Samsung mengumumkan barisan jam tangan pintar yang baharu semasa acara Galaxy Unpacked 2024 yang berlangsung pada 10 July 2024.
Perkenalkan Samsung Galaxy Watch7, dan jam pintar versi Ultra yang pertama dari Samsung, Galaxy Watch Ultra!

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Samsung Galaxy Watch7

Galaxy Watch7 kini menawarkan pendekatan holistik untuk kesihatan dan kecergasan anda.
Dilengkapi dengan ciri-ciri untuk menyokong kesejahteraan harian anda, ia menjadi aksesori yang boleh memotivasikan anda ke arah tabiat dan rutin yang lebih sihat.
Reka bentuk bulat ikonik Samsung dinaiktaraf dengan tali jam baru, termasuk corak ripple dan butiran jahitan berwarna-warni.
Anda boleh menyesuaikan paparan skrin jam anda dengan gaya peribadi anda, menjadikan Galaxy Watch7 aksesori yang bergaya.

Dikuasakan oleh cip paling canggih dalam barisan Galaxy Watch, Galaxy Watch7 mempunyai Pemproses 3nm, menawarkan pengalaman yang lancar dengan CPU tiga kali lebih pantas dan kecekapan kuasa 30% lebih baik dari model terdahulu.
Buat pertama kalinya, ia menampilkan sistem GPS Dual-frekuensi, memastikan penjejakan lokasi yang lebih tepat walaupun dalam persekitaran bandar yang padat.
Galaxy Watch7 juga membolehkan anda memantau lebih dari 100 jenis senaman dengan tepat, membantu anda membina rutin dan mencapai matlamat kecergasan.
Ciri Workout Routine membolehkan anda menggabungkan pelbagai jenis senaman, manakala ciri Race membolehkan anda membandingkan prestasi semasa dan prestasi yang lepas secara real-time, memastikan anda sentiasa bermotivasi dan berada di landasan yang betul.

Dengan ciri Body Composition, anda mendapat gambaran lengkap tentang tahap kecergasan anda, menawarkan pemahaman yang lebih mendalam tentang tubuh anda.
Pendekatan holistik ini memastikan anda mempunyai semua maklumat yang anda perlukan untuk kekal sihat.
Dilengkapi dengan algorithm AI yang canggih, Galaxy Watch7 menawarkan analisis tidur yang terperinci, membantu anda mendapatkan rehat dan jumlah waktu tidur yang diperlukan.
Pemantauan kadar denyutan jantung secara real-time pula memberi amaran kepada anda tentang bacaan yang terlalu tinggi atau rendah, dan pemantauan Elektrokardiogram (ECG) dan Tekanan Darah (BP) memberikan input tentang kesihatan jantung anda.
Ciri utama Galaxy Watch7 adalah keupayaan melakukan penjejakan glikasi lanjutan untuk memantau paras gula dengan Indeks AGEs.
Metrik inovatif ini memaparkan proses penuaan biologi anda, dipengaruhi oleh diet dan gaya hidup anda, dan kemudian memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesihatan metabolik anda.

Dapat dihubungkan dengan mudah dan lancar bersama peranti Galaxy yang lain, Galaxy Watch7 menawarkan respons pintar untuk mesej berdasarkan perbualan sebelumnya dan mencadangkan respons yang sesuai.
Kemudian ciri Double Pinch Gestures membolehkan kawalan mudah ke atas jam tangan dan telefon pintar Galaxy yang disambungkan, walaupun ketika tangan anda penuh memegang barang.
Samsung Wallet pada jam tangan pintar ini pula memberikan kemudahan untuk membuat pembayaran dan akses kepada ID Digital.
Samsung Galaxy Ultra

Jam tangan pintar Ultra yang pertama dari Samsung, Galaxy Watch Ultra membawa penjejakan kecergasan dan prestasi ke tahap yang lebih tinggi, menawarkan kecerdasan dan keupayaan terbaik untuk anda yang mahu mencapai tahap terbaik.
Galaxy Watch Ultra dilengkapi dengan rangka Titanium Gred 4 yang kukuh dan ketahanan air 10ATM, menjadikannya sempurna untuk digunakan dalam keadaan yang ekstrem.
Sama ada anda berenang di lautan atau mendaki gunung yang tinggi, jam ini dibina untuk mampu bertahan dalam semua keadaan terutamanya keadaan ekstrem.

Reka bentuk kusyen baru meningkatkan perlindungan, sementara Sistem Dinamik Lug memastikan keselesaan, membolehkan anda melakukan yang terbaik dalam sebarang aktiviti.
Dengan Galaxy Watch Ultra, anda boleh menjejaki senaman multi-course seperti berenang, berbasikal, dan berlari dengan lancar.
Sementara itu, ciri Functional Threshold Power (FTP) untuk berbasikal mengukur kuasa maksimum berbasikal anda dalam hanya empat minit, semuanya hasil daripada metrik FTP yang dikuasakan AI dan disesuaikan dengan indikator unik anda.
Selain itu, ciri Personalized HR Zone membantu anda bersenam pada tahap intensiti optimum berdasarkan kemampuan fizikal anda.
Butang Pantas yang baru ditambah membolehkan permulaan dan kawalan latihan segera, serta pemetaan yang boleh disesuaikan untuk fungsi lain.

Ciri Siren Kecemasan pula menambah ciri keselamatan tambahan semasa aktiviti yang intensif.
Selepas bersenam, anda boleh dengan mudah memeriksa statistik senaman anda menerusi watch face yang khusus, yang secara automatik beralih ke Mod Malam untuk memudahkan anda melihatnya dalam gelap.
Peak brightness jam ini sebanyak 3,000 nits untuk visibility yang jelas walaupun di bawah sinaran matahari yang terang.
Untuk pengembaraan yang panjang, Galaxy Watch Ultra menawarkan jangka hayat bateri yang panjang dalam barisan Galaxy Watch, menyediakan sehingga 100 jam hayat bateri dalam mod Penjimatan Kuasa dan 48 jam dalam mod Penjimatan Kuasa Latihan.
Ini memastikan jam anda terus berfungsi tidak kira betapa ekstremnya aktiviti anda.
Reka Bentuk & Warna
Galaxy Watch7 - 40mm
- Green
- Cream
Galaxy Watch7 - 44mm
- Green
- Silver
Galaxy Watch Ultra - 47mm
- Titanium Silver
- Titanium White
- Titanium Gray
Harga & Promosi Pratempah: Samsung Galaxy Watch7 & Watch Ultra
Samsung Galaxy Watch7 kini boleh dipratempah dengan harga bermula dari RM1,199, manakala Galaxy Watch Ultra berharga RM3,399.

