Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

18 Lip Tint Terbaik di Malaysia 2024 - Terbaru & Bagus

Bibir kelihatan lebih manis dan nampak semula jadi!

Kegunaan lip tint adalah untuk memberi warna bibir kelihatan semula jadi, lebih manis dan segar.

Walaupun anda makan, minum, atau menggosok bibir, warna lip tint tetap bertahan dan ini pilihan yang bagus bagi mereka yang ingin memastikan lipstik mereka kekal cantik sepanjang hari.

Kini terdapat banyak produk liptin atau lip stain terbaru yang dijual di Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian tapi mana satu brand yang sesuai?

Jom lihat senarai jenama best lip tint dan lip tint yang bagus anda boleh beli terus! 


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 18 Lip Tint Terbaik 

Lip tint terbaik secara keseluruhan
Etude House Fixing Tint
Etude House
Etude House Fixing Tint
From
RM60.00
Check Etude House Fixing Tint price below:
add_circle Kaya dengan vitamin E.
add_circle Tidak meninggalkan kesan pada mask.
remove_circle Memerlukan ‘make up remover’ yang berunsurkan minyak.

Sebab utama menjadi pilihan:

Tidak mudah tertanggal walaupun berlaga dengan straw atau fabrik face mask, serta memiliki tekstur lembap yang membuatkan bibir anda kelihatan sihat dan cantik.

Ciri-ciri:

Lip tint ini merupakan yang terbaik dari jenama Etude House kerana sangat sesuai untuk semua keadaan kerana teksturnya tidak mudah tertanggal.

Koleksi terbaru ini menggunakan formula terbaru dan mempunyai 8 pilihan warna kesemuanya.

Teksturnya yang sedikit lembap pada permulaan, dan menjadi kering kelihatan seperti ‘matte’ mampu bertahan sehingga 6-7 jam.

Review:

"Tak risau dah calitan lip tint hilang walaupun pakai face mask dan akan tetap cantik sepanjang hari. Warna cantik sangat memang ikut warna bibir saya. Warna ni sesuai pakai daily."

Lip tint murah
Bayfree Rouge Water Lip stain liquid Cheek & Lip Tint
Bayfree
Bayfree Rouge Water Lip stain liquid Cheek & Lip Tint
From
RM5.90
Check Bayfree Rouge Water Lip stain liquid Cheek & Lip Tint price below:
add_circle Waterproof
add_circle Tahan sehingga 24 jam
add_circle Tidak meninggalkan kesan pada gelas
remove_circle Sukar untuk bersihkan bibir

Lip tint terbaik dengan harga murah ini mempunyai 4 pilihan tona warna yang sangat menarik.

Berinspirasikan tona warna dari buah ceri kemerahan mampu menyerlahkan lagi seri pada bibir anda. 

Menariknya, lip tint ini bukan saja boleh pakai pada bibir tapi boleh digunakan pada pipi dan mata untuk gantikan blusher dan eyeshadow. Memang menjimatkan!

Selain itu, sangat sesuai untuk anda yang nak bersiap dengan cepat, secalit di bibir, pipi dan mata.

Lip tint terbaik untuk anak sekolah
Wardah Everyday Cheek And Lip Tint
Wardah
Wardah Everyday Cheek And Lip Tint
From
RM29.90
Check Wardah Everyday Cheek And Lip Tint price below:
add_circle Bahan yang digunakan bagus untuk bibir.
add_circle Bauan dari buah-buahan.
remove_circle Tidak mempunyai pilihan warna yang banyak.

Wardah merupakan brand kosmetik yang menghasilkan produk halal. 

Jadi, bagi kaum hawa sering risau akan status halal pada sesuatu produk, boleh pilih produk ini.

Lip tint Wardah ini mempunyai 3 tona warna daripada terang hingga ke lembut, sesuai untuk dipakai remaja bersekolah.

