Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kami Diberi Peluang Untuk Review Samsung Galaxy A8 Terkini

Rasanya A8 versi baru ni best tak?

Dengan persaing dan generasi sebelumnya yang banyak, anda fikir bahawa Samsung Galaxy A8 versi 2018 tidak menghasilkan kejutan? Silakan, tetapi kami akan buktikan yang anda silap. Samsung telah mengambil model telefon pintar sebelumnya yang baik dan memperbaikinya, menghasilkan satu keajaiban teknologi yang tidak ternilai.

Kebaikan Keburukan
Berpatutan - produk yang bagus pada harga yang tidak mahal Tidak banyak ciri-ciri kamera yang menarik seperti model terbaik Samsung
Operasi sistem yang terbaik - tidak mudah sangkut atau cepat panas dengan penggunaan yang berat Jangka hayat bateri yang memuaskan - kami sebenarny menjangkakan lebih baik daripada ini
Sangat tahan lasak - padu dan tebal, menggunakan Gorilla Glass Gorilla Glass mudah kotor dan kabur, oleh itu bersedialah untuk tugas pembersihan
Specs kamera yang baik  
Penampilan yang elegan dan licin  
Kalis air   

Penampilan Luaran

Samsung Galaxy A8 versi 2018 mempunyai banyak perubahan pada luarannya, menghasilkan perbezaan yang ketara daripada 2016. Pada tahun 2018, A8 direka khas untuk tahan lasak walaupun ia lebih kecil. Selain itu, ia juga kalis air dan debu serta dilengkapi dengan skrin kaca Gorilla.

[caption id="attachment_3327" align="alignnone" width="696"]

Eh, kenapa... awak tak basuh telefon awak?[/caption]

Kami memang setuju mengenai gelas Gorilla yang mudah kotor dan kabur, dan anda harus mengelapnya untuk mengekalkan kekemasan. Walau bagaimanapun, dengan ketahanannya, anda pasti mengadu mengenai skrin yang kotor. Antara mudah kotor dan mudah retak, majoriti lebih rela memilih mudah kotor.

Mengenai skrin paparan, Samsung masih lagi mahu mengekalkannya. Mereka juga tidak akan menjadikan skrin paparan A8 melengkung seperti yang lain. Walaupun skrin yang rata tidak popular, mereka masih lagi ingin mengekalkan rekaan yang klasik dan mudah tersebut.

Inilah Perubahan Yang Dikatakan

[caption id="attachment_3329" align="alignnone" width="696"]

Apa yang anda tidak nampak iaitu 10 minit yang digunakan untuk mengelap kotoran pada skrin.[/caption]

Speaker diubah ke sisi, manakala posisi asal berada di bawahnya. Mungkin perubahan ini tidak terlalu ketara, tetapi perkara ini dapat meningkatkan kualiti audio dengan mengurangkan risiko anda tertutup speakernya dengan jari. Ucapkan selamat tinggal kepada bunyi yang tenggelam.

Untuk memastikannya lebih menarik, pengimbas cap jari kini berada di bawah kamera anda. Risau mengotorkan lensa kamera pula? Jangan risau, jarak pengimbas tersebut sangat jauh daripada kamera. Jika anda tertanya-tanya mengapa Samsung melakukan perubahan sebegini? Baiklah, kami ada berita gembira untuk anda.

Alasannya, Samsung telah mengambil langkah pengubahsuaian pada Galaxy A8 tahun ini seperti telefon pintar yang lain. Mereka telah membuang home button menjadikan telefon anda semuanya skrin paparan. Home button masih ada di bahagian bawah telefon tetapi berada bersama skrin paparan (lah, janganlah risau). Hanya perlu swipe keatas ketika skrin sedang aktif untuk mendapatkan akses home button. Dengan kelebihan ini, ia benar-benar menghasilkan Galaxy A8 versi 2018 yang sangat slim dan elegan.

Mengenai Penambahbaikan Teknologi?! Dimanakah?

