Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
galaxy z flip6 (3)

Kepadatan Ciri Galaxy AI Dalam Samsung Galaxy Z Flip6

Telefon andalan Samsung terbaharu dengan fungsi AI!

Akhirnya kita dapat melihat reka bentuk terbaharu Samsung Galaxy Z Flip6 yang diperkenalkan Samsung semasa acara Galaxy Unpacked 2024 yang di adakan di Paris, Perancis pada 10 Julai 2024

Untuk penaiktarafan kali ini, paparan, Super AMOLED FlexWindow 3.4-inci telah ditingkatkan, membolehkan fungsi yang dikuasakan AI tanpa perlu membuka peranti. 

Jika anda seorang yang sentiasa perlu bergerak ke merata tempat, anda boleh membalas teks dengan ciri balasan yang disyorkan pada skrin penutup menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Fungsi ini akan menganalisis mesej baru yang anda terima dan mencadangkan respons yang sesuai.

Dengan Galaxy AI, anda boleh memaksimumkan potensi peranti bersaiz poket ini dengan banyak ciri mudah yang tersedia terus pada FlexWindow. 

Anda boleh mengakses kemas kini dan pemberitahuan Samsung Health, mengawal muzik, dan memeriksa maklumat dari pelbagai Widget secara serentak. 

Samsung Galaxy Z Flip6 menawarkan pelbagai cara untuk costumize peranti anda dengan personaliti anda.

Dengan Photo Ambient dikuasakan AI, wallpaper akan berubah secara real-time berdasarkan masa dan keadaan cuaca semasa.

Anda juga boleh mencipta penampilan yang seragam dengan pilihan susun atur skrin yang disarankan, memastikan warna jam dan bingkai dapat disesuai dengan imej latar anda dengan sempurna.

Seperti generasi sebelumnya, FlexCam terus menyediakan pengalaman kamera yang serbaguna—tetapi kini, Galaxy AI memberikan sentuhan yang baru!

Ciri Auto Zoom baru secara automatik mencari frame terbaik untuk gambar anda dengan mengesan subjek, zum masuk dan keluar tanpa anda perlu zum menggunakan jari.

Sementara itu, sensor 50MP (Lebar) dan 12MP Ultra-lebar yang baru menawarkan pengalaman kamera yang baru dengan butiran yang jelas dan tajam.

Sensor 50MP menyokong zum optikal 2x untuk foto bebas bunyi dan zum AI untuk advance shooting sehingga 10x. 

Nightography yang dipertingkatkan dengan video HDR pula membolehkan anda merakam video yang jelas dan cantik walaupun dalam suasana tiada cahaya.

Selain itu, ciri Nightography ini juga dapat bekerjasama dengan aplikasi sosial popular seperti Instagram untuk fotografi malam dalam aplikasi, membuatkan gambar waktu malam anda kelihatan cantik walaupun diambil terus menerusi aplikasi.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip6

  • Paparan Skrin Utama: 6.7-inch FHD+, Dynamic AMOLED 2X, 120Hz
  • Paparan Skrin Penutup: 3.4-inci Super AMOLED 60Hz
  • Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform untuk Galaxy
  • Sistem Operasi: Android 14, One UI 6.1.1
  • Kamera Utama: Dua Kamera,12MP Ultra-lebar + 50MP Lebar 
  • Kamera Hadapan: 10MP
  • Memori: 12GB RAM dengan sehingga 256GB storan dalaman
  • Bateri: 4,000mAh
  • Dimensi: 71.9 x 85.1 x 14.9mm (folded), 71.9 x 165.1 x 6.9mm (unfolded)
  • Berat: 187g

Reka Bentuk Dan Warna Samsung Galaxy Z Flip6

Samsung Galaxy Z Flip6 merupakan sebuah telefon pintar yang sangat boleh disesuaikan dengan personaliti anda, terutamanya dengan kehadiran Galaxy AI pada peranti ini.

Bukan sahaja anda boleh menyesuaikan skrin penutup dengan wallpaper yang mengemas kini maklumat secara real-time, anda juga boleh dapatkan kad Flipsuit animasi yang boleh menyelaraskan bahagian depan dan belakang telefon flip anda!

Samsung Galaxy Z Flip6 ditawarkan pada 7 pilihan warna:

  • Silver Shadow
  • Yellow
  • Blue
  • Mint
  • Crafted Black (eksklusif atas talian)
  • White (eksklusif atas talian)
  • Peach (eksklusif atas talian)

Harga Dan Promosi Pratempah Samsung Galaxy Z Flip6

Samsung Galaxy Z Flip6 sudah boleh mula dipratempah sekarang dan akan tersedia secara umum ke seluruh negara bermula 24 july 2024. 

Harganya adalah seperti berikut:

  • Galaxy Z Flip6 256GB - RM4,999
  • Galaxy Z Flip6 512GB - RM5,599
Telefon pintar Samsung Flip 2024
Samsung Galaxy Z Flip6
Samsung
Samsung Galaxy Z Flip6
mulai
RM4,999.00
Semak Samsung Galaxy Z Flip6 harga dibawah:
add_circle Kualiti audio terbaik
add_circle Kalis air dan debu
remove_circle Tiada AUX input
End of Article