Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal sepanjang masa.
Ayah ada cara tersendirinya untuk meluahkan rasa kasih sayangnya pada keluarga dan ada kalanya pengorbanan seorang ayah jarang di lihat.
Tidak lama lagi Hari Ayah Sedunia akan disambut pada bulan Jun nanti dan pasti ramai yang masih mencari hadiah untuk ayah tercinta.
Jika bukan pada Hari Ayah pun, anda pasti mahu cari hadiah sesuai untuk ayah sempena hari lahir Ayah anda.
Jangan pening-pening, jom pilih senarai cadangan hadiah untuk ayah dari kami, dan pasti anda dapat idea hadiah untuk ayah dan beli barang kesukaan ayah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 40 Idea Hadiah Terbaik Untuk Ayah
Reka bentuk moden tanpa abaikan keselesaan pengguna, inilah kerusi pejabat dari jenama Kenzzo yang sesuai untuk ayah anda yang perlu kerja lama di pejabat.
Kerusi pejabat ini dibina dengan kaki keluli yang kuat dan tahan lama, memastikan kestabilan dan sokongan jangka panjang.
Selain itu, struktur kerusi ini direka secara saintifik mengikut tubuh manusia, jadi ia menawarkan faedah ergonomik.
Reka bentuk kerusi ini yang simple turut menawarkan saiz yang kecil untuk dimuatkan pada mana-mana ruang pejabat.
Ayah anda juga boleh nikmati fleksibiliti tempat letak kaki yang boleh ditarik untuk keselesaan tambahan.
Sementara itu, kerusi ini turut dilengkapi dengan roda PU yang menghalang risiko tergelincir dan calar pada lantai.
Demi keselesaan, kerusi ini mempunyai jaring mesh yang selesa dan tahan lama, memberikan pengudaraan yang sangat baik dengan tempat duduk yang diperbuat daripada mesh dan span.
Akhir sekali, tentu sekali ia merupakan kerusi pejabat boleh laras, jadi boleh laraskan ketinggian kerusi ini dengan mudah dan sesuaikan dengan posisi duduk.
Sememangnya sudah menjadi impian sorang anak untuk membantu orang tuanya yang ingin lebih mendekatkan diri pada agama pada usia senja.
Sudah menjadi kebiasaan di usia tua, orang tua kita akan lebih banyak luangkan masa menunaikan ibadah seperti membaca Al-Quran dan sebagainya.
Jadi hadiah Al-Quran digital ini memang sangat sesuai untuk ayah anda kerana ia akan membantu memberi panduan lengkap cara bacaan yang betul.
Bukan itu sahaja, cara bacaan yang betul juga boleh didengari menerusi pen pembaca digital yang disertakan.
Selain itu, Al-Quran digital ini lulus KDN, jadi tak perlu risau jika terdapat kesalahan dalamn cetakan Al-Quran ini.
Kalau anda sedang mencari baju Melayu moden untuk Hari Raya akan datang buat ayah tercinta, anda boleh dapatkan baju Melayu moden yang best ini.
Apa yang menarik, material pada baju ini menggunakan paloma pearl skin yang memberikan rasa lembut seperti sutera, jadi sangat selesa untuk dipakai.
Selain itu, kemasan warna baju juga mengenakan matt satin berkualiti tinggi dengan 15 pilihan warna baju yang boleh disesuaikan untuk ayah anda.
Dengan zip di baju bahagian bawah ketiak kiri, baju Melayu moden ini mudah untuk dipakai dan tidak terasa ketat.
Memang berbaloi dapat beli awal baju Melayu moden, tak kira sebelum raya Aidilfitri atau Aidiladha ni, tak perlu susah-susah berebut dan harga pun mampu milik.
Hadiah kopiah ini tentunya sesuai untuk ayah anda yang rajin pergi ke surau atau masjid untuk menunaikan solat fardu.
Dengan rekaan warna hitam, tentunya kopiah ini tidak mudah kotor jadi akan sentiasa nampak kemas dan bersih.
Selain itu, mempunyai lubang di bahagian atas bagi memberi pengudaraan yang baik pada bahagian kepala semasa memakainya dalam tempoh yang lama.
