Teknologi

10 Kamera Digital Murah di Malaysia 2026 (Dibawah RM1000)

Kamera digital murah terbaik di Malaysia: kamera retro CCD dari RM247 (disemak 13 Ogos 2026), plus kamera aksi kalis air bawah RM1000. Harga dan ciri sebenar.

A
Editor · Updated 22 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Kamera Digital Murah di Malaysia 2026 (Dibawah RM1000)

Jawapan ringkas: kamera digital murah terbaik di Malaysia buat masa ini ialah kamera retro CCD KiTBEEZ 18X WIFI, RM247 di Shopee Malaysia (harga disemak 13 Ogos 2026). Gaya vintage yang sedang tren di kalangan pelajar, skrin flip 180 darjah untuk selfie, dan jauh lebih murah daripada jenama besar. Jika anda mahu jenama mapan dengan lebih ciri kalis air untuk aktiviti luar, AKASO EK7000 Pro (RM328, dalam senarai di bawah) masih pilihan berbaloi.

Kandungan
AKASO EK7000 Pro
Kamera Digital Untuk Travel 1 daripada 11
AKASO EK7000 Pro
Dari RM625.98
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kalis Air
Boleh hasilkan video 4K
Tidak boleh zoom
1 lagi
Boleh kawal guna remote

AKASO EK7000 Pro merupakan sebuah kamera digital yang popular dikalangan pecinta aktiviti outdoor.

Kamera digital mampu merakam video dan foto berdefinisi tinggi membuatkannya sesuai untuk mereka rakam moments lakukan aktiviti lasak. 

Paling penting, harga kamera ini juga tidak terlalu mahal dan tahan lasak!

Kamera ini dilengkapi dengan resolusi video 4K Ultra HD, foto dengan 16MP, stabilisation gambar elektronik, WiFi built-in, dan case tahan air.

Jadi anda boleh menggunakannya dalam air hingga kedalaman 40 meter.

Kamera ini juga dilengkapi dengan berbagai aksesori tambahan seperti alat kawalan jauh dan dua bateri yang boleh dicas semula.

Terdapat beberapa jenis mount dan klip diberikan yang memudahkan anda untuk melekatkan kamera di topi keledar, motor atau peralatan aktiviti yang lain.

Kamera digital boleh menyimpan gambar atau video di dalam bentuk digital dengan hasil yang berkualiti. 

Video atau gambar kamera digital boleh dipindahkan ke dalam laptop, telefon pintar dan anda juga boleh cuci gambar tersebut!

Terdapat pelbagai jenis kamera digital di pasaran yang anda boleh pilih dengan tawaran harga kamera digital yang berpatutan.

Jom lihat senarai jenama kamera digital terbaik yang anda boleh dapatkan. Jangan risau, kamera murah pun ada! 


Senarai 10 Kamera Digital Bawah RM1000 Terbaik

FUJIFILM A100
Kamera Digital Murah 2 daripada 11
FUJIFILM A100
Dari RM799
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga yang murah
Saiz kompak dan mudah disimpan
Kualiti gambar kurang baik pada waktu malam
1 lagi
Ada image stabilisation

Fujifilm A100 merupakan sebuah kamera digital yang simple, mampu milik dan mudah digunakan oleh kebanyakan orang. 

Kamera digital ini sesuai untuk anda yang mahukan kamera compact dan sesuai untuk digunakan secara harian.

Selain itu, mempunyai sensor 16.1 megapixel, kanta zoom 5x dan rakaman video HD.

Turut dilengkapi dengan tetapan kamera automatik, pengesan senyuman (smile detection) serta filter kreatif.

Bagaimanapun, antara kekurangan kamera digital ini adalah sensornya lebih kecil daripada kamera digital jenama lain dan kawalan manual terhad.

SONY DCS-KW11
Kamera Digital Untuk Vlogging 3 daripada 11
SONY DCS-KW11
SONY
Dari RM1,199
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ada rakaman full HD
Dilengkapi WiFi dan NFC
Kawalan manual terhad
1 lagi
Lens kamera boleh pusing 180 darjah

Sony merupakan jenama kamera digital yang terkenal dan Sony DSC-KW11 ini merupakan kamera digital unik yang direka untuk peminat swafoto. 

