Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Hairspray Terpilih untuk Rambut Cantik Menawan

Selamat tinggal rambut bermasalah.

Realisasikan impian miliki rambut menawan bak mahkota dengan bantuan produk semburan rambut, atau hairspray yang sesuai. Bukan hanya mencantikkan, malah produk hairspray juga mampu menyihatkan dan mengembalikan kesegaran semulajadi pada rambut. Serlahkan keanggunan dan tampil lebih yakin dengan produk hairspray terpilih berikut.

Hairspray rambut yang ringan untuk rambut berminyak
Herbivore Botanicals Sea Mist 
From
RM54.00
Check Herbivore Botanicals Sea Mist  price below:

Hairspray berasaskan garam laut bersifat ringan, terbaik untuk rambut jenis berminyak. Campuran garam dan aloe vera dapat menyerap lebihan minyak pada rambut manakala kandungan pati lavender dan herba terpilih mampu mengekalkan kelambaan pada kulit kepala. Isi kandungan produk dijamin 100% organik. Hanya perlu sembur beberapa kali untuk hasil rambut yang ikal dan bebas minyak.

Hairspray yang murah untuk rambut tidak bermaya dan kaku
Botanicals Geranium Radiance Remedy Shine Vinegar 
Hairspray yang murah untuk rambut tidak bermaya dan kaku
From
RM16.46
Check Botanicals Geranium Radiance Remedy Shine Vinegar  price below:

Siri Botanicals oleh L'Oreal Paris menampilkan produk khusus untuk mengembalikan seri kilauan asli pada rambut. Dengan tawaran harga yang berbaloi, produk ini melembab, merawat dan memulihkan untuk hasil rambut sihat bersinar. Ramuan istimewa Shine Vinegar yang digunakan juga adalah bebas dari kandungan silikon, paraben dan pewarna tiruan.

Hairspray untuk rambut semulajadi keriting
ORIGINAL & MINERAL No Knott Conditioning Detangler
Hairspray untuk rambut semulajadi keriting
From
RM34.00
Check ORIGINAL & MINERAL No Knott Conditioning Detangler price below:

Serlahkan kecantikan keriting asli yang anda miliki dengan semburan rambut ini. Hasil gabungan minyak organik Argan dan Macadamia ini menyuburkan dan merapikan rambut. Tiada lagi masalah rambut keriting yang mengerbang dan kusut. Dengan hanya beberapa semburan, rambut menjadi cantik berkilat dan sangat mudah diurus.

Hairspray untuk rambut kering dan mengembang
Giovanni Brazilian Keratin & Argan Oil Styling Mist
Hairspray untuk rambut kering dan mengembang
From
RM72.00
Check Giovanni Brazilian Keratin & Argan Oil Styling Mist price below:

Miliki rambut yang sihat menawan dengan semburan istimewa dari Giovanni. Hairspray eksklusif ini berfungsi melindungi rambut dari kerosakan haba dan mengekalkan kelembapan pada rambut. Diperkaya dengan sumber protein dari tumbuhan dan minyak Argan, semburan ini merawat dan memelihara rambut untuk hasil cantik terurus.

Hairspray untuk mengekalkan kerinting pada rambut  
PERCY & REED Reassuringly Firm Session Hold Hairspray
Hairspray untuk mengekalkan kerinting pada rambut
From
RM33.00
Check PERCY & REED Reassuringly Firm Session Hold Hairspray price below:

Kekalkan gaya rambut keriting dengan semburan tahan lama. Hairspray ini tidak menjadikan rambut keras dan kejung, tetapi mengekalkan dandanan untuk penampilan yang rapi dan semulajadi. Semburan ini juga melindungi rambut dari kerosakan haba dan kelembapan yang boleh merosakkan dandanan. Ekspresi kreativiti dalam penggayaan rambut dengan semburan terbaik dari Percy & Reed.

Hairspray rambut yang lembut
DUCK COSMETICS Mist Independent Hair Mist – Repair
From
RM70.00
Check DUCK COSMETICS Mist Independent Hair Mist – Repair price below:

Diperkaya dengan khasiat Aloe Vera, semburan dari Duck Cosmetics ini bersifat lembut pada rambut bagi memulihkan rambut. Produk bertindak dengan membentuk lapisan yang melindungi rambut untuk hasil yang lembut bak sutera. Bukan sahaja berfungsi untuk menampilkan dandanan bergaya, tetapi semburan juga memberikan rawatan kepada rambut agar ia kelihatan lebih sihat dan bermaya.

Hairspray untuk rambut lurus
Kose Cosmeport Je l'aime Fantasist Concentrate Mist
Hairspray untuk rambut lurus
From
RM70.70
Check Kose Cosmeport Je l'aime Fantasist Concentrate Mist price below:

Semburan ajaib ini mengandungi serum istimewa yang berupaya menyerap jauh ke akar rambut. Produk berfungsi mengekalkan hidrasi bagi menghasilkan rambut yang lurus menawan. Tiada lagi kerosakkan atau kekusutan, dengan beberapa semburan dari Kose Cosmeport, rambut boleh diurus dengan hanya menggunakan jari.

Hairspray untuk merangsang pertumbuhan anak rambut
Beaver Hydro Scalp Energizing Essential Spray
Hairspray untuk merangsang pertumbuhan anak rambut
From
RM62.70
Check Beaver Hydro Scalp Energizing Essential Spray price below:

Semburan khusus untuk kulit kepala dari Beaver Professional mengandungi bahan aktif semulajadi yang bertindak mengurangkan minyak pada kulit kepala. Produk juga menyerap jauh ke akar rambut bagi menguatkan serta meransang pertumbuhan anak rambut baru. Semestinya solusi terbaik untuk masalah rambut yang gugur dan nipis.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article