Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Pampers Baby Terbaik Malaysia 2024 (Murah & Berkualiti)

Untuk keselesaan yang berpanjangan buat si kecil.

Expert In This Title
Expert avatar
Pencipta Kandungan Gaya Keibubapaan

Norhafiza Sallehuddin

Norhafiza Sallehuddin merupakan seorang pencipta kandungan gaya keibubapaan atau parenting style yang bergiat aktif di Instagram dan Tiktok dengan jumlah melebihi 700 ribu pengikut. Beliau banyak membantu para ibu bapa serta tenaga pengajar pra-sekolah mendapatkan idea untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak. Berpengalaman bekerjasama dengan pelbagai jenama produk kanak-kanak tempatan dan luar negara yang terkemuka, Norhafiza telah membantu ramai ibu bapa di luar sana dalam pemilihan barangan untuk anak-anak yang bermanfaat serta tips untuk setiap pembelian.
"Kos untuk pampers boleh jadi tinggi, terutamanya semasa awal kelahiran bayi sebab perlu tukar pampers secara kerap. Ini bagi mengelakkan masalah seperti melecet atau ruam pada kulit bayi. Untuk jenama pula, setiap jenama mempunyai perbezaan dari segi material dan teknologi yang digunakan. Seperti teknologi capsule super-absorbent polymers (SAP) yang mampu menyerap air tanpa membuatkan pampers terasa berat. Bagaimanapun, perkara paling penting adalah memastikan hygiene bayi terjaga agar tidak terlalu lama terdedah pada bakteria dengan menukar pampers secara kerap."

Ruam pada kulit bayi akibat pemakaian lampin pakai buang yang tidak berkualiti boleh sebabkan ketidakselesaan.

Kesannya, anak akan kerap menangis dan menjadi cranky tidak kira masa dan tempat.  

Jadi, ibu bapa wajib pilih diapers terbaik untuk perlindungan berpanjangan, barulah tak mudah bocor dan kotorkan baju serta tilam. 

Jika ada pasangan suami isteri yang baru bergelar ibu bapa yang masih buntu tentang pemilihan lampin bayi terbaik atau pampers newborn yang bagus, jangan risau! 

Ikuti sahaja senarai pampers baby atau baby pampers berkualiti tinggi yang kami kongsikan ini, dan ada juga newborn pampers untuk ibu bapa baru.


Tips Untuk Elak Pampers Kerap Bocor

Antara mimpi ngeri bagi setiap kaum ibu atau bapa yang baru menimang cahaya mata atau menyambut kelahiran baru adalah masalah pampers bocor. 

Sebab itu ramai ibu bapa yang mencari pampers yang tahan bocor atau yang boleh menyerap air dengan banyak.

Bagaimanapun, mungkin memilih jenis pampers yang boleh tahan lama bukan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah pampers bocor.

Kami kongsikan pandangan daripada Expert kami mengenai masalah pampers kerap bocor ini.

Pencipta Kandungan Gaya Keibubapaan

Norhafiza Sallehuddin

Masalah pampers bocor ini boleh di atasi dengan kerap menukar pampers. Salah satu cara adalah dengan sukat atau lihat berapa banyak anak kita minum air atau susu dalam sehari, jadi boleh agak bila kena tukar pampers atau berapa kerap perlu tukar.

Antara cara yang saya lakukan adalah dengan menukar pampers sebelum saya tidur. Sekitar jam 11-12 tengah malam saya akan ganti dengan pampers baru, jadi pampers boleh tahan lebih lama. Kalau tukar pada tengah malam, pampers boleh tahan sehingga pukul 5-6 pagi. Cara ini juga untuk elakkan kita rasa penat perlu bangun pukul 3-4 pagi hanya sebab pampers bocor.

Selain itu, dengan kerap menukar pampers anak kita juga sebenarnya sedang menjaga kebersihan anak kita agar bebas daripada bakteria melekat lama pada kulit.


Perbandingan Harga Pampers 

Harga setiap pampers di pasaran berbeza-beza mengikut jenama, jenis dan saiznya.

Senarai yang dikongsikan ini pula adalah harga secara kasar setiap single pack di Shopee & Lazada.

Tapi kalau beli secara bundle, selalunya pek-pek produk ini boleh didapatkan dengan harga yang jauh lebih murah. 

