Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cara Untuk Membeli-Belah Antarabangsa Secara Online Di Malaysia: Ulasan & Perbandingan

ezbuy vs Lazada vs 11Street. Siapa yang memberi pengalaman membeli-belah antarabangsa terbaik?


Kasar peralihan ke pembelian secara dalam talian secara terus menerus kian berkembang di Malaysia, begitu juga dengan penerimaan pembelian antarabangsa secara dalam talian di sini. Ini disebabkan budaya membeli belah cara global telah memberikan setiap individu dengan pelbagai pilihan dan seleksi produk termasuk akses yang lebih cepat kepada produk yang mereka inginkan , berbanding terpaksa untuk menunggu giliran untuk mendapatkannya jika ia sampai ke pasaran tempatan.

Salah satu contoh yang baik adalah Taobao daripada AliBaba. Masyarakat Malaysia menyumbang hampir kepada 8% peratus daripada keseluruhan trafik di bawah world.taobao.com. Walaubagaimanapun masih terdapat satu kelemahan melalui pembelian dengan platform sebegini iaitu jurang komunikasi yang luas disebabkan oleh masalah bahasa. Salah satu contoh terdekat dengan ini adalah Amazon.com, laman dari Amerika Syarikat yang semakin popular namun ia dikenali kerana kos penghantaran yang mahal dan caj import terutamanya jika anda tinggal di luar Amerika.

Perbandingan: Membeli barangan antarabangsa

ezbuy Lazada 11street
Kaedah membeli Beli terus Beli terus Beli terus
Caj penghantaran RM8.80/ apa pun berat Percuma Percuma
Pilihan penghantaran Ekonomi*, Ekspres*, Biasa Biasa Biasa
Kaedah penerimaan Penghantaran/kutip sendiri Penghantaran Penghantaran

Ekonomi dan Ekspress boleh digunakan hanya untuk is ezbuy China dan Taiwan

Kaedah membeli

Dengan laman web biasa anda, anda sentiasa disubjekkan sebagai membeli secara terus. Pada laman web membeli-belah seperti ezbuy, Lazada, dan 11Street anda dijanjikan dengan kaedah belian secara terus yang pantas dan efisyen. Kadangkala mencari sesetengah produk antarabangsa boleh menjadi sedikit menjengkelkan, dengan kebanyakan produk tidak didapati seperti yang kita jumpainya di kebanyakan kedai e-dagang tempatan.

Di sinilah konsep membeli untuk saya diperkenalkan, Membeli untuk saya ini adalah ciri-ciri yang membenarkan anda untuk membenarkan anda barang yang diinginkan dari laman web lain yang jarang memberikan penghantaran ke tempat anda. Ia membantu untuk memudahkan anda dengan memberikan akses kepada barangan yang seringkali tidak mampu anda beli, kini sudah semakin digemari di pasaran dalam talian global.

Ezbuy adalah salah satunya yang menawarkan cara ini, boleh membantu jika anda sering ke Amazon dan mendapat tahu bahawa produk yang anda inginkan tidak dihantar ke Malaysia. Untuk merasai pengalaman “membeli untuk saya” hanya salin alamat url barang yang anda inginkan itu dan letakkannya pada bahagian carian, dan biarkan mereka yang menjalankan tugas untuk anda. Tambahan lagi, kemampuan untuk membeli barang dari Amazon menjadikan pembelian global lebih mudah selain memastikan anda mampu mendapatkan barang yang anda inginkan tanpa sebarang had.

Anda tidak akan lagi terganggu dengan perkataan “barang ini tidak dihantar ke Malaysia”. Seperti tagline mereka, anda kini boleh membeli secara global secara tempatan. Kami telah mencuba ia di kebanyakan laman lain dan ia berfungsi dengan cukup hebat. Teruskan membeli-belah!

