Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
android ke iphone

Cara Transfer Data dari Android ke iPhone dengan Mudah dan Selamat

Ikuti panduan Move to iOS dan kaedah alternatif step-by-step.

Memindahkan data dari peranti Android ke iPhone mungkin kedengaran rumit, tetapi dengan panduan step-by-step ini, anda boleh lakukannya dengan mudah dan selamat.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Persediaan Awal

Beralih daripada Android ke iPhone bukanlah perkara yang akan membuatkan anda stress, walaupun anda merasakan seperti tidak tahu nak buat apa pada awalnya.

Apa yang anda perlukan hanyalah persediaan yang betul dan panduan yang jelas.

Di sini kami akan membantu anda cara transfer data Android ke iPhone seperti contact, mesej, foto, video, dan banyak lagi.

Keperluan Sistem dan Aplikasi Move to iOS

Sebelum memulakan proses pemindahan, pastikan telefon Android anda menggunakan Android versi 4.0 atau ke atas, dan iPhone baru anda sudah bersedia untuk proses setup.

Muat turun aplikasi "Move to iOS" daripada Google Play Store ke peranti Android anda.

Backup Data di Peranti Android

Backup data smartphone di telefon Android anda terlebih dahulu.

Ini termasuk foto, kenalan, mesej dan data penting lain.

Gunakan perkhidmatan seperti Google Drive atau Dropbox untuk backup mudah dan selamat.

Sekiranya pemindahan data tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda ada data yang sudah disimpan.


Step-by-step Cara Guna Aplikasi Move to iOS

Berikut adalah langkah mudah untuk menggunakan aplikasi Move to iOS:

  1. Semasa setup awal pada iPhone, pilih opsyen "Move Data from Android".

  2. Pada peranti Android, buka aplikasi Move to iOS.

  3. Ikuti arahan di skrin, dan masukkan kod yang dipaparkan pada skrin iPhone anda.

Pastikan kedua-dua peranti bersambung ke Wi-Fi yang stabil sepanjang proses pemindahan.

Transfer Contact, Foto dan Video

Setelah sambungan berjaya, pilih data yang ingin dipindahkan termasuk contact, foto, video, akaun e-mel, dan kalendar.

Tunggu sehingga proses selesai.

Transfer Mesej Teks dan Log Panggilan

Aplikasi Move to iOS turut memudahkan pemindahan mesej teks dan log panggilan anda secara automatik, menjadikan proses lebih lancar.

Pasang Semula Aplikasi dan Tetapan

Selepas proses transfer selesai, aplikasi tidak dipindahkan secara automatik ke iPhone.

Anda perlu memuat turun semula aplikasi-aplikasi kegemaran anda dari App Store secara manual.

Log masuk semula akaun dan tetapkan semula tetapan anda.

Jadi menerusi aplikasi Move to iOS ini, apa yang dipindahkan hanyalah data penting dan bukannya pemindahan keseluruhan data seperti aplikasi-aplikasi dan tetapan.

Jangan keliru!


Alternatif Manual

Jika anda menghadapi masalah dengan aplikasi Move to iOS, terdapat alternatif lain:

  • Google ke iCloud: Lakukan contact syncronization Android anda dengan akaun Google, kemudian import ke akaun iCloud anda.

  • Kabel OTG: Gunakan kabel OTG untuk memindahkan fail secara langsung daripada Android ke komputer dan kemudian ke iPhone. Mungkin satu cara yang lebih pantas dan selamat kerana tidak memerlukan sambungan WiFi.

  • Pemindahan manual melalui komputer: Gunakan komputer anda sebagai perantara pemindahan data. Cara ini agak leceh, tetapi sekiranya tiada cara lain anda boleh gunakan cara ini.


Tips Selepas Transfer dan Semak Semula Data

Setelah selesai, semak semula data anda pada iPhone.

Pastikan semua kenalan, foto, video, mesej, dan data penting lain dipindahkan dengan sempurna.

Sekiranya ada data yang tidak dipindahkan, ulang langkah manual atau gunakan alternatif yang dinyatakan di atas.


Kesimpulan

Proses memindahkan data dari Android ke iPhone kini lebih mudah dan selamat dengan adanya aplikasi Move to iOS dan alternatif lain.

Dengan mengikuti panduan ini, anda tidak perlu risau kehilangan data penting.

Jika anda sedang mencari telefon pintar baharu yang terbaik, boleh baca lanjut di sini: 10 Smartphone Terbaik & Terbaru Tahun 2025.

End of Article