Harus diingatkan juga bahawa harga-harga ini mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa. 

Pencipta Kandungan Gaya Keibubapaan

Norhafiza Sallehuddin

Pampers jadi mahal sebab material yang digunakan. Kebiasaannya pampers yang mempunyai harga yang mahal boleh tahan lebih lama daripada pampers yang harga murah. Kalau nak cari pampers yang bagus, tidak kira apa jenama, pastikan cari yang ada material absorbent polymers (SAP) untuk penyerapan yang lebih efektif dan tahan bocor. Jadi, setiap jenama memang ada beza dari segi kualitinya.

Bagaimanapun, walaupun sesetengah pampers boleh bertahan sehingga 8-10 jam, tetap dinasihatkan untuk kerap tukar pampers. 


Senarai 15 Pilihan Pampers Baby Terbaik

*PERHATIAN: Jenama pampers yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Norhafiza Sallehuddin, kecuali dinyatakan.*

Pampers terbaik secara keseluruhan
Huggies Dry Tape Diapers
mulai
RM97.80
Semak Huggies Dry Tape Diapers harga dibawah:
add_circle Menyerap sehingga 10 jam
add_circle Mengawal kebocoran berganda
add_circle Pinggang lembut boleh diregangkan
add_circle Ada indikator kelembapan
remove_circle Jenis tape

Sebab menjadi pilihan:

Pampers Huggies direka dua kali ganda lebih kering dengan 1,000 lubang penyerap super dan mempunyai sayap tepi yang lebar, jadi poops tak senang terkeluar dari pampers.

Saiz pampers juga 0.5 inci lagi besar dari saiz drypers jenama lain dan ada wetness indicator jadi senang nak periksa sama ada bayi dah kencing atau belum.

Ciri-ciri:

Jangan risau jika anda rasa harga lampin bayi terbaik ini agak mahal, sebab pembeli sebenarnya akan dapat 3 / 4 pek pampers Huggies.

Diperbuat daripada material lembut dan mempunyai 1,000 lubang penyerap super yang dapat menyerap air kencing dengan cepat.

Jadi, kulit bayi anda kering sepanjang malam dan mereka akan kekal selesa walaupun pampers lambat ditukar.

Selain itu, mempunyai ciri double leak guards di sekitar peha untuk mengelakkan kebocoran dan pinggang lembut yang boleh diregangkan mengikut lekuk si manja.

Bahagian luar lampin diperbuat dari material yang membantu pengaliran udara dan memberikan kesegaran yang berpanjangan kepada bayi.

Lampin bayi terbaik jenis tape ini terdapat dalam pelbagai saiz dari M hingga XXL.

Review:

“Brand Huggies memang boleh dipercayai. So banyak kali beli brand ni dah tak fikir nak tukar brand lain. Baby saya ada ekzema dan diapers ni bagus untuk kulit anak saya, lembut pada kulit.“

Pampers untuk bayi pramatang
MamyPoko
mulai
RM24.90
Semak MamyPoko Preemie harga dibawah:
add_circle Kurangkan tekanan pada kulit
add_circle Lembut pada kulit bayi
add_circle Ada 3 saiz
remove_circle Tidak muat untuk bayi dah besar

Tak dinafikan memang sukar untuk cari pampers yang sesuai dengan bayi pramatang sebab kulit bayi yang lahir tak cukup bulan ini sangat sensitif dan saiz juga sangat kecil. 

Namun, dengan penggunaan produk MamyPoko ini memang direka khas untuk anak istimewa kerana saiznya dibuat mengikut ukuran dan skala berat bayi pramatang. 

Paling penting, boleh digunakan oleh kedua-dua bayi perempuan dan lelaki. 

Tambahan pula, pampers bayi pramatang ini mudah dibuang tanpa perlu mengalihkan bayi dari posisi fetus.  

Pampers ini diperbuat daripada bahan paling lembut umpama sutera supaya tidak menyakiti tubuh bayi comel.

Pampers terbaik untuk bayi kulit sensitif
Mikubi Diapers - New Born (36pcs)
mulai
RM25.90
Semak Mikubi Diapers - New Born harga dibawah:
add_circle Ada pita pelekat magic
add_circle Boleh dilekatkan semula ikut pergerakan bayi
add_circle Ada banyak saiz dari S hingga XL
remove_circle Tiada indikator

Diperbuat menggunakan bahan SAP premium yang menyerap cecair.