Harga kopiah ini juga murah, jadi memang sesuai jika anda kurang bajet tetapi mahu beli hadiah yang bermanfaat buat ayah.
Anda sedang mencari hadiah untuk memenangi hati ayah mentua? Kami cadangkan untuk dapatkan kerusi malas ini sebagai hadiah buat ayah mentua yang dikasihi.
Dengan bahan binaan yang berkualiti, kerusi malas ini mampu menampung beban sehingga 100kg, jadi memang sesuai untuk lelaki yang berbadan sedikit besar.
Kain alas yang digunakan pula diperbuat dari oxford cloth dengan campuran plastik dan pearl cotton, jadi memang akan membuatkan ayah mentua anda rasa selesa semasa sandar.
Bukan setakat sandar, kerusi malas ini juga boleh diubah dalam keadaan baring, dan kedudukannya boleh diubah dengan sangat mudah.
Harga pula tidak terlalu mahal, jadi anda dapat jimatkan bajet dan dalam masa sama beri hadiah yang bermanfaat buat ayah mentua anda.
Hadiah kurta ini memang sesuai untuk diberikan buat suami, dan dia pun boleh pakai secara kasual semasa hari Jumaat untuk pergi menunaikan solat Jumaat.
Apa yang menarik, kurta ini mengenakan reka bentuk kemeja Polo yang akan membuatkan suami anda kelihatan lebih kacak daripada biasa.
Memang sangat sesuai untuk lelaki yang kurang gemar dengan baju cutting fit, jadi tidak akan membuatkan suami anda kelihatan seperti memakai baju yang ketat.
Selain mempunyai kualiti kain yang bagus dan selesa, pilihan warna kurta ini juga agak menarik dan sesuai untuk kaum lelaki.
Bila usia ayah kita dah menjangkau ke usia warga emas ni, tentu kita nak permudahkan urusannya dan beri keselesaan, terutama sekali ketika beribadah.
Jadi kami cadangkan anda untuk hadiahkan sejadah sandar ini untuk keselesaan ayah anda semasa berada di surau atau masjid.
Sejadah sandar ini juga mudah digunakan dan senang dibawa ke mana sahaja kerana turut datang bersama dengan beg simpan sejadah.
Material sejadah ini juga bermutu tinggi, dihasilkan menggunakan kain baldu bersama cetakan embossed yang cantik.
Yang penting, bahagian penyandar pada sejadah ini mampu menampung beban sehingga 105kg, sesuai untuk ayah yang berbadan besar sedikit.
Bayangkan, setelah penat bekerja seharian dan disorongkan bantal ini.. Fuh! Pasti tidur akan lena sepanjang malam.
Bantal ini dibuat daripada mikrofiber putih anti debunga dan diisi dengan serat hipolergenik yang dihasilkan secara khas untuk memberikan keselesaan dan sokongan yang baik.
Ciri menarik lain, disebabkan bantal ini mempunyai isian serat hipolergenik menjadikannya tidak berbau busuk.
Selain itu, bantal ini dilengkapi dengan perlindungan mitesgard pada sarungnya untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap debunga, bakteria, dan kulat.
Jadi ayah anda boleh tidur dengan lebih tenang, bersih dan selamat digunakan untuk tempoh masa yang lebih lama daripada bantal biasa.
Hadiah paling mudah, anda boleh belikan mereka t-shirt pelbagai warna supaya boleh dipakai setiap hari!
Jangan risau, jenama Champion yang kami cadangkan ini sesuai untuk semua saiz badan lelaki daripada S hingga ke 2XL.
T-shirt ini sangat selesa dipakai kerana menggunakan fabrik kapas dan mudah menyerap peluh.
Tapi sebelum beli, pastikan tahu saiz badan ayah anda supaya baju yang dipakai elok di badan ya!
Anda boleh berikan jam pintar ini sebagai hadiah untuk bapa guru, selain ada pelbagai faktor yang menarik ia juga sesuai sebagai penghargaan buat seorang guru.
Antaranya, terdapat ratusan aplikasi yang boleh digunakan untuk keperluan ayah anda seperti mod kesihatan, kadar denyutan jantung, tahap kardio dan mod aktiviti.
Ada juga mod GPS, ciri mudah untuk akses pembayaran, dengar muzik, sosial, berita, games, timer dan banyak lagi.
