Pemakanan yang baik dan seimbang penting untuk tumbesaran anak kecil.
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk 6 bulan pertama sejak bayi baru lahir.
Bagi sesetengah ibu, kadangkala mereka tidak dapat menghasilkan susu yang banyak untuk memenuhi keperluan anak yang sentiasa lapar.
Para ibu yang bekerjaya juga pasti kesuntukan masa untuk memerah susu.
Apabila ini berlaku, susu formula bayi boleh membantu tidak kira susu budak mahal atau yang murah.
Susu kanak-kanak turut mengandungi sehingga 40% DHA yang berfungsi untuk perkembangan minda si manja.
Tambahan pula, susu yang telah dibancuh juga boleh bertahan selama 3 jam.
Jom lihat senarai jenama susu formula terbaik di bawah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
14 Senarai Susu Formula Terbaik Di Malaysia
Sebab menjadi pilihan:
Susu formula terbaik tanpa laktosa, jadi selamat untuk bayi yang ada masalah perut sensitif, alahan makanan, kolik atau alahan terhadap protein.
Ciri-ciri:
Susu Similac Lactose Free merupakan susu berasaskan lembu dan dikhaskan untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan.
Malah susu ini sesuai untuk si comel yang mengalami masalah intoleransi laktosa kerana susu ini bebas laktosa.
Selain itu, susu ini diformulasi dengan kandungan DHA & AA yang bagus untuk tumbesaran mereka.
Terdapat juga Linoleic & Linolenic Acid, Lutein dan Nucleotide yang cukup untuk badan dan otak si kecil yang nak membesar.
Review:
“Formula terbaik untuk bayi saya yang dicadangkan oleh pakar pemakanan. Dia berhenti cirit-birit selepas mengambil formula ini. Dia bayi yang sihat sekarang.”
Bayi diperingkat usia 0-6 bulan seringkali terdedah kepada risiko penyakit.
Frisolac Step 1 mampu untuk menambah nutrisi dalam badan si kecil dengan rumusan Prebiotik GOS dan Lactobacillus Casei untuk menguatkan sistem imunisasi si kecil.
Risiko diserang penyakit berbahaya juga akan berkurangan serta saluran pencernaan dan pernafasannya akan terjaga dengan sempurna.
Sesetengah ibu tidak boleh menghasilkan susu badan dalam kuantiti yang banyak sejurus selepas bayi dilahirkan.
Jadi ibu memerlukan susu formula yang bagus seperti susu Morinaga ini untuk menampung kekurangan nutrien harian bayi.
Diformulasikan untuk bayi yang baru lahir dengan mengandungi vitamin dan mineral yang dapat menyokong pertumbuhan bayi anda agar membesar dengan sempurna.
Dengan rasa yang kurang berbeza dengan susu badan, si kecil pasti tidak akan menolak susu formula ini.
Bagi anak yang tidak suka susu formula Dugro atau Anmum, boleh cuba dapatkan susu formula Snow Neo Kid Step 1.
Satu-satunya susu formula yang mengandungi sphingolipid, di mana ia penting untuk menyokong perkembangan otak dan pertumbuhan sihat keseluruhan anak anda.
Diperkaya dengan banyak nutrien penting seperti fosfolipid, DHA, ARA, SA & Kolin, 5 jenis nukleotida, dan oligosakarida (Galactosyllactose).
Sphingolipid membantu memberikan nutrien penting, sementara DHA, ARA, gangliosida, dan fosfolipid mendorong perkembangan otak.
Galacto-Oligosaccharides menyokong sistem pencernaan yang sihat, dan mineral dan vitamin penting memastikan kesihatan keseluruhan.
Susu formula Snow Neo Kid mempunyai rasa semula jadi yang disukai oleh kanak-kanak, tanpa gula atau perasa tambahan.
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), doktor menasihati agar ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang sentiasa memastikan bayi mereka mendapat jumlah kalori dan nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran.
Susu Pre NAN® merupakan susu formula khas untuk bayi pramatang yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu atau dilahirkan kurang daripada 2.5 kg.
Susu ini dapat dapat melengkapi keperluan untuk tumbesaran bayi sehingga 4kg.