Lampin Mikubi ini sesuai dipakai oleh bayi yang mempunyai kulit sensitif kerana lembut.

Sekaligus dapat memberikan pengaliran udara yang baik kepada punggung si manja. 

Lampin Mikubi ini dijamin akan memberikan bayi keselesaan kerana permukaan lampin akan tetap kering walaupun bayi dah buang air kecil. 

Selain itu, pampers terbaik untuk bayi ini turut dilengkapi dengan struktur yang anti bocor pada bahagian sisinya. 

Produk ini boleh membantu mengelakkan masalah ruam atau iritasi kulit sebab ia diperbuat daripada kapas yang lembut. 

Pinggang anak anda juga tak akan sakit atau gatal sepanjang pemakaian sebab ikatan pada pinggangnya jenis elastik. 

Pampers terbaik untuk bayi lelaki
MamyPoko Pants Air Fit Boy
mulai
RM160.00
Semak MamyPoko Pants Air Fit Boy harga dibawah:
add_circle Paling lembut pada kulit
add_circle Dijual dalam bundle
add_circle Tahan hingga 12 jam
add_circle Mudah dipakai
remove_circle Harga agak mahal

Merupakan produk lampin keluaran Jepun, produk MamyPoko telah menjadi pilihan nombor 1 ibu-ibu di sana.

Ini kerana lampin dari jenama MamyPoko boleh mengelakkan kebocoran terutamanya jika bayi anda jenis aktif. 

Pampers terbaik untuk bayi lelaki ini diperbuat daripada bahan yang sangat lembut bak sutera.

Jadi kalau ibu atau ayah lambat tukar lampin sebab terlalu sibuk dengan kerja juga tak ada masalah. 

Menariknya lagi, lampin ini dilengkapi dengan indikator kelembapan yang akan memberitahu ibu bahawa lampin si comel perlu ditukar tanpa perlu periksa diapers itu secara manual.

Terdapat dalam beberapa variasi saiz seperti L, XL dan M.

Apa yang membezakan dengan lampin jenama lain, lampin MamyPoko mempunyai minyak zaitun di permukaan pampers agar dapat melembutkan kulit. 

Produk jenama ini terdapat poket 3D yang longgar dibelakang lampin yang berfungsi mengelakkan kotoran terkeluar dan terkena baju bayi. 

Serta mudah dibuang sebab sebab roll-up tape dah tersedia pada lampin.

Uber Bear Disposable Baby Kids Swimming Diaper
mulai
RM2.49
Semak Uber Bear Disposable Baby Kids Swimming Diaper harga dibawah:
add_circle Lampin anti bakteria
add_circle Tidak sebabkan jangkitan
add_circle Mudah dipakai & ditanggalkan
add_circle Unisex
remove_circle Hanya ada 1 keping dalam setiap pek

Ramai ibu bapa kini yang sudah mula masukkan anak ke kelas berenang sejak bayi lagi.

Jenama Uber Bear mengikut trend yang mana mencipta pampers khas lain daripada kegunaan harian biasa, iaitu untuk kegunaan berenang.

Dikeluarkan khas untuk bayi berenang dan tampil dalam beberapa saiz seperti M, L, XL dan XXL.

Jangan risau, pampers tidak akan mengembang ketika dalam air sebab bahagian luarnya kalis air.

Manakala dalaman pampers pula boleh menyerap air kencing dengan bagus. 

Jika bayi tiba-tiba terbuang air besar ketika sedang berenang sebab telah dilengkapi dengan perlindungan 3D dan bahagian pinggangnya pula berelastik 360 darjah. 

Bayi boleh berenang dengan bebas tanpa ada rasa seperti beban yang menariknya ke bawah. 

Corak lampin juga sangat comel iaitu corak kartun ombak.

Lepas ini, dijamin percutian ke resort bersama anak kecil akan menjadi lebih tenang tanpa masalah bocor.

Pampers terbaik untuk newborn
Drypers
Drypers Wee Wee Dry NB64 (1 Pack)
mulai
RM26.30
Semak Drypers Wee Wee Dry harga dibawah:
add_circle Sistem Stool Lock
add_circle Muat untuk bayi 0-5kg
add_circle Menjaga kesihatan kulit bayi
add_circle Pelekat jenis fleksibel
remove_circle Tak sesuai untuk bayi berat lebih 5 kg

Bayi yang baru dilahirkan perlu dipakaikan pampers yang sesuai dengan berat mereka sebab kalau terlebih besar, mungkin akan bocor. 

