Kalau anda nak telefon pintar yang serba boleh terutamanya untuk gaming, iQOO Neo 10 boleh jadi salah satu smartphone yang patut dipertimbangkan.
Dengan slogan “Power to Win”, ia menekankan tiga aspek utama, iaitu; dwi-cip yang berkuasa, bateri tahan lama dan skrin yang padu.
Bukan itu sahaja, iQOO Neo 10 juga merupakan model pertama di Malaysia yang menggunakan Snapdragon 8s Gen 4, di mana ia menjanjikan prestasi hampir setanding cip flagship tetapi pada harga yang lebih berpatutan.
Kali ini, kami akan ringkaskan sebab-sebab kenapa telefon iQOO Neo 10 ini menarik untuk kaki gaming dan juga untuk penggunaan harian.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Reka Bentuk dan Ketahanan
iQOO Neo 10 hadir dalam dua warna premium, Astral Black dan juga Desert Gold.

Walaupun baterinya besar 7,000 mAh, ketebalannya hanya 8.09 mm dan berat sekitar 206 g je, jadi anda tidak terasa terlalu bulky semasa memegang telefon ni di tangan.
Bahagian skrin dilapisi “Shield Glass” yang 150% lebih tahan lasak, serta dilekatkan “Diamond Anti-Drop Film” untuk melindungi skrin daripada calar atau retak apabila telefon terjatuh.
Dari segi ketahanan, iQOO Neo 10 lulus standard IP65, jadi anda tak perlu risau kalau terkena hujan atau guna di dapur ketika memasak.
Ia juga lulus ujian MIL-STD-810H untuk shock dan drop, manakala sudut telefon diperkuat dengan cushioning structure, sesuai untuk anda yang suka guna telefon tanpa casing.
Dwi-Cip dan Prestasi
Sebut pasal kehebatan dwi-cip, iQOO Neo 10 menggabungkan Snapdragon 8s Gen 4 (proses 4 nm) dan Chip Q1 khas iQOO.
Snapdragon 8s Gen 4 ni sama proses pembuatan dengan Snapdragon 8 Elite, tetapi orientasinya lebih seimbang antara kuasa dan efisiensi.
Selain itu, ia menyediakan peningkatan prestasi 49% dan penjimatan tenaga 39% berbanding generasi sebelum ini.
Tak hairanlah ia mencatat markah AnTuTu sekitar 2,421,700.
Chip Q1 pula fokus kepada grafik dan penstrukturan cahaya yang akan meningkatkan lagi visual game. Ia menyokong:
- Game Super Resolution yang menaikkan kualiti grafik game (contoh PUBG Mobile, Genshin Impact, MLBB) supaya visual lebih tajam berbanding mode biasa.
- Frame Rate Enhancement pula boleh adjust game sehingga 144 FPS atau kurangkan ke 45 FPS dengan interpolation, jadi ia dapat menjimatkan bateri tanpa mengurangkan kelancaran gaming

Kesannya, korang tak akan rasa lag atau tersangkut ketika main game berat.
Multitasking pun jadi senang dan anda boleh buka banyak aplikasi lebih laju dan lancar.
Tambahan lagi, RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.1 (pilihan 12 GB+256 GB atau 16 GB+512 GB) pula bantu buka app dan salin fail bersaiz besar dengan lebih pantas.
Skrin 1.5K 144 Hz Eyecare AMOLED
Paparan skrin 6.78 inci dengan resolusi 1.5K (1260 × 2800) dan refresh rate 144 Hz memang seronok untuk layan dan scroll media sosial, tengok video, atau main game berjam-jam.
Ia juga boleh mencapai global peak brightness 2,000 nits — maknanya walaupun di luar bawah sinar matahari terik, paparan masih lagi jelas.

Dari segi penjagaan mata pula, skrin iQOO Neo 10 lulus tiga sijil SGS iaitu; Low Blue Light, Low Flicker dan Five-Star Sunlight Readable.
Bagi sentuhan, telefon ni mempunyai ultra-high touch sampling rate optimised untuk game, jadi ia dapat lebihkan respons click dan pantulan antara jari dengan skrin.
Paling penting, ciri wet-hand touch pula memastikan jari yang berpeluh tetap sensitif, sementara case-friendly optimization memberi pengalaman sentuhan lancar walaupun anda menggunakan casing tebal.
Bateri dan Pengecasan Pantas
Anda mungkin tidak boleh membayangkan kapasti bateri 7,000 mAh ini mampu digunakan berapa lama, jadi kami memudahkan bayangan anda itu dengan penggunaan pada beberapa aplikasi di bawah:
- Instagram: 18.4 jam scroll feed.
- YouTube: 23 jam streaming video.
- Spotify: 67 jam muzik non-stop.
- Gaming (BGMI 90 FPS Ultra): 10 jam.
- MLBB (120 FPS Ultra): 8 jam.
- Google Maps: 11 jam navigasi.
- Panggilan suara: 40 jam.
- Standby: boleh capai 10 hari.