Kandungan protein dan karbohidrat untuk tenaga serta DHA, ARA dan minyak MCT adalah suplemen yang dapat memberi kesan positif kepada si kecil.
Bagaimanapun ibu bapa dinasihatkan agar merujuk paediatrician bagi tempoh terbaik untuk berikan anak susu ini.
Dupro Soy Rumusan Khas merupakan susu berasaskan protein soya dan bebas protein susu lembu dalam bentuk tepung.
Dupro Soy Rumusan Khas sesuai digunakan oleh bayi yang mengamalkan pemakanan bebas laktosa atau bebas susu lembu.
Dalam pada masa yang sama, susu ini sesuai untuk bayi yang mengalami masalah ekzema.
Ini kerana bahan utama adalah soya dan terdapat kadar nutrisi dan diet yang sesuai.
Selain itu, susu ini mengandungi 5 nutri iaitu DHA, ALA, LA, Kalsium, FOS, 14 vitamin & mineral yang penting untuk tumbesaran optimum si manja.
AptaGRO 3 mengandungi nutrisi yang penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada usia 1 hingga 3 tahun.
Susu formula AptaGro™ di formulasi daripada gabungan ActiveDuoBio+™ dan nutrien penting menyokong tumbesaran badan bayi serta menggalakkan perkembangan otak si manja.
AptaGro™ with ActiveDuoBio+™ mengandungi prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dan probiotik B.breve M-16V untuk menambahkan kumpulan bakteria baik dalam badan bayi.
Kandungan DHA di dalam susu Aptagro ini juga amat tinggi dan mencapai tahap kuantiti yang disyorkan oleh badan kesihatan antarabangsa.
Kandungan DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan AA (Asid Arahidonik) dalam susu ini berfungsi untuk menyokong pertumbuhan otak yang optimum, membantu perkembangan kognitif dan fungsi penglihatan.
AptaGRO 3 juga dihasilkan dengan teknologi yang membantu memastikan susu formula ini mudah dihadam oleh perut dan pencernaan kanak-kanak untuk mengurangkan risiko gangguan pencernaan.
Susu premium S26 SMA Gold Step 1 ini mengandungi alpha-lactalbumin yang diperkaya dengan protein Whey dari lembu yang baik untuk tumbesaran bayi.
Diformulasi dengan pelbagai nutrisi tambahan yang berkhasiat seperti AA dan DHA.
Khasiat ini sangat diperlukan untuk perkembangan otak serta lutein dan choline untuk tumbesaran bayi.
Walaupun harganya sedikit mahal tapi sangat bagus untuk kesihatan dalam tempoh panjang untuk si comel.
Susu Dumex Mamex ini mengandungi campuran Oligosaccharide GOS/IcFOS yang membantu meningkatkan bifidobacterium dalam usus.
Campuran ini akan mengekalkan persekitaran yang baik pada usus bayi.
Susu rumusan bayi ini juga diformulasikan dengan protein, kalsium, zink, iodine, Vitamin A, Vitamin D dan K agar si manja dapat nutrien yang cukup untuk tumbesarannya.
Susu ini boleh diberikan kepada bayi berusia 0-12 bulan tetapi tidak sesuai diberikan kepada bayi yang ada alahan pada susu lembu.
Turut mengandungi DHA untuk perkembangan otak dan mata bayi dan, AA pula membantu dalam pembentukan membran sel dan sistem imun bayi.
Friso Gold 3 diformulasikan untuk membantu proses tumbesaran kanak-kanak berumur 1-3 tahun.
Bukan itu sahaja, menurut review para ibu bapa, formula ini mudah dicerna sama seperti formula Friso yang lain.
Formulanya direka khas untuk mudah dilarutkan dalam suhu sederhana panas atau suam.
Jadi, mudah disediakan dan tidak perlu digoncang dengan banyak untuk melarutkannya. Ini secara tidak langsung mengelakkan daripada pembentukan gas.
Friso Gold 3 ini mengandungi nutrient penting seperti Vitamin D, Vitamin B6, Vitamin E & C, GOS, ZInc dan DHA.
Semua ini bukan sahaja membantu proses tumbesaran, malahan menguatkan lagi ketahanan badan.