Walaupun kaedah “membeli untuk saya” ini seperti penyelesaian untuk membeli belah antarabangsa bagi anda, anda seharusnya mengambil kira bahawa anda harus membayar untuk produk tersebut dua kali ganda – pertama ketika keluar dari Ezbuy dan kedua ketika produk anda tiba di gudang antarabangsa. Info lebih lanjut di sini.

Caj penghantaran

Seperti yang telah kami beritahu, caj penghantaran boleh menjadi harga sesuatu barang itu lebih mahal. Dalam satu keadaan, caj penghantaran luar negara keseluruhannya dua kali ganda dari harga barang yang saya beli. Adakah ia berbaloi? Ya bagi saya namun tidak bagi akaun bank saya.

Setelah melihat kebanyakan laman membeli belah dalam talian, ia adalah perkara yang sama sahaja – membeli barang pada tahap antarabangsa boleh menjadi suatu proses yang benar-benar mahal dan penghantaran memainkan peranan untuk kenaikan harga ini.

Kami membandingkan dua penghantaran item iaitu pelatih lengan dan Furby dengan harga dari ezbuy, Lazada, dan 11Street. Berdasarkan kajian kami, walaupun lazada dan 11street menawarkan penghantaran percuma namun harganya lebih mahal berbanding menggunakan Ezbuy.

Pykal 2x Hand Exerciser Finger Strengtheners

Lazada 11street ezbuy
Harga produk RM 181.03 RM 145.92 RM 76.14
Caj penghantaran Percuma Percuma RM 105/ Tanpa Prime
RM 8.80/ Prime
Keseluruhan RM 181.03 RM 145.92 RM 181.14/ Tanpa Prime
RM 84.94/ Prime

Hasbro Furby Connect Friend

Lazada 11street ezbuy
Harga barang RM 364.81 RM 334.86 RM 199.71
Caj penghantaran PERCUMA PERCUMA RM 60/ Tanpa Prime
RM 8.80/ Prime
Keseluruhan RM 364.81 RM 364.81 RM 259.71/ Tanpa Prime
RM 208.51/ Prime

Selepas melihat ni, kami menapati walaupun barangan tersebut diklasifikasikan di Lazada dan 11Street sebagai bebas dari caj penghantaran, malangnya caj tersebut telah pun sedia dimasukkan ketika anda membeli produk tersebut.

Membeli-belah dengan ezbuy adalah proses yang lutsinar di mana anda membayar untuk barang anda, penghantaran domestik dan penghantaran antarabangsa. Anda juga boleh menambah insuran pada pembelian anda dan juga caj penghantaran Malaysia, di mana kedua-duanya adalah pilihan anda – untuk meyakinkan bahawa barang anda beli itu akan sampai kepada anda dengan selamat. Ini menjadikan pembelian anda termasuk penghantaran menjadi lebih murah berbanding dengan Lazada & 11street.

Caj penghantaran dipotong lebih rendah dengan menggunakan keahlian Prime dari ezbuy. Walaupun anda perlu membayar sebanyak RM 188 setiap tahun namun anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai perkara menarik serta tawaran penghantaran yang luarbiasa.  Ahli Prime ditawarkan kadar rata untuk penghantaran sebanyak RM 8.80 untuk setiap pembelian dalam apa sahaja kuantiti dan berat. Jika anda bercadang untuk mengambil kesempatan ke atas kelebihan ezbuy, daftarlah sebagai ahli Prime sekarang. Ia berbaloi untuk membeli barangan yang besar dan berat seperti perabot, katil dan lain-lain.

Kaedah penghantaran dan jangkamasa

Kebanyakan laman membeli belah secara dalam talian menawarkan produk dari pelbagai tempat – Amerika, Korea, Taiwan Dan China hanya untuk menamakan beberapa yang popular. Lazada dan 11street kedua-duanya menawarkan pelbagai pilihan produk pada tahap antarabangsa, jadi anda boleh mendapatkan barangan kulit dari Korea, perkakasan memasak dari Amerika dan stokin yang sangat berpatutan serta alas telefon pintar dari China.