Teksturnya lembut lebih kepada ‘matte’ ini menjadikan bibir anda lembut dan tidak mudah kering. 

Ini kerana bahan yang digunakan ‘jojoba oil’ yang mampu melembapkan bibir anda.

Kini anda boleh bergaya tanpa risau!

Lip tint yang merawat bibir
Dior Lip Glow Oil
Dior
Dior Lip Glow Oil
From
RM182.00
Check Dior Lip Glow Oil price below:
add_circle Melembapkan dan melembutkan bibir yang kering
add_circle Bantu menyerlahkan warna bibir yang asli
remove_circle Harga mahal

Pasti ramai yang menginginkan tona warna bibir yang asli.

Produk dari brand Dior ini pastinya menjadi pilihan anda yang mempunyai masalah bibir kering serta yang mahukan tona bibir asli.

Kaya dengan minyak ceri didalamnya menjadikan bibir anda tampak sihat dan cantik walaupun selepas 5 hari dari hari pertama penggunaanya.

Mungkin harganya agak mahal, tetapi berbaloi untuk bibir yang cantik serta sihat!

Lip tint yang tidak membuatkan bibir kering
SilkyGirl MLBB Lip Tint
SilkyGirl
SilkyGirl MLBB Lip Tint
From
RM15.92
Check SilkyGirl MLBB Lip Tint price below:
add_circle Tidak mengandungi paraben
add_circle Tidak menggunakan pewangi
remove_circle Lambat untuk kering pada bibir

Brand SilkyGirl mengeluarkan koleksi MLBB Lip Tint yang menjadi pilihan ramai pengguna.

Mempunyai 5 pilihan warna dari catchy look sehingga sweet look.

Bagi penggemar lip tint yang sukakan tekstur ‘matte’, anda pasti menyukainya lip tint dari SilkyGirl. 

Tip untuk memperoleh hasil yang memuaskan, selepas oles pada bibir, tunggu sehingga betul-betul kering pada bibir.

Selamat mencuba!

Lip tint terbaik untuk bibir gelap
Nurraysa Korean barbie lip tint
Nurraysa Korean barbie lip tint
From
RM19.00
Check Nurraysa Korean barbie lip tint price below:
add_circle Tekstur yang ringan dan tahan lama
add_circle Kaya dengan vitamin C&E
remove_circle 2 pilihan warna sahaja

Bibir hitam adalah punca utama confidence level kaum wanita menurun! 

Jadi, lip tint terbaik dari Nurraysa menjadi solusi kepada masalah bibir gelap. 

Mempunyai 2 pilihan warna yang sesuai untuk semua jenis tona bibir. 

Lip tint dari brand Nurraysa bukan saja berfungsi sebagai bahan solekan malah boleh merawat bibir anda agar lebih cerah!

Jangan risau, semua bahan digunakan dalam lip tint ini dijamin halal.

Lip tint oren yang bagus
Demica Lip tint
Demica Lip tint
From
RM9.90
Check Demica Lip tint price below:
add_circle Tahan lama hingga 24 jam
add_circle Menjadikan bibir kelihatan natural
remove_circle Mengeringkan bibir

Demica mengeluarkan 3 koleksi warna kegemaran ramai terutama kalangan remaja.

Bukan apa, lip tint dari Demica boleh digunakan pada bibir, pipi dan mata.

Memang boleh jimat ruang dalam beg sebab boleh satukan kegunaan 3 dalam 1.

Lip tint ini mempunyai bahan seperti aloe vera, peppermint serta olive oil yang memberi kesihatan pada kulit bibir. 

Paling best, lip tint ini tidak akan meninggalkan kesan kotor pada face mask!

Lip tint yang tidak membuatkan bibir kering
Sobella Fruit Lip Tint
Sobella Fruit Lip Tint
From
RM26.59
Check Sobella Fruit Lip Tint price below:
add_circle Extract dari buah-buahan
add_circle Mesra wuduk
remove_circle Boleh membuat bibir merekah

Lip tint dari brand Sobella ini mempunyai tekstur mesra wuduk jadi tidak perlu ragu-ragu untuk dibawa ketika ibadah solat.

