Semasa saya melihat senarai-senarai laptop yang terkini, saya sedar yang komputer zaman sekarang dah tak macam dulu.
Kita bukan lagi cakap tentang "berapa cepat processor" atau "berapa banyak RAM".
Sekarang, kita cakap tentang penggunaan teknologi AI.
Masa awal AI diperkenalkan, kita tentu ingat kalau nak guna AI kena ada sambungan internet.
Tapi AI PC bukan AI generik yang perlukan sambungan internet, ia AI yang hidup dalam PC kita sendiri tanpa perlu ke cloud.
Inilah yang dipanggil AI PC.
AI PC bukan sekadar buzzword marketing.

Ia satu langkah revolusioner daripada Intel, yang menggabungkan tiga komponen penting dalam satu cip, iaitu; CPU, GPU dan NPU (Neural Processing Unit).
Gabungan cip-cip ini bukan sahaja buat PC kita lebih laju, tapi lebih bijak dan lebih efisien dalam tugasan harian.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Macam Mana AI PC Mudahkan Hidup Saya Sebagai Editor?
Sebagai seseorang yang kerja dalam dunia kandungan dan suntingan, saya sentiasa berdepan dengan ratusan tab, fail besar dan aplikasi berat macam CapCut, Photoshop dan AI tools untuk bantu research atau generate idea.
Bila pakai laptop biasa, saya memerlukan sambungan internet setiap kali nak guna semua aplikasi tu dan kadang-kadang bila perlu buat kerja di luar, sukar untuk dapatkan sambungan internet yang stabil.

Tapi bila saya cuba AI PC berasaskan Intel Core Ultra, saya perasan perbezaan yang sangat ketara.
Contohnya, bila saya guna feature AI untuk transkripkan audio interview kepada teks, proses tu jadi jauh lebih cepat sebab semuanya diproses secara lokal melalui NPU yang tidak memerlukan bahan dimuatnaik ke cloud.
Sama juga macam editing software atau touch-up gambar dalam Photoshop, AI dalam PC tu boleh bantu tanpa perlahankan kerja saya.

Apa yang paling saya suka, AI yang ada dalam PC ni tak curi data sebab semuanya diproses dalam komputer sendiri.
Jadi dari segi privasi dan keselamatan, memang terasa lebih yakin.
Sesi Bersama Intel yang Mind Blown
Semua kelebihan AI PC ini saya dapat menerusi satu sesi bersama Intel yang mana sesi tersebut mendedahkan kepada audience yang datang tentang cara memudahkan kerja dengan menggunakan AI PC.
Sesi tu bukan sekadar sesi "kami ada produk baru".
Ia merupakan sesi yang membuka mata.
Intel tunjuk macam mana AI PC ni digunakan oleh pelbagai pengguna, dari content creator sampai gamers dan pekerja pejabat.

Pihak Intel turut demo macam mana AI dalam PC boleh auto-crop video untuk TikTok, enhance kualiti suara dalam Zoom dan juga tolong kesan deepfake dalam video.
Semua ni dapat dilakukan tanpa sambungan internet, dan lebih penting, tanpa lag.
Yang lagi menarik, mereka perkenalkan satu perisian yang dipanggil AI Playground untuk pengguna generate gambar daripada teks, upscaling gambar lama dan ada juga chatbot untuk bantu tulis ayat atau skrip.
Semua ni boleh guna tanpa perlu sambung ke cloud, asalkan komputer tu ada Intel Arc GPU atau processor Core Ultra.
Bukan Sekadar “Komputer”
Apa yang saya boleh katakan dari sesi tersebut, AI PC bukan sekadar alat kerja harian.
Ia boleh jadi partner yang faham cara kerja pengguna.
Setiap aplikasi yang saya guna dari tulis artikel, edit gambar, sampai ke buat video, semuanya jadi lebih mudah, lebih cepat dan lebih lancar.
Tapi yang paling menarik, AI PC ni juga boleh menjalankan AAA games. Jadi, lepas penat buat kerja boleh terus guna laptop yang sama untuk main game. Gaming mode on!
Kalau anda seorang editor, penulis, creator atau sesiapa yang kerja dengan banyak kandungan yang perlu disunting atau dihasilkan, AI PC boleh jadi pelaburan yang sangat berbaloi.
Bukan setakat hasil kerja dapat dihasilkan dengan prestasi tinggi, tapi juga satu ekosistem kerja yang lebih pintar dan selamat.
Kalau anda curious nak tahu lebih lanjut, cuba explore laman rasmi Intel untuk tengok apakah AI PC sesuai dengan cara kerja anda.