Untuk mendapatkan produk anda – terutamanya jika anda membeli belah pada tahap antarabangsa boleh menjadi proses yang sukar. Masa penghantaran yang lama boleh menjadi suatu masalah termasuk kos yang kadangkala dimuatkan bersama. Namun kebanyakan laman membeli belah lain seperti Lazada, ezbuy, dan 11Street – menawarkan penghantaran biasa, kaedah penghantaran yang sesuai untuk semua yang boleh menghantar barangan anda dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan.

Walaupun Ezbuy tidak menawarkan penghantaran percuma naun mereka masih menawarkan pelbagai kaedah penghantaran yang sesuai dengan semua bajet; aitu kaedah penghantaran yang sangat ekonomi ika anda ingin menjimatkan kos dan tidak kisah dengan penghantaran yang mengambil masa yang panjang, keutamaan diberikan kepada penghantaran bukannya jangkamasa ia sampai. Namun ia hanya boleh didapati untuk Taiwan dan China bukannya kedai di Amerika Syarikat.

Kaedah penerimaan

Ketika menanti untuk menerima barangan anda Lazada, 11Street, dan ezbuy semuanya akan menghantarnya pada alamat yang telah disediakan. Walaupun ini nampak mudah untuk kebanyakan orang, namun agak masalah untuk mereka yang jarang berada di rumah, terutamanya jika mereka perlu ke pejabat pos untuk mengambil pakej mereka. Hanya untuk mendapati pejabat pos telah tutup. Ya kami bercakap dari pengalaman peribadi.

Ezbuy turut mempunyai beberapa lagi pilihan penghantaran yang lebih mudah. Ambil pakej anda dari trak Ezbuy tanpa sebarang kos – hanya periksa jadual di laman web Ezbuy dan datang ke destinasi yang anda telah pilih. Terdapat juga beberapa tempat untuk anda mengambil pakej anda dengan harga RM 2.90 di serata tempat untuk anda yang menetap di Lembah Klang, Johor Dan Penang. Anda boleh mengutip pakej pembelian anda di Mail Boxes ETC., Collectco, ataupun BHB. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lihat senarai pengambilan penuh mereka.

Seperti yang telah kami katakan, Ezbuy turut menghantar ke alamat yang anda telah pilih namun pilihan ini adalah antara yang paling mahal.

Fikirkan dan Kesimpulannya

Ketika membeli belah di dalam talian, anda harus mengambil kira beberapa faktor – kaedah pembelian, caj penghantaran, kaedah penghantaran serta kaedah penerimaan. Kemungkinan pembelian dalam talian anda dibuatkan dengan cara yang mudah jadi anda tidak perlu mengambil kira sebarang bajet. Oleh itu anda tidak perlu berfikir panjang untuk membayar lebih bagi mendapat penghantaran ke pintu rumah anda. Jika anda gemarkan cara begini oleh itu Lazada dan 11street sesuai untuk anda.

Namun begitu, jika anda mengambil berat pasal bajet dan akan cuba untuk berjimat yang mana perlu, cubalah menggunakan ezbuy. Anda akan mengetahui kos yang terlibat dalam setiap proses penghantaran merupakan cara yang paling mudah untuk anda berjimat dari segi penghantaran dan pengambilan barangan anda. ezbuy juga boleh menadi sangat berguna jika anda mencari barang tertentu yang tidak boleh dijumpai di pasaran tempatan.

Tentu sekali, membuat keputusan bukanlah semudah yang dijangka namun akhirnya anda akan dapat peluang untuk mempertimbangkan faktor-faktor berikut. Dengan itu anda akan mampu untuk memilih kedai dalam talian mana yang mampu memberikan yang terbaik untuk anda. Oh ya, jika anda berminat untuk membeli belah dengan ezbuy, mereka sedang menghadiahkan voucher bernilai RM15 + penghantaran dengan diskaun 15% untuk pembelian pertama dengan mendaftar di sini! Selamat membeli belah!

End of Article