Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Dyson memperkenalkan inovasi terkini untuk rutin penjagaan lantai rumah anda dengan Dyson WashG1™ yang direka untuk memberikan kuasa pembersihan terbaik.
Direka untuk menangani kotoran basah dan juga kering, Dyson WashG1™ menjanjikan pembersihan yang mudah dengan teknologi canggih dan ciri-ciri yang diyakini.
Agak-agak, apa ciri-ciri terbaru yang diperkenalkan Dyson pada model mop dan juga vakum terbaru ini?
Dyson WashG1™ dilengkapi dengan tangki air bersih 1 liter yang mampu membersihkan kawasan dengan keluasan sehingga 3,000 kaki persegi dengan sekali caj.
Teknologi canggihnya memastikan anda boleh membersihkan sebarang jenis tumpahan, serpihan, dan kotoran degil dalam satu langkah atau sekali sapu sahaja.
Dikuasakan oleh Pulse Modulated Hydration Pump, air dihantar dalam jumlah yang tepat ke roller mikrofiber melalui 26 titik hidrasi, memastikan setiap inci lantai dibersihkan dengan teliti.
Dyson WashG1™ juga dilengkapi dengan teknologi pemisahan, yang memisahkan serpihan sampah dan air kotor, membolehkan pembuangan yang mudah tanpa mengotorkan tangan anda.
Sementara itu, dulang serpihan 500-mikron mesh dan tangki air kotor 0.8 liter pada mesin ini bekerjasama untuk memastikan semua kotoran dan serpihan ditempatkan pada satu tempat untuk pembuangan yang mudah.
Paling menarik, Dyson WashG1™ mempunyai Mod pembersihan sendiri yang membersikan roller dengan air bersih, memastikan mesin sentiasa bersedia untuk sesi pembersihan seterusnya.
Roller mikrofiber yang berputar pada arah berlawanan direka untuk menyerap tumpahan cecair dan mengutip kotoran kering, serpihan, serta rambut.
Setiap roller diperbuat daripada mikrofiber berketumpatan tinggi dengan 64,800 filamen per cm², membolehkan penyerapan maksimum dan penyingkiran kotoran yang berkesan.
Selain itu, roller yang diletakkan di bahagian depan dan belakang mesin memastikan setiap kotoran dapat dibersihkan dengan lebih cepat dan efisien.
Dengan mod hidrasi yang boleh ditetapkan pada tahap rendah, sederhana, dan tinggi, anda boleh menyesuaikan tahap air yang digunakan berdasarkan jenis lantai, kekotoran serpihan, atau personal preference.
Untuk kotoran yang lebih degil, anda boleh gunakan Mod Boost di mana air akan disalurkan pada bahagian roller pada tahap maksimum bagi memastikan kotoran degil dapat dibersihkan dengan mudah.
Memang lengkap dari pembersihan kotoran yang sedikit sehingga kotoran degil, semuanya mampu dibersihkan oleh Dyson WashG1™ dengan mudah dan efisien.
Harga dan Ketersediaan
Dyson WashG1™ kini tersedia untuk dibeli di Dyson Demo Stores pada harga RM3,399.
Setiap pembelian di Dyson.my atau kedai-kedai Dyson, anda akan menerima Dual Microfibre Rollers secara percuma bernilai RM239.
Alami pembersihan yang berkuasa dengan teknologi inovasi terkini dengan Dyson WashG1™!