Selain daripada mudah untuk dicerna, formula ini juga dikatakan mempunyai rasa yang lazat dan mudah untuk diterima oleh kanak-kanak.
Rumusan susu bayi ini mengandungi nutrien bagus untuk si bayi, antaranya:
- Asid Lemak Perlu (EFA: Omega-3 dan Omega-6).
- DHA (Asid Dokosaheksanoik).
- Gangliosida dan SA (Asid Sialik)
Untuk pengetahuan anda, SA merupakan komponen paling penting untuk tisu otak.
Manakala Bifidobacterium lactis (DR10) dapat membantu meningkatkan mikroflora usus dan membantu mengurangkan kejadian cirit birit.
Rumusan susu ini juga mengandungi vitamin serta mineral yang diperlukan oleh bayi anda untuk tumbesaran dan perkembangan.
Antaranya Nukleotida, Kalsium, Zink, Vitamin A,C, D3, Zat Besi and Iodin.
Susu Enfalac A+ Step 1 direka khas untuk bayi baru lahir sehingga usia 12 bulan kerana mengandungi MFGM dan DHA+ARA yang bagus untuk tumbesaran mereka.
MFGM adalah sumber semula jadi fosfolipid dan sphingomyelin yang banyak terdapat di otak.
Turut mengandungi sumber protein untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Terdapat juga bahan-bahan lain seperti prebiotik GOS, kalsium, Vitamin D dan zat besi.
Antara manfaat bahan-bahan ini termasuk memperkuat sistem pencernaan bayi, menguatkan tulang dan gigi, membantu pembentukan sel darah merah dan banyak lagi.
Jangan risau, bayi anda tidak akan menghadapi masalah selepas minum susu ini dan akan aktif seperti bayi lain.
Adakah anak-anak anda susah makan atau cerewet dalam bab makan? Beli je susu ASCENDA ini.
Dengan formula pemakanan, susu ini membantu kanak-kanak membesar dengan sihat.
Dirumus secara saintifik untuk menyokong ketinggian, penambahan berat badan, tinggi protein, tanpa sukrosa dan formula padat tenaga 1kcal/1ml.
Susu formula ini mengandungi Sphingomyelin (komponen penting dalam struktur otak) dan DHA (terdapat banyak di otak dan mata).
Selain itu, turut mengandungi nutrien utama seperti Kalsium, Vitamin D, Vitamin K, dan protein yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Menurut Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI), hanya dua hidangan ASCENDA sudah cukup untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berumur 1-7 tahun.
Bebelac step 2 adalah salah satu peringkat susu formula terbaik yang memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar dari 6 bulan hingga 36 bulan.
Susu ini mengandungi DHA, AA, dan insulin yang membantu menjadikan usus bayi anda sihat.
Selain itu, diperkaya dengan protein, Vitamin A, omega 3 dan zink yang sangat penting untuk
kulit, mata, dan pertumbuhan keseluruhan bayi anda.
Ibu bapa boleh mencampurkan susu tepung dengan makanan pelengkap berkhasiat seperti bijirin bayi, bubur, dan buah-buahan.
Tambahan pula, anak anda tidak akan sembelit dan berat mereka tidak akan naik mendadak.
Walau bagaimanapun, jika risaukan kesihatan bayi anda, dapatkan nasihat daripada doktor.
Kenapa Tukar Susu Formula Terbaik Untuk Bayi?
Salah satu keperluan penting bayi ialah susu formula yang berkualiti tinggi dan ada kalanya anda perlu menukar ke jenama lain.
Berikut adalah beberapa sebab-sebab perlu menukar susu formula;
-
Meningkatkan penyerapan nutrien
Setiap jenama susu formula mengandungi kombinasi nutrien yang berbeza.
Jadi, ibu ayah perlu tahu keperluan nutrien yang diperlukan si comel sama ada untuk meningkatkan penghadaman, menambah berat badan bayi, dan lain-lain.
-
Alergi
Sesetengah bayi mungkin mengalami alergi atau sensitif terhadap bahan-bahan tertentu dalam susu formula.
Sebagai contoh, alahan protein susu, laktosa, casein, dan susu lembu.