Kamera digital ini mempunyai bentuk segi empat sama dan lensa yang boleh pusing 180 darjah untuk ambil gambar swafoto anda dengan mudah. 

Jadi anda tidak perlu lagi memusingkan kamera ke belakang dan hanya perlu pusingkan lensa sahaja. 

Kamera ini mempunyai sensor 19.2 megapiksel, rakaman video HD penuh, sambungan Wi-Fi dan NFC, lensa sudut lebar 21mm dengan zoom optik 5x dan paparan skrin sentuh. 

Bagaimanapun, reka bentuk dan ciri unik kamera digital ini mungkin kurang diminati oleh sesetengah orang.

TOSHIBA CAMILEO BW10
Kamera Digital Poket 4 daripada 11
TOSHIBA CAMILEO BW10
TOSHIBA
Dari RM299
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kalis air
Rakaman video full HD 1080p
Kualiti gambar kurang memuaskan
1 lagi
Bateri tidak tahan lama

Toshiba Camileo BW10 merupakan sebuah kamera digital kalis air yang direka untuk kegunaan luar dan dalam air. 

Kamera digital ini boleh merakam video HD penuh 1080p, dengan sensor 5 megapixel dan zoom secara digital 10x!

Walaupun ciri kamera digital ini terhad, reka bentuknya yang lasak serta mudah digunakan menjadikannya salah satu pilihan yang bagus untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Cara ini dapat memupuk minat fotografi anak-anak dengan merakam journey atau kenangan mereka di dalam air atau di luar rumah.

Kamera ini tahan lama dan mudah dikendalikan menjadikannya kamera permulaan yang bagus untuk jurugambar dan juruvideo muda.

Nikon Coolpix S560
Kamera digital untuk pelajar 5 daripada 11
Nikon Coolpix S560
Nikon
Dari RM788
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga berpatutan
Penstabilan gambar VR optikal
Kemampuan zoom terhad
2 lagi
Pelbagai mod pemandangan
Saiz compact

Kamera Digital Nikon Coolpix S560 hadir dengan reka bentuk kamera yang compact dan bergaya. 

Dengan resolusi 10 megapiksel dan lensa Zoom-NIKKOR 5x yang canggih, kamera ini menghasilkan gambar digital yang menakjubkan dengan ketajaman yang luar biasa. 

Selain itu, turut dilengkapi dengan Penstabilan Gambar Optikal (VR) untuk mengurangkan gegaran.

Ciri ini juga akan memastikan gambar yang tajam dan stabil walaupun dalam keadaan cahaya rendah atau ketika mengambil subjek yang sedang bergerak.

ISO 3200 pada kamera ini meningkatkan lagi kualiti gambar dengan mengurangkan noise dan menghasilkan warna yang hidup.

Sementara itu, sistem pemprosesan gambar EXPEED yang inovatif dari Nikon mampu mengurangkan noise dan nisbah S/N untuk kualiti gambar yang optimal. 

Kamera ini juga menggabungkan inovasi Nikon dalam kamera yang mesra pengguna seperti In-Camera Red-Eye Fix, D-Lighting, dan Face Priority AFn. 

Lebih menarik, dengan 15 mod pemandangan, dengan mudah anda dapat memilih tetapan yang sempurna untuk pelbagai situasi bergambar. 

Harga yang tidak begitu mahal dengan ciri-ciri yang hebat, kamera Digital Nikon Coolpix S560 memang sesuai untuk golongan pelajar.

48MP 1080P CAMERA DIGITAL
Kamera digital untuk fotografi 6 daripada 11
48MP 1080P CAMERA DIGITAL
Dari RM376.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kualiti gambar resolusi 48MP
Ada ciri pengesanan wajah
Tiada sambungan Wi-Fi
1 lagi
Menyokong kad mikro SD hingga 128GB

48MP 1080P Digital Camera merupakan sebuah kamera compact yang sangat berkuasa. 

Turut menawarkan pengalaman fotografi dengan resolusi tinggi dan kemampuan merakam video yang cantik.