Bahan yang digunakan berunsurkan ina jadi lip tint ini menyerap kedalam bibir dan membolehkan air mengalir pada bibir tanpa risau untuk mengambil wuduk.

Mempunyai 6 tona warna dimana semuanya mempunyai bau buah. Memang sangat cantik untuk bibir anda.

Lip tint bagus untuk ibu hamil
BNB barenbliss Peach Makes Perfect Lip Tint
BNB barenbliss
bare bliss lip tint
From
RM32.90
Check BNB barenbliss Peach Makes Perfect Lip Tint price below:
add_circle Tanpa paraben & minyak
add_circle Teknologi stain-lock
add_circle Bau buah
add_circle Tahan sehingga 24 jam
remove_circle Harga sedikit mahal

Ingin memiliki bibir yang menarik perhatian? Cuba lip tint ini yang ringan dan bau seperti buah peach dengan hasil 'glossy finish'.

Produk ini mengandungi Mentega Shea, Minyak Jojoba, Minyak Zaitun, Minyak Meadowfoam Seed, Minyak Biji Bunga Matahari, dan Minyak Badam.

Bahan-bahan ini adalah kaya dengan antioksidan dan nutrien yang dapat menyihatkan bibir anda. 

Bebas dari pelbagai bahan yang berbahaya, jadi produk ini selamat digunakan untuk ibu hamil.

Formula lip tint ini memberikan hasil warna yang menawan. 

Dengan teknologi Stain-Lock, produk ini mengekalkan warna yang tahan sehingga 24 jam.

Lip tint untuk bibir sensitif
YOU Simplicity Love You Tint
YOU
you lip tint
From
RM22.90
Check YOU Simplicity Love You Tint price below:
add_circle Mempunyai pelembap dan antioksidan
add_circle Ringan
add_circle Tahan lama
remove_circle Harga sedikit mahal

Lip tint jenama You ini akan memberikan anda warna bibir semula jadi yang tahan lama, tanpa melekat, serta ringan.

Diperkaya dengan 4D asid hyaluronik dan ekstrak blueberry, lip tint ini membantu melembapkan bibir anda secara berterusan. 

Kandungan antioksidannya yang tinggi juga membantu melindungi bibir anda daripada radikal bebas dan sesuai untuk bibir sensitif.

Formula lip tint ini dipanggil 'transfer proof' kerana ia mampu bertahan sepanjang hari. 

Anda tidak perlu risau tentang lip tint ini melekat pada cawan minuman atau pakaian anda.

Sekali sapuan, warna lip tint ini akan tetap kekal pada bibir anda sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, formulanya juga ringan dan berasaskan air memberikan warna yang intens dan selesa dipakai tanpa membuatkan bibir kering atau berat.

Lip tint waterproof
IN2IT Gel Tint Lipstick (GT) [Halal Certified]
IN2IT
in2it lip tint
From
RM12.90
Check IN2IT Gel Tint Lipstick (GT) [Halal Certified] price below:
add_circle Halal
add_circle Tahan air
add_circle Mengandungi pewangi buah-buahan dan aloe vera
add_circle Murah
remove_circle Tidak banyak pilihan warna

Anda mencari produk kecantikan dengan harga rendah? Beli sahaja IN2IT Gel Tint for lip & cheek! 

Produk ini tidak hanya memberikan hasil yang baik tapi ia juga cruelty free, vegan friendly dan mempunyai pensijilan Halal.

Anda akan rasa yakin bahawa produk ini sepenuhnya sesuai dengan gaya hidup anda.

Bukan itu sahaja, formula ini tahan air dan tahan lama hingga 8 jam.

Selain pakai di bibir, anda boleh calit lip tint ini di pipi untuk menciptakan tampilan yang segar.

