Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Amalkan Pemakanan Sihat Dengan 10 Air Fryer Berkualiti Dibawah RM200

Mengapa bayar lebih untuk diet kurang minyak - air fryer murah kan ada!

Antara kelengkapan dapur yang didambakan oleh suri rumah adalah air fryer. Terutamanya bagi mereka yang ingin mencari alternatif yang sihat kepada teknik masakan deep fry. Seperti anda ketahui, secara umumnya air fryer berada di dalam lingkungan harga yang agak mahal. Namun, masa kini anda boleh dapatkan air fryer dengan harga di bawah kemampuan dan ikut bajet. 

Berapakah harga sebuah air fryer yang bagus dan berkualiti?

Harga pasaran atas talian bagi air fryer rata-ratanya bermula dari RM100 bagi jenama murah sehinggalah mencecah RM1,000 untuk jenama premium dan terkenal. Namun, anda boleh mendapatkan air fryer yang bagus dan murah dengan fungsi asas serta kualiti yang memuaskan.

Ini bermakna, anda tidak semestinya perlu berbelanja sehingga beribu-ribu untuk memiliki air fryer - semaklah senarai air fryer murah di bawah dan mulakan shopping anda!

10 Air Fryer Murah Dibawah RM200

Air fryer untuk menggoreng keropok tanpa minyak
Kelen Munoz Air Fryer (2.0L)
Kelen Munoz
mulai
RM148.00
Semak Kelen Munoz Air Fryer (2.0L) harga dibawah:
add_circle Boleh goreng, gril, roast dan baking
add_circle Dijamin selamat untuk kesihatan
add_circle Sesuai untuk juadah 1 - 2 pax
remove_circle Tidak sesuai untuk memasak kuantiti hidangan yang banyak
remove_circle Jauhkan dari kanak-kanak

Walaupun air fryer ini berkapasiti 2.0L sahaja, rata-rata pengguna didapati berpuas hati dengan kuantiti masakan yang dapat ditampung. Ianya mampu untuk menggoreng keropok agak banyak dengan kualiti masakan yang sekata. Dengan harga tidak sampai RM150, anda tidak perlu berbelanja lebih lagi!

Ekstra: Masak Nasi Tanpa Stress dengan 6 Jenis Periuk Nasi Ini

Air fryer mini bersaiz kompak dan mudah untuk kegunaan travelling
Khind Air Fryer
Khind
mulai
RM284.13
Semak Khind Air Fryer harga dibawah:
add_circle Menggunakan sistem high speed air circulation
add_circle Menggunakan teknologi sensor sentuhan
add_circle Mempunyai 8 fungsi preset hidangan
remove_circle Sukar bersihkan bahagian jaring bakul
remove_circle Kapasiti kecil

Morgan menawarkan air fryer bersaiz kompak yang memudahkan untuk anda membawa air fryer ini semasa travelling. Beratnya hanya sekitar 4kg dengan ukuran saiz yang kecil. Ini pilihan sesuai untuk anda yang gemar melancong tapi masih ingin menjaga kalori! Nak grill pun boleh - air fryer ini disertakan dengan dengan grill stand.

Air fryer untuk kegunaan orang bujang yang menjimatkan elektrik
Meck Air Fryer MAF-1777 (2.2L)
Meck
mulai
RM149.00
Semak Meck Air Fryer MAF-1777 (2.2L) harga dibawah:

Bagi anda yang berstatus bujang, air fryer ini pasti pilihan terbaik. Dengan kapasiti 2.2L, anda masih boleh menyediakan makanan dengan minyak yang sedikit hanya dalam masa yang terhad. Ianya sangat menjimatkan masa dan penggunaan tenaga sebanyak 50%.

Air fryer didatangi dengan sijil keselamatan
Birkeshire Air Fryer AF-260-M (3.8L)
Birkeshire
mulai
RM171.99
Semak Birkeshire Air Fryer AF-260-M (3.8L) harga dibawah:
add_circle Jimatkan penggunaan elektrik
add_circle Selamat untuk digunakan
add_circle Hidangan dimasak secara menyeluruh

Jenama ini mempunyai sijil akreditasi dari SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga - lengkap dengan plug SIRIM. Ciri-ciri keselamatan lapisan berganda dan overheat protection membolehkan anda menggunakan fryer ini tanpa rasa risau.

Air fryer multicooker – sesuai untuk masakan gril dan bakar
Morrison Air Fryer AF30 3.8L Large
Morrison
Alami gaya hidup sihat dengan makanan berkhasiat
mulai
RM189.99
Semak Morrison Air Fryer AF30 3.8L Large harga dibawah:
add_circle Hidangan lebih rangup dan dimasak secara sekata
add_circle Tetapkan waktu memasak lebih mudah
add_circle Fungsi auto-off

Air fryer dari Morrison ini mempunyai pan yang berkapasiti 3.8L untuk memuatkan segala jenis makanan. Tidak sama seperti deep fryer konvensional yang lain, air fryer ini boleh memasak makanan sehingga rangup di luar dan lembut di dalam. Dilengkapi dengan teknologi Rapid Air yang beredar sama rata di dalam fryer ini untuk menjadikan masakan anda dimasak dengan sempurna. 

