Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
susu tanpa laktosa

10 Susu Tanpa Laktosa (Lactose Free) Terbaik 2024 Di Malaysia

Walaupun alergi terhadap laktosa anda masih boleh nikmati kebaikan susu.

Susu tanpa laktosa, atau lebih dikenali sebagai susu lactose free, adalah alternatif yang ideal bagi individu yang mengalami intoleransi laktosa atau allergic susu. 

Intoleransi laktosa merupakan keadaan di mana badan tidak dapat mencerna laktosa, sejenis gula semula jadi yang terdapat dalam susu biasa. 

Bagi mereka yang menghadapi masalah ini, memilih susu tanpa laktosa adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan ketidakselesaan perut. 

Terdapat pelbagai pilihan dalam susu tanpa laktosa di pasaran, dengan harga susu tanpa laktosa yang berbeza-beza mengikut jenama dan kandungan nutrisi.

Jom kami kongsikan senarai susu tanpa laktosa terbaik untuk anda buat pilihan yang berbaloi.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Susu Tanpa Laktosa Terbaik

Susu kambing tanpa laktosa
KARIHOME Infant Formula Step 1 (400gm)
Karihome
Karihome Goat Milk Step 1
From
RM66.50
Check KARIHOME Infant Formula Step 1 (400gm) price below:
add_circle Ada minyak sayuran & laktosa
add_circle Sesuai untuk bayi alergik susu lembu
remove_circle Kandungan hanya 400 gram

Susu jenama Karihome telah menjadi pilihan ramai ibubapa dan juga merupakan antara susu kambing yang paling laris dijual di farmasi.

Ini kerana jenama Karihome Step 1 diformulasikan khas untuk bayi umur 0-6 bulan.

Susu ini juga bagus diminum jika mempunyai si kecil yang tidak boleh minum susu lembu.

Jangan risau, produk dari New Zealand ini telah disahkan halal oleh persatuan Islam negara.

Jadi para ibu bapa tidak perlu ragu-ragu untuk memberikan susu terbaik ini pada si comel. 

Paling penting, susu ini turut menjadi pilihan utama kerana nutrisinya akan membantu sistem pencernaan anak-anak.

Malah produk susu kambing untuk bayi ini dirumuskan dengan nukleotida yang boleh membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Susu tanpa laktosa terbaik secara keseluruhan
Farm Fresh UHT Lactose Free Milk
Farm Fresh
Farm Fresh UHT Lactose Free Milk
From
RM56.16
Check Farm Fresh UHT Lactose Free Milk price below:
add_circle Dijamin halal
add_circle Sumber protein
add_circle Kaya dengan kalsium
remove_circle Hanya ada saiz kecil

Sebab menjadi pilihan utama:

Farm Fresh UHT Susu Tanpa Laktosa adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari produk tenusu yang lazat dan berkhasiat tanpa ketidakselesaan laktosa.

Ciri-ciri:

Dihasilkan daripada 100% susu segar, susu tanpa laktosa ini bukan sahaja disahkan halal tetapi juga mematuhi piawaian tertinggi dengan pensijilan HACCP. 

Ia adalah sumber protein yang baik dan tinggi kalsium, menjadikannya ideal untuk menyokong kesihatan tulang. 

Tanpa pengawet atau warna tiruan, anda boleh menikmati rasa susu tulen tanpa sebarang bahan tambahan. 

Selain itu, ia rendah lemak, menjadikannya pilihan yang lebih sihat bagi mereka yang menjaga pemakanan mereka. 

Sama ada anda mengalami intoleransi laktosa atau sekadar mencari alternatif susu berkualiti tinggi, Farm Fresh UHT Susu Tanpa Laktosa menawarkan rasa kaya dan berkrim yang sesuai untuk kegunaan harian.

Review:

Sangat recommended. Lactose Free warna oren ni lebih pekat rasanya. Kalau nak light atau ringan ambil yg biru. Cumanya hanya datang dengan saiz kotak kecil & tiada option botol.”

Susu tanpa laktosa untuk bayi cirit birit
Nestle NAN Lactose Free Infant Formula 0-12 months
Nestle
Nestle NAN Lactose Free Infant Formula 0-12 months
From
RM29.25
Check Nestle NAN Lactose Free Infant Formula 0-12 months price below:
add_circle Diperakui KKM
add_circle Meningkatkan fungsi pencernaan
add_circle Mengandungi probiotik
remove_circle Saiz kecil cepat habis

Nestlé NAN Susu Formula Bayi Tanpa Laktosa adalah formula yang direka khas untuk bayi yang tidak dapat mencerna laktosa. 

