Kamera DSLR (Digital Single-Lense Reflex) merupakan jenis kamera yang luhur serta istimewa dalam kategorinya tersendiri. Siapa sangka kamera yang dahulunya menjadi status quo sesetengah golongan kini menjadi alatan fotografi wajib yang hampir dibawa ke mana sahaja? Daripada majlis perkahwinan sehingga menjadi ‘alatan pencantik' suapan laman sosial Instagram, Twitter, Tumblr serta Facebook. ‘
Harga yang mampu milik menjadi keutamaan dan kami telah tetapkan harga RM 2,500 sebagai paras maksima. Sebagai tambahan, semua kamera dibawah mampu disambung dengan WiFi untuk dipindahkan gambar ke telefon pintar anda atau komputer riba dengan mudah. Lihat di bawah untuk ketahui lebih lanjut!
Kamera ini bukan calang-calang kamera. Tengok sekali pasti tak terduga bahawa kamera ini mampu merangkul TIPA WORLD AWARDS 2018, sebuah anugerah berprestij dalam dunia fotografi bagi kategori Best DSLR enthusiast atau “Penggemar DSLR terbaik”.
Resolusi 24.2 MP hanya sebagai pembuka selera. Model kamera ini dilengkapi enjin pemprosesan DIGIC 7 yang membolehkannya mengambil gambar dalam keadaan malap atau low light dengan sempurna. Bukan itu sahaja, sistem auto fokus nya iaitu Dual Pixel CMOS AF merupakan sistem pemfokusan lensa kamera terpantas di dunia.
Kualiti gambar portrait yang dihasilkan juga setanding professional dengan bantuan depth of field yang tanpa cacat cela. Sebagai tambahan, sistem Bluetooth nya merupakan Bluetooth Rendah Tenaga, maka segala koleksi gambar anda dapat dipindahkan ke telefon pintar atau komputer riba tanpa menggugat ketahanan bateri!
Apabila keadaan terlampau terang atau terlampau gelap menyebabkan ketidakstabilan komposisi kecerahan dalam gambar berlaku. Tetapi, hal ini bukan lagi masalah anda kerana model Nikon yang satu ini didatangi enjin pemprosesan imej EXPEED 4 yang mampu mengimbangi tona warna putih dalam sesebuah gambar tanpa over exposure.
Dalam keadaan-keadaan tertentu, pilihan scene mode yang pelbagai mampu menambat hati anda apatah lagi feature yang satu ini dibantu oleh Sistem Pengenalan Suasana atau Scene Recognition System, maka tiada lagi kebuntuan dalam memilih scene mode apa yang sesuai! Kamera ini mempunyai resolusi kamera 24.2 MP.
Sebagai tambahan, model kamera ini juga merupakan mesra pemula atau beginner-friendly kerana dilengkapi mod pembimbing (guide mode) secara built-in untuk memudahkan anda menelusuri tetapan kamera ini dengan mudah!
Model kamera yang datang daripada CANON ini mempunyai lensa kamera 18.0 Megapixel. Namun, jangan biarkan harganya yang murah membuatkan anda tertipu! Jika anda sedang dalam kekangan bajet tapi masih mahu berjinak-jinak dengan kamera DSLR, usah khuatir. Julat ISO yang besar membolehkan anda mengambil gambar dalam keadaan rendah cahaya atau low light setaraf kamera lain yang lebih tinggi tag harganya.
Pengambilan gambar potret juga tak terkecuali kualitinya. Senang cerita, asas sebuah kamera DSLR anda boleh dapati daripada model ini dengan harga berpatutan di pasaran!
Gah berdiri dengan kebolehupayaan untuk merakam setinggi kualiti 4k ULTRA HD diiringi bunyi stereo bagi menghasilkan filem atau video setanding di pawagam. Didatangi secara default dengan 5 axis Hybrid Vibration Reduction, hasil rakaman anda kini tidak lagi bergoyang-goyang malah kelihatan seperti diletakkan di atas tripod. Ditambah pula dengan kebolehan 60× optical zoom dan 120× dynamic fine zoom, moment yang jauh kita dekatkan dengan tambahan resolusi 20.2 MP.
Dengan resolusi 16 MP dan mampu zoom in sebanyak 83× optical zoom serta 166× Dynamic Fine Zoom, subjek yang sukar dilihat oleh mata kasar kini boleh dikenalpasti. Buat pengguna professional, anda boleh mengakses dail mod PSAM yang merangkum kawalan exposure penuh bagi menghasilkan kualiti gambar mengikut spesifikasi tertentu.
Namun, para pemula pula tidak perlu risau tentang kawalan exposure kerana model kamera ini mampu membantu anda dalam menghasilkan gambar yang standard. Paling penting, kamera ini dilengkapi dengan GPS secara built-in, maka setiap gambar bolehlah ditag dengan lokasi untuk menghasilkan kenangan yang terbaik!
Ya, sistem Auto Focus model ini hampir senyap dengan bantuan Stepping Motor (STM). Sistem AF-nya kekal senyap untuk memastikan hanya suara daripada latar yang direkod bukan daripada bunyi lensa memfokus.
Tambahan pula, skrin model kamera ini merupakan skrin sentuh dan membolehkan anda mengendalikan kamera ini seperti telefon pintar anda! Tiada lagi aksi kekok ketika menggunakan kamera. Buat mereka yang sudah bersedia untuk Advanced Level, mod manual tersedia khusus untuk anda.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!