Produk ini memiliki tekstur yang lembut dan mudah diaplikasikan, memberikan hasil yang halus dan menghidrasi bibir anda.

Lip tint untuk remaja
Emina Creamytint Lip Tint (3.6g)
Emina
emina lip tint
From
RM18.00
Check Emina Creamytint Lip Tint (3.6g) price below:
add_circle Ringan
add_circle Tahan lama
add_circle Kesan matte
remove_circle Kurang pilihan warna gelap

Emina Creamytint salah satu produk lip tint dengan tekstur krim yang memberikan hasil akhir yang lembut dan warna yang intens seawal sapuan pertama. 

Mengandungi minyak avokado untuk hasil matte yang tahan lama tanpa mengeringkan bibir.

Dengan tekstur yang lembut dan ringan membuat anda rasa seolah-olah tidak memakai apa-apa! 

Anda akan rasa bibir yang lembut dan terhidrat sepanjang hari, tanpa risau tentang rasa kering atau pecah-pecah.

Jadi, anda dapat mempunyai bibir yang cantik dan sihat sepanjang masa!

Pilih dari pelbagai warna cantik yang sesuai dengan personaliti anda, dari merah yang memikat hingga warna nude yang elegan.

Lip tint terbaik untuk bibir kering
Laka Fruity Glam Tint
Laka Fruity Glam Tint
From
RM50.00
Check Laka Fruity Glam Tint price below:
add_circle Bau wangi
add_circle Tidak mengeringkan bibir
add_circle Glossy look
add_circle Ringan
remove_circle Tidak kalis air

Formula lip tint sangat ringan, hydrating dan watery, jadi mudah dilapisi dan re-apply tanpa perlu risau tentang warna yang tidak rata.

Diperkaya dengan sepuluh ekstrak buah yang kaya dengan vitamin, mesra kulit, warna yang terang dan tanpa sebarang bahan yang berasal dari haiwan.

Ia menghasilkan warna semi-glossy, lut sinar dan semula jadi yang sangat cantik di bibir sambil melembapkan bibir kering.

Warna tahan lama dan tidak melekat pada face mask, tapi perlu re-apply semula selepas makan.

Hujung berusnya yang condong membolehkan aplikasi yang tepat pada bibir dalaman dan sepanjang garis bibir.

Pada awal penggunaan, warna lip tint kelihatan lebih terang dan berubah menjadi lebih gelap.

Tersedia dalam 20 translucent shade dari natural nude hingga merah gelap.

Jika anda mempunyai bibir pucat, disyorkan memilih warna yang lebih gelap.

Lip tint terbaik Korea
CLIO Chiffon Blur Tint
CLIO Chiffon Blur Tint
From
RM89.00
Check CLIO Chiffon Blur Tint price below:
add_circle Bahan pelembap menguatkan penghalang bibir
add_circle Boleh mengaburkan kedutan
add_circle Tekstur lembut yang halus dan selesa
add_circle Berbau seperti buah
remove_circle Tidak sesuai untuk bibir pecah-pecah
remove_circle Sedikit kering

CLIO Chiffon Blur Tint diinspirasikan oleh awan pastel Seoul dan terdapat dalam 12 pilihan warna pastel lembut yang cantik.

Formula berkrim yang lembut pada bibir dan meninggalkan lapisan yang mengaburkan kedutan pada bibir dan mencipta penampilan bibir ala idola Kpop.

Tekstur tint yang selesa di bibir seolah-olah tidak memakai apa-apa dan melembapkan bibir.

Jangan risau, lip tint Clio akan kekal lama pada bibir walaupun selepas anda minum dan sesuai untuk kulit orang Asia.

Dapatkan satu untuk kegunaan harian dan anda pasti menyukainya!