Susu formula tanpa laktosa ini menyediakan nutrisi penting untuk bayi dari yang baru lahir hingga yang berusia 6 bulan, terutamanya apabila bayi tersebut allergic susu. 

Selain itu, ia turut mengandungi lactobacillus reuteri, kultur probiotik aktif yang membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dengan menghapuskan bakteria berbahaya. 

Selain itu, formula ini diperkaya dengan DHA dan ARA yang mana ia penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Kandungan karbohidrat dengan osmolality rendah menjadikannya lembut pada perut bayi anda, memastikan pencernaan yang mudah tanpa ketidakselesaan yang berkaitan dengan intoleransi laktosa. 

Sementara itu, dengan bahan seperti inositol dan asid kasein, susu formula bayi tanpa laktosa ini menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan bayi anda, menawarkan alternatif yang selamat dan berkesan untuk bayi yang memerlukan nutrisi khusus.

Susu tanpa laktosa untuk bayi eczema
Similac Lactose Free
Similac
Similac Lactose Free
From
RM87.40
Check Similac Lactose Free price below:
add_circle Mengandungi DHA dan AA
add_circle Melindungi mata
remove_circle Bukan untuk bayi galaktosemia

Similac® Susu Formula Tanpa Laktosa adalah formula khas untuk bayi yang mengalami intoleransi laktosa atau tidak dapat mencerna laktosa. 

Formula berasaskan susu lembu ini menyediakan nutrisi penting tanpa ketidakselesaan yang disebabkan oleh laktosa, memastikan bayi anda mendapat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. 

Diperkaya dengan DHA (53mg/100g) dan AA (106mg/100g), Similac® Tanpa Laktosa menyokong perkembangan otak dan mata semasa peringkat awal kehidupan. 

Tambahan lagi, kandungan lutein dalam susu ini dapat membantu melindungi mata bayi anda, manakala asid folik (71mcg/100g) menyokong pertumbuhan dan perkembangan sel secara keseluruhan. 

Formula ini direka khas untuk bayi baru lahir sehingga berusia 6 bulan, menawarkan alternatif yang selamat dan berkesan untuk mereka yang memerlukan pemakanan tanpa laktosa. 

Bagaimanapun, susu ini tidak sesuai untuk bayi atau kanak-kanak yang mengalami galaktosemia.

Susu soya tanpa laktosa
Dumex Dugro Soy Tailored Nutrition Milk Formula 1-6 years
Dumex Dugro
Dumex Dugro Soy Tailored Nutrition Milk Formula 1-6 years
From
RM26.50
Check Dumex Dugro Soy Tailored Nutrition Milk Formula 1-6 years price below:
add_circle Diperakui KKM
add_circle Sesuai untuk bayi cirit-birit
add_circle Mengandungi 14 vitamin dan mineral penting
remove_circle Bukan untuk bayi baru lahir

Susu soya Dugro® dengan formula baharu ini direka untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum anak anda. 

Diperkaya dengan 5 nutrien penting, termasuk DHA, ALA, LA, Kalsium, FOS, dan 14 vitamin serta mineral penting, formula berasaskan soya ini menyediakan nutrisi yang menyeluruh untuk si manja. 

Susu ini adalah alternatif yang baik untuk kanak-kanak yang alah kepada protein susu lembu, tidak toleransi laktosa, atau memerlukan penyusuan khas semasa dan selepas cirit-birit. 

Dengan menawarkan penyelesaian pemakanan lengkap yang bebas daripada protein susu lembu, susu soya Dugro® memastikan anak anda menerima nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat, walaupun dengan keperluan diet yang khusus. 

Formula ini direka dengan teliti untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan diet khusus, menjadikannya pilihan yang ideal untuk ibu bapa yang mencari pilihan yang boleh dipercayai dan berkhasiat.

Susu UHT tanpa laktosa
Noomoo Oat Milk
Noomoo Oat Milk
Noomoo Oat Milk
From
RM12.55
Check Noomoo Oat Milk price below:
add_circle Rasa pekat dan berkrim
add_circle Mengurangkan kolestrol jahat
add_circle Merendahkan risiko masalah jantung
remove_circle Perlu habiskan 5 hari selepas buka

Susu oat NooMoo adalah alternatif susu berasaskan tumbuhan yang premium, direka untuk anda yang menginginkan tekstur yang lembut dan berkrim seperti produk susu tenusu. 

Dihasilkan dengan 10% Australian Rolled Oats yang terkenal dengan konsistensi yang lebih tebal dan berkrim, susu oat ini menawarkan rasa pekat.