Tapi jangan risau, dengan adanya produk Drypers untuk newborn ini, waktu berpantang akan jadi lebih lancar. 

Ini kerana ia mempunyai lapisan lembut yang mampu menyerap cecair dengan efektif.

Sekali gus air kencing bayi pula akan diagihkan sama rata ke seluruh pampers

Bestnya lagi, dilengkapi dengan rekaan khas di bahagian pusat agar pampers tak akan bergeser dengan bekas luka tali pusat yang belum sembuh sepenuhnya. 

Di samping itu, getah pinggang pula boleh diregangkan, jadi ia akan muat dengan selesa. 

Kulit si kecil juga akan sentiasa sejuk dan segar sebab ia diperbuat daripada bahan yang memberikan pengaliran udara yang baik. 

Untuk pengetahuan anda, dalam setiap pek, terdapat 64 keping pampers

Pampers terbaik anti bocor
Offspring Fashion Diaper Pants
mulai
RM49.00
Semak Offspring Fashion Diaper Pants harga dibawah:
add_circle Ekstra lembut
add_circle Getah pinggang elastik
add_circle Elak kebocoran
add_circle Unisex
add_circle Sesuai untuk siang & malam
remove_circle Tiada indikator basah

Anak sering bocor atas tilam ketika tidur jika pakai lampin pakai buang jenama lain? 

Ini lah masanya untuk anda beralih ke jenama pampers terbaik, Offspring yang berkualiti tinggi ini. 

Teknologi dual-core pada diaper pants ini telah membolehkannya menyerap cecair dengan andal. 

Untuk keselasaan sempurna dan kering serta tidur yang nyenyak, lapisan atas jenama pampers tahan bocor ini telah dibalut dengan material yang mewah dan lembut. 

Di samping itu, bayi yang mengalami masalah kulit sensitif juga digalakkan guna pampers ini kerana ia tidak mengandungi pewarna, pewangi, klorin atau bahan-bahan berbahaya.

Anak anda yang dah berusia 2 tahun pun masih boleh pakai diapers Offspring sebab terdapat pelbagai saiz dari S hingga XL. 

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa pilihan corak, jadi tak ada masalah jika si kecil enggan pakai seluar sebab pampers ini masih bergaya.

Pampers lembut untuk bayi
PETPET
PETPET Comfort Pants Jumbo Pack
mulai
RM77.90
Semak PETPET Comfort Pants Jumbo Pack harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Kering tahan lama
add_circle Ada banyak pilihan saiz ikut berat anak
add_circle Selesa walaupun anak aktif
remove_circle Agak nipis

Diaper bayi yang terbaik untuk kelembutan kulit bayi ini pula mempunyai fungsi 360 ◦ AirThru Comfort .

Fungsi ini menjadikan keselesaan pada anak, tak kira pada siang hari atau waktu malam. 

Menariknya lagi, direka seperti seluar yang akan memudahkan mommy di luar sana untuk pakaikan pampers ini pada anak walaupun bayi dah pandai berjalan.

Bahagian getah pada pinggang juga boleh diregangkan, jadi boleh sesuaikan ikut saiz si kecil masing-masing. 

Selain itu boleh mengelakkan kebocoran daripada berlaku kerana dilengkapi dengan leg guards

Paling penting, lampin PETPET jenis unisex ini boleh menyerap dan meratakan air kencing ke seluruh bahagian dalam pampers kerana ada sistem FastLock Dryness

Hasilnya, akan kekal kering. Bayi pun akan sentiasa tersenyum dan tak cranky sebab mereka selesa untuk bermain tanpa rasa basah.

Applecrumby Chlorine Free Designer Pull Up Diapers
mulai
RM20.90
Semak Applecrumby Chlorine Free Designer Pull Up Diapers harga dibawah:
add_circle 100% tanpa klorin
add_circle Mesra alam sekitar
add_circle Sesuai dengan kulit bayi
add_circle Kering hingga 12 jam
remove_circle Harga agak mahal

Lampin pakai buang Applecrumby ini merupakan antara brand pampers baby terbaik di pasaran. 

