Lenovo Malaysia memperkenalkan barisan Legion terbaru sempena acara Lenovo Legion Hands-On, menampilkan laptop gaming berkuasa tinggi, peranti mudah alih, serta aksesori dengan prestasi dipacu AI, sistem penyejukan canggih dan paparan imersif khas untuk komuniti gamer tempatan.

Menurut Chris Osborne, Pengarah Pengguna Lenovo GTAP, gamer hari ini mencari lebih daripada sekadar kelajuan.
“Mereka mahukan pengalaman pintar, imersif dan disokong teknologi terkini. Legion baharu ini satukan perkakasan canggih, perisian dioptimumkan AI, dan rekaan berani untuk jadi penanda aras baharu dunia gaming,” katanya.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Laptop Gaming Premium
Legion Pro 7i (16”)
Laptop flagship ini menjadi tumpuan dengan kuasa penuh untuk gamer kompetitif.
-
Pemproses: Intel® Core™ Ultra 9 275HX
-
GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 50 Series (sehingga RTX™ 5090)
-
Paparan: 16” WQXGA OLED, 240Hz
-
Harga bermula: RM13,999
Legion Pro 5i (16”)
Alternatif lebih mampu milik dengan rekaan agresif dan sistem termal Coldfront Hyper.
-
Pemproses: Sehingga Intel® Core™ Ultra 9
-
GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5070
-
Paparan: 16” OLED, 165Hz
-
Harga bermula: RM7,699
Legion 9i (18”)
Laptop paling berkuasa setakat ini dengan integrasi sistem penyejukan cecair.
-
Pemproses: Sehingga Intel® Core™ Ultra 9
-
GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 50 Series
-
Paparan: 18” PureSight 4K (sokongan 2K 3D tanpa cermin mata)
-
Rekaan: Carbon fiber ringan + Coldfront Vapor Cooling
-
Harga bermula: RM21,999
Legion 7i (16”) & Legion 5i (15”)
-
Legion 7i: Rekaan logam penuh, 10% lebih nipis & 7% lebih ringan, sesuai untuk pelajar STEM. Pengecasan pantas 50% dalam 30 minit. Harga bermula RM9,999.
-
Legion 5i: Pilihan serba guna untuk pelajar universiti bukan STEM, 13% lebih nipis berbanding generasi lepas. Harga bermula RM6,499.
Gaming Mudah Alih & Aksesori
Selain laptop, Lenovo turut memperluaskan ekosistem Legion dengan beberapa peranti baharu.

Antara yang menarik perhatian ialah Legion Go 2, sebuah konsol mudah alih dengan skrin OLED 8.8 inci pada kadar segar semula 144Hz, dipacu cip AMD Ryzen™ Z2 dan bateri tahan lebih lama. Ia akan mula dijual pertengahan Oktober pada harga RM5,399.
Lenovo juga memperkenalkan Legion Tab Gen 3, sebuah tablet bersaiz 8.8 inci 2.5K yang menggunakan Snapdragon® 8 Gen 3 dengan sokongan Ray Tracing, membolehkan kadar segar semula sehingga 165 FPS. Tablet ini ditawarkan pada harga RM2,199.
Bagi mereka yang mahukan pengalaman berbeza, Lenovo hadir dengan Legion Glasses Gen 2.
Kaca mata ini menggunakan paparan micro-OLED untuk menghasilkan skrin maya sebesar 126 inci, ringan serta mudah dibawa ke mana-mana, sesuai untuk gaming mahupun streaming. Harga jualannya bermula RM1,799.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri Lenovo Legion terbaru, boleh layari laman rasmi Lenovo Malaysia dan untuk berita semasa lain, stay up-to-date dengan ProductNation di sini, Instagram & juga TikTok.