Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
interpreter (3)

Cara Betul Guna Fungsi Interpreter Pada Samsung Galaxy Z Flip6

Halangan bahasa? Tiada lagi masalah dengan fungsi Interpreter ini!

Dalam artikel-artikel kami sebelum ini, anda pasti telah mengetahui cara memanfaatkan sepenuhnya Samsung Galaxy Z Fold6 dengan menggunakan Chat Assist dan ciri Sketch to Image.  

Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy Z Flip6 adalah keluaran terbaru Samsung dalam pasaran peranti boleh lipat, bersama-sama dengan Galaxy Z Fold6. 

Galaxy Z Flip6 adalah peranti boleh lipat yang hadir dengan ciri-ciri Galaxy AI yang cool dan pada masa yang sama peranti ini akan membuatkan anda kelihatan bergaya.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Apa Itu Interpreter?

Salah satu ciri Galaxy AI yang paling berguna ialah Interpreter, yang membolehkan anda menterjemahkan bahasa asing ke dalam bahasa anda secara real-time atau masa nyata. 

Mungkin kedengaran seperti biasa-biasa je, tapi cuba bayangkan ia dilakukan pada Galaxy Z Flip6 dengan bentuk uniknya itu.

Pada Galaxy Z Flip6, Interpreter mempunyai mod khas yang dipanggil Dual Screen Mode. 

Ia menyediakan terjemahan secara berhadapan melalui FlexWindow, memaparkan terjemahan pada kedua-dua skrin supaya anda dan orang yang di hadapan anda itu boleh melihat terjemahan tersebut.  

Boleh dikatakan, anda sebenarnya ibarat mempunyai penterjemah peribadi yang tersimpan rapi di dalam poket anda, bersedia untuk memberikan terjemahan secara langsung!  


Cara Menggunakan Interpreter Pada Samsung Galaxy Z Flip6

Sekarang, katakan anda sedang berbual tentang sesuatu yang ‘berat’ dengan penduduk tempatan atau sedang ‘nego’ harga beli barang di kedai-kedai semasa sedang melancong ke luar negara.

Dah boleh bayangkan situasi tersebut?

Betul, aplikasi terjemahan sebenarnya telah wujud pada telefon lain dan anda boleh je berikan telefon anda untuk mereka menaip semula terjemahan tersebut.

Akan tetapi semasa berada di negara asing, ia bukanlah idea yang bagus untuk memberikan telefon anda kepada orang asing untuk mereka melihat terjemahan tersebut.

Nasib baik adanya Galaxy Z Flip6 (dan Galaxy Z Fold6 juga), di mana ia mempunyai Dual Screen Mode pada Interpreter yang boleh membantu memastikan terjemahan bahasa berjalan lancar dan dalam keadaan selamat.

  • Langkah 1: Buka aplikasi Interpreter dan aktifkan Dual Screen Mode.  
  • Langkah 2: Letakkan Galaxy Z Flip6 anda dalam Flex Mode (buka separuh, seperti komputer riba mini).
  • Langkah 3: Pilih bahasa anda, kemudian letakkan telefon dalam kedudukan setiap orang boleh melihat salah satu skrin.
  • Langkah 4: Mula bercakap, dan terjemahan akan muncul serentak pada Flex Window dan skrin utama.

Dalam Dual Screen Mode, anda dan orang di hadapan boleh membaca terjemahan terus, jadi proses komunikasi dapat berjalan dengan lancar. 

Tidak perlu lagi menyerahkan telefon anda kepada orang asing atau berkongsi skrin dalam keadaan yang janggal—semuanya ada di depan mata anda, memastikan setiap perbualan berjalan lancar dan tidak terganggu.

Dan itu ialah Dual Screen Mode—tetapi bukan itu sahaja caranya! 

Dikuasakan dengan Galaxy AI, Samsung Galaxy Z Flip6 juga memudahkan tugasan terjemahan melalui: Listening Mode!  

Interpreter pada Listening Mode membolehkan anda mendapatkan terjemahan masa nyata terus ke telinga anda.

Ianya ibarat  anda berada dalam salah satu mesyuarat PBB yang berprestij dan anda merupakan salah seorang wakil dari Malaysia. 

Memang hebat betul fungsi Interpreter yang dikuasakan Galaxy AI ni, membuatkan anda rasa seperti menakluki dunia.

  • Langkah 1: Padankan Galaxy Z Flip6 anda dengan Samsung Buds3 Pro  
  • Langkah 2: Buka aplikasi Interpreter dan pilih Listening Mode.  
  • Langkah 3: Pilih bahasa anda.  
  • Langkah 4: Biarkan perbincangan berlangsung dan lihat terjemahan muncul pada skrin anda secara masa nyata.

Dalam Listening Mode, anda tidak perlu berinteraksi—hanya dengar dan baca. 

Ia sangat berguna apabila anda perlu memberikan tumpuan untuk memahami context perbincangan.

End of Article