Dengan sensor 48 megapiksel, saiz filem 1080P, dilengkapi autofocus, aperture F/3.2, dan zoom 16X, kamera ini menjamin kualiti gambar dan ketajaman gambar yang luar biasa.

Skrin paparan IPS 2.4-inci pula cukup besar untuk anda melihat kembali gambar yang diambil.

Dilengkapi dengan ciri-ciri pengesanan pintar, termasuk face and smile detection, kamera ini secara pintar mengesan wajah.

Paling menarik, kamera ini akan mengambil gambar ketika subjek sedang senyum. 

Sementara itu, mod beauty pula dapat membuat anda kelihatan lebih cantik atau kacak.

Walaupun memiliki ciri-ciri yang hebat, kamera ini tetap ringan dengan hanya seberat 102g sahaja. 

Sony Cybershot DSC-W530 Original digital camera
Kamera digital terbaik secara keseluruhan 7 daripada 11
Sony Cybershot DSC-W530 Original digital camera
Dari RM749
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kamera saiz compact
Reka bentuk praktikal dan ringan
Tiada kemampuan sambungan Wi-Fi kongsi gambar
2 lagi
Kamera dengan ISO tinggi
Dilengkapi mod Sweep Panorama

Kamera Digital Sony Cybershot DSC-W530 hadir dengan resolusi 14.1MP yang boleh menghasilkan gambar yang menakjubkan dengan butiran yang jelas. 

Lensa zoom optik wide-angle Carl Zeiss 4x, setara dengan 26-105mm dalam format 35mm.

Ini akan membolehkan anda mengambil pelbagai subjek, dari gambar sudut pemandangan hingga ke sudut potret dengan mudah.

Dengan saiz kecil hanya  9.2 x 5.2 x 1.9 cm dan berat hanya 97g, anda boleh membawanya ke mana-mana dengan mudah.

Skrin LCD 2.7-inci memudahkan anda untuk melihat serta menyusun gambar anda dan kepekaan kamera boleh disesuaikan sehingga 3200 ISO.

Selain itu, kamera ini juga menyokong rakaman video VGA 640 x 480, membolehkan anda merakam kenangan sepanjang perjalanan. 

Mod Sweep Panorama pula membolehkan anda mengambil foto panorama ultra wide-angle yang menakjubkan tanpa menggunakan tripod

Paling menarik, kamera digital ini ada ciri SteadyShot yang boleh memastikan gambar tajam dan tidak bergegar walaupun dalam keadaan cahaya rendah. 

Sony Cybershot DSC-W530 adalah pilihan yang bijak kerana juga merupakan sebuah kamera murah dengan kualiti terbaik.

FOTO DC402 CCD Digital Camera
Kamera digital untuk pemula 8 daripada 11
FOTO DC402 CCD Digital Camera
Dari RM299
Lihat harga di Shopee Malaysia
Resolusi video ultra HD 2.7K
Resolusi gambar 48.0 megapiksel
Skrin LCD terhad - saiz 2.8 inci
4 lagi
Autofokus dan 16X zoom digital
Mudah digunakan
Sesuai untuk pemula dalam fotografi
Pilihan tetapan time-lapse terhad

FOTO DC402 CCD adalah sebuah kamera digital yang berkualiti yang membolehkan anda merakam detik-detik menarik dalam kualiti gambar dan video yang memukau. 

Ia mudah digunakan dan paling sesuai untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia fotografi menggunakan kamera digital.

Dengan resolusi video ultra HD 2.7K dan resolusi gambar sebesar 48.0 megapiksel, kamera ini mampu menghasilkan gambar yang jelas dan tidak bergegar. 

Jika pencahayaan cukup, gambar anda pasti dalam kualiti terbaik.

Skrin LCD 2.8 inci membolehkan anda merakam detik-detik gembira bersama rakan, ahli keluarga dan anak-anak dengan mudah. 

Paling penting, kamera digital ini ringan dan mudah digunakan, menjadikannya hadiah yang sempurna untuk pemula dalam fotografi.

