Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Samsung Galaxy Z Fold6 feature

Samsung Galaxy Z Fold6: Produktiviti Dipertingkat Dengan Galaxy AI

Kini anda boleh lakukan tugasan serentak dengan Galaxy AI dalam telefon Fold6!

Telefon lipat utama Samsung, Galaxy Z Fold6 diperkenalkan pada acara Galaxy Unpacked 2024, yang diadakan di Paris, Perancis pada 10 Julai 2024.

Dengan ciri Galaxy AI pada telefon lipat ini, tentu ia akan membuatkan anda teruja dengan kecanggihan baharu yang ditawarkan ini.

Sudah tentu keistimewaan Galaxy Z Fold6 ini adalah pada keluasan skrinnya yang kini secara signifikan meningkatkan produktiviti penggunaan harian. 

Dengan dikuasakan AI yang dipertingkatkan, Samsung Notes kini menawarkan Note Assist, yang boleh menterjemah, merumuskan, dan melakukan format nota mesyuarat secara automatik.

Ia juga mempunyai ciri embedded transcript untuk rakaman suara, memastikan anda tidak terlepas sebarang butiran. 

Selain itu, ciri terjemahan PDF dapat menterjemah teks dalam PDF, imej, dan graf, serta menindihkan terjemahan dengan lancar dan tepat.

Selain itu, apa yang baru dalam Galaxy AI untuk telefon Galaxy Z Fold6 ini adalah pada papan kekuncinya yang disertakan Composer, dapat menjana teks cadangan berdasarkan kata kunci mudah untuk e-mel dan media sosial. 

Dengan menganalisis kiriman yang pernah anda post sebelum ini, Composer dapat mencipta teks yang mencerminkan gaya anda. 

Selain itu, pengalaman S Pen turut diperhebatkan lagi dengan Galaxy AI, membolehkan anda mencipta hasil seni yang canggih melalui ciri Sketch to Image.

Ciri ini dapat menjana pilihan imej dari lakaran mudah pada foto dalam Galeri atau Nota.

Selain dari fungsi Circle to Search dengan Google yang digemari ramai ini, kerjasama Samsung dengan Google membawa aplikasi terkini Google Gemini sepenuhnya berintegrasi ke dalam Galaxy Z Fold6. 

Pembantu AI ini boleh diakses dengan swipe sudut skrin atau mengatakan, "Hey Google." 

Gemini dapat membantu dalam anda menulis, belajar, dan melakukan perancangan. 

Ia berintegrasi dengan aplikasi Google untuk pengaturcaraan itinerary yang lancar, maklumat tempahan secara real-time, dan eksplorasi tempat atau lokasi melalui Google Maps!

Selain itu, Galaxy Z Fold6 dapat meningkatkan cara anda berkomunikasi dengan mod perbualan baru Interpreter, yang menampilkan terjemahan pada skrin utama dan skrin hadapan untuk interaksi yang rasa seperti perbualan harian.

Anda juga boleh menggunakan Interpreter dengan siri Galaxy Buds3 yang memberikan terjemahan langsung dalam bentuk audio.

Dan bercakap tentang terjemahan langsung, Live Translate menawarkan terjemahan telefon secara real-time dan merentasi aplikasi panggilan Samsung, iaitu aplikasi pihak ketiga yang popular.

Tidak lupa juga untuk gamers dan individu kreatif di luar sana, Galaxy Z Fold6 menggunakan enjin ProVisual yang dikuasakan AI bagi meningkatkan kreativiti dengan ciri penyuntingan lanjutan seperti Photo Assist yang membantu mencipta kandungan profesional. 

Selain itu, Portrait Studio menyediakan gaya potret yang berbeza, dan Instant Slow-mo menjana video gerakan perlahan yang lancar. 

Peranti ini juga membolehkan anda berkongsi kandungan dengan mudah bersama rakan dan keluarga.

Jika anda kaki game, Galaxy Z Fold6 menawarkan pengalaman yang diperbaharui dengan cipset yang kuat dan ruang wap 1.6 kali lebih besar untuk permainan yang panjang tanpa mengurangkan prestasi permainan. 

Grafik yang kelihatan lebih hidup dan realistik disokong oleh Ray Tracing, dan skrin 7.6-inci menawarkan paparan yang lebih terang sehingga 2,600 nits untuk pengalaman bermain yang memukau.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold6

  • Paparan Skrin Utama: 7.6-inch QXGA+, Dynamic AMOLED 2X, Paparan Infinity Flex, 120Hz kadar segar adaptif
  • Paparan Skrin Penutup: 6.3-inci HD+, Paparan Dynamic AMOLED 2X, 120Hz kadar segar adaptif
  • Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform untuk Galaxy
  • Sistem Operasi: One UI 6.1.1 berdasarkan Android 14
  • Kamera Utama: Tiga Kamera,12MP Ultra-lebar + 50MP Lebar 
  • Kamera Hadapan: 10MP (Skrin penutup), 4MP (Skrin utama)
  • Memori: 12GB RAM dengan sehingga 1TB storan dalaman
  • Bateri: 4,400mAh
  • Dimensi: 68.1 x 153.5 x 12.1mm (folded), 132.6 x 153.5 x 5.6mm (unfolded)
  • Berat: 239g

Reka Bentuk Dan Warna Samsung Galaxy Z Fold6

Samsung Galaxy Z Fold6 tersedia dalam 5 warna pilihan, dan dua daripada warna tersebut hanya boleh didapati di laman sesawang Samsung:

  • Silver Shadow
  • Pink
  • Navy Blue
  • Crafted Black (eksklusif atas talian)
  • White (eksklusif atas talian)

Harga Dan Promosi Pratempah Samsung Galaxy Z Fold6

Samsung Galaxy Z Fold6 sudah boleh mula dipratempah sekarang dan akan tersedia secara umum ke seluruh negara bermula 24 july 2024.

  • Galaxy Z Fold6 256GB - RM7299
  • Galaxy Z Fold6 512GB - RM7899
  • Galaxy Z Fold6 1TB - RM9,099
Telefon lipat Samsung 2024
Samsung Galaxy Z Fold6
Samsung
Samsung Galaxy Z Fold6
mulai
RM7,299.00
Semak Samsung Galaxy Z Fold6 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk lebih nipis dan ringan
add_circle Ciri AI yang mengagumkan
add_circle Chipset terbaik
remove_circle Harga lebih mahal
remove_circle Tiada pengecasan pantas
End of Article