Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sketch to image (4)

Manfaatkan Sketch To Image Pada Samsung Galaxy Z Fold6 Anda Yang Baru

Sekarang Anda Boleh Ada Kebolehan Seperti Seorang Pereka Grafik!

Sebelum ini, kami ada kongsikan tentang ciri Chat Assist pada Samsung Galaxy Z Fold6, dikuasakan oleh Galaxy AI yang sangat berguna.

Chat Assist telah membantu pengguna dalam menghasilkan penulisan lebih baik; sekarang jom kita beralih ke bahagian kreatif: iaitu, lukisan!

Walaupun kelihatan seperti kami kerja dalam bidang kreatif, tapi sebenarnya kami tidak begitu mahir menghasilkan lukisan yang hebat, mungkin cuma boleh lukis orang lidi je.

Jika anda juga seperti itu, anda pasti akan sukakan ciri Sketch to Image pada Galaxy Z Fold6 ini kerana ia mampu menjana gambar atau imej menarik daripada satu lakaran yang simple dalam beberapa saat sahaja.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Cara Menggunakan Sketch to Image pada Galaxy Z Fold6

Disebabkan adanya Galaxy AI ini, Galaxy Z Fold6 terus mengekalkan legasinya sebagai peranti berkuasa utama Samsung. 

Salah satu ciri Galaxy AI kegemaran kami ialah Sketch to Image, satu ciri yang boleh ubah lakaran simple menjadi imej yang menarik secara visual dalam beberapa saat.

Sama ada anda seorang artis yang ingin menghidupkan idea anda atau seorang pelajar yang mahu menambah lukisan unik pada nota anda, alat ini boleh lakukannya dalam sekelip mata.

Berikut adalah cara menggunakan ciri Sketch to Image dan beberapa contoh penggunaannya dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti anda.

Menyediakan Drawing Assist

Sebelum anda mula melukis atau mahu menghidupkan lakaran anda, pastikan ciri Drawing Assist diaktifkan dalam tetapan anda. Begini caranya:

  1. Buka tetapan pada peranti anda.  
  2. Navigasi ke bahagian Galaxy AI.  
  3. Tekan pada Drawing Assist dan aktifkannya untuk menghidupkan ciri ini.  

Setelah diaktifkan, anda boleh menggunakan Sketch to Image dalam Samsung Notes dan Gallery App!

Dalam Samsung Notes:

Dengan Sketch to Image daripada Galaxy AI, nota anda tidak perlu lagi dipenuhkan dengan teks yang membosankan.

Tidak pandai melukis? Tiada masalah!

  • Buka Samsung Notes dan buat nota baharu.  
  • Lukiskan lakaran mudah pada kanvas kosong menggunakan S Pen atau jari anda.  
  • Tekan ikon Galaxy AI pada toolbar dan pilih Sketch to Image.  
  • Jejak atau leretkan sekitar lukisan anda untuk highlight kawasan yang anda mahu ditingkatkan dengan AI.
  • Pilih gaya daripada menu dropdown untuk memperhalusi lakaran anda.  
  • Tekan Generate untuk membiarkan AI mengubah lakaran anda menjadi imej yang lebih baik.  
  • Leret hasil yang dihasilkan dan pilih yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh menambah imej ini ke dalam nota anda atau menyimpannya untuk kegunaan pada waktu lain.

Jika anda sedang menyediakan visual presentation dan memerlukan gambar khusus, Sketch to Image boleh membantu anda menciptanya dengan mudah. 

Anda hanya lakarkan idea, pilih gaya, dan AI akan menjana imej lengkap untuk anda masukkan ke dalam slaid—dalam beberapa saat sahaja!

Dalam Gallery:

Ada gambar yang cantik, tetapi anda rasakan ada sesuatu yang kurang? 

Sekarang, anda boleh lukis terus di dalam gambar dengan bantuan Sketch to Image! 

Dan ya, ia berfungsi terus dalam aplikasi Gallery, jadi tidak perlu lagi menggunakan Photoshop yang rumit itu!

  1. Buka imej pilihan anda dalam aplikasi Gallery.  
  2. Tekan ikon Generative Edit dan pilih Sketch to Image.  
  3. Lukis objek atau reka bentuk pada foto dan tekan Generate.  
  4. Semak penambahan yang dihasilkan oleh AI dan simpan imej yang telah ditambah baik.  

Dengan Sketch to Image, semua orang boleh jadi pereka grafik tanpa perlu belajar untuk reka grafik secara profesional. 

Daripada mencantikkan kiriman media sosial anda kepada meletakkan sentuhan peribadi pada foto anda, Sketch to Image pasti akan menambah keunikan dalam kerja kreatif anda!


Ciri Sketch to Image pada Samsung Galaxy Z Fold6 adalah ciri yang berkuasa yang memberikan peluang anda menjadi kreatif, semuanya hanya di hujung jari anda je. 

Sama ada anda sedang memperhalusi lakaran, mencipta lukisan unik, atau menambah elemen visual pada nota anda, ciri yang dipacu oleh AI ini memudahkan anda menghasilkan imej berkualiti tinggi tanpa perlu bersusah payah!  

Selain Galaxy Z Fold6, ciri unik ini juga boleh digunakan pada Galaxy Z Flip6.

Dengan itu, mungkin terdapat kemungkinan bahawa ciri ini akan hadir bersama telefon Galaxy yang lain tidak lama lagi!

End of Article