Dengan rekabentuk 3 ATM dan pengisian dalam masa kira-kira setengah jam, jam pintar ini sangat sesuai untuk semua aktiviti.
Ciri lain juga dilengkapi dengan pemproses Qualcomm® Snapdragon™ Wear 4100+, memori 1GB RAM, penyimpanan 8GB, skrin AMOLED berwarna 1.28", skrin sentuh, suara dan pelbagai lagi.
Jam pintar ini dikuasakan oleh Wear OS oleh Google dan sesuai digunakan dengan telefon yang menggunakan versi terkini Android™ atau iOS.
Pemanggang BBQ Juyogo G6879 bersaiz kecil ini amat mudah dibawa ke pantai, kem pengembaraan, atau di mana sahaja yang bapa anda inginkan.
Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang selamat dan mesra alam, pemanggang ini juga tahan lama.
Anda hanya perlu buka pemanggang ini, tambah arang dan sudah sedia untuk digunakan!
Jika ayah anda seorang yang sukakan aktiviti luar, mungkin hadiah ini boleh buatkan dia tersenyum lebar!
Hadiahkan beg yang ringan ini untuk bapa anda yang suka ke gym!
Diperbuat daripada nylon dan polister berkualiti tinggi, beg gym ini ringan, tahan lama dan boleh menyimpan segala keperluan gym ayah anda dengan mudah.
Dengan adanya beg ini, bapa anda akan mempunyai beg yang selesa, praktikal dan bergaya untuk menemani setiap perjalanan ke pusat kecergasan atau sebarang aktiviti sukan.
Berikan hadiah terbaik untuk bapa anda dengan membeli mesin trim janggut jenama Philips ini.
Dengan teknologi DualCut, bapa anda boleh mencukur, membentuk dan menggunting janggut dengan sempurna untuk gaya muka yang ideal.
Tambah lagi, mesin ini membantu bapa anda mencukur dengan rata dan membentuk dengan sempurna seperti janggut lebat, kumis, janggut samping, garis leher, atau misai.
Terdapat 3 sikat disediakan untuk memotong rambut wajah secara merata dan menjaga panjang yang seragam untuk janggut lebat, janggut, kumis, janggut samping, atau misai dengan ketebalan 1mm, 3mm, dan 5mm.
Berikan hadiah sarung tangan TWC Sport Glove separuh jari ini untuk bapa yang gemar naik motosikal!
Sarung tangan ini adalah asli dan berkualiti tinggi, dengan bahan yang lembut dan tahan lama.
Sarung tangan ini akan bantu untuk mengelakkan tangan daripada tergelincir ketika menunggang basikal dan motosikal.
Sesuai untuk sukan indoor dan outdoor seperti berbasikal, gim, memancing, berlari, dan banyak lagi.
Terdapat dalam pilihan warna hitam, biru, dan merah jadi anda boleh pilih mengikut warna kesukaan bapa anda.
Bapa sudah lama tidak tukar phone baru? Anda harus membeli telefon pintar Galaxy A73 5G sebagai hadiah hari jadi atau ulang tahun untuk bapa anda.
Dengan sistem operasi Android 12 dan antara muka One UI 4.1 serta dikuasakan oleh Snapdragon 778G 5G, telefon ini menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar.
Dengan skrin Super AMOLED+ seluas 6.7 inci dan resolusi 1080 x 2400 piksel, memberikan visual yang jelas dan tajam.
Kamera belakang dan hadapan yang bagus membolehkan pengambilan gambar berkualiti tinggi.
Mempunyai bateri 5000 mAh, telefon ini boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama tanpa perlu risau tentang bateri yang cepat habis.
Tambahan pula, telefon pintar ini juga mempunyai sensor cap jari di bawah skrin yang akan mudahkan bapa anda unlock telefon dengan mudah.
Dengan skrin FHD+ Dynamic AMOLED 2X seluas 6.9 inci dan kadar penyegaran 1-120 Hz, telefon jenama Samsung ini menawarkan visual yang menakjubkan.
Turut dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 2 yang inovatif, sangat sesuai untuk bapa yang suka bermain permainan video atas talian!
Telefon ini mempunyai 12GB RAM dan penyimpanan ROM 256GB atau 512GB, membolehkan prestasi yang cepat dan penyimpanan yang luas.