Mampu menampung sehingga 30x berat cecair sebab kuasa serapannya antara yang paling kuat berbanding pampers lain di pasaran. 

Cara untuk tanggalkan juga mudah, hanya perlu koyakkan di bahagian sisinya. 

Selain itu, dilengkapi dengan jalur indikator yang akan bertukar menjadi warna biru apabila lampin anak anda perlu ditukar. 

Bahagian pinggangnya juga boleh diregangkan sehingga 360 darjah dan selesa dipakai walaupun dalam tempoh yang lama. 

Bagusnya lagi, dilengkapi dengan perlindungan kebocoran dan disebabkan produk ini tidak mempunyai sebarang pewarna.

Pampers mahal ini juga tidak akan menyebabkan kulit si comel terkena ruam.

Pampers yang ada roll tape
Molfix
molfix pampers
mulai
RM29.90
Semak Molfix Extra Dry Pants Diaper harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle 99% perlindungan bakteria
add_circle Mempunyai wetness indicator
remove_circle Perlu ditukar kerap

Jenama pampers Molfix telah menambah satu lapisan untuk menjadikan penyerapan lebih efektif.

Malah, sistem penyerapan tidak tertumpu pada satu titik tapi dapat menyebarkan cecair ke permukaan lain supaya penyerapan yang sama rata.

Walaupun harganya murah tapi pampers ini mempunyai teknologi sama seperti pampers mahal iaitu wetness indicator yang mana pampers menunjukkan penukaran warna apabila tiba masa untuk ditukar.

Pampers ini juga sama seperti kebanyakan jenama pampers lain yang mempunyai pilihan saiz dan juga jenis tape atau seluar.

Malah, terdapat juga jenis pampers Molfix yang menggunakan organik kapas untuk bayi yang terlalu aktif.
 
Pampers terbaik untuk ruam
pampers
mulai
RM35.00
Semak YOULI Premium Diapers harga dibawah:
add_circle Tidak mudah bocor
add_circle Penghalang kaki tidak ketat
remove_circle Nipis

Pampers ini jenis yang ringan, nipis dan tidak mudah bocor. Terdapat dalam beberapa variasi saiz dari M sehingga XXXXL.

Mempunyai lapisan pelindung lembut yang mengandungi bahan-bahan yang melembapkan kulit sensitif.

Dengan reka bentuk kalis bocor, pampers ini boleh menghalang najis bayi daripada bocor keluar.

Bukan sahaja penyerapan cepat dan penghalang kaki tidak ketat, malah terdapat garisan tengah untuk melihat tahap kepenuhan air kencing, dan ada tape untuk senang lipat serta buang pampers ini.

Jadi bayi anda dapat tidur dengan selesa dan mengurangkan masa untuk menukar pampers pada waktu malam.

Pampers untuk tidur malam
MamyPoko
mamypoko antimos
mulai
RM35.90
Semak MamyPoko Anti-Mosquito (Antimos) Pants Diaper harga dibawah:
add_circle Berbau serai
add_circle Telah diuji dermatologis
add_circle Selamat untuk kulit bayi
remove_circle Harga mahal

Bagi ibu bapa yang gusar dengan kulit anak digigit oleh serangga terutama nyamuk, kami syorkan MamyPoko Antimos ini.

Ini kerana lampin bayi ini mengandungi bau serai yang original dimana mampu menghalang nyamuk mendekati si kecil.

Bau yang terhasil dari lampin MamyPoko selamat untuk kulit bayi dan bertahan selama 8 jam, jadi anak akan dilindungi dengan bau serai.

Rekaan lampin ini direka Big Dry Zone+ yang mana tidak akan bocor selama 10 jam lamanya dan paling penting tidak meninggalkan kesan merah pada kulit si kecil.

Pampers terbaik untuk cuaca panas
pampers baby baeba
mulai
RM110.00
Semak Beaba Pull-Up Pants Baby Diapers harga dibawah:
add_circle Cepat kering
add_circle Pinggang lembut
add_circle Leak-proof
add_circle Selamat untuk bayi, tidak berbau dan tidak toksik
add_circle Perlindungan sehingga 12 jam
remove_circle Tiada tape untuk tampal selepas pakai

Pampers bayi Baeba diperbuat menggunakan bahan yang selamat, tidak berbau dan tidak toksik, serta bahan bukan tenunan kalis air yang lembut dan selesa.

