Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
logitech (1)

Logitech Lancarkan Tetikus Generasi Baharu Mengikut Acuan Gamers Elit

Rasai sendiri tetikus ergonomik yang direka khas untuk dunia E-Sukan.

Anda seorang gamers? Jom follow rapat update dari Logitech ini sebab anda mungkin memerlukan tetikus baru untuk menyokong sesi permainan atau gaming yang intense.

Logitech baru je lancarkan peralatan PRO Series terbaharu di Logi PLAY yang direka untuk memenuhi keperluan atlet esports elit atau pemain kompetitif.

Barisan peralatan terbaharu ini termasuk tetikus PRO X SUPERLIGHT 2 DEX dan PRO 2 LIGHTSPEED.

Menurut KP Sim, Ketua Produk Gaming di Logitech G, produk PRO Series bukan sahaja direka untuk memperkenalkan inovasi baharu, tetapi turut memberikan peningkatan prestasi yang ketara.

Logitech G bekerjasama rapat dengan atlet esports profesional untuk memastikan produk ini memenuhi standard tertinggi dalam situasi permainan yang intense.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

PRO X SUPERLIGHT 2 DEX: Penembak Tepat untuk Asymmetrical Gaming

Logitech G PRO X Superlight 2 DEX merupakan produk utama dalam pelancaran baru ini, dengan reka bentuk tangan kanan asimetrik yang dibangunkan berdasarkan maklum balas daripada pemain profesional dalam permainan seperti Counter-Strike dan Valorant. 

Jadi, ia tidak dihasilkan secara membuta-tuli di makmal, tetapi dengan kerjasama pemain profesional peringkat global.

Tetikus ini bukan sahaja mengutamakan ciri ergonomik, ia juga dilengkapi kuasa teknologi terkini:

  • Teknologi Tanpa Wayar LIGHTSPEED: Dinaik taraf untuk menyokong pemantauan 8KHz, memberikan prestasi yang sangat pantas dan responsif. 
  • Sensor HERO 2: Direka semula dari asas untuk mencapai pemantauan 8kHz, sensor ini kini menawarkan prestasi penjejakan yang tiada tandingan dengan kelajuan melebihi 888 inci sesaat dan pecutan lebih dari 88G. 
  • Suis LIGHTFORCE: Menggabungkan pengesanan optikal untuk pengaktifan pantas dan kebolehpercayaan dengan komponen mekanikal untuk klik yang memuaskan serta penggunaan tenaga yang rendah. 
  • Kelestarian: Dihasilkan menggunakan sehingga 55% plastik ABS yang dikitar semula dari penggunaan tetikus terdahulu, sekali gus mengurangkan impak karbon secara signifikan.

Seperti peralatan PRO Series yang lain, DEX melalui proses development selama bertahun-tahun, dengan kerjasama ratusan atlet esports elit untuk menghasilkan sebuah tetikus yang tepat bagi tujuan gaming.

Atlet esports terkenal seperti Nikola “NiKo” Kovač dari G2 Esports dan Evan “evv” De Couto dari FlyQuest RED menyatakan kepuasan mereka terhadap prestasi dan ketepatan tetikus ini dalam pertandingan kompetitif.


PRO 2 LIGHTSPEED: Peningkatan kepada PRO Wireless Ikonik

Selain melancarkan tetikus permainan PRO tangan kanan yang baharu, Logitech juga memperkenalkan Logitech G PRO 2 LIGHTSPEED. 

PRO 2 LIGHTSPEED yang baharu ini membawa reka bentuk ambidextrous asal dari tetikus gaming PRO Wireless ke tahap seterusnya dengan komponen dan peningkatan prestasi terkini. 

Ini merupakan evolusi ikonik esports yang menampilkan kemas kini terkini untuk LIGHTSPEED dan HERO 2.

Tetikus ini dijanjikan dengan ciri responsif yang sangat pantas dan bentuknya sangat mudah untuk dipegang, menjadikan pelarasan sasaran anda lebih tepat dan mudah.

Selain daripada dua tetikus yang mengagumkan di atas, Logitech turut melancarkan papan kekunci PRO X TKL RAPID: Papan Kekunci Pro Grade Rapid Trigger Yang Pertama.


Harga dan Ketersediaan:

PRO X Superlight 2 DEX dan papan kekunci permainan PRO X TKL Rapid tersedia dalam warna merah jambu, hitam, dan putih di pengedar sah Logitech G, kedai rasmi Lazada Logitech G, dan kedai rasmi Shopee Logitech G. 

PRO 2 LIGHTSPEED yang dinaik taraf akan tersedia dalam warna merah jambu, hitam, dan putih secara eksklusif di kedai rasmi Lazada Logitech G dan kedai rasmi Shopee Logitech G.

  • PRO X Superlight 2 DEX - RM689
  • PRO 2 LIGHTSPEED - RM549
  • Papan Kekunci Permainan PRO X TKL Rapid - RM899

Untuk makluman lanjut, anda boleh pergi terus ke laman sesawang logitech.com dan dapatkan kemas kini terkini mengenai produk-produk Logitech.

End of Article