Paling menarik, kamera belakang dan hadapan yang berkualiti tinggi dengan kapasiti bateri 5,000 mAH menjadikanya tahan lama dan boleh digunakan sepanjang hari.
Paling penting, telefon ini kalis air, habuk dan dilengkapi dengan pelbagai sensor seperti ultrasonic fingerprint, accelerometer, gyro, proximity, compass, dan barometer.
Dengan alat ini, anda dapat membantu ibu bapa anda memantau tekanan darah mereka sendiri secara rutin di rumah.
Jadi anda dapat sedikit bertenang dalam menjaga kesihatan mereka dan boleh merujuk mereka kepada doktor jika sesuatu terjadi.
Mesin ini mempunyai skrin digital yang cukup besar dan tulisan yang cukup jelas untuk memudahkan bapa anda merekod nombor yang tertera pada skrin.
Turut mempunyai fungsi bunyi amaran jika bacaan kesihatan yang di ambil tidak baik dan perlu rawatan atau pemerhatian segera.
Sangat sesuai sebagai hadiah ayah pencen yang memerlukan pemantauan kesihatan di rumah.
Pada waktu petang ayah anda suka berkebun di luar rumah bersama ibu anda? Jika ya, hadiahkan beliau set peralatan berkebun ini.
Disertakan penyodok taman tugas berat, kulir, rake, gergaji lipat kuat, pisau utiliti, pita pengukur 3m, 3 penyodok alat hujung mini, dan garpu dalam bekas penyimpanan.
Dengan set alatan kebun ini pasti akan mewujudkan keseronokan bercucuk tanam dan memudahkan kerja tanaman bapa anda.
Ayah anda suka camping pada hari cuti? Jika ya, dapatkan set cooking outdoor ini untuk gembirakan hatinya.
Set ini juga ada periuk daripada bahan aloi aluminium yang tahan lama jadi anda tidak perlu beli periuk secara berasingan.
Selain itu, tedapat periuk besar, kuali menggoreng, teko, mangkuk, periuk sup, sudu nasi dan span untuk memudahkan ayah anda membasuh peralatan memasak.
Dengan peralatan sesuai ayah anda akan dapat menghidangkan hidangan lazat dan merasai pengalaman memasak di hutan dengan lebih menyeronokkan!
Adakah bapa anda seorang yang sukakan aktiviti camping di hutan?
Jawapannya ya, hadiahkan sahaja bapa anda Automatic Tent Outdoor kerana sesuai untuk hobi mereka.
Lagipun dengan hadiah ini, anda dan adik beradik lain sekalipun boleh join sekali.
Ciri khemah ini mudah dipasang dan cukup kukuh untuk digunakan semasa berkhemah di luar seperti di tepi sungai atau pantai.
Joran pancing Artemis ini diperbuat daripada serat karbon padat yang akan memberikan kekuatan dan daya tahan lasak yang baik menjadikannya sesuai untuk memancing di kolam.
Selain itu, serat karbon digunakan dalam tongkat pancing berkualiti tinggi kerana joran ini ringan dan ada beberapa pilihan panjang joran iaitu 1.5m, 1.68m, 1.8m dan 1.98m.
Rekaan tongkat pancing ultralight seperti Artemis Ultralight Rod yang portable memudahkan anda bawa dan menggunakan tongkat dengan mudah.
Menariknya, joran pancing ini tegap dan dalam masa yang sama mempunyai sensitiviti yang tinggi apabila ada ikan makan umpan.
Anda akan merasakan getaran halus pada hujung tongkat untuk bantu anda meningkatkan peluang anda untuk response dengan cepat untuk tarik keluar ikan.
Memang hadiah yang sangat sesuai untuk ayah kaki pancing!
Bapa anda baru pulang dari umrah atau haji? Dia rindu dengan bau wangian di Madinah? Beli sahaja bau wangian karpet ini kerana baunya seakan bau karpet di Masjid Nabawi dan Raudhah.
Terubatlah sedikit kerinduannya apabila memakai wangian ini untuk beribadah.
Cara penggunaan sangat mudah, anda hanya sapukan sedikit di sejadah atau karpet rumah anda, pasti wangi 1 rumah anda!