Kadang-kadang, alahan ini boleh menyebabkan gatal dan bintik-bintik merah.
-
Pertumbuhan bayi
Keperluan pemakanan bayi akan berubah mengikut peringkat usia dan pertumbuhan.
Jadi, anda perlu menukar kepada jenama susu formula yang sesuai dengan peringkat umur dan berat badan bayi.
-
Kesihatan
Jika bayi anda mengalami muntah, cirit-birit, sembelit, menangis tanpa henti, sakit perut atau kembung perut, itu mungkin tanda-tanda susu formula tersebut tidak sesuai untuk keperluan si manja.
Nasihat kami, segera dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan bayi sebelum membuat sebarang perubahan besar kepada diet pemakanan bayi.
Tips Pemilihan Susu Formula Untuk Bayi Terbaik
Pemilihan susu formula yang tepat memang sangat penting.
Hal ini kerana jika ibu ayah tersilap pilih, si manja akan cirit-birit, kerap muntah dan tidak mendapat khasiat susu formula yang terbaik untuk mereka.
Jangan risau, ikuti je tips di bawah:
-
Kesesuaian umur
Ini kerana setiap jenis susu formula dirumus berdasarkan umur tertentu dan mengikut khasiatnya.
Sebagai contoh, terdapat susu formula untuk newborn, susu kambing, susu formula pramatang, langkah 2 dan lain-lain lagi.
-
Kandungan gula dalam susu formula bayi
Hadir dalam pelbagai bentuk umumnya dikenali glukosa, laktosa (gula susu), fruktosa (gula buah), dan maltodekstrin (gula malt) yang cukup tinggi.
Seperti yang diketahui oleh ibu dan ayah, usus bayi belum boleh memproses karbohidrat dan serat kompleks.
Kandungan gula susu formula dianggap selamat dan tidak berbahaya apabila dimakan oleh anak.
Namun, ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih susu formula kerana ada juga bayi yang alahan terhadap laktosa dan berisiko mengalami hipoglikemia.
-
Khasiat tambahan
Pilih susu formula yang mengandungi kandungan nutrien dan prebiotik.
Ini membantu menjaga persekitaran usus bayi yang sihat, mengurangkan risiko jangkitan dan mencegah alergi.
Asid lemak Omega 3 juga penting untuk penglihatan dan perkembangan otak bayi anda.
Jika boleh, dapatkan susu formula hypoallergenic (HA) untuk mengelakkan risiko alahan makanan.
-
Alahan
Sekiranya anak anda mempunyai alahan, berjumpa dengan pakar pediatrik untuk menentukan susu formula yang paling sesuai.
Sukatan Susu Formula Untuk Bayi 0-6 Bulan
Apabila bayi anda mencapai usia 6 bulan, anda boleh mula mengajar mereka minum dari cawan.
Tambahan pula, pastikan bagi minum susu pada masa yang tepat dan faham bila waktu bayi perlukan susu.
Berikut panduan umum mengenai sukatan susu formula untuk bayi 0-6 bulan:
Usia: 0-3 Minggu, Berat: 0-3.5kg
- 1-2 oz susu setiap 2-3 jam
- 8 ke 12 kali susuan dalam sehari
- 8-24 oz jumlah susu untuk sehari
Usia: 3 Minggu - 3 Bulan
- 3-4 oz susu setiap 3-4 jam
- 6-8 susu setiap hari
- 24-32 oz jumlah susuan dalam sehari
Usia: 3 Bulan — 6 Bulan
- 4-8 oz susu setiap 4-6 jam
- 4.6 susu setiap hari
- 24-32 oz jumlah susuan dalam sehari
Usia: 6 Bulan hingga 9 Bulan
- 6-8 oz susu setiap 4-6 jam
- 6 kali susuan dalam sehari
- 32 oz jumlah susu dalam sehari
Usia: 9 Bulan - 12 Bulan
- 7-8 oz susu setiap 4-6 jam
- 3-5 kali susuan dalam sehari
- 24 oz jumlah susuan dalam sehari
Usia: 12 Bulan ke atas
- 4 oz susu setiap 6 jam
- 4 kali susuan dalam sehari
- 16 oz jumlah susu dalam sehari