Direka untuk muat rapat dengan garis pinggang elastik 360 darjah yang sesuai dengan lengkung pinggang dan pinggul mereka.

Lapisan permukaan 3D yang boleh bernafas, mengurangkan sentuhan dengan kulit bayi dan membolehkan aliran udara yang lebih baik.

Dengan teknologi teras 3D, lampin ringan dan nipis, namun sangat berkesan untuk menyerap kelembapan dan memastikan lampin bayi kekal kering.

Lapisan permukaan dalaman lampin pula dari sutera lembut dan boleh mengurangkan geseran serta memberikan sentuhan lembut pada kulit halus bayi anda.

Jangan risau, lampin ini mempunyai pelekat pinggang bulat, reka bentuk draping yang akan kekal di badan bayi, double-layer leak-proof dan smart urine display.

Bayi anda akan rasa ringan, selesa dan boleh bergerak bebas.

Pampers terbaik untuk anak 2 tahun
Genki! Pants Jumbo M/L/XL/XXL
mulai
RM40.00
Semak Genki! Active Pants Jumbo harga dibawah:
add_circle Ada saiz M, L, XL, XXL
add_circle Getah elastik ekstra lembut
add_circle Cepat menyerap kebasahan
add_circle Material tebal & lembut
add_circle Umpama kusyen
remove_circle Kurang sesuai untuk newborn

Selalu pening kepala ketika tiba waktu untuk tukar lampin sebab anak dah boleh berlari atau berjalan? 

Usah risau, sarungkan sahaja Genki! Pants ini yang memang dicipta khas untuk anak-anak yang mula aktif sebab ia berbentuk seperti seluar. 

Masalah bocor juga mampu dikurangkan kerana mempunyai gelang elastik pada peha dan pinggang yang boleh diregangkan serta lembut pada kulit. 

Jadi, kulit si bayi tak akan mudah merah atau gatal. 

Kalau tak tahu mana satu bahagian depan, cari sahaja garisan biru yang terdapat pada pinggang pampers. 

Selain itu, bahagian luar pula jenis ‘Air-in & Air-out’ yang akan membenarkan kelembapan keluar dari lampin.

Kemudian, menggantikannya dengan udara segar supaya punggung bayi sentiasa kering dan selesa.  

Pampers Diapers New Holding Pants Maximum Package
mulai
RM92.29
Semak Pampers Diapers New Holding Pants Maximum Package harga dibawah:
add_circle Jenama no 1 d Jepun
add_circle Penyerapan pantas
add_circle Teknologi Gel Groove
remove_circle Harga mahal

Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak kecil mereka bergerak bebas dengan selesa walaupun semasa memakai pampers.

Dengan pampers jenama Pampers dari Jepun ini, anak anda dapat bergerak lancar dan tidak terasa pampers berat dengan lampin Anti-Sat ini.

Ia menggunakan teknologi Gel Groove yang Unik dari Jepun, membantu menyerap kencing dengan cepat dan sekata.

Ini akan membantu bayi anda belajar berjalan dengan mudah.

Selain itu, pampers ini juga turut mempunyai lapisan bernafas untuk membantu membebaskan kelembapan di dalam lampin dengan cepat dan memastikan lampin kekal kering.

Pampers ini juga terasa lembut bila dipakai, mempunyai garis penunjuk air kencing dan pita lampin untuk memudahkan anda.


Bagaimanakah Lampin Pakai Buang Berfungsi? 

Diperbuat daripada kapas, lampin pakai buang atau lebih dikenali sebagai diapers.

Semua bahan ini akan menyerap cecair kotoran iaitu air kencing dengan baik agar tidak bocor. 

Bahagian tengah lampin ini selalunya ada lapisan atas yang nipis yang akan menyentuh punggung bayi.

Lapisan ini akan membenarkan air kencing untuk meresap ke dalamnya.

Tapi dalam masa yang sama mengurangkan risiko cecair daripada terkeluar. 

Lampin juga lazimnya mempunyai bahan kimia penyerap atau chemical absorbent

Fungsinya adalah untuk menyerap cecair seperti air kencing dalam kuantiti yang banyak.

Selain itu, ia juga akan menjauhkan cecair itu daripada terkena kulit bayi. 


Artikel Berkaitan

End of Article