Perlu kami ingatkan, baunya sedikit kuat jadi anda hanya perlu beberapa titis sahaja untuk wangikan seluruh rumah.
Memang inilah hadiah yang simple untuk ayah anda.
Bukan saja wanita yang sukakan barang wangian, lelaki juga sukakan bauan yang wangi dan segar!
Nah, inilah masanya untuk anda hadiahkan ayah tersayang barangan wangian daripada Romano ini kerana wangian standard emas, dengan haruman tahan lebih lama dan bau maskulin.
Rekaan botolnya juga agak menarik dengan warna emas, menambahkan lagi tarikan pada jenis wangian ini.
Walaupun harganya tidak mahal, ia tetap merupakan satu minyak wangi yang berkualiti. Jadi belilah sekarang!
Mungkin ayah anda seorang yang gemarkan gaya minimalis dan klasik, jam ini sesuai untuk mereka.
Tali jamnya diperbuat daripada 100% kulit asli dan kalis air menjadikannya sesuai digunakan untuk pelbagai aktivit harian.
Permukaan jamnya pula diperbuat daripada material stainless steel, sangat nipis dan tahan lasak.
Jam ini bercirikan ‘three dimensional scale’, menjadikan jam tangan daripada jenama Olevs ini pilihan utama penggemar jam klasik.
Bila kali terakhir anda belikan kasut untuk ayah? Kalau nak kasut unik, anda boleh berikannyakKasut Hans IX yang diperbuat daripada kanvas.
Kasut ini tersedia dalam tiga warna seperti kelabu, hitam dan biru laut dengan harga yang berpatutan jadi anda boleh beli dan pilih warna kasut yang disukai oleh ayah.
Rekaan kasut ini ringkas dan kemas menjadikannya sesuai untuk si ayah pakai untuk ke pejabat atau keluar bersiar siar.
Kelebihan dompet ini mempunyai bahagian kecil yang banyak jadi sangat sesuai jika bapa mentua anda mempunyai kad yang pelbagai.
Kebanyakan dompet lelaki, tidak mempunyai poket kecil khas untuk duit syiling jadi rekaan dompet Polo Hill Mens ini mempunyai zip kecil. Mudahlah nanti nak simpan duit syiling.
Menariknya lagi, dompet ini dilengkapi dengan RFID Theft Protection, jadi tidak perlu risau duit dalam kad bapa mentua anda dijamin terjaga.
Siapa penggemar motorsikal pasti tahu jenama topi keledar jenama GXT ini.
Helmet ini berkualiti tinggi dan sangat selesa dipakai tapi jangan risau, harganya berpatutan.
Terdapat 7 pilihan warna yang tersedia, jadi anda boleh pilih mana satu yang sesuai untuk si ayah.
Dengan pembelian helmet ini, anda boleh berikan keselamatan yang terbaik untuk ayah tercinta!
Adakah anda nak cari set hadiah terbaik dengan harga berpatutan untuk bapa anda? Dapatkan sahaja set hadiah dari POLO HILL ini.
Bapa anda akan dapat dompet dan tali pinggang berkualiti tinggi. Selain itu, dompet ini mempunyai 1 kad ID, 2 poket duit dan 9 slot untuk kad.
Beg PLAYBOY ini tahan lasak dan boleh digunakan semasa bekerja, melancong, atau bersantai pada hujung minggu.
Diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi, tali badan juga boleh disesuaikan.
Turut mempunyai dua cara pemakaian iaitu boleh digunakan sebagai beg bahu atau beg sling dan anda boleh gayakan mengikut pilihan masing-masing.
Dengan penguncian magnet yang kukuh dan kompartmen utama dilengkapi dengan zip untuk perlindungan tambahan.
Selain itu, beg ini mempunyai banyak ruang untuk meletakkan barang-barang penting.
Pasti beg PLAYBOY ini semestinya akan menjadi beg kegemaran ayah anda!
Sangat sesuai jika ayah anda mempunyai saiz badan besar untuk berjalan di atas treamdill ini kerana dikhaskan untuk aktiviti berjalan.
Ciri-ciri keselamatan mesin treadmill ini sangat bagus kerana mempunyai tahan lasak, isyarat bahaya, perlindungan anti-beban, kunci untuk kanak-kanak dan anti-gelincir.