Nikon COOLPIX A10 Digital Camera
Kamera digital ergonomik 9 daripada 11
Nikon COOLPIX A10 Digital Camera
Nikon
Dari RM415.45
Lihat harga di Shopee Malaysia
Resolusi tinggi
Kebolehan zoom jauh
Tiada viewfinder

Nikon CoolPix A10 menggunakan 16.1 megapixel image sensor menjadikan pengambilan gambar yang mempunyai resolusi yang tinggi. 

Kamera ini juga menggunakan lensa NIKKOR 5x optikal zoom sehingga mampu zoom dengan sangat jauh tanpa merisaukan gambaran yang kabur atau pecah.

Bentuknya yang ergonomik iaitu kecil dan mudah dipegang menjadikan pengambilan gambar menggunakan kamera digital ini lebih selesa.

Jangan risau, dengan harga yang mampu milik ini anda tetap dapat menghasilkan kualiti gambar terbaik.

X2 HD 800W 2.0 Inch IPS 1080P Mini Digital Camera
Kamera Digital Untuk Kanak-Kanak. 10 daripada 11
X2 HD 800W 2.0 Inch IPS 1080P Mini Digital Camera
Dari RM3.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga sangat murah
Saiz kompak dengan resolusi terbaik
Kebolehan zoom yang terhad
2 lagi
Menyokong sehingga 32GB storan mikro SD
Tiada feature canggih

Kamera X2 HD 800W adalah sebuah kamera digital bersaiz kompak yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. 

Kamera ini hadir dengan skrin warna IPS 2.0-inci, membolehkan anda untuk akses ke fungsi dan tetapan kamera dengan mudah. 

Kamera ini hadir dalam dua pilihan warna menarik, iaitu biru dan merah jambu.

Selain itu, turut dilengkapi dengan lensa 800W, X2 HD menghasilkan gambar yang jelas dan terperinci dengan resolusi gambar 3264x2448 piksel. 

Anda juga boleh merakam video dengan resolusi 1920x1080 piksel. 

Dengan sokongan kad memori microSD hingga 32GB, anda mempunyai ruang simpanan yang mencukupi untuk menyimpan gambar dan video anda.

Kamera digital retro murah
11 daripada 11
KiTBEEZ Retro Digital Camera 18X WIFI CCD
KiTBEEZ
Dari RM247
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga jauh lebih murah daripada kamera digital jenama besar
Gaya retro/CCD yang sedang tren di kalangan Gen Z
Kualiti imej gaya vintage, bukan untuk cetak besar atau kerja profesional
2 lagi
Skrin boleh flip 180 darjah untuk selfie dan vlog ringkas
Jenama generik, bukan Canon/Sony/Fujifilm, jadi khidmat selepas jualan terhad

Kamera digital retro gaya CCD yang popular di kalangan pelajar dan peminat vintage, dengan skrin flip 180 darjah untuk selfie. Jauh lebih murah daripada kamera jenama besar.


Apakah Perbezaan Kamera Digital Dan Kamera Analog?

Kamera digital dan kamera analog memiliki perbezaan dalam cara rakaman, penyimpanan dan pemrosesan gambar.

Cara merakam gambar:

Kamera analog merakam gambar pada filem, sementara kamera digital merakam gambar pada sensor elektronik.

Cara menyimpan gambar:

Kamera analog menyimpan gambar pada filem, kemudian perlu ditukar menjadi format digital supaya dapat diproses secara digital. 

Manakala, kamera digital pula menyimpan gambar secara digital pada memori internal atau kad memori SD. 

Seterusnya, gambar anda boleh terus dibuka dan diproses secara digital.

Cara memproses gambar:

Cara proses gambar untuk kamera analog sedikit unik di mana memerlukan tindak balas kimia untuk menghasilkan gambar daripada filem.

Bagaimanapun, untuk kamera digital pula boleh memproses gambar secara langsung melalui software pemprosesan gambar.

Antara kelebihan kamera digital jika dibandingkan dengan kamera analog adalah kemampuan untuk melihat hasil gambar secara langsung selepas anda ambil gambar. 

Selain itu, kemudahan untuk memuat naik atau berkongsi gambar melalui WiFi/NFC/Bluetooth juga merupakan kelebihan kamera digital. 

