Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
BTS Samsung 8

Gen Z VS. Millennial - Filem Pendek Dirakam Sepenuhnya Dengan Samsung Galaxy S24 Ultra

Memang hebat bila dapat hasilkan filem pendek dengan telefon pintar!

Dunia pekerjaan sekarang ibarat satu medan pertempuran antara Generasi Milenial dan Generasi Z, di mana kedua-dua generasi ini mempunyai cara kerja dan personaliti yang sangat berbeza.

Jika anda pernah mengalaminya, tentu anda perasan bagaimana Gen Z kelihatan seperti lebih lantang mengetengahkan idea dan pandangan mereka, berbeza dengan Milenial yang lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol.

Selain itu, cara dan gaya bahasa Gen Z juga berbeza dengan Milenial, di mana Gen Z dilihat lebih santai semasa berbicara dengan boss berbanding Milenial yang lebih mementingkan tata tertib demi untuk menjaga imej.

Anda mungkin ada mengalami pengalaman atau situasi yang sama semasa di tempat kerja, tapi untuk anda yang tidak pernah melalui atau melihat pertembungan antara Gen Z dan Milenial, boleh lihat video yang kami hasilkan ini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Semuanya Dirakam Dengan Samsung Galaxy S24 Ultra!

Macam mana dengan video yang anda baru tonton tadi? Nampak menarik bukan perbezaan antara Gen Z dan Milenial?

Tapi apa yang lebih menarik adalah bagaimana kami merakam video tersebut menggunakan Samsung Galaxy S24 Ultra sepenuhnya.

Kualiti video yang anda baru tonton tadi merupakan kualiti sebenar rakaman video Samsung Galaxy S24 Ultra, dan boleh dilihat ianya seakan-akan menggunakan kamera DSLR. Sangat clear!

Selain daripada menggunakan Samsung Galaxy S24 Ultra untuk merakam, kami juga menggunakan Tab Samsung S9 Ultra untuk monitor rakaman yang dijalankan secara langsung dari telefon ke tablet.

Apa yang lebih menarik, kami dapat monitor terus apa yang sedang dirakamkan oleh Galaxy S24 Ultra walaupun ianya tidak dibuka, jadi dapat menjimatkan bateri telefon!

Dilihat dari gambar belakang tabir ini, boleh dikatakan ia kelihatan seperti team kami sedang menjalankan pengambaran filem yang sebenar.

Kalau dulu kita mungkin merasakan untuk menghasilkan sebuah filem pendek dengan kualiti rakaman yang tinggi, kita memerlukan peralatan yang canggih dan mahal seperti kamera DSLR dan sebagainya.

Kehadiran telefon pintar dalam dunia moden kini telah memungkinkan segalanya, dan Samsung berjaya menawarkan sebuah telefon pintar yang mempunyai kebolehan setaraf dengan kamera profesional.


Ciri Galaxy AI Turut Digunakan Untuk Filem Pendek Ini

Tidak lengkap rasanya untuk menggambarkan situasi di sebalik tabir penghasilan filem pendek ini jika tidak menceritakan sekali teknologi Galaxy AI yang kami gunakan bersama sepanjang melakukan rakaman filem pendek ini.

Siapa sangka teknologi AI banyak mempengaruhi cara kita bekerja, dan bagi dunia kreatif ianya tidak terkecuali sekali.

Antara fungsi Galaxy AI yang kami gunakan untuk menghasilkan filem pendek ini adalah seperti Sketch to Image dan Galaxy Generative Edit .

Bagi anda yang baru lagi dalam dunia Samsung, tentu anda tertanya-tanya apakah dan bagaimanakah fungsi Sketch to Image dan Galaxy Generative Edit ini digunakan.

Jangan risau, kami akan huraikan satu persatu tentang fungsi ini dan tunjukkan bagaimana ia telah membantu kami dalam menghasilkan filem pendek ini.

Menghasilkan Imej Ikonik Dengan ‘Sketch To Image’

Bayangkan anda tidak memerlukan aplikasi yang complicated seperti Adobe Premier atau Photoshop, atau aplikasi berbayar untuk menghasilkan gambar kreatif yang menarik.

Anda juga tidak perlu mempunyai bakat seni terpendam untuk menghasilkan imej-imej ikonik yang kreatif ini. Menarik bukan?

Dengan Sketch to Image, anda boleh mencipta hasil seni canggih yang sangat menarik dan kami menggunakan ciri ini pada Samsung Galaxy Z Fold6.

Ciri ini dapat menjana pilihan imej dari lakaran mudah pada foto dalam Galeri atau Nota.

Jom lihat bagaimana kami membuat lakaran dan menghidupkan lakaran tersebut untuk membantu mendapatkan visual yang lebih jelas untuk melakonkan beberapa babak.

Memang nampak cool bila dapat manfaatkan Galaxy AI pada Samsung Galaxy Z Fold6 ini.

Gambaran Lebih Jelas Dengan ‘Galaxy Generative Edit’

Satu lagi ciri menarik yang kami gunakan untuk menghasilkan filem pendek ini adalah Galaxy Generative Edit.

Sekali lagi kami akan jelaskan apakah dan bagaimana ciri ini berfungsi pada telefon Galaxy S24 Ultra dan juga pada Galaxy Z Fold6 dan Flip6.

Ianya merupakan fungsi di mana anda melakukan suntingan pada imej yang anda pilih secara langsung dalam telefon tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Suntingan yang anda boleh lakukan bukan sahaja untuk mencerahkan atau menjelaskan gambar, tetapi anda boleh buang dan juga tambah object yang anda mahukan ke dalam gambar tersebut.

Untuk filem pendek ini, kami menggunakan ciri Galaxy Generative Edit untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang susun atur pelakon, kedudukan lampu dan juga prop.

Fungsi ini sangat membantu untuk menjadikan proses penggambaran tersebut lebih efisien dan juga membantu setiap krew untuk memahami konsep keseluruhan filem pendek ini.


Di Sebalik Tabir Filem Pendek Gen Z VS. Milenial

Pelbagai kemungkinan yang boleh anda capai menerusi teknologi Galaxy AI dan juga peranti Samsung Galaxy S24 Ultra ini.

Buat anda yang terlibat sepenuhnya dalam dunia kreatif, tentu anda dapat bayangkan bahawa ciri-ciri yang kami kongsikan ini boleh menjadi kelebihan dan juga kemudahan untuk kerja-kerja kreatif.

Kami juga pada awalnya tidak dapat membayangkan bahawa teknologi canggih dari Samsung ini benar-benar memungkinkan penghasilan filem pendek yang berkualiti.

Untuk perkongsian penuh kami mengenai proses penggambaran filem pendek ini, anda boleh tonton video di sebalik tabir di bawah.

End of Article