Treadmill ini mampu menampung berat sehingga 90 kilogram dan bersaiz sederhana 120 x 42 sentimeter.
Menariknya lagi, anda tidak perlu khuatir tentang ruang penyimpanan kerana dengan ketebalan 6.5 sentimeter anda boleh sorok dibawah katil atau sofa.
Kelainan walking treadmill ini ialah tidak mempunyai handrails dan bahagian paparan tetapan diganti dengan alat kawalan jauh bercirikan 3 mod seperti berjalan, jalan kaki laju dan larian pendek.
Ayah anda suka menonton movie atau filem aksi dan mendengar lagu? Kami syorkan belikan mereka soundbar mampu milik ini.
Dengan kawalan fungsi Bluetooth 4.2 Wireless Stereo speaker ini boleh dimainkan sehingga jarak 10 meter.
Malah dengan frekuensi 2402 – 2480MHz sudah cukup untuk mendengar lagu walaupun berada jauh dari soundbar.
Saiz bateri 2200mAh mampu menghidupkan soundbar sehingga 6 jam untuk penggunaan berterusan dan boleh bawa ke mana saja.
Ciri seluar Levi's Men's 505 Regular Fit Trousers 100 peratus menggunakan material cotton, mempunyai zip dan direka straight fits.
Jangan risau, walaupun direka straight fits tapi sesuai untuk setiap jenis bentuk badan.
Cuma kena pilih saiz yang tepat dan sesuai untuk padankan dengan saiz pinggang. Bayangkan kalau ayah korang pakai seluar jenis ini, pasti kelihatan muda dari usia sebenar. Sangat handsome!
NIVEA MEN Shaving Foam ini dapat membantu pisau cukur mencukur bulu-bulu halus dengan selesa dan menjadikan tektsur kulit tidak kasar serta memudahkan proses mencukur.
Menariknya, kulit akan rasa sejuk dan segar selepas menggunakan shaving foam ini.
Sangat sesuai digunakan oleh ayah yang mempunyai misai yang banyak dan perlu mencukur misai.
BOSCH GSB 120-LI GEN 2 Profesional Cordless Impact Drill dikuasakan dengan bateri lithium-ion 12 volt, memberikan kekuatan dengan keupayaan torque yang hebat.
Dengan torque yang berpusing dari 14 hingga 30Nm, ia dengan mudah mengendalikan permukaan yang lembut dan keras, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi.
Dilengkapi dengan dua tetapan kelajuan, driller ini menawarkan fleksibiliti untuk menyesuaikan kelajuan dalam setiap kerja anda.
Sama ada anda sedang melakukan drill pada permukaan yang lembut yang memerlukan kecermatan atau bahan yang agak keras dan kasar, kawalan kelajuan boleh diubah bagi memastikan prestasi optimum.
Kelajuan tanpa beban berputar dari 0 hingga 400rpm dalam gear pertama dan 0 hingga 1,500rpm dalam gear kedua, membolehkan kerja drill dan pemasangan yang cekap.
Beratnya pula hanya 0.9kg tidak termasuk bateri, membuat drill ini mudah untuk dipegang dan digunakan dengan selesa untuk untuk tempoh yang lama.
Akhir sekali, dengan kadar impak maksimum 22,500bpm dan keupayaan drill berputar dari 1.5 hingga 13mm, drill ini memberikan kuasa dan kerja menggerudi yang mengagumkan.
Tidak kira sama ada anda sedang bekerja pada kayu, keluli, atau batu, ia dengan mudah menembusi pelbagai bahan.
Sangat sesuai dijadikan hadiah untuk ayah anda yang sudah pencen dan mahu luangkan masa buat kerja kayu atau ubah suai rumah.
Topi SKM menggunakan material kanvas jadi sesuai untuk si ayah keluar memakai untuk melindung kepala dari sinar UV.
Bahagian belakang topi pula mudah untuk dibentukkan sesuai dengan saiz kepala kerana menggunakan kepil besi.
Kalau nak sweet-sweet dengan ayah tersayang, beli dua topi untuk pakai sedondon.
Jangan risau, topi SKM ni sesuai dipakai untuk lelaki dan juga perempuan.