Lip tint terbaik dan tahan lama
Emina Magic Potion 5.5ml Lip-Tint
emina lip tint
From
RM19.70
Check Emina Magic Potion 5.5ml Lip-Tint price below:
add_circle Cepat kering
add_circle Warna terang dan natural
add_circle Tahan lama
add_circle Kalis air
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
remove_circle Mengeringkan bibir pada sesetengah individu

Hadir dalam enam pilihan warna yang cantik, lip tint Emina perlu ada dalam peralatan makeup anda.

Formulanya tahan lama, tekstur sedikit berair, kalis pemindahan, kalis comot dan mudah digunakan.

Sangat sesuai untuk kegunaan seharian kerana memberikan penampilan semula jadi dan glossy.

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan sangat berpigmen, jadi anda boleh memakainya sendiri atau menggunakannya sebagai alas sebelum menggunakan lip matte.

Boleh dihilangkan dengan pembersih minyak, tetapi terdapat sedikit warna yang mungkin kekal.

Lip tint yang bagus untuk kulit sawo matang
Etude House Dear Water Tint
Etude House Dear Water Tint
From
RM12.00
Check Etude House Dear Water Tint price below:
add_circle Cepat kering
add_circle Bau wangi
add_circle Melembapkan bibir
add_circle Kalis air
add_circle Tahan lama
remove_circle Botol mudah pecah
remove_circle Boleh mengotorkan gigi

Bagi mereka yang suka lip tint dengan bau buah-buahan, beli je Etude House Dear Lover Water Tint.

Berasaskan air, melekat pada bibir dan menyerap dengan cepat tanpa rasa melekit pada bibir.

Mengandungi ekstrak delima dan limau gedang yang tinggi vitamin dan pelembap.

Sekaligus akan menjadikan bibir anda lembap sepanjang hari.

Pilih sahaja antara warna strawberi, oren atau ceri merah terang untuk kelihatan lebih lively dan bertenaga.

Mulakan di bahagian dalam bibir anda dan ke arah keluar bibir untuk mendapatkan kesan ombre gradient.

Warnanya cantik dan kelihatan sangat semula jadi, tetapi elakkan terkena pada gigi kerana ia agak sukar untuk dihilangkan.

Sesuai dipakai ketika pergi jalan-jalan berdekatan kerana warnanya tidak terlalu menonjol.

Lip tint terbaik untuk remaja
Etude House Dear Darling Water Gel Tint
Etude House Dear Darling Water Gel Tint
From
RM25.00
Check Etude House Dear Darling Water Gel Tint price below:
add_circle Warna terang
add_circle Tidak berat pada bibir
add_circle Melembapkan bibir
remove_circle Tidak tahan lama

Etude House Dear Darling Water Gel Tint mempunyai pigmen dua kali lebih banyak daripada lip tint sebelumnya.

Diperkaya dengan ekstrak delima dan soapberry yang mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi untuk melembapkan bibir serta kelihatan lebih juicy.

Ia kalis air, cepat kering, tidak comot dan sukar hilang sebaik sahaja ia kering serta boleh memberikan gradiation effect.

Mudah digunakan, warnanya cantik dan mempunyai bau buah yang menyenangkan.

Daripada warna merah terang hingga gelap, pilih mana-mana yang sesuai dengan anda.

Jika anda pilih warna kumquat boleh sapu sedikit pada pipi untuk kelihatan lebih segar dan boleh tambah lapisan kedua pada bibir.

Lip tint terbaik untuk kelembapan
Holika Holika Heart Crush Glow Tint Air
Holika Holika Heart Crush Glow Tint Air
From
RM54.90
Check Holika Holika Heart Crush Glow Tint Air price below:
add_circle Melembapkan
add_circle Warna tidak mudah pudar
add_circle Tidak melekit
add_circle Bau wangi
remove_circle Warna pudar dengan cepat

Lip tint Holika membuatkan anda kelihatan lebih vibrant dan kekal sepanjang hari pada bibir.

Pigmen warna tulen digunakan untuk mencipta warna terang dan tahan lebih lama.