[caption id="attachment_3330" align="alignnone" width="696"]

Kalaulah hidup aku terurus seperti barisan penyerang Plants vs Zombie.[/caption]

Ciri-ciri Penerangan
Prosessor Octa-core(2 x 2 GHz Cortex-A73 & 6 x 1.6 GHz Cortex-A53)
Memori 32/ 64 GB, 4 GB RAM
Bateri Bateri  3000 mAh Li-Ion yang tidak boleh ditanggalkan, anggaran bertahan sehingga 24 jam bercakap
Paparan Skrin sentuh pelbagai AMOLED

 

Sudah tentu, yang di dalam juga penting, dan anda akan gembira untuk mengetahui bahawa Galaxy A8 versi 2018 dilengkapi dengan peningkatan perisian utama. Walaupun ini adalah model telefon pertengahan, dengan konsep telefon pintar, apa yang dibayar itulah yang dapat. Galaxy A8 sangat mengagumkan. Menggunakan OS Android Nougat, 4 GB RAM, dan pek bateri 3000 mAh, anda dapat apa yang anda bayar - dan lebih lagi.

Untuk membuktikan bahawa sistem ini dapat berfungsi dengan jayanya, kami membuka aplikasi Plant Vs Zombie, salah satu permainan video yang sangat-sangat menggerunkan apabila dibuka pada telefon pintar kerana boleh menyebabkan cepat panas dan sangkut. Kami berjaya main! Malah beberapa kali pusingan. Kami menjangkakan permainan video ini akan menyebabkan Galaxy A8 cepat panas dan melambatkannya. Tetapi ia masih bertahan hampir hampir setengah jam

Tentang Kameranya Pula

Samsung juga terkenal dengan ciri kamera yang sangat baik, dan A8 ini tidak mengecewakan. Untuk telefon pintar dengan tag harga yang rendah, kameranya bagaikan hadiah yang kekal diberikan. Dilengkapi dengan kamera utama 16 megapixel dan dua kamera hadapan – 8MP dan 16 MP masing-masing. Terdapat fungsi mod sudut lebar untuk kegunaan selfie; tiada lagi cut-off! Anda dijanjikan gambar yang hebat walaupun dalam pencahayaan yang rendah.

[caption id="attachment_3331" align="alignnone" width="696"]

Sedang mencuba semua mod selfie yang berbeza.[/caption]

Dari segi rakaman video, tangan yang bergoyang tidak menjadi isu lagi; A8 dilengkapi dengan mod penstabilan imej elektronik. Walau bagaimanapun, setiap mawar yang cantik mempunyai duri, dan duri di sini adalah hakikat yang bahawa A8 tidak mampu untuk merakam video gerak perlahan atau 4K. Namun, ia bukan satu benda yang pelik dan membimbangkan bagi kamera telefon, sejujurnya, anda juga boleh edit video anda dengan aplikasi pengeditan video - jangan sedih, anda masih dapat rakaman gerak perlahan anda.

[caption id="attachment_3332" align="alignnone" width="696"]

Cantik tak?[/caption]

Ia Juga Kalis Air

Itulah dia – maaf kami terlupa untuk menyebutnya awal-awal lagi. Selain daripada kalis debu, ya, ianya kalis air juga. Pada awalnya kami mengalirkan air dari paip ke atas telefon ini, tetapi tidak memuaskan kami (tidak seronok). Jadi, kami mengujinya pula dengan menukarkan sebuah bekas kepada kolam air mini - opps Galaxy A8 saya terjatuh kedalamnya. Kami terkejut mendapati bahawa segalanya dalam keadaan baik selepas sahaja kami mengeluarkannya.

[caption id="attachment_3333" align="alignnone" width="696"]

Selam![/caption]

Kesimpulannya?

Tahun 2018, Samsung telah benar-benar merombak A8. Kami telah mengujinya dengan pelbagai cabaran, dan ia lulus dengan cemerlangnya – ketahanan, ujian kalis air, hayat bateri, tetapan kamera. Ini semua perkara yang diperlukan oleh anda untuk sebuah telefon pintar. Ya, ianya bukannya yang model terbaru dan perdana, tetapi ingat, ianya model telefon pintar pertengahan.

Konklusinya, jika anda mencari telefon pintar yang berpatutan, membawa gelombang terkenal di Instagram, tidak akan terlalu panas atau lag ketika sedang sibuk bermain permainan video, atau pecah ketika berlaku hentaman, maka Samsung Galaxy A8 2018 pastinya telefon pintar yang perlu anda pertimbangkan. Bagi kami, telefon pintar ini adalah pemenang.

[caption id="attachment_3334" align="alignnone" width="1000"]

#teamandroid[/caption]

Berapa Harganya Ya? 

Samsung Galaxy A8 versi 2018 dijual di Lazada pada RM 1,799. Anda juga boleh membayarnya secara ansuran sebanyak RM 149.92 sebulan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article