Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
hafele launch

Transformasi Rumah Moden: Rasai Inovasi Pintar di Bilik Pameran Häfele

Rasa macam duduk di masa hadapan, semua serba canggih!

Pelbagai inovasi terkini untuk tingkatkan kualiti kediaman anda, dan kini Häfele mengambil kesempatan untuk memberi pengalaman secara terus buat anda dengan melancarkan bilik pameran mereka di Plaza@Kelana Jaya.

Bilik pameran ini mempamerkan pelbagai penyelesaian pintar dan produk premium yang direka untuk memaksimumkan ruang di rumah.

Daripada storan pintar hingga peralatan dapur terkini, Häfele menekankan bagaimana mereka mampu mengubah ruang rumah menjadi lebih tersusun dan praktikal, tanpa mengetepikan gaya ruangan moden.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Ruang Dapur Lebih Kemas Dan 'Bijak'

Salah satu tumpuan utama di bilik pameran Häfele adalah rangkaian inovasi seperti LeMans II Corner Solution yang bijak menggunakan ruang dapur tersembunyi, meningkatkan kapasiti storan sehingga 70%.

Sementara itu, ARENApure Storage Series menawarkan reka bentuk minimalis yang dilengkapi dengan lapisan anti-gelincir untuk memastikan barang-barang tersusun dengan rapi.

Häfele juga menampilkan SLIDO Sliding Door Fittings yang direka untuk pelbagai jenis pintu seperti kayu dan kaca, memberikan kesan visual yang menarik dengan mekanisme “floating door.”

Tidak ketinggalan, Häfele turut mengetengahkan teknologi Smart Living dengan kunci digital pintar seperti PP9100Pro yang dilengkapi ciri pengenalan wajah 3D untuk akses tanpa kunci.

Semua ini bertujuan memudahkan pengguna dalam menguruskan rumah mereka dengan lebih selamat dan efisien.


Boleh Datang Dan Cari Idea!

Bilik pameran ini bukan sekadar ruang pameran, tetapi juga sebagai sumber inspirasi untuk anda yang inginkan susun atur moden dan praktikal.

Jika anda bercadang untuk berkunjung, anda boleh mengalami secara langsung bagaimana setiap produk Häfele mampu mengubah cara anda berinteraksi dengan rumah, daripada aspek storan hinggalah kepada peralatan dapur.

Pastikan anda berkunjung ke bilik pameran Häfele yang kini dibuka secara rasmi, barulah dapat inspirasi untuk jadikan rumah anda 'casa impian'.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Häfele.

End of Article