Direka dengan moist holding system, jadi bibir anda akan kekal lembap sepanjang hari.

Sapukan dari bahagian dalam bibir ke luar dan kemudian angkat hujung tip berus untuk ratakan garis bibir serta memberikan kesan airy.

Apabila anda memakai lip tint, warnanya kelihatan tebal, tetapi rasa ringan.

Sesuai untuk penampilan harian dan pilihan yang bagus untuk pengguna lip tint Peripera atau In2it.

Hasilnya, bibir kelihatan plump, glossy dan lembap.


Apa Fungsi Lip Tint?

Kegunaan lip tint berbeza dari lipstick kerana teksturnya lebih mesra pengguna berbanding liptstick

Lip tint ini lebih kepada ‘lip stain’, dimana menyerap kedalam bibir dan memberikan tona warna yang natural

Hanya perlu menggunakan air untuk menghilangkan warna lip tint pada bibir.

Berbeza dengan lipstick, memerlukan tissue make up removal.

Lip tint bukan saja menjadi penyeri bibir, malah boleh digunakan pada pipi dan mata.

Harganya juga lebih murah menjadikan lip tint pilihan orang ramai dan senang kata “your makeup looks never goes wrong” dengan tona warna lip tint!

Kebanyakan lip tint boleh menyebabkan bibir anda menjadi sedikit kering jadi, jika mahukan bibir kelihatan lembut dan tidak terlalu kering, sapukan lip tint tersebut dan sapu sedikit lip balm.

Pastinya memberikan hasil yang terbaik untuk bibir anda. 


Terdapat Berapa Jenis Lip Tint?

Lip tint mempunyai pelbagai jenis tekstur yang berbeza membuatkan ramai keliru tentangnya.

Jadi jom kenali 4 jenis lip tint yang sesuai untuk anda jadikan sebagai kegunaan harian.

  1. Water stain, teksturnya berunsurkan air, lembut dan mudah kering. Sekaligus menjadikan tona bibir anda kelihatan natural.
  2. Oily, mempunyai tekstur yang lebih pekat, bersinar dan melekit untuk memberikan kesan glossy pada bibir. Bibir anda akan kekal lembap dan lembut!
  3. Peel off, berbeza dengan yang lain kerana lip tint ini mengambil masa 8-10 minit untuk kering sepenuhnya. Kemudian kupas lapisan tersebut untuk dapatkan hasil.
  4. Balm, lebih kepada pelembap bibir yang mempunyai tona warna sangat lembut dan menjadi pilihan kebanyakan remaja. 
  5. Powder matte, memiliki tekstur yang lembut, lembap dan seakan debu bila berada di bibir. Memerlukan sedikit masa untuk kering untuk dapat hasil yang terbaik! 

Senangkan bila dah tahu jenis-jenis lip tint, lepas ini boleh sahaja pilih dekat drugstore mengikut kesesuaian kulit bibir anda!


Cara Pilih Lip Tint

Lip tint telah menjadi salah satu produk kecantikan yang semakin popular di kalangan wanita.

Ini kerana warnanya yang cantik, menarik dan sifat tahan lama, serta boleh melengkapkan tampilan bibir anda.  

Ikuti sahaja tips di bawah untuk memilih produk lip tint yang terbaik:

  • Pilih warna yang sesuai dengan warna kulit

Kulit cerah kelihatan lebih menawan dengan warna nude, pink lembut, merah, beri, oren, merah bata, atau coklat teracota.

Sebaliknya, kulit gelap pula lebih sesuai dengan warna coklat pekat, rust red, oren terang, maroon, burgendies atau deep wine.

Tambahan pula, lihat juga ulasan daripada pengguna lain untuk mendapatkan gambaran warna apa yang sesuai dengan skintone.

  • Tahan lama dan selesa dipakai

Beberapa produk lip tint memang terkenal dengan cirinya yang tahan lama, tapi ada yang mungkin akan membuat bibir terasa kering atau tak selesa.