Bagaimanapun, terpulang kepada minat individu tersebut kerana masih ada lagi golongan yang gemar akan ciri-ciri kamera analog yang khas, 

Ini kerana meraka mahukan hasil warna dan ketajaman pada hasil gambar nampak klasik dan lain daripada yang lain. 


Soalan lazim

Apakah kamera digital terbaik bawah RM500?

Dalam senarai di atas, model seperti AKASO EK7000 Pro dan FUJIFILM A100 sering menjadi pilihan kerana ciri asas yang lengkap (rakaman video, kalis air) pada harga yang berpatutan. Harga sebenar berubah mengikut promosi platform, jadi semak harga terkini di Shopee sebelum membeli untuk pastikan ia masih dalam bajet RM500. Kamera bawah RM500 biasanya sesuai untuk kegunaan santai seperti vlog harian atau aktiviti luar, bukan fotografi profesional.

Kamera digital murah yang mana terbaik?

Pilihan terbaik bergantung kepada kegunaan: untuk aktiviti luar dan sukan air, kamera aksi seperti AKASO EK7000 Pro lebih sesuai kerana kalis air dan tahan hentakan. Untuk kegunaan harian dan gambar keluarga, kamera kompak seperti Nikon Coolpix S560 atau Sony Cybershot DSC-W530 lebih ringkas dan mudah dibawa. Semua model dalam senarai ini dipilih berdasarkan ciri dan nilai harga, bukan jenama semata-mata.

Kenapa Gen Z suka guna kamera digital?

Trend kamera digital lama (seperti model point-and-shoot era 2000-an) semakin popular dalam kalangan Gen Z kerana kualiti gambar yang berbeza daripada kamera telefon, dengan warna dan tekstur yang lebih "retro" atau filem. Ia juga menjadi cara untuk mengasingkan gambar peribadi daripada media sosial telefon dan menjadikan pengalaman mengambil gambar terasa lebih istimewa. Harga yang lebih murah berbanding kamera mirrorless turut menjadikannya pilihan mudah untuk mencuba trend ini.

Apakah kamera paling murah tapi masih bagus?

Antara kamera paling murah dalam senarai ini seperti 48MP 1080P Camera Digital dan FOTO DC402 CCD Digital Camera menawarkan fungsi asas merakam dan menyimpan gambar pada harga yang sangat berpatutan. Walaupun murah, pastikan kamera pilihan anda mempunyai storan boleh tambah (kad SD) dan bateri boleh tukar ganti supaya lebih praktikal digunakan. Semak ulasan pembeli di Shopee untuk pastikan kualiti kamera tersebut konsisten dengan harga yang ditawarkan.


Artikel Berkaitan

Soalan Berkaitan

Apakah kamera digital terbaik bawah RM500?
Buat julat harga ini ada dua kategori: kamera retro/CCD gaya vintage seperti KiTBEEZ (RM247, disemak 13 Ogos 2026) untuk gaya dan kos rendah, atau kamera aksi kalis air seperti AKASO EK7000 Pro (RM328) jika anda perlukan lebih fungsi untuk aktiviti luar.

Kamera digital murah mana yang terbaik?
Bergantung kegunaan: untuk gambar gaya kasual dan kandungan media sosial, kamera retro CCD sudah memadai; untuk rakaman aktiviti luar atau bawah air, pilih kamera aksi kalis air seperti AKASO.

Kenapa ramai Gen Z suka guna kamera digital sekarang?
Trend ini didorong oleh gaya foto mentah/vintage yang berbeza daripada kamera telefon pintar yang terlalu diperhalusi AI, dan kamera retro seperti ini murah untuk dicuba tanpa perlu melabur dalam kamera mahal.

Apakah kamera paling murah tetapi masih bagus?
Kamera retro CCD generik seperti KiTBEEZ bermula sekitar RM139 hingga RM247 bergantung model dan ciri (zoom, WiFi), jadi anda boleh dapatkan sesuatu yang berfungsi dan bergaya tanpa perlu belanja lebih RM300.

Lagi daripada ProductNation