USB 3.0 External HDD
Partnership with
Dari RM119.75
Lihat harga di Shopee Malaysia

Toshiba memberikan kepuasan untuk menyimpan data yang lebih banyak. Ianya sangat mudah untuk dikendalikan dengan hanya memasang dan anda boleh terus memindah data yang diperlukan. Reka bentuknya jenis matte berkilat, berwarna hitam, kecil dan padat memudahkan untuk anda membawanya ke mana sahaja apabila diperlukan. Canvio dibina untuk piawaian kualiti bertaraf dunia, yang memberikan kepercayaan untuk menyimpan data dan dilengkapi dengan waranti 1 tahun.

External hard disk terbaik untuk XBOX 360
External hard disk terbaik untuk XBOX 360 5 daripada 7
New 250G 250GB HDD Xbox360 Hard Drive
Partnership with
Dari RM102.67
Lihat harga di Shopee Malaysia

Hard drive ini direka khas untuk XBOX 360. Ia mempunyai ruang penyimpanan sehingga 250GB, iaitu mampu menyimpan permainan kegemaran anda ,muzik, video dan gambar dalam satu ruangan. Fungsi plag dan main pada hard drive ini membolehkan anda mula bermain dengan hanya dalam masa beberapa saat.

Kini anda boleh bermain permainan kegemaran anda dimana sahaja kerana ia bersaiz padat dan mudah dibawa. Hard drive ini serasi untuk konsol XBOX 360 dan XBOX 360 Slim.

Placeholder image for products without images
External hard disk terbaik untuk Mac 6 daripada 7
Western Digital Elements 1TB Portable External HDD
Partnership with
Dari RM158.89
Lihat harga di Shopee Malaysia

Hard disk ini mempunyai USB 3.0 yang berkelajuan tinggi untuk memberikan ruangan lebih bagi komputer anda. Jika anda gemar untuk menyimpan video, gambar, ataupun lagu ia adalah hard disk yang sesuai kerana mempunyai kapasiti penyimpanan 1TB. Kualitinya juga dijamin luar dan dalam untuk memastikan setiap data anda disimpan dengan rapi dan selamat. Hard disk ini sesuai bukan sahaja untuk kegunaan Mac, tetapi juga Windows 8, 7 dan juga Vista.

Hard disk anti shock terbaik
Hard disk anti shock terbaik 7 daripada 7
Apacer AC630 1TB Shockproof Portable HDD
Partnership with
Dari RM200
Lihat harga di Shopee Malaysia

Reka bentuknya direka khas untuk tidak mudah calar dan mempunyai lapisan luar yang diperbuat daripada getah bagi membantumengurangkan kejutan apabila terjatuh walaupun dari ketinggian 1.22 meter atau terkena impak.

Apacer mampu memproses video ataupun fail lagu dengan pantas kerana memiliki kelajuan sehingga 5gbps, dan juga menyimpan datadengan sangat teratur kerana mampu menulis dan membaca data dengan kelajuan sehingga 104mb/s. External hard disk ini mempunyai kapasiti 1TB dan kabel USB 3.0 yang telah tersedia. Warnanya juga menarik dan merupakan hard disk yang kalis habuk.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation