Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Pelbagai teknologi terkini yang dapat diintegrasikan bersama dengan aktiviti senaman kita untuk ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Bagi anda yang mahu dapatkan bentuk dan berat badan yang ideal, tentu anda perlukan penjejak yang dapat menjejak rutin senaman anda.
Lebih baik kalau ada penjejak yang seperti jam tangan pintar yang bukan sekadar menjejak langkah atau larian kita, tetapi dapat menjejak pembakaran kalori dan juga kitaran waktu tidur.
Kali ini tuah menyebelai peserta program kesihatan Time to Move anjuran Pusat Perubatan Sunway (SMC) kerana dapat merasai dan melalui sendiri perjalanan kesihatan secara holistik ini.
Program yang berjalan selama 90 hari ini akan menjadi pemangkin buat peserta yang mahu mendapatkan berat badan ideal.
Seramai 60 peserta telah dipilih dipilih untuk memulakan pengalaman yang menarik ini dan sepanjang tempoh 90 hari program ini berlangsung, mereka akan dibantu oleh profesional kesihatan serta dibekalkan dengan bantuan teknologi untuk memantau kemajuan mereka.
Setiap Peserta Dapat Samsung Galaxy Watch7
Seperti yang dinyatakan di atas, setiap peserta akan dibekalkan seutas jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch7 untuk menjejak aktiviti harian, memantau kalori yang dibakar dan mengukur kualiti tidur mereka.
Program Time to Move yang dijayakan dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics ini juga turut merangkumi sesi senaman berkumpulan yang diketuai oleh pakar bagi memastikan peserta kekal bermotivasi sepanjang penglibatan mereka.
Hadiah Bernilai RM10,000!
Sebagai ganjaran, peserta yang dapat mencapai hasil terbaik akan membawa pulang sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy Z Flip6 dan satu pakej percutian 3 hari 2 malam di The Banjaran Hotsprings Retreat bernilai RM10,000.
Bukan biasa-biasa ganjaran yang bakal diperolehi oleh peserta Time to Move ni dan pihak kami agak teruja untuk melihat hasilnya selepas 90 hari nanti.
Semoga berjaya buat semua peserta yang terpilih!
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman sesawang Time To move dan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Watch, sila layari laman sesawang Samsung.