Anda boleh menetapkan waktu untuk memasak makanan selama 30 minit dengan timer dan laraskan kawalan suhu dalam fryer ini agar makanan anda masak dengan sekata.

Air fryer untuk keluarga yang berjumlah kecil
Midea Air Fryer 2.5L MAF-20B
Midea
mulai
RM195.00
Semak Midea Air Fryer 2.5L MAF-20B harga dibawah:
add_circle Lengkap dengan bekas khas untuk menggoreng
add_circle Hidangan dimasak secara sekata
add_circle Mudah ditanggalkan untuk tujuan pembersihan

Air fryer Midea ini berkapasiti 2.5L dan sesuai digunakan bagi keluarga anda dengan ahli 2-3 orang. Ia dilengkapi dengan timer untuk fungsi auto shut-off 60 minit. Untuk menggoreng pula, anda boleh menggunakan bekas khas untuk menggoreng dengan separator.

Air fryer terbaik
PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series (4.8L)
PerySmith
mulai
RM219.00
Semak PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series (4.8L) harga dibawah:
add_circle Sistem auto shut-off selepas 30 minit
add_circle Gunakan minyak kurang dari 80%
add_circle Jimat penggunaan tenaga elektrik
remove_circle Mudah calar

Jenama PerySmith ini mempunyai semua ciri-ciri terbaik dan pada harga mampu milik di bawah RM250, merupakan pelaburan yang berbaloi. Berfungsi dengan sistem pemanasan aliran udara 3D untuk masakan yang sekata, kapasiti bekas masakan masakan sehingga 3.8L. Jenama ini juga pernah memenangi Anugerah Jenama Premium Antarabangsa di Malaysia.

Air fryer untuk keluarga besar – mudah untuk jamuan makan
Giselle Digital Air Fryer (4.8L)
Giselle
mulai
RM209.99
Semak Giselle Digital Air Fryer (4.8L) harga dibawah:
add_circle Makanan kekal bernutrisi tinggi
add_circle Kapasiti besar sesuai untuk 7-8 pax
add_circle Material non-stick pan coating

Memasak untuk keluarga besar memang agak mencabar - memerlukan kuantiti yang banyak. Air fryer Giselle mempunyai solusinya. Dengan kapasiti 4.8L, air fryer ini dikatakan boleh menampung masakan untuk 7-8 orang. Apa tidaknya, anda boleh masak seekor ayam penuh pada satu-satu masa!

Air fryer ini menggunakan display digital dan mempunyai 7 program pra tetap untuk fungsi masakan yang berbeza. Sama ada masakan daging, ayam, udang dan sebagainya. Jika tidak, anda juga boleh ingin menetapkan fungsi masakan secara manual.

Air fryer jenama lokal buatan Malaysia
Khind 2.6L Air Fryer ARF26
Khind
mulai
RM185.00
Semak Khind 2.6L Air Fryer ARF26 harga dibawah:
add_circle Sistem analog, mudah dikendali
add_circle High Speed Air Circulation untuk hidangan bernutrisi
add_circle Automatik shutdown
remove_circle Kapasiti kecil, tidak sesuai untuk keluarga besar

Khind merupakan jenama tempatan yang tidak kurang hebatnya dan mendapat maklumbalas positif dari pengguna. Setaraf dengan air fryer lain di pasaran, air fryer dari Khind ini menggunakan sistem analog yang mudah digunakan. 

Anda boleh memasak menggunakan suhu maksimum sehingga 200 celcius dengan menggunakan bekas menggoreng yang boleh ditanggalkan - kerja memasak mudah, kerja mencuci pun lebih mudah.

Air fryer untuk nuget dan untuk ayam goreng
Russell Taylors Digital Air Fryer AF-26 Large (3.8L)
Russell Taylors
mulai
RM199.99
Semak Russell Taylors Digital Air Fryer AF-26 Large (3.8L) harga dibawah:
add_circle Menggoreng makanan dengan sekata
add_circle Jimatkan penggunaan elektrik
add_circle Pemegang air fryer tahan haba

Russell Taylors menawarkan air fryer berkapasiti 3.8L ini dengan mutu yang setanding dengan jenama hebat yang lain. Tidak kira jika anda ingin menggoreng ayam atau nuget ataupun kentang goreng, fryer ini boleh memberi hasil yang memuaskan dengan gorengan yang sekata.

Artikel Berkaitan

End of Article