Sebelum beli, cari tahu tentang formula dan tekstur produk tersebut. Adakah produk itu memberi kelembapan atau anda perlu memakai lip balm terlebih dahulu?

Tambah lagi, baca juga ulasan pengguna lain untuk tahu adakah produk tersebut selesa dipakai sepanjang hari.

  • Jenama

Dalam memilih lip tint yang terbaik, brand lip tint juga memainkan peranan.

Perhatikan bahan-bahan yang digunakan dalam formulanya dan elakkan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti paraben atau pewarna sintetik yang boleh merosakkan kulit bibir.

  • Cuba produk sebelum beli

Sebelum beli lip tint, pergi ke kedai kosmetik seperti Guardian, Watson, atau Sephora dan swatch beberapa sample lipstick pada tangan atau bibir.

Jadi, anda boleh rasa teskturnya dan lihat warna lip tint yang sesuai dengan warna kulit muka. 


Apa Kelebihan Dan Kelemahan Lip Tint?

Salah satu kelebihan utama produk lip tint ialah menawarkan warna bibir yang kelihatan semula jadi dan tahan lama kerana mempunyai tona warna yang lebih natural berbanding lipstick, menghasilkan penampilan yang 'fresh'. 

Tambahan pula, mempunyai tekstur yang ringan dan selesa dipakai, tanpa rasa berat atau melekit, jadi ini sesuai untuk mereka yang lebih suka rupa yang lebih semula jadi dan ringan, atau yang tidak biasa memakai gincu.

Beberapa produk lip tint juga boleh melembapkan, merawat bibir dan juga boleh digunakan sebagai 'blush on' pada pipi.

Tapi kekurangan utamanya ialah mempunyai formula yang lebih cair daripada lipstik biasa dan boleh membuat bibir anda kering jika anda tidak menggunakan lip balm.

Selain itu, menanggalkan lip tint dari bibir juga agak susah jika lip tint telah kering atau jika anda menggunakan terlalu banyak.

Anda mungkin perlu menggunakan micellar water atau membasuh bibir beberapa kali untuk menghilangkan lip tint sepenuhnya.


Cara-Cara Gunakan Lip Tint

Berikut adalah panduan langkah lengkap untuk gunakan lip tint:

  1. Pastikan bibir anda lembap dengan menggunakan lip balm atau petroleum jelly.
  2. Biarkan selama 15 minit dan lap dengan tisu. Ini membantu lip tint melekat dengan sekata dan membuang sel kulit mati.
  3. Kemudian, sapukan lip tint pada bibir bagian dalam, bawah dan bahagian luar bibir atas. 
  4. Elakkan tap dengan tangan dan ambil berus untuk blend lip tint pada tepi bibir serta buatkan lip tint lagi smooth.

Nak lagi mudah, tengok je video kat bawah:


Apa Beza Antara Lip Tint Dan Lipstick?

Kedua-dua produk bibir ini memang popular, tapi apakah perbezaan antara kedua-duanya?

Ciri-ciri Lip Tint Lipstik
Ketahanan warna 8 jam atau lebih Perlu disapu semula setiap 2-3 jam
Tekstur Cair, ringan Pekat, berlilin atau berkrim
Formula Berasakan air  Berasaskan minyak atau lilin
Pigmen warna Kurang pigmen  Banyak pigmen
Pilihan shade Pilihan warna terhad Terdapat pelbagai jenis warna lipstick
Kelembapan Memberi kelembapan pada bibir Tidak melembapkan dan boleh mengeringkan bibir jika digunakan terlalu lama
Calit Tidak mudah comot Mudah comot
Kesan akhir Glossy, matte dan warna lebih natural

Shimmer, glossy, matte dan warna lebih menonjol 

Liputan Memberi kesan stain pada bibir dan liputan yang lebih semula jadi

Menutup permukaan bibir


Artikel Berkaitan

End of Article