Dengan minyak kanola yang tinggi kandungan Oleic, ia menyediakan pilihan yang baik untuk kesihatan jantung, kaya dengan lemak monounsaturated yang membantu mengurangkan kolesterol jahat dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Selain itu, tambahan serat sitrus pula bertindak sebagai emulsifier semula jadi, memperbaiki tekstur dan rasa pada mulut, manakala kandungan gula semula jadi yang rendah (2.6g/100ml) memastikan rasa anda tetap sedap tanpa gula tambahan. 

Noomoo Susu Oat bukan sahaja sedap, tetapi juga tinggi protein (1.1g/100ml), menjadikannya ideal sebagai makanan tambahan kepada diet harian anda.

Susu tanpa laktosa murah
OATSIDE Oat Milk
OATSIDE Oat Milk
OATSIDE Oat Milk
From
RM2.95
Check OATSIDE Oat Milk price below:
add_circle 100% plant-based
add_circle Sesuai untuk buat latte
add_circle Harga murah (200ml)
remove_circle Kandungan protein rendah

Susu oat dari OATSIDE ini adalah alternatif susu 100% berasaskan tumbuhan yang menawarkan pengalaman rasa berkrim tanpa beri risiko untuk anda yang alergi laktosa. 

Pilihan bebas laktosa dan rendah gula ini sesuai untuk anda yang mencari pilihan yang lebih sihat dalam diet harian. 

Dihasilkan dengan 10% bahan asas oat, susu ini bebas daripada lemak tepu, menjadikannya pilihan yang ideal untuk pengguna yang peka terhadap kesihatan jantung. 

Buat peminat kopi, susu ini boleh menghasilkan mikrofoam yang paling licin dan padat, menjadikannya sempurna untuk mencipta seni latte.

Sama ada anda seorang barista profesional atau peminat kopi di rumah, susu oat OATSIDE dapat meningkatkan pengalaman minum kopi dengan tekstur yang lembut dan kemanisan yang halus. 

Untuk bahan pula, susu ini terdiri daripada bahan seperti minyak kanola untuk menambah kepekatan dan sedikit garam laut untuk menyeimbangkan rasa, jadi susu ini turut tersedia untuk diminum begitu sahaja, dicampur dalam smoothie, atau ditambah dalam resipi kegemaran anda.

Susu tanpa laktosa untuk orang dewasa
HomeSoy Soya Milk No Sugar Added
HomeSoy
HomeSoy Soya Milk No Sugar Added
From
RM4.60
Check HomeSoy Soya Milk No Sugar Added price below:
add_circle Rasa soya pekat
add_circle Tiada gula tambahan
add_circle Halal
remove_circle Tidak tahan lama selepas buka

Susu soya HOMESOY ini menawarkan rasa tulen dan semula jadi susu soya buatan sendiri, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk anda yang mengutamakan kesihatan. 

Selain itu, ia dihasilkan tanpa gula tambahan, membolehkan anda menikmati kemanisan semula jadi kacang soya berkualiti tinggi tanpa kalori tambahan. 

Sama ada anda ingin menjaga diet seimbang, mengawal pengambilan gula, atau sekadar menikmati minuman yang menyegarkan dan berkhasiat, HOMESOY menyediakan alternatif yang sihat dan sesuai dengan gaya hidup anda. 

Jangan risau, susu soya HOMESOY ini juga dijamin halal, jadi boleh nikmati rasa soya yang pekat ini tanpa ragu-ragu.

Susu tepung tanpa laktosa
Susu Kambing R-Rayyan Al-Ain Gold Tanpa Laktosa
R-Rayyan
Susu Kambing R-Rayyan Al-Ain Gold Tanpa Laktosa
From
RM57.00
Check Susu Kambing R-Rayyan Al-Ain Gold Tanpa Laktosa price below:
add_circle Sesuai untuk anak cirit-birit
add_circle Mengandungi DHA
add_circle Ditambah lutein untuk kesihatan mata
add_circle Diperkaya probiotik
remove_circle Stok terhad

Susu kambing R-Rayyan Al-Ain Gold tanpa laktosa ini adalah pilihan tepat untuk anak-anak yang sering menghadapi masalah dengan susu biasa. 

Jika anak anda mengalami muntah, cirit-birit, sembelit, atau ruam selepas minum susu, inilah masa terbaik untuk mencuba susu kambing R-Rayyan Al-Ain Gold. 

Diformulasikan khas untuk anak-anak yang tidak serasi dengan laktosa, susu kambing ini menawarkan kandungan susu yang tidak menggunakan laktosa, jadi anak-anak yang alah kepada laktosa boleh menikmatinya tanpa risau. 

Susu ini juga bebas daripada krimer dan kaya dengan DHA, penting untuk perkembangan otak si kecil. 

Selain itu, ia juga diperkaya dengan lutein untuk melindungi kesihatan mata dan probiotik untuk meningkatkan antibodi, memastikan anak anda lebih sihat dan tidak mudah jatuh sakit.

