Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
gopro 1

Dua Kamera GoPro Baru Harga Bermula RM999

Khas untuk anda yang suka merakam pengalaman dan aktiviti mencabar!

Adakah anda peminat dan pengguna GoPro dan sudah lama menginginkan peranti GoPro yang baru dan lebih canggih? Jangan risau, masanya sudah tiba untuk upgrade GoPro anda!

GoPro melancarkan dua kamera GoPro baru; iaitu kamera flagship HERO13 Black berharga RM1,999 dengan Lensa HB-Series, dan HERO kamera 4K terkecil dengan harga RM999.

Setiap kamera menawarkan ciri-ciri baru yang unik, dibina berdasarkan teknologi GoPro yang disukai oleh komuniti GoPro.

Antara ciri baru pada peranti GoPro ini adalah HERO13 Black menampilkan empat mod lensa yang boleh ditukar-tukar dan ia dapat menyesuaikan tetapan secara automatik.

Selain itu, HERO13 Black turut mempunyai mounting latch magnetik, GPS, serta bateri yang lebih tahan lama untuk tempoh rakaman yang lebih lama.

Manakala GoPro HERO pula, iaitu kamera 4K GoPro terkecil dan paling ringan yang mempunyai skrin, direka untuk menarik pengguna baru dan juga pengguna berpengalaman dengan reka bentuk yang tahan lasak, ultralight dan kualiti imej 4K yang mengagumkan.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

HERO13 Black: Kamera Flagship Luar Biasa

HERO13 Black menggabungkan teknologi terkini yang akan mencungkil kreativiti anda tanpa had.

Selain itu, ia turut menampilkan video 5.3K pada 60 bingkai sesaat yang terbaik dalam kelasnya, penstabilan HyperSmooth yang memenangi Anugerah Emmy®, dan ciri-ciri teras GoPro.

Tidak lupa juga, HERO13 Black mempunyai Magnetic Latch Mounting, iaitu gabungan mounting fingers yang terbina dan mounting thread 1/4-20 untuk tiga cara memasang kamera GoPro dengan lebih mudah.

Tambahan lagi, ia turut mempunyai pelekat prestasi GPS+ dan teknologi WiFi 6 yang lebih pantas untuk kelajuan pemindahan kandungan, 40% lebih pantas dari sebelumnya.

Harga bagi model HERO13 Black ini adalah sebanyak RM1,999 untuk kamera sahaja, atau anda boleh dapatkan HERO13 Black Creator Edition yang lengkap dengan Volta Power Grip, Media Mod dan Light Mod pada harga RM3,199.

Anda boleh dapatkan GoPro HERO13 Black ini di kedai atau pengedar yang sah sekarang.


HERO: Kamera 4K Paling Kecil

HERO adalah kamera 4K terkecil, paling ringan, paling mudah digunakan dan paling berpatutan yang pernah dihasilkan.

Lebih menarik, walaupun ianya bersaiz kecil, ia turut dilengkapi skrin paparan LCD untuk anda menonton kembali video yang baru sahaja dirakam.

Dengan berat hanya 86 gram, HERO dihasilkan untuk kesesuaian aktiviti lasak dan ia juga kalis air hingga kedalaman 5 meter.

Selain itu, ia juga mampu menghasilkan kualiti imej menakjubkan dalam kualiti Ultra HD 4K dan HD 1080p, dan juga rakaman 2x Slo-Mo dengan 2.7K pada 60 bingkai sesaat.

Sementara itu, Aplikasi GoPro Quik pula menggunakan penstabilan video HyperSmooth untuk melicinkan rakaman secara automatik.

Paling penting, ia mempunyai ketahanan bateri yang tahan lama, membolehkan HERO merakam secara berterusan sehingga 100 minit pada tetapan video tertinggi dengan sekali cas.

Anda boleh dapatkan HERO ini pada harga RM999, dan ia kini sedia untuk pra-pesanan.

Penghantaran pra-pesanan dan juga unit tersedia di kedai akan bermula pada 22 September ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kamera dan aksesori baru, layari GoPro.com.

End of Article