Kalau korang jenis yang tak reti letak telefon dan perlu sentiasa menggunakan telefon, bateri ini cukup untuk sokong aktiviti seharian hingga lewat malam.
Tapi kalau perlu cas cepat, 120W FlashCharge akan buatkan bateri dari 0% ke 50% dalam masa 19 minit, serta 0% ke 100% dalam masa 36 minit sahaja.
Dalam keadaan emergency, iQOO Neo 10 juga menyokong 10W wired reverse charging, jadi boleh guna bateri iQOO Neo 10 untuk cas telefon kawan anda guna kabel Type-C ke Type-C.
Penyejukan dan Signal Stabil
Untuk telefon gaming, penyejukan atau cooling system sangat penting agar prestasi kekal lancar dan tiada masalah overheating.
Bab ni iQOO Neo 10 memang tak main-main sebab:
- 7K Ultra VC Cooling System menggunakan vapor chamber terbesar (7,000 mm²) untuk menyejukkan cip, bateri, kamera, dan modul FlashCharge.
- Keseluruhan kawasan penyejukan seluas 27,000 mm², cukup luas untuk pastikan telefon tidak mudah panas walaupun main berjam-jam atau rakam video yang panjang.
Dari segi signal, iQOO Neo 10 menggunakan 24 antena dengan susunan “surround antenna” plus teknologi AI SuperLink Signal Bridge.
Hasilnya, sambungan 4G/5G/Wi-Fi lebih stabil walaupun telefon dipegang secara landscape atau portrait, memang amat berguna ketika anda sedang streaming atau tengah dalam competition game e-sports.
Kamera dan Ciri AI
Kamera utama telefon ini mengenakan 50 MP (Sony IMX882) dengan OIS dan lensa 8 MP ultra-wide.
Dengan adanya “NICE Algorithm” dari model flagship, anda boleh guna mod malam (Super Night Mode), multifocal portrait, dan Pro Sports Mode untuk objek bergerak.
Untuk kamera depan, 32 MP sempurna untuk anda ambil gambar swafoto, buat video TikTok atau buat panggilan video.

Jom lihat kualiti gambar dari kamera iQOO Neo 10 ni:



Tambahan lagi, telefon ini pun ada ciri-ciri AI:
-
- AI Erase untuk padam objek tak diingini dengan satu sentuhan.
- AI Image Expander untuk besarkan foto tanpa pecahkan pixel.
- Circle to Search untuk kenal objek dalam gambar secara pantas.
- AI Erase untuk padam objek tak diingini dengan satu sentuhan.
Kualiti paparan telefon ini juga padu sebab bila anda tonton video di YouTube, Netflix atau Disney+, Frame Interpolation dan Super Resolution akan meningkatkan kelancaran dan ketajaman, dari video 30 FPS boleh menjadi smooth ke video 60 FPS, menjadikan tontonan lebih menyeronokkan.
Spesifikasi Ringkas
Ciri Utama |
Spesifikasi |
Memori dan Storan |
12 GB LPDDR5X + 256 GB UFS 4.1 atau 16 GB LPDDR5X + 512 GB UFS 4.1 |
Paparan |
6.78″ 1.5K (1260 × 2800) 144 Hz Eyecare AMOLED |
Cip Utama |
Snapdragon 8s Gen 4 (4 nm) + Chip Q1 |
GPU |
Adreno 825 (setaraf Snapdragon 8 Elite) |
Kamera Utama |
50 MP OIS (Sony IMX882) + 8 MP ultra-wide |
Kamera Depan |
32 MP |
Bateri |
7,000 mAh Gen 3 Silicon BlueVolt + 120W FlashCharge |
Ketahanan |
IP65, MIL-STD-810H |
Sambungan |
5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, NFC, Infrared |
Lain-lain |
4D Game Vibration, 4D Sound, AI Erase, AI Note Assist |
Kesimpulan
iQOO Neo 10 berjaya menggabungkan prestasi gaming terbaik dengan bateri gergasi dan paparan mesra mata dalam satu pakej bersaiz sederhana.
Bagi kaki game yang mahukan kelancaran tanpa lag, dwi-cip Snapdragon 8s Gen 4 bersama cip Q1 pasti memuaskan hati.
Skrin 144 Hz Eyecare AMOLED pula menjaga mata korang walaupun layan game atau video berjam-jam.
Tambahan lagi, bateri 7,000 mAh dengan pengecasan 120W FlashCharge memastikan anda mempunyai bateri yang cukup, manakala sistem penyejukan 7K VC Cooling dan antenna 24 saluran memastikan telefon tak cepat panas dan signal kekal stabil.

Di samping itu, kamera dengan sensor Sony dan algorithm flagship membolehkan gambar yang tajam dan video yang halus.
Durabiliti IP65 dan MIL-STD-810H pula beri ketenangan fikiran apabila anda guna telefon di luar kawasan atau semasa aktiviti lasak.
Kesimpulannya, iQOO Neo 10 sesuai untuk anda yang inginkan telefon gaming mantap, penggunaan harian yang lancar dan bateri yang tahan lama, semua dalam satu pakej “Power to Win”.
Kalau anda mencari telefon gaming terbaik, boleh terus baca sini: 15 Smartphone Gaming terbaik 2025