Susu lembu tanpa laktosa
Harvey Fresh Lactose Free Milk
Harvey Fresh
Harvey Fresh Lactose Free Milk
From
RM19.80
Check Harvey Fresh Lactose Free Milk price below:
add_circle Dari lembu berkualiti Australia
add_circle Rasa yang segar
remove_circle Harga yang mahal

Susu bebas laktosa dari Harvey Fresh ini adalah susu yang dihasilkan menggunakan susu lembu segar dari Australia yang diproses menggunakan teknologi canggih untuk memastikan ia sesuai untuk diminum. 

Susu ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mengalami intoleransi laktosa tetapi masih ingin menikmati kebaikan susu lembu segar. 

Dengan rasa yang kaya dan tekstur yang lembut, susu bebas laktosa Harvey Fresh memberikan anda semua nutrien penting seperti kalsium dan protein tanpa risiko ketidakselesaan akibat laktosa. 

Dihasilkan dengan kualiti dan kesegaran yang terjamin, susu ini adalah pilihan yang ideal untuk diet harian anda, memastikan anda dapat menikmati manfaat susu tanpa kompromi.


Laktosa Itu Apa

Laktosa adalah sejenis gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan produk tenusu. 

Ia terdiri daripada dua jenis gula yang lebih kecil, iaitu glukosa dan galaktosa. 

Laktosa memberikan rasa manis pada susu dan berfungsi sebagai sumber tenaga. 

Dalam tubuh manusia, laktosa dipecahkan oleh enzim yang dikenali sebagai laktase, yang terdapat dalam usus kecil. 

Namun, sesetengah individu mengalami kekurangan enzim laktase, menyebabkan mereka sukar mencerna laktosa. 

Keadaan ini dikenali sebagai intoleransi laktosa, di mana individu tersebut mungkin mengalami gejala seperti perut kembung, sakit perut, cirit-birit, dan lain-lain setelah mengambil makanan atau minuman yang mengandungi laktosa.


Kebaikan Susu Tanpa Laktosa

Susu tanpa laktosa menawarkan beberapa kebaikan, terutamanya untuk mereka yang mengalami intoleransi laktosa atau alahan terhadap laktosa. 

Antara kebaikan susu tanpa laktosa adalah ia mudah dicerna kerana susu ini dihasilkan dengan menambahkan enzim laktase ke dalam susu biasa untuk memecahkan laktosa. 

Sesuai bagi mereka yang mempunyai intoleransi laktosa, mengelakkan gejala seperti kembung, sakit perut, dan cirit-birit.

Walaupun bebas laktosa, susu ini masih mengandungi nutrien penting seperti kalsium, protein, dan Vitamin D yang diperlukan untuk kesihatan tulang, otot, dan keseluruhan tubuh.

Selain itu, susu tanpa laktosa mengekalkan rasa yang hampir sama dengan susu biasa, membolehkan anda menikmati minuman dan makanan kegemaran tanpa risiko ketidakselesaan.

Jadi, susu ini adalah pilihan yang selamat dan sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas yang mungkin mengalami penurunan enzim laktase.


Tanda Bayi Lactose Intolerance

Tanda-tanda bayi yang mengalami intoleransi laktosa biasanya muncul selepas mereka minum susu yang mengandungi laktosa. 

Berikut adalah beberapa tanda yang perlu diperhatikan:

  • Bayi yang mengalami intoleransi laktosa sering mengalami cirit-birit dalam masa beberapa jam selepas minum susu. Najis mereka mungkin lebih cair dan berbuih.
  • Bayi mungkin menunjukkan tanda-tanda kembung atau perut terasa penuh dan tidak selesa, disebabkan oleh pengumpulan gas dalam usus.
  • Bayi mungkin menangis atau menunjukkan ketidakselesaan kerana sakit perut yang disebabkan oleh kesukaran mencerna laktosa.
  • Sesetengah bayi mungkin muntah selepas minum susu yang mengandungi laktosa.
  • Bayi mungkin mengalami cirit-birit yang kerap dan boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi.
  • Bayi yang tidak dapat mencerna laktosa dengan baik mungkin menghadapi masalah dalam menambah berat badan yang sihat.
  • Bayi mungkin enggan minum susu atau tidak habis minum kerana ketidakselesaan yang dialami selepas itu.

Jika anda mengesyaki bayi anda mengalami intoleransi laktosa, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor pakar dan mendapatkan nasihat untuk tindakan lanjut. 

Sementara itu, boleh juga terus dapatkan susu formula tanpa laktosa untuk si manja yang mengalami intoleransi laktosa.

End of Article