Tali pinggang jenama Palyboy ini dieprbuat daripada kulit dan jika si ayah pakai, pasti kelihatan muda.
Ditambah pula kepala tali pinggang versatile, akan menampakkan ciri-ciri kelakian bergaya.
Paling penting, mudah dan cepat untuk melaraskan kepala dan tali kulit bila pakai.
Tarik saja! Tak perlu nak masukkan cangkuk ke dalam lubang-lubang kecil.
Jika ayah anda seorang yang tidak gemar memakai kasut untuk kemana mana dan lebih sukakan sandal santai, selipar slip on daripada Fipper ini sesuai dijadikan hadiah.
Selipar jenis getah yang ringan dan simple untuk digayakan kerana selipar ini diperbuat daripada getah dan sangat ringan.
Malah sangat sesuai jika bapa anda mempunyai masalah sakit kaki.
Jika bapa anda seorang yang kuat berdengkur dan mengganggu tidur, ini adalah hadiah terbaik.
Bantal khas anti-snore dapat menjamin keselesaan tidur mereka sekaligus mengurangkan dengkuran.
Bantal yang diperbuat daripada 100% latex direka khas untuk menyokong tulang belakang.
Bahagiakan ayah anda pada Hari Bapa yang akan tiba tidak lama lagi dengan menghadiahkan kerusi urut daripada Snowfit!
Semakin si ayah menginjak usia, semakin mereka sering mengadu sakit belakang, jadi tidak salah jika anda berikan kerusi urut ini sempena Hari Bapa kelak.
Lengkap dengan lebih daripada 12 fungsi pastinya membuatkan setiap ringgit yang dibelanjakan berbaloi.
Trend memberikan jambangan bunga yang digantikan dengan duit kertas semakin menjadi ikutan ramai.
Anda boleh memilih nilai wang kertas yang anda inginkan dan mereka pasti mampu menurut segala permintaan anda.
Tidak salah jika anda ingin memberikan jambangan bunga dalam bentuk duit kertas ini kepada si ayah untuk Hari Bapa.
Mereka pasti teruja dengan pemberian anda pada kali ini.
Apa Yang Boleh Saya Beli Untuk Membahagiakan Ayah?
Jika anda mencari cara untuk menyenangkan hati ayah anda, terdapat banyak pilihan hadiah yang boleh membawa kegembiraan kepada beliau dan anda akan melihat senyuman di wajahnya.
Berikut beberapa pilihan idea hadiah untuk ayah tersayang:
-
Alat Elektronik Terkini
Jika ayah anda gemar dengan teknologi, dapatan alat elektronik terkini seperti jam tangan pintar, telefon pintar, peranti audio berkualiti tinggi, atau peranti gaming.
Sekaligus membolehkan ayah anda menikmati hiburan atau memperoleh manfaat dari teknologi terkini yang tersedia.
-
Kit Peralatan Sukan
Jika ayah anda seorang yang aktif dalam sukan, peralatan sukan baru seperti kasut lari berkualiti tinggi, pakaian sukan, atau alat-alat sukan seperti raket tenis atau kelengkapan golf boleh menjadi hadiah yang paling bermakna untuknya.
-
Buku atau Ebook Kegemaran
Jika ayah anda suka membaca, hadiahkan beliau buku terkini daripada penulis kegemarannya atau langganan ebook yang membolehkannya mendapatkan akses kepada koleksi buku yang luas.
Jadi beliau akan mendapat pengetahuan baru dan peluang untuk bersantai secara berfaedah pada hujung minggu,
-
Percutian atau Pengalaman Unik
Ini termasuk pakej percutian ke destinasi impian beliau, pendaftaran dalam kelas yang diminatinya seperti memasak, seni, atau sukan, atau tiket untuk menghadiri konsert atau persembahan idola beliau.
-
Peralatan Atau Alat Kebun
Jika ayah anda mempunyai kebun sendiri atau suka menghabiskan masa di taman, belikan beliau peralatan atau alat kebun yang berkualiti tinggi. Jadi beliau seronok menjalankan hobi tersebut.
Peralatan kebun yang baik termasuk set perkakas taman, alat penyiram yang canggih, peralatan pemotong rumput, atau tangki air untuk kegunaan taman beliau.