Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
vivo x200 fe

vivo X200 FE: Telefon Kompak Dengan Kamera ZEISS Telefoto & Prestasi Flagship Kini Tersedia Dari RM2,999

Kompak, prestasi flagship, kamera ZEISS dan diskaun RM200!

Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

vivo Malaysia baru-baru ini melancarkan vivo X200 FE, telefon pintar pertama dalam siri X yang menawarkan kamera telefoto ZEISS 50 MP yang hebat, prestasi flagship dan reka bentuk kompak yang mudah dipegang dengan satu tangan.

Dengan diskaun pra-tempahan sehingga RM200, hadiah eksklusif dan pelbagai pilihan pembayaran, vivo X200 FE dijangka menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mencari pengalaman telefon pintar premium pada saiz kompak.


Reka Bentuk Kompak Dengan Keupayaan Telefoto yang Hebat

vivo X200 FE hadir dengan reka bentuk yang elegan dan teknologi canggih, dengan paparan 6.31 inci dan ketebalan hanya 7.99mm.

Menariknya, telefon ini dilengkapi dengan kamera ZEISS Super Telephoto 50 MP, satu pencapaian besar dalam telefon kompak dari segi prestasi fotografi.

Ciri-ciri utama kamera termasuk:

  • 2x dan 4x zum optikal dengan reka bentuk kanta periscope yang padat.

  • Mod Fotografi AI seperti Stage Mode, Multifocal Portraits (23mm hingga 100mm), dan tujuh kesan bokeh klasik.

Dengan saiz yang padat, vivo X200 FE direka dengan reka bentuk ergonomik yang ringan dan mudah dipegang.

Vivo mendakwa modul kamera mereka mengambil hanya 9% dari keseluruhan permukaan belakang telefon, menjadikannya lebih kemas dan mudah dibawa.


Paparan Menakjubkan Dengan Visual AI

Paparan 6.31 inci LTPO AMOLED dengan resolusi 1.5K membolehkan korang menikmati visual yang terang dan jelas, walaupun di bawah sinaran matahari yang terik, dengan puncak kecerahan hingga 1800 nits.

Ditambah pula dengan Sijil Low Blue Light TÜV Rheinland, paparan ini memberikan pengalaman tontonan yang selesa untuk jangka masa panjang.

Lebih menarik lagi, skrin ini dilengkapi dengan ZEISS Master Colour Display yang menyesuaikan warna berdasarkan kandungan yang sedang dipaparkan menggunakan teknologi AI, memberikan pengalaman visual yang lebih mantap.


Prestasi Flagship Dalam Saiz Kompak

Dengan MediaTek Dimensity 9300+ di dalamnya, vivo X200 FE menjanjikan prestasi yang lancar untuk permainan, aplikasi berat dan multitasking tanpa sebarang gangguan.

Ditambah dengan bateri 6500 mAh yang boleh bertahan hingga 9.5 jam permainan dan sokongan 90W FlashCharge, korang boleh cas penuh telefon dalam masa kurang dari 30 minit.

vivo X200 FE juga dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan untuk meningkatkan produktiviti, seperti Stereo Dual Speakers, Multi-Scenario NFC dan Infrared Remote Control yang membolehkan korang menyesuaikan telefon ini untuk kegunaan kerja, hiburan serta kehidupan harian.


Harga & Tempahan Pra-Tempahan

Harga runcit rasmi vivo X200 FE adalah RM 3,199, tapi kalau korang buat pembelian semasa tempoh pra-tempahan, korang boleh nikmati diskaun RM 200 dan membelinya pada harga RM 2,999 sahaja!

Korang boleh buat pra-tempahan vivo X200 FE mulai hari ini di vivo Concept Stores, kedai jualan rasmi dan platform dalam talian rasmi termasuk vivo Malaysia’s E-Store, serta kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Untuk maklumat penuh mengenai promosi terhad ini, kunjungi artikel kami di sini.

Dapatkan vivo X200 FE sekarang dan rasai pengalaman premium dalam tangan korang!

Selain vivo X200 FE, korang boleh juga usha telefon vivo yang lain dan terbaik pada tahun ini di sini: 6 Smartphone Vivo Terbaik (Harga & Model Terkini 2025)

End of Article